Showing posts with label wordless. Show all posts
Showing posts with label wordless. Show all posts

....?

bila orang lain mudah medapatkannya tapi sebaliknya bagi kami,
cemburu? tidak waras rasanya kalau tidak ada perasaan itu

sometimes, the feeling is undesirable...
hati selalu berkata kata sendiri
dan perasaan ini adalah amat mendukacitakan..

gambar - carian di google


wordless and speechless...

Sakit mata

Sakit mata bila tengok wanita bertudung tapi mcm ada yang tak kena sahaja dengan cara berpakaian. Tudung bukan lagi jadi perisai mempertahankan maruah dan harga diri. Cara berpakaian dan cara bertudung yang tak kena bagi aku bagai memijak mijak nilai aurat yang sudah tidak perlu dipertikaikan keperluannya dalam agama. Tudung bukan lagi alat utk menutup aurat, tapi sebagai satu medium untuk berfesyen dan memperagakan nilai diri .. aahhh dunia semakin pantas dan manusia manusia yang berlakon di pentas dunia ini semakin menakutkan ... takut dengan segala kemungkinan yang akan berlaku...

Hairan kenapa bertudung tetapi masih begitu...?
Si pemakai lebih mengerti... mungkin!!

only

only RM 10, for the whole week...
how will you manage this?

worldess...

hampir tiba

hampir tiba ke akhir makin culas dan cuai..
makin leka dengan segalanya..
moga sempat tiba dengan jayanya..

at the age of 65

jika andai sampai ke usia ini.. adakah anda mahu mensia-siakannya ..
tanpa arah meninggalkan setiap waktu solat.. subuh, zohor, asar, maghrib , isyak hanya kerana mengejar dan menunggu dunia yang tidak pasti..
membiarkan masa berlalu hanya kerana sejumlah duit..tanpa membaca al quran, tanpa menghadiri majlis majlis ilmu..
ruginya hayat panjang yang tersia sia begitu sahaja..

tidak bimbangkah .. andai kita tidur malam ini dan tidak bangun lagi esoknya..
tidak sempat merasai Ramadhan yang bakal hadir lagi dalam sesingkat masa cuma..

aaggghhh aku pun kerugian masa juga sebab selalu sangat beralasan.. hingga tatkala ini .. culas dan cuai dengan tuntutan agama...

The other half

the other half..? in this subject not my hubby..
it is meant for a part of my body.
Seperti contoh.. tangan kanan dan tangan kiri.. Kaki kanan dan kaki kiri..
Bila salah satu bahagian tersebut sakit.. buat masa ini yang sakit adalah tangan kiri.. iaitu joint di bahu, di siku, di pergelangan tangan, di jari jemari. Hidup rasa tempang.. dan susah untuk melakukan apa apa aktiviti... seperti solat, menaip, makan, menyikat rambut, memakai baju, memakai tudung.. pergerakan semua menjadi perlahan dan lambat.
Sepertinya aku tidak sakit apa apa tapi.. itulah, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...
Sampai untuk makan dan memakai baju pun encik suami perlu membantu.. THANKS sayang

Masa admitted tempohari lagi teruk.. sakit all joint kaki kiri dan tangan kanan... rasa patah dan jem semua pergerakan.
tapi ada juga yang masih kata aku buat buat sakit... kata lah apa apa pun.. sebab yang sakit bukan korang.. tapi diri aku sendiri.

Isnin, isnin adalah hari yang selalu aku cuti kecemasan atau cuti sakit... Ada juga yang cakap aku sengaja tak datang hari isnin.. mmmmm speechless.. again.. kata lah apa korang nak kata.. aku tetap aku.. hidup aku dan perjalanannya cuma Allah sahaja yang tahu segalanya..

yang tersurat, yang tersirat

Sebelum menghukum seseorang, adililah sebaik mungkin. Jangan mendengar cerita dari sebelah pihak sahaja walaupun datang dari seorang ibu. Carilah yang tersurat dan yang tersirat disebaliknya. Jangan terus membuat andaian itu dan ini, begitu dan begini. Tolonglah jangan suka menuding jari ke arah sesiapa. Cari apa yang silap dalam diri sendiri, apa yang silap dalam keluarga kita sendiri..

Janganlah nak masuk dalam rumahtangga orang lain tanpa usul dan periksa.
Kalau bercakap janganlah suka menongkah langit, bercakap besar seolah dunia kita yang cipta.

Kalau setakat balik ke kampung halaman setahun dua tiga kali, janganlah angkuh mengatakan sudah tahu semua hal yang berlaku. Kalau tidak tahu apa yang berlaku selidiklah dengan bertanya pada semua orang... Carilah apa yang tersurat dan tersirat disebalik semua pekara yang berlaku. Carilah kebenaran .. bukan sekadar pandai menghantar sms menghentam semborono sebelah pihak.

Kata orang .. cuba letak diri kita di dalam kasut seseorang yang kita tuduh sembarangan itu. Baru tahu langit itu tinggi atau rendahnya..