" Awak tahu bukan, solat itu janji temu dengan Allah, bukan dengan kawan kita, dengan teman lelaki atau kekasih. Allah pemlik alam ini, Allah yang menciptakan bumi, langit dengan segala isinya. Awak tidak rasa bersalah apabila awak lewat berjanji temu dengan Pencipta Yang Maha Hebat ini"?
" Sebenarnya solat ini ibadah yang paling penting dan utama. Ibadah solat ini ibadah nombor satu berbanding semua ibadah. Walaupun tawaf itu lebih lama dan susah berbanding solat yang hanya beberapa minit, solat tetap nombor satu. Walaupun ibadah puasa itu sebulan lamanya, susah dan dahaga, ibadah solat tetap nombor satu. Perkara pertama yang ditanya di akhiran nanti ialah solat. Awak nampak betapa pentingnya solat ini?"
"Ini bukan soal banyak ilmu ataupun tidak. Kalau tidak banyak ilmu pun, cukuplah awak tahu asa dan kepentingan solat itu. Sebagai seorang islam, awak harus tahu apa makna dan tujuan solat? Bukan sekadar bangun dan duduk sambil membaca ayat ayat lazim. Solat itu tanda kita ini ingat pada Allah, dan sembah hanya pada Dia. Dalam AlQuran, Allah menyebut : Sesungguhnya Aku ini Allah, tidak ada Tuhan selain daripada Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku. Awak nampak, bukan? Allah gambarkan, melalui solat itu kita ingat pada Dia."
---------------------------
Sukarnya untuk Istiqamah dalam hal hal yang nombor satu penting dari segalanya. Selalu cuai dan lalai dengan keseronokan dunia...
No comments:
Post a Comment