BADAK BERENDAM MODEN with love!



Badak berendam ni buat hari Khamis lepas.. Buat untuk orang demam. Sementelah ada inti kelapa lebihan ambil dari rumah mak masa Ramadhan hari tu. Letak dlm freezer tahan lama. Alhamdullilah.

Resepi? Sangat simple ya.. Tapi saya memasak biasanya guna apa sahaja yang ada di rumah. Tidaklah sampai kena cari barang wajib mcm santan dan sebagainya.

Tepung pulut, dalam 300gm
Air
Vanila
Pewarna. (Saya sukakan badak berendam yang bewarna!)
Inti kelapa

Bancuh tepung pulut bersama air dan vanila juga pewarna. Uli doh tersebut sampai boleh dibentuk dan digentel.
Ambil satu sudu kecil dan dilobangkan kemudian letakkan inti kelapa tersebut. Sebaiknya di gentelkan dulu inti kelapa tersebut.

Sementara menggentel panaskan air hingga mendidih dan kemudia rebuskan badak berendam tadi sehingga timbul ke permukaan. Maksudnya telah dimasaklah tu.

Oh ya.. Sebelum menggentel tadi, saya dah masak kuah badak berendam.

Susu cair satu tin
Tepung kastad 2 sudu besar
Gula satu sudu besar
Vanilla 1 sudu kecil

Kacau dengan api perlahan sehingga susu mendidih. Kena kacau ya dan tak boleh terlalu panas. Nanti susu pecah!

Lepas dah rebus badak berendam letakkan kedalam susu cair tersebut dan sedia dimakan! Enak dimakan ketika sejuk!

Masakan boleh dipelbagaikan ikut kreativiti kita. Kalau resepi asal badak berendam kena ada santan, daun pandan and etc. Kalau mak saya dia suka kukus gentelan badak berendam tersebut bersama santan. Tapi saya prefer rebus dan masak santan dan di gaul bersama!!














posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. Oo kuahnye macam kuah kastard je ye..saya tak pernah makan kuih ni lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mar.. Kuih ni saya modified.. Kalau resepi asal, kuahnya pakai santan, garam n sedikit gula. Doh dia pon pakau daun pandan utk wangi. Ni version moden.. :)

      Delete