Bismillahirrahmanirrahim...
Memegang tittle sebagai weekend wife, bukanlah menjadi halangan untuk tidak memasak. Tetapi kebiasaannya menu yang dimasak adalah yang mudah mudah sahaja seperti Ayam Masak Kicap dan Salad Kentang ini!
Tak mau celoteh panjang berjeda, jom kita tengok resepinya!
Ayam Masak Kicap
Bahan2:-
(Ini adalah resepi mengikut apa sahaja bahan yang ada di rumah saya. Anda boleh mempelbagaikannya !)
Beberapa ketul ayam (dipotong sederhana)
Cili masak (3)
Cili kering blender (3-4 sudu besar ikut tahap kepedasan yang anda suka)
Bawang besar 1 biji (potong bulat)
Bawang besar 1 biji sederhana (di mayang sedikit )
Bawang putih 7-10 ulas (di mayang sedikit tebal juga) - saya suka banyak bawang putih
Halia 2 inci (dimayang juga)
Kicap Pekat Manis ( 4-5 sudu besar)
Garam
Asam Keping 1 keping
Minyak untuk menumis
Air panas (ikut kepekatan kuah yang anda mahu)
Cara2:-
1. Ayam digoreng seperti di resepi Ayam Goreng Masala.
2. Tumis bawang besar potong bulat, bawang besar, bawang putih, halia dan asam keping.
3. Setelah agak layu dan berbau wangi, masukan pula cili kering blender tadi.
4. Masak sehingga naik minyak.
5. Kemudian, masukan pula kicap dan masak sehingga masak.
6. Kemudian masukkan ayam tadi dan digaul rata.
7. Kemudian boleh dituang air panas tadi dan di kacau rata.
8. Kemudian perasakan dengan garam dan akhir sekali letak cili masak.
Jika tak nak berkuah, tidak perlu diletak air panas!
Salad Kentang
Bahan2:-
3 biji kentang dipotong dadu dan direbus hingga empuk
2 biji cili masak dihiris halus
1/2 biji lobak merah
1 sudu kecil daun sup
1 sudu besar Salad Cream Heinz
1 sudu besar Thousand Island
Garam
Gaul semua bahan dan sedia dimakan! Enak dimakan ketika sejuk!
posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment