Showing posts with label suami. Show all posts
Showing posts with label suami. Show all posts

Performance Drink, kegemaran si dia!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Semoga semuanya sihat dan diberkati oleh Ilahi.. 

Rancangan asal nak cerita pasal Vitamin E Complex yang terkenal tu ..
Tapi plan dah bertukar kepada Performance Drink pula.. Kenapa dan mengapa? Sebab saya tak sabar sabar nak cerita yang En Suami, sangat suka pada Performance Drink ni. Inilah supplement pertama yang kekal dia guna semenjak mencubanya pada bulan Ramadhan yang lalu.. Alhamdulillah.. 

Ini adalah kerana Performance Drink sangat sangat membantu beliau dalam mengatasi masalah tidak gemar minum air putih.. Tapi sekarang dah banyak berubah. Dulu tiap tiap bulan mesti demam, sakit tekak, selsema dan batuk. Warna urine pun selalu kuning pekat saja. Kini tidak lagi.. Performance Drink betul betul menyelesaikan dilema mesti demam tiap tiap bulan. Dan saya yang jauh dari dia ni, tidak lagi risau dengan masalah itu! Syukur sangat pada Ilahi.


Performance Drink, sekarang mesti sentiasa ada di rumah!

Jom tengok apa itu Performance Drink ni:-

  1. Ia adalah minuman ahli sukan yg mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna utk membantu mencegah dehidrasi seperti fungsi minuman elektrolit. Tetapi, ianya tidak bergas! 
  2. Ia membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan
  3. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yg memberikan kita tenaga berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dlm darah.
  4. Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya ia membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
  5. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua golongan terutama yang kerja di tengah panas. Sesuai untuk budak budak yang sedang demam atau baru nak demam.
Meh baca sikit pasa Elektrolit..

Fungsi elektrolit adalah untuk mengawal keseimbangan air dalam badan dan menghasilkan impuls elektrik yang digunakan oleh saraf saraf dan otot otot badan. Antara elektrolit yang utama dalam badan adalah Sodium ion, Chloride Ion, Magnesium ion Calcium Ion, Potassium ion.. 

Mengapa Performance Drink menjadi pilihan suami saya? 

Kerana ia berbeza dengan jenama yang lain..bukan sahaja rasanya yang lazat, tetapi yang paling penting ianya tidak bergas dan juga atas atas sebab berikut :-

Kelebihan Performance Drink Shaklee:-
  • Ia terbukti secara klinikal dapat menyokong tahap hidrasi lebih cepat berbanding air. 
  • Performance Drink juga mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi lain.
  • Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.
  • Terbukti secara klinikal:Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi, memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.
  • Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.
Jadi, tunggu apa lagi? Jom dapatkan dari saya.. rundingan percuma.. :)



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Your Shaklee Independent Distributor
Azira Abu Bakar
- SMS/ Wassup/ WeChat/Call @ 0133639553
With Love,
Azira AB

Cinta Hati .., kesayangan hamba!

Assalamualaikum...
Semoga semuanya baik baik sahaja ya!. Dilimpahi rahmat dari Ilahi..

Wajah wajah kesayangan hamba.. :)


En suami- gambar lama di ambil masa bertunang, 2006.
Cinta cyber, yang memakan masa selama 6 tahun lamanya termeterai dengan ikatan perkahwinan pada November 2006. Terima kasih, kerana terima saya seadanya. Terima kasih kerana masih setia dan terus setia dan utuh dengan perhubungan jarak jauh yang kita lalui ini. Terima kasih Allah!!


Emak, gambar lama di ambil masa hari perkahwinan saya, 2006.
Emak, sentiasa nampak muda walaupun usia telah mencecah 64 tahun pada April yang lalu...
Emak, apa sahaja yang saya lakukan adalah kerana dia... Maafkan adik, jika ada perkataan dan perbuatan atau apa sahaja yang menyakitkan hati emak!!! I love u so much emak!



Abah, gambar lama diambil masa hari perkahwinan saya, 2006.
Abah, sebenarnya bukan abah kepada saya dan abang. Tetapi lebih dari itu. Abah adalah teman dan sahabat baik pada aku dan abang. Sembang abah pada kami seperti teman2 tanpa ada batasan...

Suami, Emak, Abah.. Cinta hati saya .. segalanya untuk mereka kerana Allah.


Special Post - Happy Birthday Hubby... !!!

To my dearest hubby... this entry special dedicated for you.
Happy birthday sayang.. 25/07/1976
Semoga perjalanan cinta kita tiada akhirnya hingga ke dunia abadi nanti ...


suami,
empat tahun usia 'CINTA' antara kau dan aku
namun ... bukan sedikit yang kita tempuhi

kadang kadang aku terasa lelah dan penat
untuk melewati segala duri duri kehidupan ini..

tapi bila menatap wajahmu
tatkala kau lena
tatkala kau bekerja
tatkala kau berkata kata

hati jadi tenang .. setenang air di kali

aku tahu.. bukan sedikit yang kau harungi
demi bahagia kita
demi masa depan kita

tiada kata yang dapat aku lakarkan
untuk menzahirkan betapa aku menghargai
segalanya yang kau lakukan untuk kita..

terima kasih atas segalanya yang telah kau beri
semalam, hari ini dan hari hari esok ..
semoga cinta kita akan selamanya
termeteri di hati..

luv u sayang.. luv u so much..