Showing posts with label weekend. Show all posts
Showing posts with label weekend. Show all posts

BADAK BERENDAM MODEN with love!



Badak berendam ni buat hari Khamis lepas.. Buat untuk orang demam. Sementelah ada inti kelapa lebihan ambil dari rumah mak masa Ramadhan hari tu. Letak dlm freezer tahan lama. Alhamdullilah.

Resepi? Sangat simple ya.. Tapi saya memasak biasanya guna apa sahaja yang ada di rumah. Tidaklah sampai kena cari barang wajib mcm santan dan sebagainya.

Tepung pulut, dalam 300gm
Air
Vanila
Pewarna. (Saya sukakan badak berendam yang bewarna!)
Inti kelapa

Bancuh tepung pulut bersama air dan vanila juga pewarna. Uli doh tersebut sampai boleh dibentuk dan digentel.
Ambil satu sudu kecil dan dilobangkan kemudian letakkan inti kelapa tersebut. Sebaiknya di gentelkan dulu inti kelapa tersebut.

Sementara menggentel panaskan air hingga mendidih dan kemudia rebuskan badak berendam tadi sehingga timbul ke permukaan. Maksudnya telah dimasaklah tu.

Oh ya.. Sebelum menggentel tadi, saya dah masak kuah badak berendam.

Susu cair satu tin
Tepung kastad 2 sudu besar
Gula satu sudu besar
Vanilla 1 sudu kecil

Kacau dengan api perlahan sehingga susu mendidih. Kena kacau ya dan tak boleh terlalu panas. Nanti susu pecah!

Lepas dah rebus badak berendam letakkan kedalam susu cair tersebut dan sedia dimakan! Enak dimakan ketika sejuk!

Masakan boleh dipelbagaikan ikut kreativiti kita. Kalau resepi asal badak berendam kena ada santan, daun pandan and etc. Kalau mak saya dia suka kukus gentelan badak berendam tersebut bersama santan. Tapi saya prefer rebus dan masak santan dan di gaul bersama!!














posted from Bloggeroid

Simple Dish Prepare with Love

Bismillahirrahmanirrahim...

Memegang tittle sebagai weekend wife, bukanlah menjadi halangan untuk tidak memasak. Tetapi kebiasaannya menu yang dimasak adalah yang mudah mudah sahaja seperti Ayam Masak Kicap dan Salad Kentang ini!

Tak mau celoteh panjang berjeda, jom kita tengok resepinya!





Ayam Masak Kicap

Bahan2:-

(Ini adalah resepi mengikut apa sahaja bahan yang ada di rumah saya. Anda boleh mempelbagaikannya !)

Beberapa ketul ayam (dipotong sederhana)
Cili masak (3)
Cili kering blender (3-4  sudu besar ikut tahap kepedasan yang anda suka)
Bawang besar 1 biji (potong bulat)
Bawang besar 1 biji sederhana (di mayang sedikit )
Bawang putih 7-10 ulas (di mayang sedikit tebal juga) - saya suka banyak bawang putih
Halia 2 inci (dimayang juga)
Kicap Pekat Manis ( 4-5 sudu besar)
Garam
Asam Keping 1 keping
Minyak untuk menumis
Air panas (ikut kepekatan kuah yang anda mahu)

Cara2:-

1. Ayam digoreng seperti di resepi Ayam Goreng Masala
2. Tumis bawang besar potong bulat, bawang besar, bawang putih, halia dan asam keping.
3. Setelah agak layu dan berbau wangi, masukan pula cili kering blender tadi. 
4. Masak sehingga naik minyak. 
5. Kemudian, masukan pula kicap dan masak sehingga masak. 
6. Kemudian masukkan ayam tadi dan digaul rata. 
7. Kemudian boleh dituang air panas tadi dan di kacau rata.
8. Kemudian perasakan dengan garam dan akhir sekali letak cili masak. 

Jika tak nak berkuah, tidak perlu diletak air panas!





Salad Kentang

Bahan2:-

3 biji kentang dipotong dadu dan direbus hingga empuk
2 biji cili masak dihiris halus
1/2 biji lobak merah 
1 sudu kecil daun sup
1 sudu besar Salad Cream Heinz
1 sudu besar Thousand Island
Garam

Gaul semua bahan dan sedia dimakan! Enak dimakan ketika sejuk!



posted from Bloggeroid