Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

FAMILY GATHERING @ MANJOI

Istilah rehat tidak ada dlm kamus hidup aku bila hari menginjak ke hujung minggu. Lelah rasanya. Mula mula buat keputusan tak nak pergi ke majlis gathering keluarga sebelah suami. Tapi mengenangkan dia tak pernah berkata tidak pada apa jua majlis sebelah keluarga aku, maka aku turutkan jua. Rasa lelah itu ku lemparkan jauh. Bila kita telah berkahwin banyak hati yg perlu di jaga. Dan perkahwinan itu pula sebenarnya antara dua keluarga besar!

Lokasi, kedai makan milik sepupu en suami di Manjoi. Menu pelbagai hasil dari pot luck.

Biar gambar berbicara....







Rizq n grandpa (en suami)

Special Post - Happy Birthday Hubby... !!!

To my dearest hubby... this entry special dedicated for you.
Happy birthday sayang.. 25/07/1976
Semoga perjalanan cinta kita tiada akhirnya hingga ke dunia abadi nanti ...


suami,
empat tahun usia 'CINTA' antara kau dan aku
namun ... bukan sedikit yang kita tempuhi

kadang kadang aku terasa lelah dan penat
untuk melewati segala duri duri kehidupan ini..

tapi bila menatap wajahmu
tatkala kau lena
tatkala kau bekerja
tatkala kau berkata kata

hati jadi tenang .. setenang air di kali

aku tahu.. bukan sedikit yang kau harungi
demi bahagia kita
demi masa depan kita

tiada kata yang dapat aku lakarkan
untuk menzahirkan betapa aku menghargai
segalanya yang kau lakukan untuk kita..

terima kasih atas segalanya yang telah kau beri
semalam, hari ini dan hari hari esok ..
semoga cinta kita akan selamanya
termeteri di hati..

luv u sayang.. luv u so much..