Showing posts with label performance drink. Show all posts
Showing posts with label performance drink. Show all posts

GOUT, BAGAIMANA MENGURANGI KESAN SERANGAN?


gambar-carian di google


BAGAIMANA MENGURANGI KESAN SERANGAN?



Gout iaitu sejenis penyakit sendi, sering dianggap penyakit biasa yang tidak serius dan mengancam nyawa. Golongan berisiko tinggi menghidap penyakit itu ialah mereka yang berusia lebih 40 tahun.

Pengumpulan asid urik, gemuk, tekanan dan kerosakan buah pinggang antara penyebab gout yang lazimnya lebih ramai dihidapi lelaki berbanding wanita.

Bagi mengurangkan kesan serangan gout dan menikmati kehidupan lebih baik, berikut disertakan tujuh panduan yang boleh diamalkan bagi mengelakkan masalah gout.

1) Kekalkan hidrasi


Mengekalkan hidrasi dalam tubuh amat penting bagi semua orang dan bukan hanya tertumpu kepada mereka yang mempunyai penyakit gout. Badan manusia kebanyakannya terdiri daripada air dan air yang diperlukan bertanggungjawab mengepam toksin dalam badan dan membawa nutrien kepada sel tubuh. Dalam kes berkaitan gout, asid urik yang berlebihan akan membina sendi yang menyebabkan serangan penyakit itu dikumuhkan dalam air kencing. Jadi, apabila tubuh terhidrat, ia mampu mengusir asid urik dengan kerap kencing supaya ia tidak akan terkumpul di dalam sendi

2) Elak minuman keras

Alkohol akan menyumbang kepada masalah dehidrasi dalam badan. Apabila protein daripada yis di dalam bir dipecahkan ia akan tercipta asid urik. Serangan gout akan semakin serius jika berlaku dehidrasi. Banyak alkohol diperbuat daripada yis. 

3) Elak beli ubat gout di kaunter

Ada beberapa jenis ubat-ubatan gout yang perlu dielakkan. Paling lazim dijual ialah aspirin dan diuretik iaitu ubat membantu membuang air daripada badan.

Aspirin dikesan boleh menyebabkan paras asid urik dalam badan menjadi tinggi dan boleh menyebabkan lebih banyak serangan gout. Diuretik pula berfungsi membuang air daripada badan. Cuma air yang sama bagaimanapun diperlukan untuk melupuskan asid urik yang berlebihan. Jika doktor menasihatkan supaya pesakit mengambil aspirin dalam dos rendah setiap hari atau diuretik untuk masalah jantung, orang itu perlu terus mengambil ubat berkenaan kecuali mereka dinasihatkan untuk berhenti. Pesakit gout dinasihatkan menghapuskan penyebab gout untuk mengurangkan serangan. 

4) Makan secara sihat

Makan dengan betul. Minum banyak air kerana ia sangat penting untuk pesakit gout. Ada diet khas untuk pesakit gout yang boleh mengurangkan beberapa jenis makanan yang mengandungi purine kerana bahan itu dipecahkan oleh badan sekali gus menyebabkan tahap asid urik meningkat. 
Cara terbaik mengurangkan pengambilan daging merah, mengelakkan alkohol dan memakan banyak tenusu rendah lemak, buah-buahan dan sayu-sayuran. Apabila seseorang itu diserang gout, doktor akan memberikan diet gout lengkap untuk membantu mengelakkan ia semakin meningkat. 


5) Mengekalkan berat badan 

Satu perkara penting bagi pesakit gout ialah mengekalkan berat badan. Jika gagal menyebabkan jumlah asid urik dalam badan juga meningkat.Mengekalkan berat badan yang sihat tidaklah sukar seperti yang difikirkan. Jika seseorang itu mengikuti semua panduan dan nasihat dalam senarai pemakanan sihat dengan betul, maka berat badan akan datang secara semula jadi. Cukup sekadar mengamalkan senaman sederhana, iaitu sesuatu yang juga baik untuk semua orang. 

6) Rehat Tidur

Cara pemulihan yang terbaik untuk tubuh. Mendapatkan rehat yang cukup adalah penting bagi penyakit gout kerana apabila tekanan meningkat ia akan membawa kepada lebih banyak serangan penyakit itu. Pengamal kesihatan juga bersetuju walaupun kita tidak menguap atau mengantuk tetapi jika perlu tidur, mereka patut lakukannya bagi merehatkan dan meredakan tekanan lebih cepat. 

7) Halia


Halia digunakan beribu-ribu tahun yang lalu untuk masalah sendi dan gangguan gastrousus. Penyelidikan menunjukkan ia berkesan mengurangkan kesakitan dan keradangan apabila digunakan dari masa ke masa kerana ada banyak ubat-ubatan disediakan di kaunter perubatan. Ubat-ubatan berasaskan halia boleh didapati dalam bentuk akar asli, serbuk mahupun dalam bentuk kapsul.


MINIMAKAN MASALAH ANDA DENGAN SET GOUT SHAKLEE!!!




Boleh dapatkan dari saya bila bila masa bersama dengan khidmat nasihat yang percuma!!!

Azira Abu Bakar
- SMS/ Wassup/ WeChat/Call @ 0133639553


Performance Drink, kegemaran si dia!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Semoga semuanya sihat dan diberkati oleh Ilahi.. 

Rancangan asal nak cerita pasal Vitamin E Complex yang terkenal tu ..
Tapi plan dah bertukar kepada Performance Drink pula.. Kenapa dan mengapa? Sebab saya tak sabar sabar nak cerita yang En Suami, sangat suka pada Performance Drink ni. Inilah supplement pertama yang kekal dia guna semenjak mencubanya pada bulan Ramadhan yang lalu.. Alhamdulillah.. 

Ini adalah kerana Performance Drink sangat sangat membantu beliau dalam mengatasi masalah tidak gemar minum air putih.. Tapi sekarang dah banyak berubah. Dulu tiap tiap bulan mesti demam, sakit tekak, selsema dan batuk. Warna urine pun selalu kuning pekat saja. Kini tidak lagi.. Performance Drink betul betul menyelesaikan dilema mesti demam tiap tiap bulan. Dan saya yang jauh dari dia ni, tidak lagi risau dengan masalah itu! Syukur sangat pada Ilahi.


Performance Drink, sekarang mesti sentiasa ada di rumah!

Jom tengok apa itu Performance Drink ni:-

  1. Ia adalah minuman ahli sukan yg mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna utk membantu mencegah dehidrasi seperti fungsi minuman elektrolit. Tetapi, ianya tidak bergas! 
  2. Ia membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan
  3. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yg memberikan kita tenaga berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dlm darah.
  4. Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya ia membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
  5. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua golongan terutama yang kerja di tengah panas. Sesuai untuk budak budak yang sedang demam atau baru nak demam.
Meh baca sikit pasa Elektrolit..

Fungsi elektrolit adalah untuk mengawal keseimbangan air dalam badan dan menghasilkan impuls elektrik yang digunakan oleh saraf saraf dan otot otot badan. Antara elektrolit yang utama dalam badan adalah Sodium ion, Chloride Ion, Magnesium ion Calcium Ion, Potassium ion.. 

Mengapa Performance Drink menjadi pilihan suami saya? 

Kerana ia berbeza dengan jenama yang lain..bukan sahaja rasanya yang lazat, tetapi yang paling penting ianya tidak bergas dan juga atas atas sebab berikut :-

Kelebihan Performance Drink Shaklee:-
  • Ia terbukti secara klinikal dapat menyokong tahap hidrasi lebih cepat berbanding air. 
  • Performance Drink juga mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi lain.
  • Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.
  • Terbukti secara klinikal:Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi, memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.
  • Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.
Jadi, tunggu apa lagi? Jom dapatkan dari saya.. rundingan percuma.. :)



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Your Shaklee Independent Distributor
Azira Abu Bakar
- SMS/ Wassup/ WeChat/Call @ 0133639553
With Love,
Azira AB