Masjid, Azan n Ceramah/Tazkirah/Kuliah Subuh

Aku kebelakangan nie dah perasan terutama selepas balik dari beraya lama di kampung hari tu. Apa yang aku perasan yea? Aku perasan yang azan dari masjid besar atas bukit di kawasan rumah aku dah tak boleh didengari. Padahal rumah aku dekat aje ngan masjid tu. Ceramah lepas maghrib dan doa membaca alquran setiap pagi yang biasa aku dengar pun dah tak dengar. Hairan.. dulu laungan azan dari masjid besar tu boleh didengari oleh sepelusuk seksyen 1. Sampai sri rampai pun yea aku rasa. Tapi skarang dah tak ada... mmmm sedih memikirkan ke manakah azan nie dah menghilang. Dulu masa laungan azan nie masih di dengari abah ada cerita yang ada seorang lelaki nie pergi ke masjid untuk memberi sedekah. Sambil memberi sedekah dia meminta supaya azan yang kuat tu diperlahankan. Tak perlu pakai pembesar suara... Sedih tu lah dengar benda nie. Kalau bangsa asing yang minta macam tu logiklah juga tapi ini orang melayu kita dan orang islam kita. Masjid dah tak boleh menguatkan suara untuk memanggil jemaahnya berkumpul.. Apa nak jadi dengan orang islam sekarang aku tak pasti.. Takut pun ada dengan situasi ini. Takut Allah murka dan turunkan bencana yang tak akan tertanggung dek manusia seperti bencana di Padang, Indonesia.

Tuhan saja yang mengetahui...
Fikir fikir lah sendiri segalanya.

No comments:

Post a Comment