Showing posts with label Makan2. Show all posts
Showing posts with label Makan2. Show all posts

Hari memasak..

Hari Sabtu lepas aku terlebih rajin ... boleh macam tu ke? Pagi hari dah masak roti goreng.. Kat rumah mil aku memang sentiasa ada roti gardenia.. hari Sabtu tu sampai ada dua buku.. so aku apa lagi.. jadikanlah ianya bahan untuk sarapan.. celup dulu roti dalam telur dan goreng pastikan potong kecik kecik dulu.. kemudian digoreng lah seperti menggoreng mee dan sewaktu dengannya...Cik suami makan dengan seleranya...


Ini pula adalah Steamed Chocolate Moist Cake... lepas masak tengahari yang menunya adalah kari ayam aku memulakan projek buat kek ni.. dah lama tak buat kek .. resepi aku ambil dari sini dan juga disini. Kek yang di kukus... memang sedap n lembut giler.. dan sukanya cik suami memakan kek yang kurang manis nie..

Kek yang baru diangkat dari kukusan.. gebus giler

Kek yang dah di potong atasnya dan di habiskan oleh cik suami .. dah di toping dengan susu dan chocolate rice bersama potongan almond

kek yang dah di potong.. memang menawan heheheheh


Dan ini roti dadar bertelur di cicah kari ayam sarapan esoknya.. orang sibuk dengan roti paratha aku dengan dadar nye aje...


Jalan jalan cari makan

Gie makan makan ngan family bapa saudara hubby which we called mamu (adik kepada mak mentua aku)..
Hari Sabtu malam pergi makan kat Nasi Lemak Ayam Kampung... this is second time for hubby and aku.. Ya Allah.. ramai gila orang sampai dah congested jadinya.. Order nasi lemak 6 pinggan then hubby order extra nasi n ayam kampung lebih tapi tak sampai sampai juga.. last last habiskan apa yang ada dan blah.. actually food kat sini tak lah sedap sangat nasi dia bese bese aje.. cuma ayam kampung tu sedap sikit.. ada juga hidangan thailand dan makanan barat.. Rasanya tak datang dah pas nie.. macam kelam kabut aje rasanya..


sumber gambar dari ipohchai.com

Baca lebih review and gambar gambar kat sini

Pas tu the next day pie makan kat old anderson club.. wuuhh best giler.. tak amik pun gambar food nya.. tapi menu yang di order adalah palak paneer, sizling chicken tandori, fried fish, mutton, terung goreng masala  with capati n roti naan.. teh tarik nya memang sedap...giler.. aku dalam diet gulanya minum sampai dua gelas kecik...



teh tarik kow ...


mamu n mil


mami n azrina (cousin hubby)

 

ini pintu masuk ke restoran tersebut.. aku cari dalam google.. silalah ke sini kalau datang ke ipoh and you will enjoy the foods..


Makan makan @ 20022010

Kakak, Yaya and girl2 with their mom and dad also mak tok came to my mertua house.
I had prepared a simple dinner for them which only mee goreng and nugget. Mak mertua ku suh masak banyak.. dah lah tangan memang tengah sakit masa tu.. aku sampai kena guna dua dua belah tangan untuk membalikan mee tersebut. Di sebab mee terlalu banyak maka aku bekalkan untuk abang abang girl2 mee goreng tersebut dan balancenya aku panaskan semula dan makan masa breakfast esoknya. Alhamdullilah habis juga walau pun sedikit pedas..

Mee Goreng.. sekuali ... tapi sodap.. (puji diri sendiri ekk)
dolu dolu masa belum kahwin mee pun tak pernah goreng sendiri.. sume abah n mak yang masak. aku tukang makan aje..

Ok.. ada hirisan daun sup, telur dadar goreng and nuugget tempura..
Sume habis di makan...

Breakfast 16022010


Hubby bawa maknya pergi dressing n dia siap breakfast kat kedai sebelah klinik. Aku dirumah yang kepenatan duk membuat sandwich telur.. my favorite.. tapi aku makan sorang je...

Majlis Tahlil - 15022010

Majlis Tahlil dedikasi kepada arwah bapa saudara (ayah tak). Juga kepada arwah opah dan atuk. Chief kepada Chef sudah tentu lah bonda ku yang tersayang... Mari kita tengok gambar sambil bercerita..
Menu utama .. kari ayam, rendang daging perak, ikan masin bulu ayam


Rendang daging.. merah giler cilinya..


Ikan masin bulu ayam.. tak baper rangup lah


kari ayam yang cukup kow.. kata my hubby


ini adalah ketua tukang masak.. bonda terchenta lah

adik mak tengah buat air kopi kut tu..

my beloved adik sepupu (kenduri untuk arwah ayahnya)

ipan.. semenjak masuk sekolah tahfiz makin kurus lah aku tengok adik yang sorang nie

amsyar.. setakat ini dialah yang adik sepupu yang paling bongsu..

sweet izati... macam muka kak yong lak lelama tengok

abah tersayang...

Majlis telah berjalan dengan lancarnya.. moga roh arwah di cucuri rahmatnya..

Breakfast 12022010

Okeh... cerita dah lama baru nak update ekk.. Ok dari tak update baik update at least jadi hari dalam sejarah.. Breakfast di taja oleh SCM unit (unit aku lah tu). Menu yang dipilih.. (kami cuma menyediakan duit) dan selebihnya di uruskan oleh senior senior di sekitar tempat kami. Mee Goreng basah sikit, nasi goreng ikan masin, kuih cucr badak and kosui. Kuih sagu di taja oleh Kak Rahimah. Manakala pie kentang di bawa oleh junior ku.. Pica comel.. sedap ekkk. Makan sampai tak ingat dunia.

Breakfast and Lunch - 08/02/2010

Hari ini tak perlu mengeluarkan duit belanja kerana hari yang penuh dengan rezeki.. Sarapan pagi di taja oleh Kak Mai - alhamdullilah... Thanks Kak Mai..
Okeh..nasi lemak berlaukan sambal ikan bilis, ikan bilis goreng dan kacang tanah, telur rebus bersama timun dan disertakan dengan kuih karipap dan cream puff... Syukur Alhamdullilah dengan rezeki yang ada hari ini.

Makan tengahari sebenarnya menu untuk acara morning talk.. so aku reserve food ini untuk makan tengahari.

Menunya..? Ada nasi goreng berlaukan ayam goreng masala. Ada keropok goreng, timun dan ada juga kuih donat dan karipap.. So.. hari ni kalori rasanya mencanak canak naik tapi tak turun turun juga..

Malam ni ada acara makan makan lagi .. abang ku mahu belanja makan sempena mendapat bonus untuk tahun 2009.. semoga murah rezeki ko yea..