Sebelum menghukum seseorang, adililah sebaik mungkin. Jangan mendengar cerita dari sebelah pihak sahaja walaupun datang dari seorang ibu. Carilah yang tersurat dan yang tersirat disebaliknya. Jangan terus membuat andaian itu dan ini, begitu dan begini. Tolonglah jangan suka menuding jari ke arah sesiapa. Cari apa yang silap dalam diri sendiri, apa yang silap dalam keluarga kita sendiri..
Janganlah nak masuk dalam rumahtangga orang lain tanpa usul dan periksa.
Kalau bercakap janganlah suka menongkah langit, bercakap besar seolah dunia kita yang cipta.
Kalau setakat balik ke kampung halaman setahun dua tiga kali, janganlah angkuh mengatakan sudah tahu semua hal yang berlaku. Kalau tidak tahu apa yang berlaku selidiklah dengan bertanya pada semua orang... Carilah apa yang tersurat dan tersirat disebalik semua pekara yang berlaku. Carilah kebenaran .. bukan sekadar pandai menghantar sms menghentam semborono sebelah pihak.
Kata orang .. cuba letak diri kita di dalam kasut seseorang yang kita tuduh sembarangan itu. Baru tahu langit itu tinggi atau rendahnya..
No comments:
Post a Comment