Sedekah..
Apa itu sedekah? Boleh baca di SINI.
Berilah berapa pun yang kita mampu. Sedekah yang paling bagus adalah sedekah di saat kita sendiri berada dlm kesusahan kesempitan.
Seringkali, wang kertas RM 1 dan RM 5 menjadi popular di mana mana tabung yang kelihatan di depan mata. Tak begitu? Tapi sekurang kurangnya hati kita masih mulia untuk bersedekah walaupun kita selalu berkira kira samaada baki yang ada cukup untuk kita dan keluarga atau tidak. Saya pun begitu.. :(
Sedekah yang paling baik adalah terhadap ahli keluarga sendiri (rasa saya). Tapi sedekah tidak semestinya dlm bentuk wang ringgit sahajakan? Apa sahaja asal memberi manfaat pada penerimanya..
Jom tengok, sedekah dan kreativiti yang boleh kita lakukan bila bila masa dan di mana sahaja kita berada! Sumber di perolehi dari Group Wassup
1. Belilah beberapa buah kerusi atau bangku dan letakkan d dalam masjid. Supaya dapat diguna orang yg ingin memakainya disaat solat (amalan biasa di masjid masjid negara arab & mekah dan juga madinah).
2. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air di luar rumah utk kucing kucing yg datang..
3. Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji atau upah jerih payahmu, untuk disumbangkan kpd anak yatim dan orang miskin.
4. Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet utk diberikan kpd mereka yg memerlukan
5. Letakkanlah di kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil ke dalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu dan sedekahkan wang tersebut. Lakukanlah ini pada setiap bulan.
6. Jika engkau hadir dlm acara keramaian (keluarga dan kerabat atau sahabat), belilah 1 atau 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kpd orang-orang yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak kanak dsb).
7. Jika kamu membeli barang dari peniaga peniaga kecil, kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah)
8. Belilah mushaf (AL QURAN ) letakkan disalah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya.
9. Berikanlah perasaan gembira kpd setiap orang, khususnya kpd mereka mereka yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.
10. Lemparkanlah senyuman kepada orang yg kamu temui, berilah salam kpd orang yg duduk, dan bertuturlah dgn ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.
11. Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yg telah berbuat jelek kepadamu dari menghibahi, mengadu domba dan menzalimimu.
12. Sedekahkan Al -Fatihah kpd kedua ibubapa kita, sahabat sahabat dan kenalan kenalan kita yg telah meninggal
13. Kirimkan pesanan ini ke semua kenalanmu
Mudahkan? Jom jadikan amalan kita seharian! Sedekahlah apa sahaja yang kita mampu asal memberi manfaat kepada penerimanya. Sedekahlah walau hanya dengan sekuntum senyuman
With love,
Azira AB
posted from Bloggeroid
Betull..saya pn masih praktis stiap hari kede bersedekah..
ReplyDeleteHai Cik Ann.. Yeap.. Saya pun begitu, masih belajar dan mengajar diri untuk bersedekah setiap hari walaupun sedikit..
DeleteSalam perkenalan dari saya. Terima kasih kerana singgah rumah saya.