Bila Terlupa

pic credit to : puteraduyong.com

Bila terlupa melaksanakan sesuatu yang diamanahkan, rasa bersalah teramat sangat dan menguasai hati dan fikiran.. Fitrah manusia... tapi apakan daya..

Sorry, for anything I did wrong.

Gembira & Tidak Gembira

Bahagia dengan semua orang yang ada disekeliling
Bahagia dengan apa yang ada sekarang
Tidak bahagia dengan semua orang yang ada disekeliling
Celaru? Minda bercelaru ... kerana terlalu letih.

Berkecamuk

.... juga minda dan hati.

Letih

..... minda dan hati.

Novel Sendiri

this two aku beli sendiri..
dua novelis yang memang aku admire
so every novel memang aku beli..
memang berbaloi baloi


masih novel pinjam

pinjam dengan office mate..
yes boss, mcm ada kureng buku ni.
cerita yang flat dan tidak ada sumber informasi



Cerita ni aku suka, sedih dan ada informasi. Jadi tidaklah sekadar membaca novel semata tanpa menambah apa apa pengetahuan kan..

Novel Pinjam

aku suka semua buku buku di bawah yang aku pinjam dari bos . Suka sebab bos mempunyai minat yang lebih kurang sama dengan aku. Thanks to boss.



Quote -Kerana Mereka adalah Suami Isteri

"uniknya cinta antara seorang suami dan isteri ialah, seburuk mana pun kelakuan suami kepada isteri, dan seteruk mana pun perangai isteri kepada suami, akhirnya mereka kembali kepada sebuah damai, kerana mereka adalah SUAMI ISTERI."


credit to: ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com/

pic : credit to Google

hapiness




Pokok yang dibela telah memberi kegembiraan dengan izin Allah.. Pokok buloh yang dibeli 3 tahun yang lalu telah membuahkan anak buloh yang comel.. Setelah sekian lama. Pokok ni ada 3 btg dulu, satu mati setelah diberi minum air ECPI. Baru sedar kewujudan anak baru ini pada Jumaat lepas, 11/11/11. Alhamdullillah... Patah tumbuh hilang berganti..

akur

ada benda yang kita rasa sukar untuk dilakukan
tetapi perlu dilakukan juga demi orang lain
demi memenuhi kehendak orang lain
walhal itu bukanlah kehendak kita
walhal itu bukanlah yang kita mahukan
walhal sebenarnya kita tidak mampu untuk melakukannya
tapi apakan daya...

apa yang kita mahu pula sukar untuk dilaksanakan orang lain..
kita perlu membekukan hasrat itu
dan lupakan sahaja
anggap sahaja tidak pernah ada permintaan itu
kdg kdg kecewa juga
tapi kecewa yang tidak ke mana dan
tidak ada kesudahannya kalau terus dengan rasa kecewa itu

akur sahaja ..
walaupun berlawanan dengan tuntutan hati, kemahuan fikiran, keinginan minda dan keperluan jiwa
apakan daya kerana tidak terdaya..

abah

hari tu kereta abah rosak.. habis RM 500++
wira lama tahun 1996, masa aku mula mula mendaftarkan diri ke uitm
itu pun kereta abang long.. sebab dia nak beli waja

tapi abah tak pernah bersungut..
tak pernah pula aku tengok abah rasa terbeban
walaupun aku tahu dia tak berduit

abah tak pernah tahu susah hati,
rasa susah yang tak pernah terpamer di riak wajah

kadang kadang aku rasa aku tak boleh baca apa yang abah fikirkan di minda
abah yang suka makan
abah yang suka memasak - bubur, cucur pisang dan bilis, mee, meehon, nasi dan keutiaw goreng
abah yang suka bercucuk tanam walau pun di dalam pasu di laman yang bersimen
abah yang disukai ramai kanak kanak yang dtg mengaji dengan emak
abah yang selalu berlawak jenaka walau dengan sesiapa
abah yang boleh bersembang dengan sesiapa sambil menanti aku dan emak
abah yang dalam diam mempengaruhi kawannya untuk bersolat berjemaah bersama
abah yang senang dikerah tenaganya sewaktu bekerja dahulu
abah yang selalu tersenyum
abah yang tersenyum bila emak membuka mulut
abah yang menerima apa sahaja ketentuan Allah dengan redhanya..

aku mahu jadi seperti abah...!!!
tapi masih tidak mampu
aku meminjam kekuatan dari abah..
aku meminjam semangatnya
untuk kelangsungan hidup yang akan datang..

pic credit to: kojie.blogspot.com


survival

meneruskan kelangsungan hidup tanpa ada apa apa...
kalau dulu resah memikirkan segalanya...
yang semakin menipis, yang semakin menebal...
apa untuk dimakan.. apa untuk di buat ..
apa untuk segalanya

sekarang...
walau sekadar ada 2 ringgit
dah tak kisah.. tak kisah..?
yea kalau ada.. rezekinya lebih, lebihlah dan akan diagih agihkan juga pada yang memerlukan
kalau tak ada, tak ada lah.. bukan pekara yang menyesakkan fikiran lagi
bukan pekara besar untuk ditangiskan lagi

untuk meminta? malu rasanya untuk membuka mulut dan meminta
bukan begitu rasanya.. biarlah lapar, biarlah tak makan
biarlah tak dapat beli apa apa yang aku inginkan
biarlah orang ada aku tak ada..
sebab ada orang yang sukar kehidupannya dari aku

sebab aku selalu berfikir, Allah jadikan sesuatu tentu ada sebabnya...
dan bukanlah masanya dan ketikanya untuk terus beremosi
memikirkan benda yang tidak ada

untuk apa memikirkan apa yang tidak ada dan apa yang tidak dapat...
kalau sekadar menambah sesak di dada
kalau sekadar menghadirkan perang dingin
kalau sekadar memikirkan diri sendiri..
bila memikirkan yang lain..

Allah yang mengetahui segalanya.. yang tersurat dan tersirat..

Aurat - yang mana satu pilihan kita?


Source and credit to:  - http://www.facebook.com/faizur.ridha

Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita te...ngok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.?


1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?
-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

Sakit mata

Sakit mata bila tengok wanita bertudung tapi mcm ada yang tak kena sahaja dengan cara berpakaian. Tudung bukan lagi jadi perisai mempertahankan maruah dan harga diri. Cara berpakaian dan cara bertudung yang tak kena bagi aku bagai memijak mijak nilai aurat yang sudah tidak perlu dipertikaikan keperluannya dalam agama. Tudung bukan lagi alat utk menutup aurat, tapi sebagai satu medium untuk berfesyen dan memperagakan nilai diri .. aahhh dunia semakin pantas dan manusia manusia yang berlakon di pentas dunia ini semakin menakutkan ... takut dengan segala kemungkinan yang akan berlaku...

Hairan kenapa bertudung tetapi masih begitu...?
Si pemakai lebih mengerti... mungkin!!

Mencari Kekuatan

mencari kekuatan untuk memulakan ... mencari inspirasi dan sumber memulakan..

Quote

kebahagiaan bukanlah satu pencapaian, tetapi adalah suatu ketetapan minda

A day without sugar

Pic credit to: en.wikipedia.org

A day without sugar? Can we make it? Rasanya cukup dengan gula tersembunyi dalam pengambilan karbohidrat yang kita ambil. Tapi, sukar.. Yea, istiqamah itu lah yang sukar. Sehari dua boleh tahan lagi.. Setahun? Boleh sahaja sebenarnya... Iktikad.. itu juga penting? Aku sendiri? Baru bermula semalam.. hari ini masih boleh mampu bertahan. Esok lusa? Allah sahaja yang tahu.

Dolu dolu

Masa muda age 23 to 29.. cepat masa berlalu..



Now days.. sendiri mahu ingat lah...!!!! utk peringatan

only

only RM 10, for the whole week...
how will you manage this?

worldess...

Pasangan Buta


Pic Credit to : http://www.hasrulhassan.com/2011/08/sayu-hiba-kisah-anak-anak-abaikan-ibu.html

Pernah tak nampak pasangan buta yang memainkan irama lagu untuk menghiburkan warga pejalan kaki di mana mana sahaja? Masa aku balik BG naik bas, aku selalu nampak di laluan pejalan kaki di Puduraya. Masa Ramadhan hari tu ada dua kali aku nampak pasangan buta juga menyanyi. Dan yang terbaru masa aku melalui laluan pejalan kaki di stesen LRT Wangsa Maju.

Aku tidak tahu apa perasaan orang lain jika ternampak mereka ini di merata tempat. Tapi aku selalunya akan memperlahankan perjalanan dan memerhatikan mereka. Dengan hati yang pilu dan sebak aku selalu terfikir kenapa mereka perlu ada di situ? Demi sesuap rezeki? Aku tidak pasti. Bila kelihatan mereka ini di mana mana aku selalu terfikir bagaimana agaknya kalau mak dan abah ada di tempat mereka.. Ahhh. Aku tak sanggup rasanya. Biarlah aku tak makan sekalipun aku tak sanggup tengok mereka macam tu. Selalunya aku terbayang dan terfikir mcm mana lah kalau aku berada di tempat mereka. Ahhhh...

Moga moga mereka ini mendapat rahmat dan keberkatan perjalanan hidup dari Allah.
Aku tahu, walaupun mereka ini buta pada mata tapi tidak buta hati.

Petikan Buku - Stanza Cinta

" Awak tahu, nanti di akhirat ada tiga jenis cahaya ketika di padang mahsyar. Cahaya pertama ialah seperti bintang yang berkelip kelip, cahaya kedua ialah seperti bulan purnama yang menerangi dan cahaya ketiga ialah cahaya matahari yang bersinar dengan sangat terang, yang menyilaukan pandangan mata"


"Cahaya yang berkeli kelip seperti bintang itu aialah wajah orang yang ketika mendengar azan dia terus meninggalkan segala kerja serta urusannya, lalu melangkah untuk segera menunaikan solat. Cahaya yang terang seperti bulan purnama itu ialah wajah orang yang mengambil wuduk sebelum azan berkumandang. Dan wajah yang terang benderang seeprti cahaya matahari itu ialah wajah mereka yang telah pun berada di masjd sebelum masuknya waktu azan."


"Cuba awak bayangkan dalam kategori mana kita semua? Jangankan hendak bersegera meninggalkan urusan apabila suara azan menyeru utk solat, tetapi buat buat tidak dengar dan tunaikan solat pada akhir akhir waktu"

..................

Nak mencapai tahap berkelip kelip pun payah.. Moga dipermudahkan olehNYA utk segala urusan di dunia pasti dan dunia sementara ini.

Petikan Buku - Stanza Cinta

" Awak tahu bukan, solat itu janji temu dengan Allah, bukan dengan kawan kita, dengan teman lelaki atau kekasih. Allah pemlik alam ini, Allah yang menciptakan bumi, langit dengan segala isinya. Awak tidak rasa bersalah apabila awak lewat berjanji temu dengan Pencipta Yang Maha Hebat ini"?


" Sebenarnya solat ini ibadah yang paling penting dan utama. Ibadah solat ini ibadah nombor satu berbanding semua ibadah. Walaupun tawaf itu lebih lama dan susah berbanding solat yang hanya beberapa minit, solat tetap nombor satu. Walaupun ibadah puasa itu sebulan lamanya, susah dan dahaga, ibadah solat tetap nombor satu. Perkara pertama yang ditanya di akhiran nanti ialah solat. Awak nampak betapa pentingnya solat ini?"


"Ini bukan soal banyak ilmu ataupun tidak. Kalau tidak banyak ilmu pun, cukuplah awak tahu asa dan kepentingan solat itu. Sebagai seorang islam, awak harus tahu apa makna dan tujuan solat? Bukan sekadar bangun dan duduk sambil membaca ayat ayat lazim. Solat itu tanda kita ini ingat pada Allah, dan sembah hanya pada Dia. Dalam AlQuran, Allah menyebut : Sesungguhnya Aku ini Allah, tidak ada Tuhan selain daripada Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku. Awak nampak, bukan? Allah gambarkan, melalui solat itu kita ingat pada Dia."


---------------------------

Sukarnya untuk Istiqamah dalam hal hal yang nombor satu penting dari segalanya. Selalu cuai dan lalai dengan keseronokan dunia...

Petikan Buku - Stanza Cinta

Pic credit to: kakyong.com

Satu ketika, aku terbaca di dalam sebuah majalah:

" Ketika Allah menciptakan seorang ibu, Dia mengadunya dengan bahan istimewa dan tahan lama. Mata ibu haruslah mempunyai kuasa yang bukan sahaja mampu melihat yang luaran, tetapi lebih jauh mampu menafsir dan membaca apa yang disembunyikan si anak di balik wajahnya. Telinga ibu haruslah mempunyai dimensi yang sangat kuat, yang dicipta daripada bahan yang tidak mudah terhakis. Telinga itu mestilah kebal tatkala menahan kata-kata pedih yang dikeluarkan daripada anak-anak yang dikandungnya itu. Bahu ibu pula dibina daripada bahan yang tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut, agar dapat menjadi tempat anak-anaknya bersandar. Tangan ibu juga dibina dengan bahan yang cukup kukuh, agar kuat untuk menampung beban anak-anaknya ketiak bekerja seharian menguruskan keperluan mereka."


"Di kelopak mata si ibu, Allah menyediakan satu lubang kecil untuk air matanya. Air mata itu adalah miliknya, dan dia boleh mengalirkannya bila-bila pun yang dia mahu sambil mengadu pada Allah akan hal-hal yang melukai hatinya. Air mata tika menahan derita daripada karenah anak-anak yang sering menyakitkan, ataupun air mata gembira atas kejayaan anaknya."

Semuanya benar belaka... Subhanallah!!!

Petikan Buku

Novel - Saat Kau Kata Cinta, Anis Ayuni

Tiada siapa yang dapat memastikan kedatangan hari esok membawa bahagia kepada dirinya. Tiada siapa dapat mengatakan dengan tepat kecuali mereka yang takbur dan angkuh. Memang tidak dapat hendak dipastikan apa yang menantiku di hadapan sana. Lalu, sebagai hamba-NYA, aku berpaut pada dahan tawakal kepada ALLAH. Aku bergantung harapan dan ihsan-NYA. ALLAH mengadakan ketentuan bagi tiap sesuatu. Sesungguhnya, tiada yang lebih indah melainkan perasaan bergantung harap kepada-NYA

Kari Sardin

still last sunday menu ..kari yang pedas berapi..


Resepi:

1 tin sardin besar (ambil isi dan buang tulang dan belah dua)
1 1/2 biji tomato - potong wedges,
both masuk last lepas kuah mendidih dan surut

1/2 biji lobak merah
2 biji kentang - potong 8

6 sudu besar serbuk kari ikan
4 sudu besar cili kering blender

both dibancuh dan dijadikan seperti pes

1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci halia
daun kari
sedikit halba
sedikit biji sawi..

air secukupnya
minyak masak secukupnya

Fried Egg Sandwich

Prepare this dish on last Sunday morning. Selalu aku letak inti sambal sardin, kaya atau coklat.. kali ni letak telur rebus pulak... Malay style sebab ada cili api instead of black pepper..



Resepi:

3 biji telur rebus,
1/2 biji tomato - di potong dadu kecil
1 bji cili merah - dihiris halus
5 biji cili api - dicincang halus
1/2 batang lobak merah - di potong dadu kecil
1 sudu besar mayonis
1/2 sudu sos cili
secubit garam

Roti 8 keping
Bancuhan tepung seperti goreng pisang

Forgive and Forget


Pic credit too: http://www.idea-sandbox.com/blog/2008/08/forgive-and-forget-or-at-least-one-of-the-two/

Semudah melafaz kata MAAF tanpa erti dari hati, sesukar itu untuk LUPA pada setiap patah kata yang keluar daripada bibir yang semanis tebu tatkala terlafaz tanpa fikir dalam waras.

Aidilfitri 2011 - 1432 Hijrah


Pic Credit to : http://eeqbalz.wordpress.com/

Aildilfitri 2011.

Segalanya berjalan lancar, walaupun tidak sempurna tetapi penuh dengan kesederhanaan yang aku dambakan. Walaupun ada bezanya Aildilfitri tahun ini. Empat tahun yang lalu.. tidak seperti Aidilfitri tahun ini. Kalau nak kata aku gembira .. tidak juga, kerana aku adalah seseorang yang sering memandang dan memerhati hikmah disebalik terjadinya krisis keluarga ini. It is not to say 'kalau', tapi memang itu yang telah diatur oleh Allah. Maka, kita sebagai hambanya perlu melihat yang tersurat dan tersirat disebalik  semua krisis yang terjadi. Banyak hikmahnya, cuma yang pandai menilai dapat melihat yang tersurat dan tersirat itu. Tapi, kalau dipandang dari mata kasar memang segalanya nampak buruk dan tiada nilai.

Sebenarnya jauh di sudut hati, aku tidak mahu krisis keluarga ini berpanjangan. Tetapi aku sendiri tidak tahu dan tidak mampu utk menyelesaikan segala kesulitan dalam krisis ini. Selalunya juga aku rasa tidak wajar aku bersikap tidak ambil tahu dengan beliau, tapi rasa sedih, pedih, kalut dan sukar utk aku melupakan segalanya yang telah berlaku mengatasi segalanya. Aku tahu tidak wajar aku menjadi kaku, tidak berperasaan dan sekadar tunggu dan lihat apa yang akan terjadi seterusnya.

Adakalanya berdiam diri adalah cara terbaik, kerana diam tidak bermakna kita kalah atau salah. Tapi terlalu berdiam diri, mungkin juga menjadikan orang lain bersangka dengan kita.

Sewajarnya Aildifitri ini aku jadikan medan utk saling bermaafan dan melupakan juga memaafkan..
Tapi, berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul.

Sesukar masa yang lepas yang aku dan suami lalui, sesukar itu juga utk kami melupakan dan melepaskan beban dan hasil krisis ini dengan mudah. Masa memang tidak boleh diundur, dan patah kata yang terlepas juga sukar untuk dimaafkan.

Tidak pasti sempat atau tidak bertemu Ramadhan yang akan datang, dan tidak pasti bilakah krisis ini akan berakhir.

Semoga dipermudahkan segala olehNYa dalam segala urusan.

Alhamdullillah


Pic credit to : http://cahayamatarezekiku.blogspot.com/

Berakhir di malam Jumaat, pada 8 Syawal.
Alhamdullilah... sampai juga ke akhirnya. Walaupun bukan di dalam Ramadhan yang mulia.

Semoga aku dapt bermula kembali dengan secepat mungkin walau sebanyak mana pun alasan bermain diminda..

Moga segalanya dipermudahkan untuk aku kembali menyelak lembaran bermakna itu..

yang ditinggalkan

Bermula minggu terakhir Ramadhan dan minggu awal bermulanya Syawal dengan keuzuran melampau yang tidak aku minta dan duga.. Hampir melewati usia tiga minggu ditinggalkan. Dan hati semakin gusar kerana aku semakin menjauh darinya... Dihambat dengan rasa keletihan yang melampau, kelesuan yang tidak aku jangkakan. Bila akan bermula? Di saat aku terlalu banyak beralasan mendepani dunia yang pasti berakhir suatu hari nanti.

Aku mencari kekuatan untuk mendepaninya semula, untuk menyelak dan membelai lembarannya semula.

Ya Allah.. titipkan aku secebis kekuatan rohani dan utk mendepaninya...

Tafakur

Dengar lagu ni masa dengar ceramah Ustaz Muhammad Kazim Elias Al Hafiz.

Album : Tafakur

Munsyid : Zikraa
http://liriknasyid.com/

Tafakur

Ya Allah... Ya Allah...

Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...


Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan


Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku


Ya Allah ya Tuhanku
Kusujud pada kudrat-Mu
Kuserahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradat-Mu


Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku


Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya padamu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku


Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...


Lagu : Kamal Halim
Lirik : Nawawi Ibrahim
Solo : Amaluddin
Hakcipta : Marzuq Prod.

Hari Tua

Dulu dulu kalau orang sekeliling aku tak ingat hari ni, aku sedih juga..

Tapi, bila semakin menginjak ke usia tua tahun demi tahun sudah tak rasa apa apa..

Hari ini aku sendiri ingat.. sebab mengingatkan aku yang usia semakin meningkat dan bertambah. Maka amalan yang lain juga perlu bertambah sebab kita tak pernah tahu bila berakhirnya hidup kita dan bila berakhirnya dunia ini.

Mungkin orang lain gembira meraikan peningkatan usia mereka, dulu aku pun begitu.. tetapi sekarang tidak lagi.
Sedih dan gusar yang ada.. Gusar bagaimana utk menempuh hari hari yang seterusnya dengan peningkatan usia yang kdg kdg terasa masih tidak membuahkan hasil...

Semoga Allah memberkati kehidupan yang aku lalui dengan seadanya ini walaupun aku sering lupa padaNYA.
Moga Allah juga memakbulkan setiap doa doa yang aku titipkan selepas solat atau bila bila masa yang aku teringat utk berdoa, walau pun kdg kdg culas juga dengan doa itu..

Semoga hari hari yang mendatang akan menjadi mudah buat aku.. dan kalaupun masih sukar juga aku tahu kerana Allah itu tahu setakat mana kemampuan hambanya mendepani ujian yang diturunkanNYA..

Setiap yang berlaku itu pasti ada sebabnya..

hampir tiba

hampir tiba ke akhir makin culas dan cuai..
makin leka dengan segalanya..
moga sempat tiba dengan jayanya..

Penghujung Ramadhan

Terasa macam baru sahaja arwah FIl meninggal Ramadhan 2 tahun yang lepas..
Terasa macam baru sahaja balik berbuka puasa di kampung bersama emak dan abah pada Ramadhan tahun lepas, dan Ramadhan tahun ini hampir juga ke penghujung..

Masa terlalu cepat berlalu.. dan kadang kadang rasa tidak berbuat apa apa untuk menambah amalan bagi menampung hidup sesudah mati nanti..

Penghujung Ramadhan sepatutnya masa kita mencari dan menambah amalan kerana ganjaran yang berlipat ganda.
Tapi seringkali masa yang ada cuma terbiar kosong tanpa ada apa apa pengertian yang pasti.
Selalu hanyut dan tenggelam dengan karenah dunia yang tak pernah pasti ini.. dan dunia yang pasti akan berakhir suatu masa nanti.

Ramadhan yang mendatang tidak pasti sempat merasa atau tidak.... Allah sahaja yang mengetahuinya..

Abortion

Source - Facebook

This is a Story...Please read this!
Hi, Mommy.

......I'm your baby. You don't know me yet, I'm only a few weeks old. You're going to find out about me soon, though, I promise. Let me tell you some things about me. My name is John, and I've got beautiful brown eyes and black hair. Well, I don't have it yet, but I will when I'm born. I'm going to be your only child, and you'll call me your one and only. I'm going to grow up without a daddy mostly, but we have each other. We'll help each other, and love each other. I want tobe a doctor when I grow up.

You found out about me today, Mommy! You were so excited, you couldn't wait to tell everyone. All you could do all day was smile, and life was perfect. You have a beautiful smile, Mommy. It will be the first face I will see in my life, and it will be the best thing I see in my life. I know it already.

Today was the day you told Daddy. You were so excited to tell him about me! ...He wasn't happy, Mommy. He kind of got angry. I don't think that you noticed, but he did. He started to talk about something called wedlock, and money, and bills, and stuff I don't think I understand yet. You were still happy, though, so it was okay. Then he did something scary, Mommy. He hit you. I could feel you fall backward, and your hands flying up to protect me. I was okay... but I was very sad for you. You were crying then, Mommy. That's a sound I don't like. It doesn't make me feel good. It made me cry, too. He said sorry after, and he hugged you again. You forgave him, Mommy, but I'm not sure if I do. It wasn't right. You say he loves you... why would he hurt you? Idon't like it, Mommy.

Finally, you can see me! Your stomach is a little bit bigger, and you're so proud of me! You went out with your mommy to buy new clothes, and you were so so so happy. You sing to me, too. You have the most beautiful voice in the whole wide world. When you sing is when I'm happiest. And you talk to me, and I feel safe. So safe. You just wait
and see, Mommy. When I am born I will be perfect just for you. I will make you proud, and I will love you with all of my heart.

I can move my hands and feet now, Mommy. I do it because you put your hands on your belly to feel me, and I giggle. You giggle, too. I love you, Mommy.

Daddy came to see you today, Mommy. I got really scared. He was acting funny and he wasn't talking right. He said he didn't want you. I don't know why, but that's what he said. And he hit you again. I got angry, Mommy. When I grow up I promise I won't let you get hurt! I promise to protect you. Daddy is bad. I don't care if you think that he is a good person, I think he's bad. But he hit you, and he said he didn't want us. He doesn't like me. Why doesn't he like me, Mommy?

You didn't talk to me tonight, Mommy. Is everything okay? It's been three days since you saw Daddy. You haven't talked to me or touched me or anything since that. Don't you still love me, Mommy? I still love you. I think you feel sad. The only time I feel you is when you sleep. You sleep funny, kind of curled up on your side. And you hug me with your arms, and I feel safe and warm again. Why don't you do that when you're awake, any more?

I'm 21 weeks old today, Mommy. Aren't you proud of me? We're going somewhere today, and it's somewhere new. I'm excited. It looks like a hospital, too. I want to be a doctor when I grow up, Mommy. Did I tell you that? I hope you're as excited as I am. I can't wait.

...Mommy, I'm getting scared. Your heart is still beating, but I don't know what you are thinking. The doctor is talking to you. I think something's going to happen soon. I'm really, really, really scared, Mommy. Please tell me you love me. Then I will feel safe again. I love you!

Mommy, what are they doing to me!? It hurts! Please make them stop! Itfeels bad! Please, Mommy, please please help me! Make them stop! Don't worry Mommy, I'm safe. I'm in heaven with the angels now. They told me what you did, and they said it's called an abortion. Why, Mommy? Why did you do it? Don't you love me any more? Why did you get rid of me? I'm really, really, really sorry if I did something wrong, Mommy. I love you, Mommy! I love you with all of my heart. Why don't you love me? What did I do to deserve what they did to me? I want to live, Mommy! Please! It really, really hurts to see you not care about me, and not talk to me. Didn't I love you enough? Please say you'll keep me, Mommy! I want to live smile and watch the clouds and see your face and grow up and be a doctor. I don't want to be here, I want you to love me again! I'm really really really sorry if I did something wrong. I love you!

I love you, Mommy.


Every abortion is just…
One more heart that was stopped.
Two more eyes that will never see.
Two more hands that will never touch.
Two more legs that will never run.
One more mouth that will never speak.


If you’re against abortion, reblog.

The History of Batu Gajah

source : Phamplet Batu Gajah - Heritage Driving Trail, produce by Kinta Heritage Group Sdn Bhd

Batu Gajah is a town located in the Kinta District of Perak, approximately 20km south of Ipoh. The town lies on the bank of Kinta River, with an estimated 2010 population of 46,000.

The name Batu Gajah means "elephant stone". There are various legends as to origin of the name including one from Malay folklore which refers to two elephants crossing the Kinta River who were turned to stone by a small pixie-like creature.

Batu Gajah started out as one the many small  Malays villages of mukim Sungai Terap, developed under its chief, the Dato' Seri Amar Di-Raja from the early 1800's.

Batu Gajah rose to prominence in 1881 when it was chosen as the river port for the nearby Papan tin mines.

Land was sold to traders who built shop houses near the port along Jalan Sungei, which later came to be known as Batu Gajah old Town. Many of the original shopkeepers were malay and Mandailings.

In 1884, Batu Gajah was chosen as the new capital of the Kinta District. The commercial town continued to grow, and by 1888 Batu Gajah had 127 lots already built on or about to be built on. New Government offices were established in 1892.

The first English school was founded in 1907 by K.Malai Perumal Pillay. In 1910, this became the Government English School and later the Sultan Yussuf School. The sultan Perak, HRH Sultan Azlan Shah, who was born in Batu Gajah, is a noted alumnus.

The land between Old Town and Changkat was further developed and by 1917 the town had been substantially laid out. by 1921, the town's population had increased to 5,000.

In addition to being the capital of the Kinta District, Batu Gajah's location in the rich tin-bearing Kinta Valley made it a natural centre for economic growth. This was further supplemented by vast rubber plantations in the surrounding region.

By the 1930's the continuing expansion of Ipoh had become a strong competitor to Batu Gajah. This was exacerbated during the Japenese Occupation 1941-1945 when Ipoh was made the capital of Preak, in place of Taiping.

While Batu Gajah continues to this day be teh capital of the Kinta District, some of the administrative duties of the Kinta District are now carried out in Ipoh.



Ramadhan - 7th Day

Menu cooked today..

Nasi Goreng Sempoi (Kosong)
Ayam masak merah
Kangkung goreng belaca
Telur dadar bawang

En suami beli karipap 2 inggit dan cucur udang 1 inggit.

Alhamdullillah...

Ramadhan - 6th Day

Menu cooked today..

Nasi ayam with complete set..
Also .. kuih limas buat sendiri.. tapi kurang manis sebab terkurang letak gula di dasarnya..

En suami beli  popia basah n goreng..

Alhamdullillah..

Ramadhan - 5th Day

Today... berbuka puasa dengan sepotong rock melon di dalam keretapi laju (ETS).
Seterusnya makan nasi berianni dengan En Suami di kedai mamak...


Happy Ramadhan to all muslims.. !!!

Kisah Budak Penjual Kuih

Read this story through my email..

Kisah Budak Penjual Kuih


Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

“Abang nak beli kuih?” katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik… Abang dah pesan makanan,” jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

“Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?” katanya selamba semasa menghampiri meja saya.


“Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni,” kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, “Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?”

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

“Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang.” katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

“Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu,” Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

“Kenapa bang nak beli kuih ke?” tanyanya.

“Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!” Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

“Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!” katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

“Abang nak beli semua ke?” Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

“RM25 saja bang.”

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sesungguhnya berapa sen sangatlah kesusahan kita jika dipandang ke bawah.. kerana ramai lagi yang lebih susah dan menderita daripada kita..

Ramadhan - 4th Day

Still with mak and abah at Wangsa Maju..

Mak cooked gulai lemak kcg dengan karang. Abah goreng kuetiaw goreng. Aku beli Roti John..

Alhamdullillah. Syukur kepada Allah..

Hukum hukum Dasar Syariat Islam

Hukum Halal – Takrif : Sesuatu yang dibolehkan (tidak berdosa) memakai, memakan atau mengerjakannya setelah ada pengesahan (sah) menurut syarak.


Hukum Haram – Takrif : Sesuatu yang diberi pahala apabila meninggalkannya dan berdosa apabila mengerjakannya disisi syarak. Hukum ini berlawanan dengan halal

Hukum Wajib – Takrif : Sesuatu yang diberi pahala apabila dikerjakan dan berdosa apabila meninggalkannya. Contohnya: Amalan soalt lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan dan sbg

Hukum Sunat – Takrif : Sesuatu yang diberi pahala jika dikerjakan dan tidak berdosa apabila meninggalkannya. Contoh: solat sunat, bersedekah, puasa sunat dan sbg

Hukum Makruh – Takrif : Sesuatu amalan yang diberi pahala jika ditinggalkan dan tidak berdosa apabila mengerjakannya.

Hukum Harus – Takrif : Sesuatu amalan yang tidak berpahala jika dikerjakan dan tidak berdosa apabila meninggalkannya.

Hukum Sah – Takrif : Sesuatu amalan yang cukup rukun dan sempurna syaratnya menurut syarak. Contoh : antara syarat sah solat itu ialah suci daripada hadas besar dan hadas kecil.

Hukum Batal – Takrif : Sesuatu amalan yang tidak cukup rukun dan syaratnya menurut syarak. Contohnya : Solat akan batal jika bergerak berturut turut sebanyak tiga kali.



Source – Indahnya Hidup Bersyariat, Dato Ismail Kamus, Mohd Azrul Azlen Abd hamid

Ramadhan - 3rd Day

Today.. with mak and abah at Wangsa Maju..
Pergi pasar Ramadhan beli Samosa (RM 3.50) dan Karipap (RM 2.00) plus air tebu (RM 4.00).
Alhamdullilah semua habis sebab beli memang ikut keperluan org di rumah.

Abah dah masak spagethi goreng, mak masak lauk Gulai Lemak ikan terubuk dan sayur bayam. Juga lengat kurma.
Aku? Beli aje lah...

Alhamdullillah... syukur pada Allah kerana masih mengurniakan rezeki kepada aku dan keluarga.

To all muslims.. enjoy your days during this Ramadhan..

New Trade Mark of Batu Gajah






Masjid Berkubah Emas..
Semoga masjid ini digunakan dengan sepenuhnya..

Tol Simpang Pulai

old photos taken ..








Ramadhan - 2nd Day

Still at Batu Gajah..

menu cooked for today..


ayam goreng coated with cream crackers biscuit


kari telur pecah



kacang buncis pedas


and bread pudding with chocolate cake..

Semoga hari kita lebih baik dari semalam.. May Allah bless all Muslims in this world.

Solusi Edisi Ramadhan..

Issue 34..
To all muslims , please get this magazine since it is very valuable.. Just RM 11.. 


Picture credit to : http://www.majalahsolusi.com/

Ramadhan - 1st day

At Batu Gajah..

The menu cooked today for our breakfasting .. no picture taken for this menu..

Nasi lemak with
Sambal ikan bilis
Peria goreng telur berkunyit
Ikan rebus goreng

Air selasih with cincau made by hubby..

We just bought the kuih RM 3 (one ringgit each), karipap, badak berendam and kuih lapis

with hope no more waste in this valuable month and its start today...

Ramadhan come again..

Salam Ramadhan.... to all Muslims in this world..



Make use all the time we have in this month.. and ensure the practice will be continuously eventhough we are not in Ramadhan anymore..

at the age of 65

jika andai sampai ke usia ini.. adakah anda mahu mensia-siakannya ..
tanpa arah meninggalkan setiap waktu solat.. subuh, zohor, asar, maghrib , isyak hanya kerana mengejar dan menunggu dunia yang tidak pasti..
membiarkan masa berlalu hanya kerana sejumlah duit..tanpa membaca al quran, tanpa menghadiri majlis majlis ilmu..
ruginya hayat panjang yang tersia sia begitu sahaja..

tidak bimbangkah .. andai kita tidur malam ini dan tidak bangun lagi esoknya..
tidak sempat merasai Ramadhan yang bakal hadir lagi dalam sesingkat masa cuma..

aaggghhh aku pun kerugian masa juga sebab selalu sangat beralasan.. hingga tatkala ini .. culas dan cuai dengan tuntutan agama...

The other half

the other half..? in this subject not my hubby..
it is meant for a part of my body.
Seperti contoh.. tangan kanan dan tangan kiri.. Kaki kanan dan kaki kiri..
Bila salah satu bahagian tersebut sakit.. buat masa ini yang sakit adalah tangan kiri.. iaitu joint di bahu, di siku, di pergelangan tangan, di jari jemari. Hidup rasa tempang.. dan susah untuk melakukan apa apa aktiviti... seperti solat, menaip, makan, menyikat rambut, memakai baju, memakai tudung.. pergerakan semua menjadi perlahan dan lambat.
Sepertinya aku tidak sakit apa apa tapi.. itulah, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...
Sampai untuk makan dan memakai baju pun encik suami perlu membantu.. THANKS sayang

Masa admitted tempohari lagi teruk.. sakit all joint kaki kiri dan tangan kanan... rasa patah dan jem semua pergerakan.
tapi ada juga yang masih kata aku buat buat sakit... kata lah apa apa pun.. sebab yang sakit bukan korang.. tapi diri aku sendiri.

Isnin, isnin adalah hari yang selalu aku cuti kecemasan atau cuti sakit... Ada juga yang cakap aku sengaja tak datang hari isnin.. mmmmm speechless.. again.. kata lah apa korang nak kata.. aku tetap aku.. hidup aku dan perjalanannya cuma Allah sahaja yang tahu segalanya..

35 years old



happy birthday sayang... moga liku liku dan jalan berduri yang kita lalui bersama menjadikan diri kita sentiasa dekat dengan Ilahi.. love you alwiz..