abah

hari tu kereta abah rosak.. habis RM 500++
wira lama tahun 1996, masa aku mula mula mendaftarkan diri ke uitm
itu pun kereta abang long.. sebab dia nak beli waja

tapi abah tak pernah bersungut..
tak pernah pula aku tengok abah rasa terbeban
walaupun aku tahu dia tak berduit

abah tak pernah tahu susah hati,
rasa susah yang tak pernah terpamer di riak wajah

kadang kadang aku rasa aku tak boleh baca apa yang abah fikirkan di minda
abah yang suka makan
abah yang suka memasak - bubur, cucur pisang dan bilis, mee, meehon, nasi dan keutiaw goreng
abah yang suka bercucuk tanam walau pun di dalam pasu di laman yang bersimen
abah yang disukai ramai kanak kanak yang dtg mengaji dengan emak
abah yang selalu berlawak jenaka walau dengan sesiapa
abah yang boleh bersembang dengan sesiapa sambil menanti aku dan emak
abah yang dalam diam mempengaruhi kawannya untuk bersolat berjemaah bersama
abah yang senang dikerah tenaganya sewaktu bekerja dahulu
abah yang selalu tersenyum
abah yang tersenyum bila emak membuka mulut
abah yang menerima apa sahaja ketentuan Allah dengan redhanya..

aku mahu jadi seperti abah...!!!
tapi masih tidak mampu
aku meminjam kekuatan dari abah..
aku meminjam semangatnya
untuk kelangsungan hidup yang akan datang..

pic credit to: kojie.blogspot.com


No comments:

Post a Comment