Pasangan Buta


Pic Credit to : http://www.hasrulhassan.com/2011/08/sayu-hiba-kisah-anak-anak-abaikan-ibu.html

Pernah tak nampak pasangan buta yang memainkan irama lagu untuk menghiburkan warga pejalan kaki di mana mana sahaja? Masa aku balik BG naik bas, aku selalu nampak di laluan pejalan kaki di Puduraya. Masa Ramadhan hari tu ada dua kali aku nampak pasangan buta juga menyanyi. Dan yang terbaru masa aku melalui laluan pejalan kaki di stesen LRT Wangsa Maju.

Aku tidak tahu apa perasaan orang lain jika ternampak mereka ini di merata tempat. Tapi aku selalunya akan memperlahankan perjalanan dan memerhatikan mereka. Dengan hati yang pilu dan sebak aku selalu terfikir kenapa mereka perlu ada di situ? Demi sesuap rezeki? Aku tidak pasti. Bila kelihatan mereka ini di mana mana aku selalu terfikir bagaimana agaknya kalau mak dan abah ada di tempat mereka.. Ahhh. Aku tak sanggup rasanya. Biarlah aku tak makan sekalipun aku tak sanggup tengok mereka macam tu. Selalunya aku terbayang dan terfikir mcm mana lah kalau aku berada di tempat mereka. Ahhhh...

Moga moga mereka ini mendapat rahmat dan keberkatan perjalanan hidup dari Allah.
Aku tahu, walaupun mereka ini buta pada mata tapi tidak buta hati.

No comments:

Post a Comment