Cinta Buat Kali Kedua

Bismillahirrahmanirrahim..
Agak agak bosan tak baca pasal Shaklee je? Kalau tak bosan boleh teruskan membaca mengenainya. Jika ada sebarang pertanyaan mengenai Shaklee boleh tanya saya..:)

Kalau agak agak boring meh baca karya kreatif saya ni. 

Dulu cita cita nak jadi novelis. Tapi masih belum tertunai hasrat di hati nampaknya.. Ya lah, nak menulis ni bukannya semudah menaip ABC di papan kekunci. Perlu ada pengetahuan, perlu ada idea dan juga mood. Malah perancangan juga perlukan? Kerja tanpa perancangan maka jadilah karya kreatif seperti ini yang entah ke mana plot juga arah dan tujuannya...

Ada sebarang idea untuk saya? Let me know yea.. :)
Jom baca..

------------------------------------------
QASDINA IZZATI melangkah perlahan menuruni anak tangga di Gate B menuju ke platform dua untuk menaiki ETS (Electric Train Services). Perjalanan yang destinasi terakhirnya adalah Ipoh ini akan memulakan perjalanan pada jam 5.35 petang nanti. Sambil melangkah, anak matanya mencari-cari label Koc D seperti yang tertera pada tiket yang berada di pegangan tangannya. Tiketnya memberitahu yang tempat duduknya adalah di 10A, berlokasi di sebelah tingkap. Dia terus meletakkan beg di tempat yang disediakan setelah mengeluarkan novel yang dirancang akan dibaca sewaktu dalam perjalanan nanti berserta dengan sebotol air mineral.
“Aggghhh!!! Leganya dapat duduk dan bersandar ... Alhamdullillah” Qasdina berkata kata dengan dirinya usai melabuhkan punggung di tempat duduk yang disediakan.
          “Alhamdullillah. Semoga perjalanan aku hari ini di permudahkan olehNYA”. Qasdina berbisik di dalam hati. Setelah merasa selesa dengan tempat duduknya dia mula membuka novel yang berada di tangan. Bacaan demi bacaan sehingga terasa letih di mata dan tegang urat leher dia menutup novel dan matanya terarah pula kepada pemandangan di luar tingkap. Pemandangan hijau dan langit yang cerah cukup mendamaikan hati hatinya. Tempat duduk sebelah yang kosong direnung. Seronok sebenarnya apabila tiada penghuni di tempat duduk sebelahnya sehinggalah pengumuman dibuat oleh petugas ETS yang menyatakan stesen berikutnya adalah Tanjung Malim. Tempat duduk di sebelahnya telah dihuni. Sekilas dia menjeling ke arah pemuda tersebut.
“Uhhh comelnya”.. Hatinya berbisik sendiri. Comel pada Qasdina adalah seorang yang kacak dan sedap mata memandang. Mata seakan akan mahu terus membelek wajah lelaki itu tetapi tetap dia sedari yang pandangan mata perlu dijaga daripada melihat sesuatu yang tidak elok di pandang.  
“Macam gaya student je”. Dia mengomel sendirian dan kembali mengalihkan pandangan semula ke luar tingkap kerana rasa tidak berminat untuk menegur dan berbual dengan teman di sebelah.  
Sebaik sahaja Qayyim Irfan melangkah ke tempat duduknya yang bernombor 10B, matanya tertancap pada wajah penghuni di sebelah tempat duduknya dan ada debar yang tidak ketara di pandangan. Namun beg galas yang disandang terus diletakkan di tempat yang telah disediakan oleh pihak ETS.
“Ahhh.. kenapa sama pula beg aku dengan minah sebelah ni”, katanya di dalam hati tapi tetap meletakkan beg tersebut dengan yakin yang dia tidak akan terlupa yang mana satu beg kepunyaanya. Begnya terasa berat utk dipegang sepanjang perjalanannya ke Ipoh kerana ada komputer riba dan buku buku rujukan yang di pinjam dari perpustakaan universiti. Dia terus duduk dan menyandarkan tubuh di kerusi yang sedikit empuk itu lantas memejamkan mata. Di dalam lena dia seakan akan bercakap dengan seseorang. Tidak terlalu kuat dan tidak juga terlalu perlahan. Namun masih mampu didengari oleh Qasdina dengan jelas butir bicaranya.
Kenapa macam ni Nurul? Apa lagi yang Nurul nak Irfan buat?”
“Apa lagi yang tak kena? Kenapa kita kena berpisah?”
“Bukan lama lagi kita kena tunggu. Sampai Irfan habis belajar je. Dua tahun bukan lama sayang. Pejam celik sampailah masanya”.
“Tolonglah jangan macam ni.. kita bukan kenal setahun dua.. sejak sekolah lagikan”
“Please Nurul... Please... Don’t do this to me. Please!!!”
“Please don’t go Nurul...” Irfan terasa sebak. Ada titisan air mata yang menuruni perlahan dari matanya.
“Awak, awak... bangun” dia terdengar suara Qasdina menegur sambil menggoyangkan bahunya. Irfan bangkit dari lena bila terasa ada tangan yang mengoyangkan bahunya. Sebaik sahaja mata terbuka dia terus melemparkan pandangan pada Qasdina dengan sedikit senyuman.
            “Sorry sebab menganggu awak. Thanks ya sebab kejutkan saya”.
         “Tak apa.. awak mengigau dalam tidur tadi. Nah tisu.. lap air mata awak tu”. Qasdina menghulurkan sehelai tisu berjenama Royal Gold kepada Irfan.
            “Thanks. Saya Irfan.. Qayyim Irfan” Irfan memperkenalkan diri sambil mengambil tisu yang dihulur oleh Qasdina. Dia terus mengeringkan air mata yang membasahi pipinya. Dalam diam Irfan berasa malu dengan Qasdina. 
            “Qasdina” Qasdina memperkenalkan diri tanpa menyebut nama penuhnya. Terus masing masing mendiamkan diri. Lidah kelu seribu bahasa. Bagaikan ada debar di dalam diri masing masing yang seakan mengunci bibir dari terus berkata kata. Lalu Qasdina melemparkan kembali pandangan ke luar tingkap. Irfan pula kembali memejamkan mata sambil bibirnya mengalunkan bacaan tasbih secara perlahan. Mencari damai di hati setelah mimpi yang sama kembali berulang walau puas dia membuang jauh nama dan wajah Nurul dari hati dan juga ingatan. Nurul yang pernah menjadi penghuni di ruang hatinya dan mereka telah berkasih sayang dalam tempoh yang agak lama.
        “Stesen berikutnya Batu Gajah. Stesen berikutnya Batu Gajah”. Pengumuman di sampaikan oleh petugas yang bertugas di dalam ETS. Qasdina lantas bangkit dan meminta laluan dari Irfan untuk keluar dan mendapatkan beg. Setelah mencapai beg yang diyakini miliknya dia terus berlalu tanpa menoleh. Dia sedikit gusar dengan beg yang diambil kerana beg dia dan Irfan sama. Tapi ditetapkan hati dan terus dibawa pergi tanpa menoleh lagi. Dia bimbang untuk menoleh ke arah Irfan. Bimbang sekiranya jatuh cinta kali kedua.
“Ah.. Hati wanita memang mudah tertarik pada yang sedap mata memandang” desisnya di dalam hati sambil terus berlalu keluar dari tren.
Irfan berjalan mundar mandir di lobi stesen keretapi Ipoh sambil menunggu abangnya untuk datang menjemput. Sedikit gelisah kerana telah menunggu agak lama. Tidak lama kemudian kedengaran lagu Ya Allah nyanyian kumpulan Wali berkumandang dari telefon bimbitnya. Terus dia menarik alat itu dari kocek seluar.
            “Assamualaikum Ifan, abang ngah ada kat luar ni” suara abangnya kedengaran di hujung talian dan talian tiba tiba di letakkan terus tanpa sempat dia menjawab salam.
            “Perangai tak pernah berubah abang aku ni” dia mengomel sendiri sambil berjalan keluar dari stesen dan mencari cari kereta milik abangnya. Kadang kadang dia balik ke rumah ibubapanya dengan memandu sendirian dari Tanjung Malim ke Ipoh. Kalau terasa malas dia akan naik keretapi saja dan meminta tolong sesiapa dari kalangan ahli keluarganya mengambilnya dari stesen keretapi. Selalu yang menjadi mangsa adalah abang ngahnya, Saufi.
“Lama Ifan balik kali ni?” Saufi bertanya sebaik sahaja Irfan menutup pintu kereta Honda Accord miliknya itu. Irfan tersenyum sambil memandang abangnya.
“Macam biasalah .. Isnin Ifan balik lah. Ada kelas petang. Kenapa bang ngah?”

“Tak ada apa.. saja tanya”. Saufi terus memacu kereta ke arah jalan besar menuju ke rumah keluarga mereka di Gunung Rapat, Ipoh. Sebaik sahaja sampai di rumah dia terus mendapatkan mak dan ayahnya. Bertanya khabar dan berbual dengan mereka mengenai apa sahaja isu sambil menjamah masakan yang emak masak khas untuknya. Itu adalah rutin hidupnya walaupun dia balik ke rumah hampir setiap minggu. Irfan kemudian memohon untuk membersihkan diri. Setelah selesai semua urusan dia merebahkan diri di atas tilam empuk yang sentiasa dirindui bila berada di UPSI. Mulutnya terkumat kamit melafazkan ayat ayat suci Al-Quran. Irfan cuba memejamkan mata. Namun ada raut wajah Qasdina yang sedang tersenyum menghiasi mindanya. Wajah Qasdina dan Nurul datang silih berganti. Dia cuba mengusir wajah wajah tersebut dengan membasahkan bibir dengan tasbih dan zikir juga selawat. Kelopak mata kian letih dan Irfan membawa diri ke alam mimpi...  
bersambung di lain episode
nama nama watak, meminjam nama adik adik saya yang sentiasa di dalam ingatan setiap masa..

No comments:

Post a Comment