Showing posts with label Masak-masak. Show all posts
Showing posts with label Masak-masak. Show all posts

masak dari hati... masak dengan iman

MEMASAK DARI HATI


Mee Hoon Goreng Putih



Spaghetti Goreng



Assalamualaikum...
Salam Sejahtera awak!!!

Apa khabar??? Permulaan yang stereotype ehhh??? hehehhee

Ini adalah aktiviti memasak saya di hujung minggu!!! Dah memasak pon seminggu sekali kalau tak ada aktiviti di luar.. Kalau ada aktiviti di luar, dapur kat rumah pon tak berasap lah..

Memasak kalau dari hati, maksud saya dengan hati yang ikhlas apa pun akan jadi sedap. Masaklah walau sekadar campak campak, masaklah dari bahan recycle food pun (bukan menteri recycle ya.. ) atau masaklah dari sumber yang fresh, jika hadir bersama jiwa dan perasaan ianya akan jadi enak dan akan diingati oleh yang tersayang!.. Kan? Betul tak? Ditambah lagi dengan perisa kasih sayang diadun bersama zikir dan tasbih... Mana tahu, hati yang keras bisa menjadi lembut tatkala menikmati juadah tersebut.. 

Hari Ahad, menu kami berdua adalah Spaghetti Goreng. Saya guna daging sate recycle masa jamuan raya di ofis), cili mesin, sos spaghetti, bawang merah, bawang putih, tomato, lobak merah dan sedikit minyak masak.. Oppps terlebih pedas pula spaghetti goreng ni. Berasap asap en suami memakannya.. hahahha sorry sayang.. 

Spaghetti Goreng, di nikmati makan tengahari dan malam!



Bahan bahan Mee Hoon Goreng Putih

Bahan bahan dan cara memasak

Sebiji Besar Bawang Merah di dadu (saya suka bawang banyak)
6 Ulas besar Bawang Putih di cincang (saya suka bawang banyak)
Dua Biji Cili Merah di hiris
Sebiji Tomato di dadu
Lobak Merah di hiris 
Serbuk Lada Hitam, ikut kita lah..
Air Stok Ikan Bilis dan Fish Cake, resepi mak.
Minyak secukupnya, kalau pakai kuali non stick macam saya, sikit pon jadi lah..
Mee Hoon tak ada dalam gambar
Sos Tiram

Tumis bawang merah bawang putih dan tomato sampai layu sket. 
Masukkan pula cili merah kemudian lobak merah. 
Kemudian masukkan air stok tadi
Boleh masukkan sos tiram dan serbuk lada hitam.

Tunggu sampai air stok sedikit kering dan boleh masukkan mee hoon.
Kacau rata sampai mee hoon lembut. Boleh lah rasa masa ni.

Siap.. Enak di makan begitu sahaja..

Masak dari hati masak dengan iman.. bak kata Chef Amar.
Selamat mencuba dan sampai jumpa lagii..

Ps: saya jual Shaklee tau

with love,
Azira Abu Bakar



BADAK BERENDAM MODEN with love!



Badak berendam ni buat hari Khamis lepas.. Buat untuk orang demam. Sementelah ada inti kelapa lebihan ambil dari rumah mak masa Ramadhan hari tu. Letak dlm freezer tahan lama. Alhamdullilah.

Resepi? Sangat simple ya.. Tapi saya memasak biasanya guna apa sahaja yang ada di rumah. Tidaklah sampai kena cari barang wajib mcm santan dan sebagainya.

Tepung pulut, dalam 300gm
Air
Vanila
Pewarna. (Saya sukakan badak berendam yang bewarna!)
Inti kelapa

Bancuh tepung pulut bersama air dan vanila juga pewarna. Uli doh tersebut sampai boleh dibentuk dan digentel.
Ambil satu sudu kecil dan dilobangkan kemudian letakkan inti kelapa tersebut. Sebaiknya di gentelkan dulu inti kelapa tersebut.

Sementara menggentel panaskan air hingga mendidih dan kemudia rebuskan badak berendam tadi sehingga timbul ke permukaan. Maksudnya telah dimasaklah tu.

Oh ya.. Sebelum menggentel tadi, saya dah masak kuah badak berendam.

Susu cair satu tin
Tepung kastad 2 sudu besar
Gula satu sudu besar
Vanilla 1 sudu kecil

Kacau dengan api perlahan sehingga susu mendidih. Kena kacau ya dan tak boleh terlalu panas. Nanti susu pecah!

Lepas dah rebus badak berendam letakkan kedalam susu cair tersebut dan sedia dimakan! Enak dimakan ketika sejuk!

Masakan boleh dipelbagaikan ikut kreativiti kita. Kalau resepi asal badak berendam kena ada santan, daun pandan and etc. Kalau mak saya dia suka kukus gentelan badak berendam tersebut bersama santan. Tapi saya prefer rebus dan masak santan dan di gaul bersama!!














posted from Bloggeroid

Simple Dish Prepare with Love

Bismillahirrahmanirrahim...

Memegang tittle sebagai weekend wife, bukanlah menjadi halangan untuk tidak memasak. Tetapi kebiasaannya menu yang dimasak adalah yang mudah mudah sahaja seperti Ayam Masak Kicap dan Salad Kentang ini!

Tak mau celoteh panjang berjeda, jom kita tengok resepinya!





Ayam Masak Kicap

Bahan2:-

(Ini adalah resepi mengikut apa sahaja bahan yang ada di rumah saya. Anda boleh mempelbagaikannya !)

Beberapa ketul ayam (dipotong sederhana)
Cili masak (3)
Cili kering blender (3-4  sudu besar ikut tahap kepedasan yang anda suka)
Bawang besar 1 biji (potong bulat)
Bawang besar 1 biji sederhana (di mayang sedikit )
Bawang putih 7-10 ulas (di mayang sedikit tebal juga) - saya suka banyak bawang putih
Halia 2 inci (dimayang juga)
Kicap Pekat Manis ( 4-5 sudu besar)
Garam
Asam Keping 1 keping
Minyak untuk menumis
Air panas (ikut kepekatan kuah yang anda mahu)

Cara2:-

1. Ayam digoreng seperti di resepi Ayam Goreng Masala
2. Tumis bawang besar potong bulat, bawang besar, bawang putih, halia dan asam keping.
3. Setelah agak layu dan berbau wangi, masukan pula cili kering blender tadi. 
4. Masak sehingga naik minyak. 
5. Kemudian, masukan pula kicap dan masak sehingga masak. 
6. Kemudian masukkan ayam tadi dan digaul rata. 
7. Kemudian boleh dituang air panas tadi dan di kacau rata.
8. Kemudian perasakan dengan garam dan akhir sekali letak cili masak. 

Jika tak nak berkuah, tidak perlu diletak air panas!





Salad Kentang

Bahan2:-

3 biji kentang dipotong dadu dan direbus hingga empuk
2 biji cili masak dihiris halus
1/2 biji lobak merah 
1 sudu kecil daun sup
1 sudu besar Salad Cream Heinz
1 sudu besar Thousand Island
Garam

Gaul semua bahan dan sedia dimakan! Enak dimakan ketika sejuk!



posted from Bloggeroid

Chocolate Moist Cake

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua!!! Semoga baik baik sahaja semuanya!

Ini cerita masak masak minggu lepas di rumah BG. Sebenarnya kek coklat moist ni adalag request dari En Suami semenjak 2 minggu lepas. Tetapi memandangkan tangan saya sakit, normal problem with my arthiritis, tidak dapatlah memenuhi permintaan beliau.

Minggu lepas ada sedikit kelapangan, maka terciptalah Kek Coklat Lembab yang super moist ini. Resepi saya ambil dari blog YATIE MEMORIES, antara blog kegemaran saya untuk mencari idea untuk memasak.. Terima kasih pada Kak YATIE MEMORIES.

Saya salinkan resepi di sini ya.. copy paste dari blog beliau.

KEK COKLAT MOIST KUKUS


resipi : chef zubaidah
sumber : alongroz@myresipi 
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan ( 8-9 inchi  )

100gm Serbuk Koko*
250gm Gula Kastor *
1 tin Susu Isian Cair*
200gm Minyak Masak Sayuran*
250gm Susu Pekat*

4 biji Telur - pukul sehingga berbuih

150gm Tepung Gandum
1 sudu kecil Soda Bicarbonat
1sudu kecil Baking Powder

Cara-cara:-


  • Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Sentiasalah di kacau guna whisk, tak payah sampai menggelegak. (saya masak dengan induction cooker set timer untuk milk).
  • Satukan dgn telur yg di pukul dgn mixer tadi (saya pakai whisk sahaja, kes malas nak keluarkan mixer).
  • Masukkan tepung gandum yg di ayak bersama baking soda dan baking powder sedikit demi sedikit sehingga sebati. Gaul rata guna whisk je.
  • Masukkan ke dlm loyang yg di lapik dngn kertas minyak. 
  • Loyang hendaklah di lenser dngn sedikit minyak di sekelilingnya terlebih dahulu. (saya tak buat)
  • Tutup loyang dngn aluminium foil (saya balut tutup pengukus dengan tuala)
  • Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. 
  • Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing/ ganache/ topping.

TOPPING

Tak ingat ambil resepi ni dari mana.. tapi beginilah resepinya

100gm coklat masakan
125ml susu cair/segar
50gm butter
saya tambah 1 sudu kecil nescafe

Campur semua bahan dan masak dengan kaedah double boiler. Sejukkan dalam peti ais untuk proses penyejukan dan pembekuan.
Apabila kek telah sejuk dan topping telah sejuk, boleh tuang di atas kek coklat dan hiaskan mengikut citarasa sendiri! Saya pakai coklat urai warna warni.


masih dalam pengukus

ready to be ate

super duper yummy and moist yeaaa!!

Semenjak saya berjumpa dengan resepi ini, tak pernah beralih arah dah . Setia pada yang satu. Kerana ramai yang menggemarinya. Cubalah!!

Masak masak di hujung minggu


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalam n Salam Sejahtera semua..

Apa khabar semua? Semoga semuanya baik baik sahaja ya. Jom kita tinjau tinjau aktiviti memasak saya dihujung minggu berlokasi di rumah Batu Gajah, Perak. Tema masakan minggu lepas ala ala western gitu.. Ada waffle, ada pasta dan juga ala ala chinese, mee sanggul goreng.

Black Pepper Sauce, bahan bahan nya adalah Serbuk Black Pepper (saya blender sendiri), sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap pekat, tepung gandum dan air stok ayam campur sebiji kiub pati ayam knor, bawang holland, bawang putih, dan garam. Buat banyak sebag hendak difrozenkan supaya boleh guna lain kali.

Breaded Fried Chicken, ini pun simple juga caranya, Cuma salut ayam dengan telur dan kemudian gaul rata dengan bread crumb. Goreng sehingga masak. Saya guna api sederhana besar.

Fettuccine Bolognese, pasta Fettucine yang digaul dengan Sos Bolognese

Sos yang saya guna - homemade beli dari kawan saya. Boleh call kawan saya di 016 247 7669, Juanna Rahman

Simple salad, kobis, lobak merah, tomato, salad cream dan thousand island. Sedikit serbuk lada hitam dan garam untuk perasa

Sos Bolognese, Sos pasta homemade tadi, minced chicken, cendawan butang dlm tin, serbuk lada hitam. Masak sehingga menggelegak. 

Set Lengkap Makan Malam, sekali sekala jadi Mat Salleh celup.

Waffle dengan Toping Pes Roselle dan Kurma

Waffle dalam proses pembikinan
Untuk resepi waffle, saya ambil resepi dari SINI

Mee Sanggul/Siput Goreng, yang ni lebih kepada resepi campak2.. 

Enjoy the picture ya.. :)


Home made chocolate








Recipe taken from here

Bahan
300 gm cooking coklat [jual kat kedai bakery tu] - i'm using chocolate compound
50 gm cocoa butter
kekacang [badam/hazel/walnut..kismis]

acuan coklat

Cara
1. Cincangkan semua bahan dan masukkan dalam bekas tahan panas.
2. Letakkan dalam kuali berisi air dan panaskan sehingga coklat cair. ( my method is double boiler)
3. Tuangkan coklat dalam acuan coklat.
4. Masukkan beberapa biji kacang atau kismis. Tekan dengan garfu sampai tenggelam. Sejukkan
5. Keluarkan dari acuan [tekan ditengah bekalang acuan saperti keluarkan air batu]
6. Hidangkan.

Apam Polkadot - Cerita Lama





Prepared the apam polkadot during the raya haji.
Recipe taken from here.

Ingredients
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar atau susu cair
3 sudu teh baking powder = diayak sekali
3 biji telur sejuk dari peti ais
1 sudu kecil ovelette
1 sudu esen vanilla
Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing =)
Pewarna adalah terpulang, janji yang dibenarkan =)

Method

1. Pukul telur putih sehingga kembang elok.
2. Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla, pukul sampai kembang lagi.
3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi.
4. Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
6. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
7. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
8. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
9. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
10. Kukus 10-15 minit sehingga masak.
11. Apa tunggu lagi…ngap ler hehe…
Nota: Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja.
Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. 


Kek Pisang Gebu


Again the simple recipe found here


KEK PISANG GEBU
Oleh : Chef Zubaidah
Source : Masam Manis (fromintankitchen.blogspot.com)
Rujukan : Jamuan Kek

Ingredients

150 gm pisang ~ dilenyek
200 gm tepung gandum
160 gm gula kastor
3 biji telur
120 m minyak masak
1 sudu besar ovalatte
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik

Method

1. Panaskan ketuhar pada suhu 170 C. Sediakan loyang berukuran 8 inc
2. Sapukan sedikit butter pada loyang dan lapik dasar loyang dengan kertas kek
3. Dalam bekas pemutar satukan semua bahan dan pukul hingga pekat
4. Tuangkan dalam loyang dan bakar selama 45 minit ~ 1 jam bergantung pada ketuhar masing-masing.

Kek Coklat Lembap

Still the simple recipe for moist chocolate cake that I found from here.


KEK COKLAT LEMBAB
By : Chef Zubaidah
Source : Masam Manis (fromintankitchen.blogspot.com)
Rujukan : Jamuan Kek

Ingredients

100 gm serbuk koko
400 gm susu cair
200 gm minyak masak
250 gm susu pekat manis
200 gm gula kastor
4 biji telur
150 gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar coklat emuco
1/4 sudu teh garam ~ ita tambah
1 sudu teh esen vanilla ~ ita tambah

Method

1. Mula-mula satukan tepung, serbuk penaik, soda dan garam kemudian di ayak
2. Dalam periuk, campurkan serbuk koko, susu cair, minyak masak, susu pekat manis dan gula (aku humban dalam rice cooker je)
3. Masak adunan atas api yang perlahan hingga gula hancur dan adunan menjadi licin berkilat. Ketepikan dari api
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau sebati
5. Masukkan adunan tepung yang telah di ayak dan gaul rata
6. Tambahkan coklat emulco dan esen vanilla
7. Tuangkan adunan dalam loyang berukuran 9 inc yang telah di oleskan dengan sedikit mentega dan di lapik dasarnya dengan kertas kek.
8. Bakar daam oven yang telah di panaskan 15 minit awal pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek di masak dengan sempurna.
9. Sejukkan kek setelah masak sebelum ianya di potong

Pizza Gebu

Source - CMG


The easiest pizza dough recipe that I found while searching it ...

BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :-)
300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

Method
1. Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu.
2. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. 3. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda.

KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.

For topping, I used sausage, capsicum, onion, squid, spaghetti sauce and black pepper plus the slice cheese for the substitution of mozzarella cheese. Bedal je apa yang ada...


Donut

no picture taken for the food...

this is the one of the recipe to be remembered and used...

source from  here


DONUT
500g tepung roti (aku guna tepung gandum)
100g gula
11g instant yeast
4 biji kuning telur - yg tulin bukan tiruan ye!!
200 ml air

100g magerine / butter - ita guna butter
1 sudu kecil garam


Untuk Hiasan 
200g Chocolat masakan - cairkan ( tak guna pun)
100g kepingan Almond  - bakar ita tak letak ita letak chocolat masakan putih dan coklat (tak guna pun)
Gula icing - aku tambah


1. Ayak tepung2 kedalam sebuah mangkuk dan campurkan yis,gaul rata dan masukkan gula,garam,kuning telur dan tambahkan air sambil dikacau rata.
2. Masukkan pula garam dan butter dan kacau sebati.
3. Kemudian uli doh hingga tidak melekat pada mangkuk.
4. Rehatkan doh 20-30 min hingga kembang.
5. Kempiskan doh,canai dan terap seperti donat biasa atau bulat2kan saja anggaran setiap satu 40 gm
6. Rehat doh semula 20 minit.
7. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.Biar sejuk.
8. Salutkan donat  dengan gula atau choc cair ikut selera. 



Kari Sardin

still last sunday menu ..kari yang pedas berapi..


Resepi:

1 tin sardin besar (ambil isi dan buang tulang dan belah dua)
1 1/2 biji tomato - potong wedges,
both masuk last lepas kuah mendidih dan surut

1/2 biji lobak merah
2 biji kentang - potong 8

6 sudu besar serbuk kari ikan
4 sudu besar cili kering blender

both dibancuh dan dijadikan seperti pes

1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci halia
daun kari
sedikit halba
sedikit biji sawi..

air secukupnya
minyak masak secukupnya

Fried Egg Sandwich

Prepare this dish on last Sunday morning. Selalu aku letak inti sambal sardin, kaya atau coklat.. kali ni letak telur rebus pulak... Malay style sebab ada cili api instead of black pepper..



Resepi:

3 biji telur rebus,
1/2 biji tomato - di potong dadu kecil
1 bji cili merah - dihiris halus
5 biji cili api - dicincang halus
1/2 batang lobak merah - di potong dadu kecil
1 sudu besar mayonis
1/2 sudu sos cili
secubit garam

Roti 8 keping
Bancuhan tepung seperti goreng pisang

Ramadhan - 7th Day

Menu cooked today..

Nasi Goreng Sempoi (Kosong)
Ayam masak merah
Kangkung goreng belaca
Telur dadar bawang

En suami beli karipap 2 inggit dan cucur udang 1 inggit.

Alhamdullillah...

Ramadhan - 6th Day

Menu cooked today..

Nasi ayam with complete set..
Also .. kuih limas buat sendiri.. tapi kurang manis sebab terkurang letak gula di dasarnya..

En suami beli  popia basah n goreng..

Alhamdullillah..

Ramadhan - 2nd Day

Still at Batu Gajah..

menu cooked for today..


ayam goreng coated with cream crackers biscuit


kari telur pecah



kacang buncis pedas


and bread pudding with chocolate cake..

Semoga hari kita lebih baik dari semalam.. May Allah bless all Muslims in this world.

Ramadhan - 1st day

At Batu Gajah..

The menu cooked today for our breakfasting .. no picture taken for this menu..

Nasi lemak with
Sambal ikan bilis
Peria goreng telur berkunyit
Ikan rebus goreng

Air selasih with cincau made by hubby..

We just bought the kuih RM 3 (one ringgit each), karipap, badak berendam and kuih lapis

with hope no more waste in this valuable month and its start today...

Kek Gula Hangus with dulce le leche


 


Resepi juga di Myresepi. Cuma susu pekat aku gantikan dengan dulce le leche. Rasanya lebih enak dan sedap berbanding menggunakan susu pekat biasa.

dulce le leche


Resepi ada di Myresepi. Cara memasak adalah dengan merebus susu pekat didalam periuk dengan air yang penuh selama 3-4 jam dengan air yang sentiasa ditambah. Pastikan air yang ditambah adalah air panas.