Showing posts with label Meal Shakes. Show all posts
Showing posts with label Meal Shakes. Show all posts

Review Produk Shaklee


Review Produk Shaklee.

Biar gambar berbicara..
:)



Testimoni Set Kanak Kanak




Testimoni Herbal Blend





Testimoni Sustained Release Vitamin C
posted from Bloggeroid

Shaklee Double Promo

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum, Salam Sejahtera..

Apa khabar semua? Semoga semuanya dalam keadaan yang baik, cemerlang hendaknya. Dah tengah pagi baru nak post entry ya saya ni... Tak pa semangat tu yang pentingkan...

Tak mo cerita panjang pagi ni. Cuma nak beritahu dan warwarkan yang bulan October ni ada DOUBLE PROMO dari Shaklee. Seperti bulan September lepas yang juga ada DOUBLE PROMO. 

DOUBLE PROMO OCTOBER 2014

Kesinambungan dari yang bulan lepas, MEAL SHAKES masih ada promo juga ya. Iaitu BELI 3 PERCUMA 1... Jadi pada sesiapa yang tak sempat nak beli MEAL SHAKES ni, boleh meneruskan niat anda pada bulan ni ya!!! Cepat cepat hubungi saya untuk harga yang best!

Yeay.. ada satu lagi promo yang sangat mengujakan bagi sesiapa yang sedang dan memang pengguna tegar ESP. ESP promo BUY 6 FREE 1.. !!! Teruja tak? Pada pengguna tegar ESP inilah bulannya untuk anda mendapatkan ESP dengan harga yang menarik dan tertarik.

Pada yang baru nak berjinak jinak dan belajar untuk mengamalkan ESP, ini lah juga peluang yang anda boleh gunakan untuk dapatkannya walaupun sekadar dengan satu tub! Dapatkan harga promo dari saya ya. Rundingan percuma juga di berikan kepada anda!!!


DOUBLE PROMO yang mengujakan!

Untuk edisi kali ini, biar gambar yang berbicara untuk anda. Boleh juga hubungi saya untuk keterangannya (kalau malas membaca), tapi saya percaya ramai yang rajin membacakan sebab kalau wassup tu rajin ja baca. Pantang ada notification sikit kan.. :) cepat ja lah jari jemari kita membukanya. Tak gitu?

TENTANG ESP

Ni antara kebaikan kebaikan ESP yang bakal anda perolehi!


Dan ini pula adalah antara set cadangan untuk ESP. Anda pilih sahaja dan maklumkan pada saya. Tapi tidak terhad pada gambar ini sahaja ya! Ada lagi cadangan mengikut keperluan kesihatan anda!

TENTANG MEAL SHAKES

Tentang MEAL SHAKES yang lengkap, anda boleh klik DISINI

Ini antara manfaat yang kita dapat jika menggunakan MEAL SHAKES

Manakala ini pula adalah antara vitamin yang ada dalam MEAL SHAKES

 
Manakala ini pula, siapa yang boleh gunakan MEAL SHAKES


Maklumat mengenai ESP akan saya ceritara pada entry yang akan datang. Insyallah! Jom rebut peluang ini.. 

Ps:- Kalau anda dah beli apa sahaja supplements, janganlah tak makan. Bukankan itu satu kerugian dan pembaziran. Tapi lainlah jika supplements itu memudaratkan anda!. Jadi pilihlah yang selamat, mesra alam sahaja ya! Tentulah SHAKLEE!


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Your Shaklee Independent Distributor
Azira Abu Bakar
- SMS/ Wassup/ WeChat/Call @ 0133639553
With Love,
Azira AB


PENGUMUMAN

Pengumuman

Promo Buy 6 free 1 utk Collagen
Dan
Promo Buy 3 free 1 utk Meal Shakes

Akan berakhir pada hari ni..
Pada yg belum ambil peluang ni, cepat2 grab!
Double promo jrg2 berlaku.

Dan ianya sangat menjimatkan!

Azira@0133639553
#sayajualshaklee



posted from Bloggeroid

Masker ESP, bukan sekadar diminum

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalam n Salam Sejahtera!!!

Hari ni punya story adalah adalahhhhh.... jeng jeng MASKER!
Untuk apa kita berMASKER ni? Tentulah untuk penjagaan kesihatan kulit wajah kita. Jom baca serba sedikit tentang MASKER. Sedikit maklumat yang dapat dari web MASKER WAJAH

Istilah masker wajah tidak asing bagi kita. sering sekali istilah masker wajah kita dengar dan lihat melalui iklan, cetak, radio, dan TV. masker wajah banyak digunakan untuk memperhalus dan memperindah wajah. karena banyak dari kita terkadang mengalami masalah dengan kulit wajah baik itu berminyak, jerawat, dan kusam.'

Sebahagian besar kita menggunakan masker wajah untuk : -

  • membersihkan dan memperbaiki pori-pori kulit
  • membersihkan kotoran dan minyak pada lapisan kulit yang lebih dalam, serta mengangkat sel-sel kulit mati
  • mengurangi iritasi kulit
  • menimbulkan perasaan sejuk dan nyaman pada kulit
  • menghaluskan lapisan luar kulit
  • sebagai pelembap dan penyegar kulit

Secara sistematik, masker wajah bertindak merangsang sirkulasi aliran darah maupun limpa, merangsang dan memperbaiki kulit melalui percepatan proses regenerasi dan memberikan nutrisi pada jaringan kulit. Masker wajah dapat juga berfungsi sebagai pembawa bahan-bahan aktif yang berguna bagi kesehatan kulit, seperti ekstrak tumbuhan, minyak esensial, atau rumput laut yang dapat diserap oleh permukaan kulit untuk dibawa ke dalam sirkulasi darah.


Sekarang, jom tengok pula langkah langkah dan bahan bahan untuk pembikinan MASKER ESP, masker asli dan semulajadi dari vitamin vitamin Shaklee. Jom sihat dan cantik!!!


Bahan bahannya.. macam memasak plak ya.. :).. hehehe

1 sudu besar serbuk ESP
1 susu kecil serbuk MEAL SHAKES
I biji Sustained Release Vitamin C (hancurkan)
1 biji Vitamin E Complex(ambil isi dalamnya)
Air untuk membancuh semua bahan di atas.
Boleh juga dicampur dengan VIVIX, lagi bagus sebenarnya.



Bancuh semua bahan di atas tadi dan gaul rata


Ok. Dah jadi bancuhan seperti ini, bolehlah disapu ke muka dan biarkan untuk seketika. Kemudia bilas dengan air sebersih bersihnya.. Rasa sedap tak muka???? Sejuk dan nyaman je kan??? Buatlah dalam 3 kali dalam seminggu dan nantikan hasilnya!!! 

Mengapa masker ESP? Sebab protein sangat penting untuk membaiki dan membina sel dan juga tisu dalam badan kita. Ianya juga melembapkan kulit kita dan Insyallah akan memberi kesan tona sekata pada kulit. Manakala Vitamin E dan Vitamin C pula membantu dalam membaiki masalah jerawat, jeragat dan kulit kering.



Ini pula, bancuhan Meal Shakes dan ESP. Sediakan awal awal dan letak dalam peti sejuk. Esok pepagi sebelum ke pejabat boleh minum dulu untuk buat alas perut anda yang kosong!!! Juga membekalkan tenaga buat anda seharian!

Agak agak nak beli SET MASKER ni, boleh klik klik klik tetikus anda di link di bawah.

Selamat bermasker semua.. Tak perlu dah bermaskerkan telur, sambil masker sambil boleh minum sihat luar dan dalam!

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Your Shaklee Independent Distributor
Azira Abu Bakar
- SMS/ Wassup/ WeChat/Call @ 0133639553

With love,
Azira AB

Promo Shaklee September 2014


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalam dan Salam Sejahtera semua.. !!!

Just nak story yang bulan ni bulan promo berganda dari Shaklee iaitu untuk MEAL SHAKES dan COLLAGEN POWDER . Jom tinjau tinjau ..

COLLAGEN POWDER SHAKLEE - BUY 6 FREE 1

Dengan pembelian 6 kotak Collagen Powder Shaklee yang mengandungi 15 sachet di dalamnya anda akan dapat :-
  • Percuma Satu Kotak Collgen Powder Shaklee yang bernilan RM 200+++
  • Percuma Postage bernilai RM 10
  • Percuma keahlian seumur hidup yang bernilan RM 65
  • Bonus menanti pada bulan hadapannya bernilai RM 100+++
  • Dan yang pastinya, anda akan kelihatan lebih muda dari usia dan Insyallah dikurniakan kesihatan yang baik... 
Promo buy 6 free 1 Collagen Powder Shaklee

Yang ni promo dari saya sendiri.
Dengan pembelian 3 kotak Collagen Powder Shaklee, anda akan dapat keahlian percuma dari saya bersama pengeposan percuma dan hadiah misteri dari saya untuk anda!!!
Tunggu apa lagi.. meh contact saya cepat ya. Promo berakhir hingga 30 September 2014.

Promo dari saya


MEAL SHAKES SHAKLEE - BUY 3 FREE 1

Okay, yang ini gabungan Promo Shaklee dan saya sendiri. 
Dengan pembelian 3 MEAL SHAKES SHAKLEE, anda akan dapat percuma satu tub lagi bersama dengan hadiah misteri!!!


Jangan lepaskan dua dua peluang promo berganda ini. Jarang jarang ada tawaran sebegini. Promo berganda, penjimatan pun berganda ya.. Boleh hubungi saya dengan segera!. Konsultasi adalah percuma ya..


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Your Shaklee Independent Distributor
Azira Abu Bakar
- SMS/ Wassup/ WeChat/Call @ 0133639553

With love,
Azira AB

Testimoni Meal Shakes Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalam & Salam Sejahtera semua... 

Hari ni punya cerita masih mengenai MEAL SHAKES.. Nak tunjuk tertimoni satu pelanggan saya yang bermula dengan mencuba cuba sahaja untuk beri anak dia makan MEAL SHAKES. Tup tup dah jadi pelanggan setia kepada MEAL SHAKES. Sebab dah nampak khasiatnya pada kesihatan anak tersayang. Anaknya tidak berselera makan dan memilih milih makanan. Jadi dengan mengamalkan MEAL SHAKES ni, nutrisi dalam badan anak dia Alhamdullillah lengkap dan membesar bagai johan! Gambar kat bawah ni testimoni dari dia. Dia ambil peluang untuk ambil satu set sempena buy 3 free 1 promo ni. Tak rugi sebab penjimatan harga yang berganda2.. Nak tahu apa penjimatannya? Bolehlah hubungi saya ya.


Testimoni Meal Shakes

Pastu nak cerita pasal Manna atau dalam nama sains dia adalah Accacia Gum. Untuk maklumat lanjut boleh ke link ni ya .. CUKAKURMA. Manna ni adalah sejenis makanan yang ada di sebut dalam AL Quran. Ianya mengandungi kandungan fiber yang sangat tinggi. Fiber yang tinggi membantu kita dalam masalah kekurangan pengambilan serat dalam diet seharian kita. Manna ni adalah salah satu bahan yang terkandung dalam MEAL SHAKES SHAKLEE. Nampak tak khasiatnya? Sebab tu yang ada masalah sembelit digalakkan mengambil MEAL SHAKES SHAKLEE ni.

manna, bahan yang terkandung dlm MEAL SHAKES SHAKLEE

Set untuk anak anak anda! Bekalkan nutrisi lengkap dalam diet seharian mereka dengan MEAL SHAKES SHAKLEE. Bina perkembangan minda mereka dengan OMEGA GUARD SHAKLEE!!! Untuk belian terus set di bawah tanpa melalui saya  boleh beli di sini ya.. 
Click -> SET ANAK ANDA


Cerita tentang promo pula, PROMO SEPTEMBER 2014. Setiap belian 3 tub MEAL SHAKES anda akan dapat satu tub MEAL SHAKES secara percuma dan juga hadiah misteri menanti anda!!


Jom.. jgn nanti nanti lagi.. Nanti habis promo ni rugi tau. Melepas penjimatan berganda. Tambahan lagi ianya sangat sesuai untuk anak anak anda, golongan remaja dan dewasa mahupun warga emas!




Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Your Shaklee Independent Distributor
Azira Abu Bakar
- SMS/ Wassup/ WeChat/Call @ 0133639553

With love alwiz.. 
Azira AB


Masalah Sembelit - Bagaimana mengatasinya?

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua.. 
Semoga anda semuanya dalam keadaan yang baik baik sahaja!
Gejala
Sembelit ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Setiap orang pernah mengalami sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya ia disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak baik.
Tanda dan Gejala
Biasanya gejala-gejala sembelit adalah seperti berikut. Walau bagaimanapun, setiap orang mungkin akan mengalami gelaja-gejala yang berlainan. Gejala-gejala tersebut:
  • Tidak membuang air besar beberapa hari, atau membuang najis yang keras dan kering.
  • Perut kembung, kejang atau sakit.
  • Kurang selera makan.
  • Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk elakkan ketidakselesaan.
  • Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak-kanak.
Sebab-Sebab
Ketika makanan bergerak menerusi kolon, kolon akan menyerap air daripada makanan semasa ia membentuk bahan buangan atau najis. Pengecutan otot pada kolon kemudiannya akan menolak najis ke rektum (bahagian akhir pada usus besar). Setelah najis sampai ke rektum, ia telah menjadi keras kerana kebanyakan air telah diserap.
Sembelit berlaku apabila kolon menyerap telalu banyak air atau jika otot kolon mengecut secara perlahan atau lembab menyebabkan najis bergerak ke arah kolon secara terlalu perlahan. Akibatnya, najis akan menjadi keras dan kering. Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:
  • Kurang serat dalam diet.
  • Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
  • Pengubatan.
  • Susu.
  • Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
  • Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan.
  • Penyalahgunaan julap.
  • Menahan untuk membuang air besar.
  • Kekurangan air.
  • Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
  • Masalah dengan kolon dan rektum.
  • Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.
Komplikasi
Sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan oleh menahan untuk membuang air besar atau Anal Fissures (koyakan pada kulit di sekeliling anus). Ia berlaku disebabkan oleh najis yang keras meregangkan otot Sphincter. Kesannya, pendarahan rektum mungkin berlaku, di mana darah kelihatan di permukaan najis.
Kadang kala, regangan menyebabkan rektum terkeluar (terjatuh) dan ini boleh menjurus kepada pengeluaran mukus dari dubur. Rektum yang terkeluar dengan teruk dan kronik memerlukan pembedahan untuk menahan usus dari terkeluar atau untuk membaiki lapisan yang terkeluar (terjatuh).
Sembelit juga boleh disebabkan oleh najis yang keras memenuhi ruang usus dan rektum secara amat ketat yang mana penolakan najis keluar secara normal tidak mampu membawa najis keluar. Ini merupakan Fecal Impaction yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Impak ini boleh dilembutkan dengan penggunaan minyak mineral yang diminum atau disuntik menerusi dubur. Selepas melembutkan impaksi, doktor mungkin akan memecahkan dan membuang bahagian najis yang keras dengan memasukkan jari.
Rawatan
Perkara utama dalam merawat sembelit ialah untuk memastikan kita memakan serat dan meminum air dengan cukup. Ini akan membantu najis bergerak menerusi usus dengan meningkatkan ketebalan najis dan menjadikannya lebih lembut.
Berbincang dengan doktor keluarga anda sekiranya:
  • Sembelit masih baru dan jarang berlaku kepada anda.
  • Anda mengalami sembelit selama 3 minggu atau lebih.
  • Anda dalam kesakitan.
  • Anda mendapati najis anda berdarah.
Pencegahan
Dalam banyak kes, tips mudah berikut akan membantu:
  • Makan pelbagai jenis makanan. Makan banyak kekacang, bijirin penuh, buahan segar dan sayuran.
  • Minum banyak air.
  • Lakukan senaman secara berkala.
  • Jangan menahan untuk membuang air besar.
  • Ketahuilah yang tabiat membuang air besar yang normal adalah berbeza mengikut individu.
  • Sekiranya tabiat membuang air besar anda berubah, dapatkan pemeriksaan doktor anda.
-------------------------------------------
Ada tak supplement yang sesuai untuk mengatasi masalah sembelit ini? Sudah pasti ada... :)

MEAL SHAKES antara supplement yang dicadangkan untuk meminimakan masalah sembelit yang dialami oleh anda. Mengapa? Ini adalah kerana ianya adalah multivitamin yang lengkap dengan sumber Fiber, Vitamin C, Vitamin D, Calcium yang diperlukan untuk meminimakan masalah sembelit ini. MEAL SHAKES boleh membantu semua golongan yang mengalami masalah sembelit. Insyallah.

Anda boleh juga mencuba Set Sembelit seperti di dalam poster berikut.


Secara ringkasnya :-

Kaya dengan serat yang diperlukan untuk melancarkan pelawasan. Memandangkan orang ramai dewasa ini jarang mengamalkan pemakanan sihat yang seimbang seperti pengambilan buah buahan dan sayuran sayuran yang tinggi kandungan seratnya. Maka, Alfalfa boleh membantu sebagai salah satu sumber fiber anda! Insyallah

Lecithin :- 
Bertindak sebagai pemecah lemak, melembutkan najis, melembabkan usus dan meleraikan toksin yang telah terkumpul di usus. 

Mengandungi Magnesium iaitu mineral yang bersifat laksatif. Magnesium melembutkan najis sekaligus memudahkan pembuangan.

Jika anda adalah seorang pesakit tegar masalah sembelit ini, adalah dicadangkan untuk bermula dengan pengambilan Herb Lax. Herb Lax mengandungi herba-herba termasuk senna yang digunakan zaman berzaman sebagai bahan laksatif yang sesuai untuk detox usus. Ianya akan membantu anda mencuci usus yang sekian lama telah bertepek dengan najis najis lama yang tidak di buang dengan sempurna. Dalam masa yang sama boleh membantu anda mengatasi masalah perut buncit!




Jangan biarkan masalah ini menghantui hidup anda. Deritanya hanya anda sahaja yang tahu dan mengalaminya. Berjumpalah dengan doktor anda untuk membincangkan masalah ini. Ia bukanlah satu masalah yang perlu disimpan sehingga menjadi racun dalam badan kita.

With love, 

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Your Shaklee Independent Distributor
Azira Abu Bakar
- SMS/ Wassup/ WeChat/Call @ 0133639553
- FB Page @ https://www.facebook.com/JomBuyVitaShoppe
- Email @ masuri24@gmail.com

Meal Shakes Shaklee - terbaik untuk anda!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum & Salam Sejahtera ...

Blog sudah bersawang hampir 1 1/2 tahun lamanya... Tapi kini mood untuk berblogging sudah kembali kerana saya mahu berkongsi khasiat- khasiat makanan tambahan (vitamins dan supplements) yang berjenama Shaklee ini. Hampir setahun mengamalkannya, kini saya telah merasai keberkesanannya dalam kehidupan seharian saya!! Alhamdullilah. Kita berikhtiar tetapi segalanya dengan izin Allah kan? Jom rasai bersama saya... 

Okay okay.. memandangkan bulan ini adalah bulan promosi MEAL SHAKES, saya nak berceritara tentang keistimewaan MEAL SHAKES ini... Jom belek belek dan baca!

Pernah dengar atau makan sebarang multivitamin tak? Multivitamin adalah gabungan pelbagai vitamin yang berbeza dan biasanya ditemui dlm makanan dan lain lain sumber semulajadi. Ianya berfungsi untuk membekalkan vitamin kepada tubuh badan yg mana kita  tidak ambil dari diet seharian.

MEAL SHAKES adalah sejenis multivitamin dalam bentuk serbuk.  Ianya menyediakan hidangan lengkap dan asid amino yang mana nutrisinya sangat mudah dihadam dan diserap untuk kegunaan seharian. Diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu buah buahan, sayur sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain lain lagi. Sangat enak di minum kerana rasa vanillanya yang semerbak dan boleh di gunakan dari bayi berusia setahun hingga ke warga emas!

Mari kita semak 6 fakta menarik dan kebaikan MEAL SHAKES.

Nutrisi Lengkap
Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
> Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.
Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
> Badan lebih sihat. Malah Proten juga penting untuk penghasilan susu badan. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.
Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
> Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.
Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
> Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.
Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
> Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.
Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
> Sesuai untuk kanak-kanak serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.
Bagaimana? Sudah tertarik dengan fakta fakta yang di senaraikan? Mari kita tengok pula siapa yang perlu ambil MEAL SHAKES ini..
  • Bayi berusia setahun ke atas bagi melengkapkan kandungan nutrisi di dalam badan.
  • Anak anak mahupun orang dewasa yang kerap mengalami masalah sembelit.
  • Anak anak yang kerap selsema dan demam. MEAL SHAKES memberikan tenaga dan menguatkan sistem imunisasi anak anak.
  • Anak anak yang tidak berselera untuk makan dan sangat memilih makanan harian mereka. Kerana MEAL SHAKES menyediakan 24 jenis vitamin dan mineral yang sangat diperlukan dalam proses tumbesaran anak anak. Berperanan juga untuk meningkatkan selera makan anak anak.
  • Anak anak yang mengalami masalah asma dan bronkitis
  • Anak anak dan orang dewasa yang mengalami masalah eczema.
  • Ibu ibu di awal proses kehamilan yang mengalami masalah kemualan dan loya yang teruk.
  • Ibu ibu yang sedang dalam proses menyusukan bayi
  • Mereka yang ingin kekal bertenaga semasa berpuasa
  • Mereka yang ingin menambahkan berat badan, juga untuk yang mengurangkan berat badan.
  • Warga emas, orang dewasa atau anak anak yang menolak supplement berbentuk tablet mahupun kapsul.
  • Mereka yang selalu tidak sempat mengambil sarapan. Sesuai dijadikan sumber sarapan pagi seisi keluarga
Bagaimanakah cara pengambilan MEAL SHAKES ini? Secara ringkasnya ia boleh diminum begitu sahaja bersama air kosong. Tetapi boleh juga dicampur dengan susu segar, susu rendah lemak. Sesuai juga digandingkan bersama ESP dan Performance Drink ketika sahur dan berbuka puasa. Sangat elok dan enak jika digandingkan bersama jus buah buahan segar. Rasa yang enak dan menyamankan jika di ambil sewaktu sejuk!

Bulan ni ada PROMO MEAL SHAKES. BELI 3 TUB ANDA AKAN DAPAT 4 TUB MEAL SHAKES. PENJIMATAN YANG AMAT BERGANDA KERANA DENGAN HANYA HARGA 3 TUB MEAL SHAKES , ANDA MENDAPAT SATU LAGI MEAL SHAKES DENGAN PERCUMA!!! SANGAT BERBALOI.. GRAB SEGERA KERANA PROMO INI JARANG JARANG BERLAKU!

Jom tinjau tinjau testimoni MEAL SHAKES!





Nak beli MEAL SHAKES terus tanpa perlu melalui saya?

Click je di sini... BELI MEAL SHAKES ONLINE


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Your Shaklee Independent Distributor
Azira Abu Bakar
- SMS/ Wassup/ WeChat/Call @ 0133639553
- FB Page @ https://www.facebook.com/JomBuyVitaShoppe
- Email @ masuri24@gmail.com





Siapa yang sesuai ambil MEAL SHAKES & Antara kandungan nutrisi di dalam MEAL SHAKES




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit