Showing posts with label Coretan. Show all posts
Showing posts with label Coretan. Show all posts

Coretan - Arwah Opah



Lewat dinihari tempohari ketika mata sudah hendak melabuhkan tirai, aku tiba tiba teringat pada arwah OPAH yang disayangi. Rasa rindu tiba tiba menghinggap hati yang tatkala itu terasa sunyi.

Teringat saat aku menyisir rambutnya usai memandikan dia. Aku yang agak kasar ini menyisir rambutnya dengan kuat. Perlahan dia bersuara..

"Sakit.. pelan pelan sikat" aku sedikit terkedu. 

Rasa bersalah merajai ruang hati. Setelah memohon maaf perlahan aku kembali menyisir rambutnya dan kemudian membedakkan wajahnya. Luluh hati tatkala itu kerana setiap inci badannya penuh rasa sakit yang tidak mampu aku kurangi.

Lewat beberapa hari sebelum perginya insan yg aku rindui ini dia teringin untuk makan nasi berlaukkan ikan masin tepung. Alhamdulillah berjaya emak tunaikan. 

Teringat saat aku membacakan satu juzuk ayat Al Quran dimalam opah tidak lagi memandangkan aku dengan redup matanya. Pilu. Teringat saat aku membantu memandikan jenazahnya.. air mata tidak mampu gugur tatkala itu. Tidak tahu dari mana datangnya kekuatan itu sambil memandang emak yang tidak berdaya berbuat apa... ahh emak, hatinya yang sangat rapuh meruntun emosi aku.

Tatkala jenazah mula dibawa melangkah keluar dari rumah baru air mata yang aku tahan dan empangi gugur jua... 

Arwah yang penuh cerita duka dan juga diwarnai warna warna pelangi dalam hidupnya.. arwah yang amat suka melihat aku menggayakan tudung ketika di sekolah rendah.

Ada 1001 cerita tentang arwah Opah yang tak mungkin aku rungkaikan satu demi satu.. arwah yang sangat lembut dan mendamaikan resah di hati..



Coretan Ringkas -LRT GOMBAK




Sibuk PM pelanggan Shaklee, aku jadi leka dan ralit sampai terlepas destinasi yang dituju... hehehehhe..

ALLAH. ALLAH. ALLAH.
Alpanya, sampai lewat tiba di rumah.

Matahari hampir melabuhkan tirainya...
Malam kian menyapa...

Apa ada dengan hari ini?

Coretan - Batu Gajah KL Sentral

BATU GAJAH KL SENTRAL

5.02 pagi





Dinihari pagi... Ramai juga makhluk Allah bernama manusia di stesen keretapi Batu Gajah ni. Isnin, memang agak ramai penumpang yg menaiki ETS untuk ke Kuala Lumpur. Tiket jika tidak dibeli awal, maka tidak berpeluanglah untuk kembali ke Kuala Lumpur.

Ada pelajar yang perlu memberesi ilmu yang dipelajari. Demi segulung Sijil, Diploma atau Ijazah!

Ada pekerja yang gigih melangsaikan tanggungjawab mencari rezeki. 

Ada pesakit yang perlu menemui doktor untuk penawar kesakitan.

Ada pelbagai jenis manusia di sini. Berbagai bangsa dan agama. Yang pastinya dengan tujuan untuk sampai ke destinasi. Aku? Sebahagian dari mereka.  Perlu melunasi tanggungjawab walau harus berjauhan dengan kekasih hati.
Hari ini, satu lagi episod hidup bakal berlalu walau ianya baru sahaja hendak melorek langkah. 

Masih bernafaskah? Masih mampu tersenyumkah? Masih berupaya melukis tawakah? 

Tiada kepastian apa yang akan berlaku lewat beberapa minit akan datang. 

ALLAH . ALLAH. ALLAH.
Semoga hidup hari ini ada ertinya untuk dibawa bekalan ke dunia yang pasti itu. 

Semoga hari ini tidak berlalu sesaat pon tanpa kita mengingati DIA!

Biar kaki melangkah, biar lena diulit mimpi, biar apa pun terjadi, moga kita terus mengingati DIA dalam sedar atau tidak.

Rezeki dari ILAHI

REZEKI DARI ILAHI

Nampak tak pekerja tersebut???


Gambar seribu erti! Gambar yang mewarnai bicara hati. 

Gambar yang aku snap lewat pagi tadi semasa sarapan pagi. Sarapan pagi pon pukul 1030.. itu pun En Suami pergi beli. Sambil bersarapan aku bersembang dgn En Suami. Aku kata, kasihankan berjemur di tengah panas demi sesuap nasi. 

Tak kisahlah gaji mahal ke atau murah. Rezeki yg Allah bagi dengan harus menjemurkan diri di bawah terik mentari. Gigih sungguh. Aku kagum. Aku yang bekerja di bawah dingin aircond pun sering merungut kebosanan dan keletihan. Maka bagaimana dengan org yg terpaksa bekerja mengangkat batu membina bangunan? 

Kasihan kasihan. Kasihan pada diri aku sendiri kerana kurangnya rasa bersyukur atas nikmat kurniaan ILAHI yang. Pandang ke bawah Azira! Jangan asyik memandang ke atas.

En Suami menyuruh aku membancuh Performance Drink. Aku kata, abang pergi hantarlah ya. En Suami kata seganlah.. 

Ok. Biar ayg hantar. Baru berkira kira hendak membancuhkan minuman, pekerja itu telah pon berlalu kerana tugasan yg telah selesai. 

Aku? Bukan rezeki utk belanja pekerja tersebut minum PD!

BAHAGIA - REDHA & SYUKUR

BAHAGIA - REDHA & SYUKUR

Bersembang dengan teman sideline SID. Bercadang untuk meraikan hari lahir 2 orang teman sideline SID yang lain..

Manusia, perangainya bermacam macam. Makhluk Allah yg sangat sempurna , tapi berbeza dari segi segalanya.

Tidak berpuas hati dengan yang lain? Itu lumrah dan fitrah. Apa yg penting bagaimana penerimaan kita. Positif atau negative. Aku? Selalu juga berprasangka negative.. 😏😏

Manusia, jarang yg mahu bersyukur. Tapi terus menerus mengecam dan tidak pernah tidak untuk komplen!

Coretan Ekpress Rakyat - 20/11/2015

Ekpress Rakyat 02

Koc yg sgt selesa!

Gerimis mengundang

Kurniaan ILAHI

Destinasi , Batu Gajah Perak

Gerimis menemani tatkala keretapi ini memulakan perjalanan..

Dingin, sedingin aku yang masih mencari cari erti dan destinasi hidup

Mata telah seakan akan letih, seolah olah meminta aku supaya membawa diri ke alam lena. Tapi diri belum puas rasanya untuk terus menikmati indahnya langit dan rimbunan hijau ciptaan ILAHI

Hati berkata kata minda bermain main.. Sampai bila harus leka begini, kadang kadang lupa untuk membaca tinta dari ILAHI.. Majlis ilmu masih belum mampu dijejaki.. berat untuk melangkah. Hanya kerana sebuah alasan KEMALASAN yg merajai perjalanan hidup ini..

Bersyukur dengan rezeki dari ILAHI. Walau ada rasa iri pada mereka yang mempunyai zuriat pewaris keturunan.

Aku adalah aku, semoga hidup ini berada di bawah keberkatan dan lindungan dariNYA walau aku selalu lupa aka DIA