Showing posts with label Masak masak. Show all posts
Showing posts with label Masak masak. Show all posts

KARI IKAN MANGGA - THE STORY BEHIND

KARI IKAN MANGGA



Alkisah, ada orang tu request untuk makan Kari Ikan Mangga. Ok. Dalam peti ais ada ikan nyok nyok dan balik dari rumah mak dapat mangga muda yang kecil kecil.. Aku amik 5 biji. 

Sebelum tengok resepi, jom tengok cerita di sebalik Kari Ikan Mangga ni. Sambil menjamah makanan En Suami cerita, di negara India susah untuk dapat asam jawa. Maka mangga di gunakan dalam resepi masakan kari ikan bagi menggantikan asam jawa atau asam keping. Kata En Suami, boleh dikatakan setiap rumah di India ada pokok mangga. Dalam masakan India, mangga digunakan untuk masak acar, chutney dan pelbagai lagi..

Katanya cerita ini datang dari arwah bapanya yang mana keturunan beliau adalah dari India (daerah paling ramai Islam).. Tak pasti kesahihan cerita ini sebab belum sempat di Google.

Jom tengok resepi.. Kalau dah guna mangga dalam kari ikan, tak perlulah lagi letak asam. Kalau suka boleh letak tomato. Tapi saya tak letak!



rempah, mangga, cili merah

proses menumis

Bahan2 nya..
Ikan nyok nyok seekor di kerat 4
Serbuk kari - 5/6 sudu besar
Serbuk jintan manis - 1/2 sudu kecil
Serbuk jintan putih - 1/2 sudu kecil
Bawang Besar - 1 labu
Bawang Putih - 6 ulas
Halba - satu sudu kecil
Biji Sawi - 1/2 sudu kecil
Daun Kari - 3 tangkai 
Cili Masak - 3 biji
Minyak untuk menumis
Sedikit air

Dan caranya... 

Tumis bawang besar, bawang putih, halba, biji sawi, daun kari sehingga naik bau dan agak kelayuan.
Masukkan rempah dan perlahankan api, masak hingga garing. 
Kemudian tuang sedikit air, gaul rata dan masukkan mangga. 
Kemudian tambahkan sedikit air lagi dan masukkan pula ikan.
Didihkan hingga ikan masak dan mangga agak layu.
Perasakan dengan garam dan jika perlu garam

Siap untuk dimakan! Enak dihidang bersama dengan nasi yang agak lembik.. Dihidang bersama dengan bendi masak hijau!

Nyum2 sungguh.






RESEPI - PUDING ROTI GULA HANGUS

Puding Roti Gula Hangus


Puding roti memang enak. Ditambah pula kalau dimakan bersama sos coklat atau sos kastad. Tapi resepi kali ini dinikmati bersama dengan sos gula hangus yang enak.

Resepi saya ambil dari FB Page Resepi Shiela Rusly.. Jom kita tgk bahan bahan dan caranya.

Resepinya adalah...

Bahan2

1 cawan gula
1/4 cawan air

8 keping roti gardenia (saya guna 1 buku)
2 tin susu cair
5 biji telur
1 sudu teh esen vanila (saya suka bubuh lebih)
1 sudu besar tepung kastad (okeh ini lupa sungguh hehehe)
sedikit butter
sedikit kismis ( saya pakai buah campuran)

Cara cara memasak

1. Masak gula hingga perang kemudian masukkan air dan masak sampai gula larut (macam nak buat puding karamel)
2. Kemudian tuang ke dalam loyang
3. Sapu roti dengan butter dan ketepikan dulu
4. Sementara itu pukul telur, susu cair, esen vanila, tepung kastad sampai kembang
5. Kemudian masukkan ke dalam loyang berisi karamel tadi
6. Kemudia siat siat kasar roti, dan masukan dalam adunan telur tadi. Tekan tekan sikit dan tabur kismis
7. Kukus selama 45 minit

* Saya tak tuang dulu bancuhan susu, saya gaul dulu dengan roti yang disiat bagi kembang sedikit kemudian gaul bersama dengan buahan campuran tersebut. Lepas tu baru tuang ke dalam loyang..


Siap dan boleh di makan begitu sahaja..



Selamat mencuba!!! Enjoy yaaa..




 Love alwiz...,

Azira Abu Bakar,
Pengedar Shaklee Anda 
013363955

COD 
Wangsa Maju Sek 1, Ipoh, Batu Gajah, Tanjung Tualang, 
Penghantaran Seluruh Malaysia, Brunei, Indonesia 

Email at
masuri24@gmail.com 

RESEPI - SERAWA NANGKA

SERAWA NANGKA




Pernah dengar tak serawa? Ianya lebih kurang macam pengat. Bezanya, kalau pengat kita akan masak sekali santan, air , gula dan buahan terbabit bersama. 

Tetapi, serawa ni kita masak santan dan air bersama gula dan garam dahulu dengan api sederhana dan dikacau selalu supaya tak pecah lemak. Tapi pastikan santan masak secukupnya. Apabila dah mendidih, kita akan tuangkan santan tadi ke dalam buahan2 tadi. Biasanya buah yang dibuat serawa adalah nangka, mangga masak, kuining. 

RESEPINYA..


Jom tgk resepi berikut yang saya ambil dari blog hazila.blogspot.com

Bahan2

8-10 ulas Nangka saiz sederhana
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1/2 cawan gula
1 sudu kecil garam

Cara caranya :-

1. Nangka dihiris tidak terlalu nipis. Dadu pun boleh.
2. Masak santan, air dan gula dan garam dengan api sederhana dan kacau selalu hingga mendidih.
3. Setelah santan masak bolehlah dicurahkan ke atas nangka tadi. Gaul rata.

Cara untuk menikmatinya:-
Hidangkan serawa bersama dengan beberapa ketul ais kerana ianya enak dinikmati begitu..

Selamat mencuba! Sedap sangat tuh..
Masak dari hati masak dengan iman yaa..

Love alwiz,

Azira Abu Bakar,
Pengedar Shaklee Anda 
013363955

COD 
Wangsa Maju Sek 1, Ipoh, Batu Gajah, Tanjung Tualang, 
Penghantaran Seluruh Malaysia, Brunei, Indonesia 

Email at
masuri24@gmail.com