akur

ada benda yang kita rasa sukar untuk dilakukan
tetapi perlu dilakukan juga demi orang lain
demi memenuhi kehendak orang lain
walhal itu bukanlah kehendak kita
walhal itu bukanlah yang kita mahukan
walhal sebenarnya kita tidak mampu untuk melakukannya
tapi apakan daya...

apa yang kita mahu pula sukar untuk dilaksanakan orang lain..
kita perlu membekukan hasrat itu
dan lupakan sahaja
anggap sahaja tidak pernah ada permintaan itu
kdg kdg kecewa juga
tapi kecewa yang tidak ke mana dan
tidak ada kesudahannya kalau terus dengan rasa kecewa itu

akur sahaja ..
walaupun berlawanan dengan tuntutan hati, kemahuan fikiran, keinginan minda dan keperluan jiwa
apakan daya kerana tidak terdaya..

No comments:

Post a Comment