Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

Anak anak zaman sekarang

adik adik - Qayyum Irfan & Nazrin Amsyar (sekadar satu hiasan)

Anak anak zaman sekarang, semuanya dipermudahkan. Bila usia menginjak ke sekolah rendah sudah dibekalkan telefon bimbit yang khabarnya sebagai satu keperluan. Masa zaman aku sekolah dulu disediakan telefon awam dan juga boleh menggunakan telefon di pejabat sekolah jika keadaan memerlukan.

Bila menjengah ke peringkat menengah sudah disediakan komputer riba, malah ada yang diberi IPAD. Sayangnya teknologi canggih ini sekadar digunakan untuk bermain game dan mengemaskini status terkini melalui facebook. Teknologi yang ada tidak dimanfaatkan sewajarnya. Semuanya bagai satu keperluan dan satu kemestian. Kemewahan yang kadang kadang tidak sesuai dengan usia.

Waima, mengisi borang ke universiti pun diuruskan oleh ibubapa. Bila sudah masuk ke universiti dibelikan kereta, motor yang diceritakan sebagai satu kemudahan untuk anak anak belajar. Tetapi...? Mungkin sebaliknya. Bila dapat duit pinjaman belajar digunakan untuk membeli telefon bimbit yang lebih trendy.

Bila anak mula berkerja dan baru belajar membina kehidupan maka, di belikan pula rumah. Jika anak mahu berkahwin, disediakan perbelanjaan.

Mudah dan ringkas. Tidak ada daya usaha sendiri. Yang mengumpul duit dan berusaha adalah ibu bapa. Anak anak zaman sekarang umpama memetik jari, boleh dapat apa sahaja yang di ingini dalam sekelip mata sahaja. Wahh... seronok jadi anak zaman sekarang, tapi tidak mampu berdikari.

Masa zaman aku bersekolah rendah dulu, berjalan kaki ke sekolah. Yang agak jauh. Dari rumah nak ke sekolah berpeluh jugalah. Masa tu baru darjah satu. Kesusahan mak dan abah menjadikan aku dan abang tak kisah. Tetap pergi sekolah walau pun berjalan kaki dengan duit belanja 50 sen. Tidak pernah melencong ke tempat yang tak sewajarnya. Kalau ada kecemasan disekolah aku dan abang gunakan telefon awam dan telefon di pejabat sekolah. Meningkat ke darjah 4, semua keperluan sekolah di uruskan sendiri. Kasut di basuh dan di kapur sendiri. Baju di seterika sendiri. Keperluan beg sekolah juga dikemas sendiri. Zaman sekarang, kasut sekolah pun mak bapak basuh lagi.

Bila mendaftar diri di universiti, mak dan abah sekadar datang menghantar pada hari pertama. Bila cuti semester balik lah ke rumah naik bas. Bila semester break heret lah beg besar ke stesen bas. Belilah tiket sendiri. Di kampus, ke kuliah berjalan kaki. Buat assingment menggunakan komputer di lab yang disediakan pihak universiti. Jika mahu membeli barang pergi outing naik bas beramai ramai. Masa tu buat diploma, tanpa bantuan pelajaran dari mana mana agensi. Sekadar duit dari mak dan abah. RM 200 sebulan. Pandai pandailah menguruskan sendiri. Cukup atau tidak, bertahan sahaja lah hingga ke hujung bulan.

Kesukaran, menjadikan kita tahu menghadapi sebarang masalah. Bila bekerja, mula mengumpul duit utk membeli handphone sendiri. Beli rumah, bayar deposit guna duit sendiri, urusan guam pun guna duit sendiri. Bila berkahwin juga guna duit sendiri. Malah masih dapat menyumbang ke arah ibu bapa.

Kemewahan ibu bapa zaman sekarang menjadikan apa sahaja impian anak anak akan tercapai dalam jangkamasa yang begitu pantas. Sejujurnya aku tidak setuju cara begitu. Tapi, aku belum menjadi ibu bapa. Jadi tidak tahu dan tidak berani nak cakap. Mungkin aku pun akan jadi ibu bapa yang sebegitu... Allah sahaja yang tahu.  Nanti kalau aku di beri peluang dan kesempatan memiliki cahaya mata, sebolehnya aku mahu dia belajar berdikari.. bukan bergantung hidup dengan kemewahan dan kesenangan yang dimiliki sahaja.

Buat baik berpada pada ... (i)

Luahan rasa ke post kali ini?
Aku rasa tidak .. sebenarnya ini ada pengalaman hidup dan pengajaran berharga buat aku dan suami.. Masa kami susah... tak berduit, kami tidak pernah meminjam dengan orang lain (kecuali dengan bank). Belum juga sampai menggadai emas yang ada. Sekadar mengeluarkan simpanan yang ada sahaja untuk meniti hari hari yang berliku. Tidak meminjam dengan emak dan bapa, tidak juga dengan saudara mara apatah lagi dengan kawan kawan terdekat atau jauh. Semuanya kami harungi sendiri bersama. Walaupun begitu ketiadaan wang ini kadang kadang menjadikan kesabaran kami berada di tahap minima, tapi tidaklah pula bermasam muka dan bergaduh. Segalanya dihadapi dengan tabah, menyembunyikan kesusahan hidup antara kami sahaja.

Hari ini dan pada masa ini kami tidaklah mempunyai banyak duit tetapi rezeki tidaklah pernah putus setakat ini .. mungkin keberkatan hidup menjaga sara hidup kedua ibu bapa (mak n abah, juga mil). Juga mungkin dengan keberkatan membaca surah Al Waqiah sentiasa .. walaupun kadang kala terlepas juga membacanya kerana kesuntukan masa (atau sebenarnya masa yang tidak diatur dengan sempurna). Juga dengan solat sunat Dhuha yang menjadi amalan..

Ceritanya? Kerana pernah merasa susah kami menjadi terlebih baik dengan seorang kawan suami aku. Mereka ini hidupnya terlalu susah dengan anak anak dan menumpang hidup dirumah emak mentua. Oleh kerana sudah membina hubungan yang terlalu baik maka aku dan suami selalu memberi bantuan pinjaman dari segi kewangan (sehingga sekarang masih belum berbayar dengan sempurna). Malah aku pun turut membantu mereka. Syawal tempohari adalah yang terkini kami memberi pinjam bantuan kewangan untuk mereka menyambut raya. Itu yang terakhir dan ianya menjadi yang terakhir .. kerana apa yea? Sebab mereka telah mengkhianati suami dalam satu pekara yang melibatkan wang dan kami merasa sangat 'upset' dan 'down'. Terkilan kerana kebaikan yang kami beri dibalas dengan pengkhianatan sedemikian rupa.

Maka, aku dan suami bercadang untuk tidak memberi sebarang bantuan kepada mereka walaupun mereka susah sehingga tidak makan.. pedulikan sahaja.. kami berbuat baik tetapi dibalas dengan tuba .. aku insaf dari tidak lagi membuat baik sebarangan apatah lagi melibatkan wang. Kejamkan aku? Rasanya tidak.. dari aku memberi bantuan kewangan kepada mereka lebih baik aku bersedekah untuk mereka yang lebih memerlukan... Tidak mengenang budi.

Tapi aku percaya.. segalanya pasti akan berbalas.. Segalanya ada hikmah yang tersurat dan tersirat.
Allah Maha Adil.. itu yang pasti.

Update - terkini segalanya terbukti... yang salah pasti akan dapat balasan dan pengajaran... Moga mereka belajar dari pengalaman dan kesilapan.

Friday come again..

Jumaat datang lagi.. and as usuall the routine will come again too...rentetan dari perkahwinan jarak jauh yang telah berlangsung selama hampir empat tahun?.. lama ehhhhh

Naik tren shuttle 

dari kl sentral

 
ke batu gajah

kesemua gambar adalah ehsan dari google.. tq


rutin yang tidak akan berubah selagi hidup terpisah begini... haruskan aku berhenti dari bekerja..? Jawapan yang belum ada persoalan...

March 2010

Sudah menjengah bulan Mac rupanya..
Dan makin bertambah usia dan makin singkat tempoh kehidupan ..

Bersediakan aku menghadapi kemaatian? Menghadapi dunia kiamat yang tak pasti bila akan menjelma.

Takut .. takut sebenarnya.. Bergelora di dalam hati mengenangkan semuanya..

Insafkah aku mendepani semua ini...?