Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Abah saya...

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...

Abah saya!

Pagi ni nak cerita pasal abah. Hari ni hari lahir abah. 14/11. Abah lahir tahun 1953, muda tiga tahun dari mak. Sapa2 yang muda dari isteri tu, tak payah lah gusar. Itukan jodoh yang tersurat dan tersirat dari Ilahi. Jatuh bangun perkahwinan itu kita yang perlu usahakan.. berserah pada Allah selepas berusaha.. :)

SELAMAT HARI LAHIR ABAH.. yang ke 61! Semoga abah terus diberikan kesihatan yang baik dan dipermudah serba serbinya urusan abah dunia dan akhirat oleh Allah swt. Adik sayang abah sangat sangat dan sangat merindui abah!


Abah bersekolah hingga darjah enam dan berhenti kerana keadaan kewangan yang tidak mengizikan satu ketika dulu, abah anak yatim piatu.. aku pun tak pernah jumpa tok dan nenek sebelah abah. Gambar pun tak ada... :(

Abah bukanlah jenis orang yang mengingati tarikh tarikh penting dalam kehidupannya. Kalau tak kerana nak renew roadtax kereta, aku pasti abah tak akan ingat pun tarikh hari lahirnya sendiri.. :)
Hari ulangtahun perkahwinan, malah hari lahir anak anak pun tidak dalam ingatannya. Tapi aku tahu, walau di mana dan bagaimana pun keadaan abah sentiasa mengingati anak anaknya aku dan abang!

Seusai sekolah, abah meneruskan kehidupan dengan melakukan kerja kerja kampung sehinggalah abah berhijrah ke Pahang untuk bekerja di ladang kelapa sawit/getah. Abah melangsungkan perkahwinan dengan emak pada 29 Mac 1974, kalau tak silap. Mereka berkenalan semasa sambutan hari lahir Sultan Perak ketika itu di Bandar Di Raja Kuala Kangsar. 

Sedikit krisis keluarga berlaku di kampung halaman, memaksa abah untuk mencari rezeki di bandar Kuala Lumpur. Bermulalah kehidupan baru abah dan mak di Kuala Lumpur dan tinggal di setinggan Jalan Ipoh. Sewaktu tinggal disetinggan kerap juga rumah ditenggelami air banjir. Kadang2 bangun je pagi bila sentuh lantai dah berair.. Tapi itu bukan alasan untuk aku dan abang tidak ke sekolah.. Sekolah tetap sekolah!

Seingat aku, abah bekerja sebagai kelindan lori masa tiba di Kuala Lumpur. Abah bermula berdikit dikit, belajar memandu dan memohon kerja di Jabatan Telekom (masih kerajaan) ketika itu. Rezeki berpihak pada abah. Alhamdullilah. Dari aku kecil, abah dan mak mengusahakan jualan kuih muih dengan menghantar ke gerai gerai. Untuk tak banyak. Sebiji kuih abah dan mak cuma dapat 5 sen sahaja. Tapi, 5 sen masih rezeki dari Allah. Dengan jualan hasil kuih abah dan mak menyara aku dan abang. 

Balik dari kerja sebelah petang abah dan mak akan membuat kuih karipap. Kebiasaannya ubi keledek tersebut disiang oleh aku dan abang. Manakala emak memasak intinya. Dari sini juga aku belajar mengelim kuih karipap..:). Abah akan menguli doh dan juga menggelek doh tersebut menjadi nipis dan mak akan mengelimnya sehinggalah jadi dua talam besar dan kadang kadang lebih. Oleh sebab itu juga aku tak pernah jemu makan karipap. Sebelah malam mak akan buat kuih basah, kuih talam, sagu dan sebagainya.. ada juga kuih kasturi, kuih bom dan juga cekodok pisang yang besar dan bulat. Seawal pagi jam 4 abah dah bangun untuk menggoreng karipap dan menyiapkan persediaan untuk membungkus kuih. Kemudian baru dikejutkan mak. Sedang aku dan abang masih diulit lena.. :(. Jam 6 abah dah keluar untuk hantar kuih kuih tersebut. Dan abah akan terus ke tempat kerja. Abah dan mak berhenti berjualan semasa abang dah habis belajar dan mula bekerja, dan dpt menampung serba sedikit perbelanjaan aku di UITM. Terima kasih abang!

Rutin ini berlangsung begitu lama sehingga abah memang dah terbiasa untuk bangun seawal pagi jam 4.30 untuk solat malam. Malah, setiap kali Ramadhan, abah yang akan bangkit untuk memanaskan lauk dan memasak air untuk sekeluarga. Kemudian baru dikejutkan kami. Abah terlalu baik! 

Kerumitan hidup menjadikan aku untuk tidak meminta minta dari mak dan abah. Terutamanya sewaktu di kolej. Apa yang ada, itu lah yang dihadap. Pandai pandai lah untuk berjimat.

Abah bekerja sebagai pemandu di Telekom Malaysia sehingga usia 56 dengan gaji terakhir sebanyak RM 1300/1500. Tapi mampu membeli sebuah rumah flat di Wangsa Maju dan sebuah rumah di Kuala Kangsar. Mampu memakai kereta walau hanya sekadar sebuah Kancil!

Teringat semasa aku terlantar di HKL satu ketika dulu hampir 3 minggu lamanya. Abah akan menjenguk aku sebelum dia ketempat kerja, tengahari dia akan menampakkan wajah, petang pula datang lagi mengambil emak yang datang menaiki bas menjenguk aku. Tiga minggu rutin abah tidak berubah sehinggalah aku keluar dari wad. Abah lah yang menunggu di katil saat aku muntah muntah ketika baru keluar dari wad.

Kalau di kampung, abahlah orang pertama akan ku tanya.. "mana abah??" saat terjaga dari lena. 

Abah yang tidak pernah menjentik sedikit pun aku dan abang apatah lagi memukul kami.
Abah yang sangat disenangi oleh kanak kanak disekeliling walau di mana sahaja dia berada
Abah yang sangat peramah dan mudah sahaja melemparkan bicara dengan sesiapa
Abah yang boleh menjadi orang tengah untuk menyelesaikan masalah kejiranan
Abah yang berusaha supaya kawannya menunaikan solat 5 waktu
Abah yang asik selalu tersalah dail nombor kengkawan dan anak anak
Abah yang masih menggunakan buku telefon, walau telah ada tefom bimbit
Abah yang kadang2 tidak ada reaksi perasaan, tapi melontarkannya melalui perbuatan.. 
Abah yang tatkala bersama anak anak bagai bersama rakan dan teman

Abah yang aku rindui laungan azannya setiap Maghrib dan Isyak... :(
Abah yang bekorban apa sahaja demi aku dan abang

I miss everything about abah!

Sayang abah sangat2!!!


Cinta Hati .., kesayangan hamba!

Assalamualaikum...
Semoga semuanya baik baik sahaja ya!. Dilimpahi rahmat dari Ilahi..

Wajah wajah kesayangan hamba.. :)


En suami- gambar lama di ambil masa bertunang, 2006.
Cinta cyber, yang memakan masa selama 6 tahun lamanya termeterai dengan ikatan perkahwinan pada November 2006. Terima kasih, kerana terima saya seadanya. Terima kasih kerana masih setia dan terus setia dan utuh dengan perhubungan jarak jauh yang kita lalui ini. Terima kasih Allah!!


Emak, gambar lama di ambil masa hari perkahwinan saya, 2006.
Emak, sentiasa nampak muda walaupun usia telah mencecah 64 tahun pada April yang lalu...
Emak, apa sahaja yang saya lakukan adalah kerana dia... Maafkan adik, jika ada perkataan dan perbuatan atau apa sahaja yang menyakitkan hati emak!!! I love u so much emak!



Abah, gambar lama diambil masa hari perkahwinan saya, 2006.
Abah, sebenarnya bukan abah kepada saya dan abang. Tetapi lebih dari itu. Abah adalah teman dan sahabat baik pada aku dan abang. Sembang abah pada kami seperti teman2 tanpa ada batasan...

Suami, Emak, Abah.. Cinta hati saya .. segalanya untuk mereka kerana Allah.