Showing posts with label Ostematrix. Show all posts
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts

Keperluan Kalsium Untuk Ibu Hamil

MENINGKATKAN PENGAMBILAN KALSIUM DALAM DIET SEMASA MENGANDUNG.

Assalamualaikum! Hello semua.. apa khabar? Semoga sentiasa sihat hendaknya!

Mengapa mengapa dan mengapa perlu anda mengambil Kalsium yang secukupnya semasa mengandung? Malah bukan sahaja semasa mengandung, tetapi semasa bersalin dan juga menyusukan bayi anda! Jom baca.. 


Mengapa saya memerlukan Kalsium?

Kalsium adalah nutrien yang diperlukan dalam badan untuk membina tulang dan gigi yang kuat. Kalsium juga membolehkan darah untuk membeku dengan biasa, otot dan saraf berfungsi dengan baik, dan jantung berdegup dengan normal. Kebanyakan Kalsium dalam badan anda didapati dalam tulang anda.

Bagaimana jika saya tidak mengambil Kalsium yang cukup?

Bayi anda yang sedang membesar di dalam Rahim memerlukan sejumlah besar Kalsium. Jika anda tidak mengambil Kalsium yang cukup untuk menampung keperluan bayi anda, badan anda akan mengambil Kalsium daripada tulang anda, mengurangkan jisim tulang anda dan meletakkan anda berisiko untuk osteoporosis. 

Osteoporosis memulakan penipisan tulang secara dramatik dan menyebabkan tulang lemah dan rapuh sehingga mudah untuk retak. Kehamilan adalah waktu yang kritikal bagi seorang wanita untuk mengambil lebih banyak Kalsium. Bekalan tidak mencukupi Kalsium pada masa ini boleh mengurangkan kekuatan tulang dan meningkatkan risiko osteoporosis di kemudian hari.

 

Berapa banyak Kalsium perlu saya ambil semasa hamil?

Garis panduan berikut akan membantu memastikan bahawa anda mengambil kalsium yang mencukupi sepanjang tempoh kehamilan anda.

U.S. Recommended Daily Allowance (USRDA), mencadangkan supaya ibu hamil dan menyusukan bayi yang berusia 24 tahun ke atas mengambil Kalsium sebanyak 1200 miligram (mg) sehari. Manakala pengambilan Kalsium untuk umur kurang 24 tahun adalah 1200-1500 mg sehari.

Makan dan minum sekurang-kurangnya empat hidangan produk susu dan makanan yang kaya dengan Kalsium sehari akan membantu memastikan bahawa anda mendapat 1200 mg Kalsium dalam diet harian anda.

Sumber-sumber terbaik Kalsium adalah produk tenusu termasuk susu, keju, yogurt, sup krim, dan puding. Kalsium juga boleh ditemui dalam makanan termasuk sayur-sayuran hijau (brokoli, bayam, dan sayur-sayuran), makanan laut, kacang kering, dan kacang.

Vitamin D akan membantu badan menggunakan Kalsium dengan baik. Vitamin D boleh didapati melalui pendedahan kepada matahari dan juga dalam telur, ikan dan susu.

 

Bagaimana saya boleh mendapatkan Kalsium yang cukup jika anda tidak toleran laktosa?

Intoleransi laktosa adalah ketidakupayaan untuk menghadam laktosa, iaitu gula yang terdapat dalam susu. Ia boleh menyebabkan kekejangan, gas, atau cirit-birit. Apabila anda mengambil produk tenusu, intoleransi laktosa berlaku kerana badan kekurangan laktase, enzim yang diperlukan untuk mencerna laktosa.
Jika anda tidak toleran laktosa, anda masih boleh menerima Kalsium yang anda perlukan. Berikut adalah beberapa cadangan. Anda boleh cuba mengambil sedikit susu dengan makanan.

Adakah saya perlu mengambil makanan tambahan kalsium?

Jika anda mempunyai masalah dalam mengambil cukup Kalsium dalam diet harian anda, berbincanglah dengan doktor dan pakar pemakanan anda mengenai makanan tambahan Kalsium. Jumlah Kalsium yang anda perlukan dari makanan tambahan bergantung kepada berapa banyak Kalsium anda telah ambil dari sumber makanan. Makanan tambahan Kalsium boleh melengkapkan diet seimbang dan sihat anda amalkan.

OSTEMATRIX SHAKLEE (KALSIUM)

Ostematrix Shaklee, bukan sahaja mengandungi Kalsium. Ianya turut mengandungi Vitamin D, yang akan membantu Kalsium di gunakan dengan baik di dalam badan. 

Turut disertai dengan Magnesium sumber yang akan membantu anda untuk mengurangi masalah sembelit. Terdapat juga Zink, yang membantu anda dalam meminimakan masalah rambut gugur. 

Selain dari itu, bahan lain yang turut terkandung dalam Ostematrix Shakee adalah Copper, Boron dan Manganese.

Satu tablet Ostematrix Shaklee mengandungi 250mg kandungan Kalsium. Jika anda mengambil 4 biji sehari anda sudah mendapatkan bekalan 1000mg Kalsium. Bagaimana untuk mendapatkan lagi sumber Kalsium yang cukup hingga 1200-1500mg? Anda boleh mendapatkan melalui sumber makanan yang sihat seperti sayuran dan produk tenusu seperti yogurt. Bagaimana jika anda langsung tidak mengambil produk tenusu atau sayuran sumber Kalsium? 

Anda boleh meningkatkan pengambilan Ostematrix Shaklee untuk melengkapkan diet anda.

Selain dari mendapatkan sumber Kalsium, apa lagi manfaat yang anda boleh dapat dari Ostematrix Shaklee?  

Ostematrix Shaklee, membantu anda menangani masalah keletihan, lenguh lenguh dan juga masalah kekejangan.

Bagaimana mendapatkan Ostematrix Shaklee ini???

Boleh hubungi saya di 0133639553. Boleh call, wassup, telegram, sms dan FB messenger juga!






Produk Shaklee tidak berkesan??.. Ini cerita saya - Part 1

Bismillahirrahmanirrahim

Assalam dan Salam Sejahtera semua..!!!

Ini adalah cerita saya dan Shaklee. Rasanya semua orang dah kenal Shaklee kan? Merata rata orang dok sebut pasal Shaklee ni dan antaranya adalah saya. Tapi saya pasti, masih ada yang belum kenal mahupun tahu mengenai Shaklee dan produknya.. Kalau nak kenal hubungilah saya..:)

Bila saya selalu beritahu yang saya jual barangan Shaklee, orang akan ingat dan tanya yang saya menjual ubat. Mak dan abah saya sendiri pun kadang kadang macam tu. Dia akan cakap, "adik nanti belikan mak ubat B Complex ya". 

Untuk makluman, UBAT dan VITAMIN adalah dua benda yang berbeza. Perbezaan tentang ini saya akan jelaskan kemudian di entri kemudian hari. Insyallah.

Saya adalah orangnya yang sangat berkira untuk membeli vitamin atau apa sahaja makanan tambahan, kecuali untuk mak dan abah saya. Mungkin kerana bekalan ubat percuma (syarikat tanggung biaya perubatan) dari hospital menyebabkan saya begini.. Di tambah lagi dengan perangai saya yang tidak konsisten dengan sesuatu vitamin, cepat bosan. Baru makan sehari dua sudah di tinggalkan. Entah berapa banyak yang saya sudah bazirkan dengan di bakul sampahkan sahaja semua vitamin yang penah saya beli. Jenama K. Jenama C. Jenama A.. dan banyak lagi. Membazirkan? Jadi janganlah jadi seperti saya... Jom baca cerita saya dan Shaklee

June 2013

Back to the story, saya berkenalan dengan Shaklee pada June 2013. Dari seorang kenalan sekolah yang sekarang telah menjadi Coordinator! Memandangkan saya ada masalah Arthiritis, saya telah mencuba tiga produk seperti di dalam gambar, SET SENDI. Jadual pemakanan dan kuantiti semuanya telah di beritahu oleh SID dengan baik. Hari pertama, hari kedua, hari ketiga makan dengan baik. Masuk hari ke empat dan seterusnya saya sudah culas. Kerana tidak nampak langsung keberkesanannya. Terus saya celap celup memakannya. Gagahkan diri juga untuk menghabiskannya. Ambil masa hampir tiga bulan untuk menghabiskan semua vitamin tersebut. Tapi tidak nampak juga hasilnya. Masih kabur.. rasa rugi dan membazir.. mmmm. Dan saya tidak teruskan pengambilannya. Rugi sangat rasanya...

TETAPI, emak saya yang tercinta telah mencuba AJHT kerana dia ada masalah dengan lutut. Maklumlah, warga emaskan. Badan pun agak sedikit berisi. Dua bulan pertama emak mencuba dah nampak kesan katanya. Alhamdullilah. Mak kata memang dah tak ada sakit sakit sangat macam dulu dulu. Nak berjalan jauh pun dah mudah. Ini adalah kerana emak telah mengambilnya dengan begitu KONSISTEN dan ISTIQAMAH berbanding anaknya ini!!!.. adoiiyyaii



Tiga supplemen ajaib yang sebenarnya amat membantu jika di ambil dengan konsisten untuk masalah tulang dan sendi.

Saya pun sekarang sedang mengambil kembali AJHT untuk merawat dan membaik pulih dan juga meminimakan masalah Arthiritis yang saya hadapi sekarang ini. Moga dipermudahkan segalanya utk saya dari ALLAH swt.

Nak cerita pula pasal Ostematrix, sumber kalsium terbaik abad ini. Masa mula mula beli tak nampak kesan sebab tak istiqamah. Tapi laa ni dah nampak sangat kesannya. Alhamdulillah. Apa kesannya? Sebagai menjalankan tugas weekend wife, saya perlu travel balik ke Batu Gajah. Oleh kerana saiz badan yang berisi, duduk lama di dalam ETS telah menjadikan kaki saya membengkak (water retention). Alhamdullilah. Sejak konsisten ambil Ostematrix, masalah saya sangat minima. Jarang sekali dah kena masalah ni. Begitu juga dengan masalah cramping. Kalau dulu, selalu sangat kena. Sampai tak lena tidur. Sekejap sekejap terjaga.. Ada lagi ada lagi, masalah mood swing ketika musim PMS datang menjelma pun dah tak ada lagi dah. Miracle rasanya. Dulu tak rasa ada apa perubahan, tetapi bila ambil dengan konsisten dan istiqamah, segalanya berubah dengan sekelip mata. Alhamdullilah. Ada perubahan dan banyak perubahan yang membantu saya untuk sihat demi suami dan juga terutamanya mak dan abah saya!!!

Omega Guard pun saya ambil juga untuk mengimbangkan pemakanan tidak sihat yang kadang kadang terambil atau sengaja ambil juga?? Hehehhe. 

Kesimpulannya? Kalau dah beli sesuatu ubat atau vitamin makanlah dengan konsisten dan istiqamah. Dengarlah nasihat SID anda dengan betul. Jgn dia kata makan macam A, anda makan macam Z. Carilah SID yang benar benar dapat membantu dan membimbing anda seperti saya!! Pilihlah sumber yang diluluskan oleh KKM sahaja dan halal.

Ini cerita saya akan bersambung lagi di masa akan datang. Insyallah..


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Your Shaklee Independent Distributor
Azira Abu Bakar
- SMS/ Wassup/ WeChat/Call @ 0133639553

With love,
Azira AB





Masalah Sembelit - Bagaimana mengatasinya?

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua.. 
Semoga anda semuanya dalam keadaan yang baik baik sahaja!
Gejala
Sembelit ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Setiap orang pernah mengalami sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya ia disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak baik.
Tanda dan Gejala
Biasanya gejala-gejala sembelit adalah seperti berikut. Walau bagaimanapun, setiap orang mungkin akan mengalami gelaja-gejala yang berlainan. Gejala-gejala tersebut:
  • Tidak membuang air besar beberapa hari, atau membuang najis yang keras dan kering.
  • Perut kembung, kejang atau sakit.
  • Kurang selera makan.
  • Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk elakkan ketidakselesaan.
  • Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak-kanak.
Sebab-Sebab
Ketika makanan bergerak menerusi kolon, kolon akan menyerap air daripada makanan semasa ia membentuk bahan buangan atau najis. Pengecutan otot pada kolon kemudiannya akan menolak najis ke rektum (bahagian akhir pada usus besar). Setelah najis sampai ke rektum, ia telah menjadi keras kerana kebanyakan air telah diserap.
Sembelit berlaku apabila kolon menyerap telalu banyak air atau jika otot kolon mengecut secara perlahan atau lembab menyebabkan najis bergerak ke arah kolon secara terlalu perlahan. Akibatnya, najis akan menjadi keras dan kering. Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:
  • Kurang serat dalam diet.
  • Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
  • Pengubatan.
  • Susu.
  • Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
  • Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan.
  • Penyalahgunaan julap.
  • Menahan untuk membuang air besar.
  • Kekurangan air.
  • Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
  • Masalah dengan kolon dan rektum.
  • Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.
Komplikasi
Sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan oleh menahan untuk membuang air besar atau Anal Fissures (koyakan pada kulit di sekeliling anus). Ia berlaku disebabkan oleh najis yang keras meregangkan otot Sphincter. Kesannya, pendarahan rektum mungkin berlaku, di mana darah kelihatan di permukaan najis.
Kadang kala, regangan menyebabkan rektum terkeluar (terjatuh) dan ini boleh menjurus kepada pengeluaran mukus dari dubur. Rektum yang terkeluar dengan teruk dan kronik memerlukan pembedahan untuk menahan usus dari terkeluar atau untuk membaiki lapisan yang terkeluar (terjatuh).
Sembelit juga boleh disebabkan oleh najis yang keras memenuhi ruang usus dan rektum secara amat ketat yang mana penolakan najis keluar secara normal tidak mampu membawa najis keluar. Ini merupakan Fecal Impaction yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Impak ini boleh dilembutkan dengan penggunaan minyak mineral yang diminum atau disuntik menerusi dubur. Selepas melembutkan impaksi, doktor mungkin akan memecahkan dan membuang bahagian najis yang keras dengan memasukkan jari.
Rawatan
Perkara utama dalam merawat sembelit ialah untuk memastikan kita memakan serat dan meminum air dengan cukup. Ini akan membantu najis bergerak menerusi usus dengan meningkatkan ketebalan najis dan menjadikannya lebih lembut.
Berbincang dengan doktor keluarga anda sekiranya:
  • Sembelit masih baru dan jarang berlaku kepada anda.
  • Anda mengalami sembelit selama 3 minggu atau lebih.
  • Anda dalam kesakitan.
  • Anda mendapati najis anda berdarah.
Pencegahan
Dalam banyak kes, tips mudah berikut akan membantu:
  • Makan pelbagai jenis makanan. Makan banyak kekacang, bijirin penuh, buahan segar dan sayuran.
  • Minum banyak air.
  • Lakukan senaman secara berkala.
  • Jangan menahan untuk membuang air besar.
  • Ketahuilah yang tabiat membuang air besar yang normal adalah berbeza mengikut individu.
  • Sekiranya tabiat membuang air besar anda berubah, dapatkan pemeriksaan doktor anda.
-------------------------------------------
Ada tak supplement yang sesuai untuk mengatasi masalah sembelit ini? Sudah pasti ada... :)

MEAL SHAKES antara supplement yang dicadangkan untuk meminimakan masalah sembelit yang dialami oleh anda. Mengapa? Ini adalah kerana ianya adalah multivitamin yang lengkap dengan sumber Fiber, Vitamin C, Vitamin D, Calcium yang diperlukan untuk meminimakan masalah sembelit ini. MEAL SHAKES boleh membantu semua golongan yang mengalami masalah sembelit. Insyallah.

Anda boleh juga mencuba Set Sembelit seperti di dalam poster berikut.


Secara ringkasnya :-

Kaya dengan serat yang diperlukan untuk melancarkan pelawasan. Memandangkan orang ramai dewasa ini jarang mengamalkan pemakanan sihat yang seimbang seperti pengambilan buah buahan dan sayuran sayuran yang tinggi kandungan seratnya. Maka, Alfalfa boleh membantu sebagai salah satu sumber fiber anda! Insyallah

Lecithin :- 
Bertindak sebagai pemecah lemak, melembutkan najis, melembabkan usus dan meleraikan toksin yang telah terkumpul di usus. 

Mengandungi Magnesium iaitu mineral yang bersifat laksatif. Magnesium melembutkan najis sekaligus memudahkan pembuangan.

Jika anda adalah seorang pesakit tegar masalah sembelit ini, adalah dicadangkan untuk bermula dengan pengambilan Herb Lax. Herb Lax mengandungi herba-herba termasuk senna yang digunakan zaman berzaman sebagai bahan laksatif yang sesuai untuk detox usus. Ianya akan membantu anda mencuci usus yang sekian lama telah bertepek dengan najis najis lama yang tidak di buang dengan sempurna. Dalam masa yang sama boleh membantu anda mengatasi masalah perut buncit!




Jangan biarkan masalah ini menghantui hidup anda. Deritanya hanya anda sahaja yang tahu dan mengalaminya. Berjumpalah dengan doktor anda untuk membincangkan masalah ini. Ia bukanlah satu masalah yang perlu disimpan sehingga menjadi racun dalam badan kita.

With love, 

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Your Shaklee Independent Distributor
Azira Abu Bakar
- SMS/ Wassup/ WeChat/Call @ 0133639553
- FB Page @ https://www.facebook.com/JomBuyVitaShoppe
- Email @ masuri24@gmail.com