Pic credit to: kakyong.com
Satu ketika, aku terbaca di dalam sebuah majalah:
" Ketika Allah menciptakan seorang ibu, Dia mengadunya dengan bahan istimewa dan tahan lama. Mata ibu haruslah mempunyai kuasa yang bukan sahaja mampu melihat yang luaran, tetapi lebih jauh mampu menafsir dan membaca apa yang disembunyikan si anak di balik wajahnya. Telinga ibu haruslah mempunyai dimensi yang sangat kuat, yang dicipta daripada bahan yang tidak mudah terhakis. Telinga itu mestilah kebal tatkala menahan kata-kata pedih yang dikeluarkan daripada anak-anak yang dikandungnya itu. Bahu ibu pula dibina daripada bahan yang tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut, agar dapat menjadi tempat anak-anaknya bersandar. Tangan ibu juga dibina dengan bahan yang cukup kukuh, agar kuat untuk menampung beban anak-anaknya ketiak bekerja seharian menguruskan keperluan mereka."
"Di kelopak mata si ibu, Allah menyediakan satu lubang kecil untuk air matanya. Air mata itu adalah miliknya, dan dia boleh mengalirkannya bila-bila pun yang dia mahu sambil mengadu pada Allah akan hal-hal yang melukai hatinya. Air mata tika menahan derita daripada karenah anak-anak yang sering menyakitkan, ataupun air mata gembira atas kejayaan anaknya."
Semuanya benar belaka... Subhanallah!!!
No comments:
Post a Comment