Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua..!
Semoga semuanya yang baik baik untuk anda pada hari ini dan hari hari seterusnya!
Pagi pagi hari browse blog En. Ben Ashaari, nampak entry yang menarik ini dan terus tertarik untuk menyertainya. Apa apa pun salam perkenalan untuk semua yang membaca entry ini!!! Ok.. dah settle banner and link jom tengok apa cerita pula seterusnya.. :)
Nak join sama? Klik je dekat gambar bloh header ni..
TENTANG SAYA :-
Saya Azira Abu Bakar, lahir di Kuala Kangsar, Perak dan kini berusia 37 tahun. Isteri kepada seorang suami yang sangat penyayang. Bekerja di Telekom Malaysia dan dalam masa yang sama buat part time business Shaklee. Saya tinggal di Wangsa Maju! Hampir lapan tahun usia perkahwinan, jarak dan kerjaya telah memisahkan kami... Dalam erti kata lain bekerja juga sebagai weekend husband and wife! Life goes on .. :)
KELEBIHAN BLOG:-
Tak ada sebarang kelebihan setakat ini.. Dolu dolu, tujuan nak berblog umpama nak merekodkan diari kehidupan saya sebagai hamba Allah, isteri, anak, pekerja rakan kepada rakan dan segalanya yang berlaku dalam hidup saya, Tapi tak tahu kenapa semangat nak berblog semakin melaut. Tapi kini, semangat membara sebab meyahut cabaran mentor saya di dalam Shaklee untuk menjadikan blog sebagai medium untuk menyampaikan kepentingan kesihatan kepada orang ramai.. Blog ini juga akan menyajikan kehidupan saya sebagai isteri yang berstatus jarak jauh.. dan ianya sekadar orang biasa biasa yang akan menjadi luar biasa suatu hari nanti. Insyallah!!! Mari sama sama berdoa untuk saya!
IMPIAN BILA JADI BLOGGER?
Impian? Impian yang besar sangat rasanya.. :). Kembali aktif berblog untuk menjalankan perniagaan Shaklee dengan jayanya. Insyallah. Dan bercita cita untuk berhenti kerja agar dapat bersama dengan suami tercinta di Batu Gajah! Juga untuk berada dekat dengan mak dan abah saya di Kuala Kangsar. Kerana saya juga suka menulis, moga blog ini boleh menjadi medium saya untuk menghasilkan karya kreatif suatu hari nanti.. Moga impian saya juga impian anda akan menjadi realiti suatu hari nanti. Dengan izin Allah..
-----------
Ok dah habis cerita saya.. Selamat berkenalan semua... Jumpa lagi di entri yang lain!
With love,
Azira AB
semoga impian menjadi kenyataan...
ReplyDeletehttp://www.irrayyan.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html
salam perkenalan ros.. :)
ReplyDeletesalam perkenalan.. :)
ReplyDeleteBagus tu nasihat mentor. Jangan fikirkan soal wang sahaja dalam dunia blog Malaysia ni. Apa yang penting ialah benda baik disampaikan dengan niat kerana Allah Taala. In Sha Allah akan dipermudahkan segalanya.
ReplyDeletewww.hasrulhassan.com