Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

ULASAN NOVEL - SEPERTI MENCINTAIMU AIN

SEPERTI MENCINTAIMU AIN

Gambar adalah hasil carian di google. 

Siapa saya untuk menilai dan memberi ulasan novel ini? Ahh tidak layak pon sebenarnya. Sebab belum habis baca pun sebenarnya.. Kekangan masa lagi?  Tapi dah meloncat ke muka akhir untuk mengetahui kesudahannya. Kesudahan yang gembira dalam masa yang sama memikat hati. Gaya penceritaan yang buat kita ternanti nanti apakah yang akan terjadi seterusnya.

Karya novelis Noor Suraya ini tidak perlu lagi dipertikaikan. Aku suka, kerana penceritaan yang tidak banyak dialog seperti novel novel moden era terkini. Ada beberapa novel Noor Suraya yang aku miliki seperti:-
  • Jaja & Din
  • Surat Ungu Untuk Nuha
  • Nyanyian Tanjung Sepi
Dan banyak lagi rupanya novel dari Novelis Noor Suraya ini aku tidak miliki.. Watak watak yang hadir bagai dekat di hati! Sangat!

Okeh.. Nanti sambung lagi ulas dengan lebih lanjut kisah apa , siapa dan bagaimana lepas aku habis baca nanti.. 

Sampai jumpa lagi..





Telemovie adaptasi dari Novel

Kebelakangan ini banyak novel telah diterjemahkan dalam bentuk drama bersiri, filem dan juga telemovie. Antara yang telah bersiaran adalah Gemersik Kalbu - Anis Ayuni, Bicara Hati - Damya Hanna, Ombak Rindu - Fauziah Ashaari, dan banyak lagi. Kebanyakannya aku tak follow pun.

Tapi ada satu novel karya Aisya Sofea berjudul Kau Untukku telah diterjemah dalam bentuk telemovie dan bersiaran di Astro Box Office lakonan Dira Abu Zahar dan Remy Ishak yang aku tonton dari mula sampai habis. Tapi perjalanan cerita tersebut tersangatlah mengecewakan. Menonton drama tersebut tidak rasa sampai di hati seperti membaca novel tersebut yang boleh diulang berulangkali.

Sayangnya novel yang menarik ini telah diterjemah dengan keadaan yang mengecewakan.


"Rahsia di hati tak siapa yang tahu'


7 hari mencintaiku

gambar adalah carian di google 



Karya terbaru Siti Rosmizah (might be). Dari pemerhatian aku karya Siti penuh dengan emosi. Tapi bila membaca cerita beliau, kita seakan tidak mahu berhenti sebab hati seperti cepat mahu tahu kesudahannya. Cerita ni memberi rasa yang bercampur campur dalam diri kita. Rasa suka, gembira, sebak, tangis, tawa dan juga tersenyum sendiri. Inilah juga akibat tidak berterus terang. Ibubapa merahsiakan pekara yang sepatutnya di beritahu walaupun kesannya mungkin amat besar.

Biarlah ibu kita seorang penagih dadah sekali pun. Biarlah dia penghidap HIV sekali pun. Dia tetap seorang ibu yang melahirkan kita. Biarlah banyak mana dan sebesar mana sekali pun dosa dia pada kita. Dia masih ibu kita. Walau pun berbeza pegangan agama dia tetap seorang ibu. 

Berterus teranglah .. dalam pekara yang memerlukan kita berterus terang. Jangan menyembunyikan pekara yang tidak wajar disembunyikan kerana kesan yang akan datang mungkin tidak dapat kita duga. 

CINTA KONTRAK & CINTA PERISA DIA


gambar adalah carian di google

.

Tak tahu nak explain perasaan aku bila baca buku Cinta Kontrak ni. Serabut rasa fikiran. Ok. It just the point of my view. Maybe, ramai yang suka baca cerita ni. Sebab aku rasa plot cerita ni bergerak terlalu pantas. Macam lrt yang berhenti cuma sekejap di perhentiannya. Rasa macam kalut saja. Tapi aku tetap suka sebab watak watak perempuan di dalamnya digambarkan sebagai wanita muslimah. Aku suka. Sebab sedikit sebanyak memberi panduan cara berpakaian yang betul. 


 gambar adalah carian di google

Aku suka cerita ni. Aku suka plot yang disusun teratur. Cerita yang bergerak pantas tapi masih memberi ruang kepada pembacanya untuk menarik nafas dan mencari ruang untuk berfikir apakah kesudahannya. 


Tapi, aku masih suka membaca karya karya Norhayati Berahim. Cerita dia bukan cerita kosong. Cerita yang ada input dan maklumat. Bila membaca karya beliau, kita bukan setakat membaca dan menghiburkan hati tapi kita dapat informasi yang kita tak terfikir akan dapat dari pembacaam novel.


Bila bersangka buruk, tidak berterus terang

Jadilah kehidupan yang kita lalui seperti jalan cerita novel yang baru aku baca dua minggu yang lepas. Dipinjam dari kawan pejabat.

gambar : karya seni.com

Jalan cerita yang sedih, tapi tidak berjaya membuat aku menangis waima terasa sebak sekali pun. Kata kawan aku cerita ni buat dia menangis. Cerita ini memang sedih, tetapi aku tidak tahu kenapa hati terlalu keras dan tidak pula tersentuh. Pengorbanan yang aku rasa tidak logik di buat walau dalam dunia ni apa pun boleh terjadi dengan izin Allah. Terlalu menyayangi orang lain sampai sanggup mengorbankan diri sendiri. Wajarkah? 

Dalam hidup biarlah berpada pada. Sederhana adalah penting. Jangan kerana mahu orang lain bahagia diri sendiri yang terkorban. Letaklah sesuatu pekara di tempat yang sewajarnya setelah semua pertimbangan di buat.

Novel Sendiri

this two aku beli sendiri..
dua novelis yang memang aku admire
so every novel memang aku beli..
memang berbaloi baloi


masih novel pinjam

pinjam dengan office mate..
yes boss, mcm ada kureng buku ni.
cerita yang flat dan tidak ada sumber informasi



Cerita ni aku suka, sedih dan ada informasi. Jadi tidaklah sekadar membaca novel semata tanpa menambah apa apa pengetahuan kan..

Novel Pinjam

aku suka semua buku buku di bawah yang aku pinjam dari bos . Suka sebab bos mempunyai minat yang lebih kurang sama dengan aku. Thanks to boss.



Petikan Buku - Stanza Cinta

" Awak tahu, nanti di akhirat ada tiga jenis cahaya ketika di padang mahsyar. Cahaya pertama ialah seperti bintang yang berkelip kelip, cahaya kedua ialah seperti bulan purnama yang menerangi dan cahaya ketiga ialah cahaya matahari yang bersinar dengan sangat terang, yang menyilaukan pandangan mata"


"Cahaya yang berkeli kelip seperti bintang itu aialah wajah orang yang ketika mendengar azan dia terus meninggalkan segala kerja serta urusannya, lalu melangkah untuk segera menunaikan solat. Cahaya yang terang seperti bulan purnama itu ialah wajah orang yang mengambil wuduk sebelum azan berkumandang. Dan wajah yang terang benderang seeprti cahaya matahari itu ialah wajah mereka yang telah pun berada di masjd sebelum masuknya waktu azan."


"Cuba awak bayangkan dalam kategori mana kita semua? Jangankan hendak bersegera meninggalkan urusan apabila suara azan menyeru utk solat, tetapi buat buat tidak dengar dan tunaikan solat pada akhir akhir waktu"

..................

Nak mencapai tahap berkelip kelip pun payah.. Moga dipermudahkan olehNYA utk segala urusan di dunia pasti dan dunia sementara ini.

Petikan Buku - Stanza Cinta

" Awak tahu bukan, solat itu janji temu dengan Allah, bukan dengan kawan kita, dengan teman lelaki atau kekasih. Allah pemlik alam ini, Allah yang menciptakan bumi, langit dengan segala isinya. Awak tidak rasa bersalah apabila awak lewat berjanji temu dengan Pencipta Yang Maha Hebat ini"?


" Sebenarnya solat ini ibadah yang paling penting dan utama. Ibadah solat ini ibadah nombor satu berbanding semua ibadah. Walaupun tawaf itu lebih lama dan susah berbanding solat yang hanya beberapa minit, solat tetap nombor satu. Walaupun ibadah puasa itu sebulan lamanya, susah dan dahaga, ibadah solat tetap nombor satu. Perkara pertama yang ditanya di akhiran nanti ialah solat. Awak nampak betapa pentingnya solat ini?"


"Ini bukan soal banyak ilmu ataupun tidak. Kalau tidak banyak ilmu pun, cukuplah awak tahu asa dan kepentingan solat itu. Sebagai seorang islam, awak harus tahu apa makna dan tujuan solat? Bukan sekadar bangun dan duduk sambil membaca ayat ayat lazim. Solat itu tanda kita ini ingat pada Allah, dan sembah hanya pada Dia. Dalam AlQuran, Allah menyebut : Sesungguhnya Aku ini Allah, tidak ada Tuhan selain daripada Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku. Awak nampak, bukan? Allah gambarkan, melalui solat itu kita ingat pada Dia."


---------------------------

Sukarnya untuk Istiqamah dalam hal hal yang nombor satu penting dari segalanya. Selalu cuai dan lalai dengan keseronokan dunia...

Petikan Buku - Stanza Cinta

Pic credit to: kakyong.com

Satu ketika, aku terbaca di dalam sebuah majalah:

" Ketika Allah menciptakan seorang ibu, Dia mengadunya dengan bahan istimewa dan tahan lama. Mata ibu haruslah mempunyai kuasa yang bukan sahaja mampu melihat yang luaran, tetapi lebih jauh mampu menafsir dan membaca apa yang disembunyikan si anak di balik wajahnya. Telinga ibu haruslah mempunyai dimensi yang sangat kuat, yang dicipta daripada bahan yang tidak mudah terhakis. Telinga itu mestilah kebal tatkala menahan kata-kata pedih yang dikeluarkan daripada anak-anak yang dikandungnya itu. Bahu ibu pula dibina daripada bahan yang tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut, agar dapat menjadi tempat anak-anaknya bersandar. Tangan ibu juga dibina dengan bahan yang cukup kukuh, agar kuat untuk menampung beban anak-anaknya ketiak bekerja seharian menguruskan keperluan mereka."


"Di kelopak mata si ibu, Allah menyediakan satu lubang kecil untuk air matanya. Air mata itu adalah miliknya, dan dia boleh mengalirkannya bila-bila pun yang dia mahu sambil mengadu pada Allah akan hal-hal yang melukai hatinya. Air mata tika menahan derita daripada karenah anak-anak yang sering menyakitkan, ataupun air mata gembira atas kejayaan anaknya."

Semuanya benar belaka... Subhanallah!!!

Novel Baru

rating yang aku beri - 4.5
rating yang aku beri - 3.5

Novel Baru - Kau Laksana Bulan


Beli sebelum raya ari tu.. beli sebab ada drama kuar kat tv.. lakonan Ayu Raudhah
Cerita.. 3 bintang lah aku bagi..

Baru Beli

Budget tak ada tapi masih nak beli buku...





semua gambar adalah carian dari google..