Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts

BADAK BERENDAM MODEN with love!



Badak berendam ni buat hari Khamis lepas.. Buat untuk orang demam. Sementelah ada inti kelapa lebihan ambil dari rumah mak masa Ramadhan hari tu. Letak dlm freezer tahan lama. Alhamdullilah.

Resepi? Sangat simple ya.. Tapi saya memasak biasanya guna apa sahaja yang ada di rumah. Tidaklah sampai kena cari barang wajib mcm santan dan sebagainya.

Tepung pulut, dalam 300gm
Air
Vanila
Pewarna. (Saya sukakan badak berendam yang bewarna!)
Inti kelapa

Bancuh tepung pulut bersama air dan vanila juga pewarna. Uli doh tersebut sampai boleh dibentuk dan digentel.
Ambil satu sudu kecil dan dilobangkan kemudian letakkan inti kelapa tersebut. Sebaiknya di gentelkan dulu inti kelapa tersebut.

Sementara menggentel panaskan air hingga mendidih dan kemudia rebuskan badak berendam tadi sehingga timbul ke permukaan. Maksudnya telah dimasaklah tu.

Oh ya.. Sebelum menggentel tadi, saya dah masak kuah badak berendam.

Susu cair satu tin
Tepung kastad 2 sudu besar
Gula satu sudu besar
Vanilla 1 sudu kecil

Kacau dengan api perlahan sehingga susu mendidih. Kena kacau ya dan tak boleh terlalu panas. Nanti susu pecah!

Lepas dah rebus badak berendam letakkan kedalam susu cair tersebut dan sedia dimakan! Enak dimakan ketika sejuk!

Masakan boleh dipelbagaikan ikut kreativiti kita. Kalau resepi asal badak berendam kena ada santan, daun pandan and etc. Kalau mak saya dia suka kukus gentelan badak berendam tersebut bersama santan. Tapi saya prefer rebus dan masak santan dan di gaul bersama!!














posted from Bloggeroid

Apam Polkadot - Yg Bukan Polkadot

Resepi dari sini http://apampolkadot.com/resepi-rahsia-apam-polka-dot/
Rasanya sangat sedap dan gebus. First time buat .. and next time kalau nak buat kena time cuti yang lama.
Kalau setakat weekend, tak menang tangan nak buat.



ini versi sedikit rajin


this too..


ini versi dah malas..

this too..

Masak masak

Dah lama tak masak selepas raya .. baru ni ada masak sesikit


donut buat minum petang

resepi dari majalah saji..
resepi sempoi dan mudah

pancake untuk breakfast

ayam goreng untuk nasi ayam

kuah kicap

tomato n kubis (kes tak ada salad)

sos

gambar nasi n sup tak sempat snap pun

Ramadhan - Day 5

Pergi berbuka puasa di rumah mak saudara en suami ... aku masak .... untuk di bawa ke sana

Peria Goreng


Makan ngan nasi panas panas memang sedap..
Peria besar 2 biji - dihiris nipis dan digaul kunyit
Bawang besar dihiris nipis
cili kering di potong pendek pendek
daun kari
ikan bilis..

goreng peria dengan minyak yang panas ( api besar) apabila peria
hampir garing baru masuk bawang, cili, daun kari n ikan bilis supaya masak bersama

Peria Masak - Masak Sambal

masak campak campak memang sedap
aku letak sebijii peria masak, sebiji kentang, satu batang lobak merah
dan sedikit petai..juga sedikit ikan bilis..
cili mesin dan garam dan gula..  

Badak Berendam - Pink Colour??


my version plus mom version
masak inti - kelapa parut+gula melaka+gula pasir+ tepung jagung or gandum
kulit - tepung pulut +air n perwarna sirap ros ( masak seperti buah melaka) dan gaul bersama kuah setelah masak..
kuah - santan + tepung gandum+ tepung jagung+garam+daun pandan (masak dengan api yang kecil)

tepung berfungsi untuk memekatkan kuah supaya tidak menggunakan terlalu banyak santan yang mengandungi kadar lemak dan kolestrol yang tinggi..


Ramadhan - Day 4

Apam Mekar


Okies... Apam Mekar yang tak mekar.. dab sedikit bantat.. tak tahu apa yang tak kena..second time buat tapi still tak menjadi.. rasa tetap ada dan sedap.. Tapi still aku bawa masa majlis tahlil cum berbuka puasa saudara setelah en suamiku..

Resepi aku amik dari sini

Puding Roti

Resepi dari sini .. memang tip top nye resepi .. lembut di gigi apatah lagi di tekak.. manis yang sesedap rasa.. perfect!!! Harus ku buat lagi untuk pose nanti

sebelum dipotong.. dalam proses pengerasan
setelah dipotong dadu dan bersiap sedia untuk dibawa ke majlis tahlil di TR, Perak on isnin baru nie

Agar2 Lapis Gula Melaka



rupa yang cantik tetapi sedikit rangup dan tidak terasa kelembutan agar agar.. manisnya sedang elok.. aku rasa aku terkurang air kut.. resepi dari sini

Roti Sardin Goreng Bersalut Oat

Musim oat..? Ohh tidak  ini adalah kerana kandungan kolestrol en suami yang agak tinggi maka dinasihatkan oleh doktor untuk makan oat pagi dan malam..


memamg sedap giler sebab terasa kerangupan oatnya..

Obses Terhadap Pancake?

Hari Rabu last week aku mencuba resepi pancake di bawah untuk di bawa ke pejabat..

3 sudu besar butter di cairkan (aku guna dua sudu aje untuk dua bancuhan)
1 biji telur
1cwn tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula
1 cawan susu segar
1 sudu besar jus lemon (aku tak buh pun)
secubit garam
campur sume n bancuh.. aku bancuh pakai senduk aje n tapis kemudianya..
kalau ikur resepi dia suh blender.. aku malas nak mengeluarkan blender..

pas tu aku tambah soda sikit..

dan hasilnya adalah seperti di bawah..
.
.
.
.
.
.
.
.
Ini adalah bancuhan pankek ku itu... dah nak habis di masak

sedang dimasak di atas kuali...

pancake yang sudah siap dimasak.. dapat dalam 14 biji untuk dua adunan..

pancake yang di salut dengan peanut butter...memang kenyang giler makan

pancake yang telah di lipat dua.. macam apam balik ekk?

Aku bawak 6 biji.. 3 biji di perabis kawan kawan n tiga biji lagi aku lah yang perabis..
memang gebus..

Kuih Bingka Tepung Beras Gula Melaka

Kuih nie aku 2hb hari tu... Resepi tak ingat dari mana. Tapi yang aku dah print out lah. Kuih nie sungguh sedap.. buat 3 adunan dan bawak separuh balik rumah kl sebab mak dan abah suka makan kuih macam nie. Tapi gambar lepas masak lupa nak ambil ... dah terus lupa sampai kuih yang di potong telah habis di makan oleh mak dan abah selama seminggu.


Nie masa lepas bancuh dan masak dengan api perlahan


Ini pula masa dah hampir pekat dan likat, kena kacau sampai licin dan tak berketul


This one dah siap di letak dalam loyang dan siap untuk di bakar selama sejam dengan suhu 180C

Memang sodap rasanya....!!!