7 hari mencintaiku

gambar adalah carian di google 



Karya terbaru Siti Rosmizah (might be). Dari pemerhatian aku karya Siti penuh dengan emosi. Tapi bila membaca cerita beliau, kita seakan tidak mahu berhenti sebab hati seperti cepat mahu tahu kesudahannya. Cerita ni memberi rasa yang bercampur campur dalam diri kita. Rasa suka, gembira, sebak, tangis, tawa dan juga tersenyum sendiri. Inilah juga akibat tidak berterus terang. Ibubapa merahsiakan pekara yang sepatutnya di beritahu walaupun kesannya mungkin amat besar.

Biarlah ibu kita seorang penagih dadah sekali pun. Biarlah dia penghidap HIV sekali pun. Dia tetap seorang ibu yang melahirkan kita. Biarlah banyak mana dan sebesar mana sekali pun dosa dia pada kita. Dia masih ibu kita. Walau pun berbeza pegangan agama dia tetap seorang ibu. 

Berterus teranglah .. dalam pekara yang memerlukan kita berterus terang. Jangan menyembunyikan pekara yang tidak wajar disembunyikan kerana kesan yang akan datang mungkin tidak dapat kita duga. 

CINTA KONTRAK & CINTA PERISA DIA


gambar adalah carian di google

.

Tak tahu nak explain perasaan aku bila baca buku Cinta Kontrak ni. Serabut rasa fikiran. Ok. It just the point of my view. Maybe, ramai yang suka baca cerita ni. Sebab aku rasa plot cerita ni bergerak terlalu pantas. Macam lrt yang berhenti cuma sekejap di perhentiannya. Rasa macam kalut saja. Tapi aku tetap suka sebab watak watak perempuan di dalamnya digambarkan sebagai wanita muslimah. Aku suka. Sebab sedikit sebanyak memberi panduan cara berpakaian yang betul. 


 gambar adalah carian di google

Aku suka cerita ni. Aku suka plot yang disusun teratur. Cerita yang bergerak pantas tapi masih memberi ruang kepada pembacanya untuk menarik nafas dan mencari ruang untuk berfikir apakah kesudahannya. 


Tapi, aku masih suka membaca karya karya Norhayati Berahim. Cerita dia bukan cerita kosong. Cerita yang ada input dan maklumat. Bila membaca karya beliau, kita bukan setakat membaca dan menghiburkan hati tapi kita dapat informasi yang kita tak terfikir akan dapat dari pembacaam novel.


pengetahuan

Sedikit pengetahuan dan informasi yang diperolehi dari ceramah minggu lepas - 15/03/2012

1. Buah anggur dan buah delima adalah buah yang berkhasiat dan elok untuk kesihatan.

2. Olive Oil - kelebihan surah ini terdapat dalam Surah An Nur ayat 35
- extra virgin oil yang paling baik di kalangan olive oil, apabila beli olive oil minta surat pengesahan dan baca kandungannya untuk pastikan kandungannya tidak bercampur.
- boleh dipakai berulangkali sehingga lima kali dan perlu disimpan di dalam bekas kaca
- minyak bunga matahahari adalah minyak pengganti kepada olive oil

3. Ikan yang baik adalah ikan yang bersisik kerana banyak mercury

4. Kacang walnut, badam, pistachio elok untuk kesihatan

5. Minyak kelapa dara lebih baik dari minyak kelapa sawit

6. Kurma Rottab adalah kurma yang sesuai untuk bayi baru lahir sebelum diberi susu ibu

7. Amalkan memakan kurma ajwa atau mariami sebanyak 7 biji sehari bersama madu. Khasiat adalah sama dengan multivitamin.

8. Anak yang baru lahir elok dipanggil Muhammad jika lelaki dan Fatimah untuk anak perempuan

9. Azan dan iqamatkan kepada bayi yang baru lahir tidak kira lelaki atau perempuan

10. Amalkan memakan buah Tin kerana buah tersebut paling kaya dengan zat dan serat

11. Extraction pertama dari kacang soya tidak elok diminum.

12. Kurma, buah zaitun, buah tin, madu adalah antara pemakanan yang baik di amalkan untuk kesihatan.

HARAPAN

Peringatan buat diri sendiri....

Janganlah meletak harapan pada manusia
janganlah meletak harapan pada apa saja
berharap api akan menjadi air
berharap dedaun akan menjadi wang ringgit
berharap kehidupan yang kita lalui begitu sempurna
berharap apa sahaja yang diimpikan bakal menjadi kenyataan

tapi realitinya..
kita tidak pernah berharap pada Allah
pada DIA yang menciptakan segalanya di muka bumi ini, di langit , di udara.. apa sahaja
Berharaplah cuma pada yang SATU, memohon keberkatan dan mencari redhaNYA
demi perjalanan yang kita sendiri tidak pasti apakah kesudahannya.

gambar - carian di google

Bila bersangka buruk, tidak berterus terang

Jadilah kehidupan yang kita lalui seperti jalan cerita novel yang baru aku baca dua minggu yang lepas. Dipinjam dari kawan pejabat.

gambar : karya seni.com

Jalan cerita yang sedih, tapi tidak berjaya membuat aku menangis waima terasa sebak sekali pun. Kata kawan aku cerita ni buat dia menangis. Cerita ini memang sedih, tetapi aku tidak tahu kenapa hati terlalu keras dan tidak pula tersentuh. Pengorbanan yang aku rasa tidak logik di buat walau dalam dunia ni apa pun boleh terjadi dengan izin Allah. Terlalu menyayangi orang lain sampai sanggup mengorbankan diri sendiri. Wajarkah? 

Dalam hidup biarlah berpada pada. Sederhana adalah penting. Jangan kerana mahu orang lain bahagia diri sendiri yang terkorban. Letaklah sesuatu pekara di tempat yang sewajarnya setelah semua pertimbangan di buat.

Kecil Hati @ Terasa Hati

gambar: carian di google


Pernahkah kita berasa kecil hati dengan perbuatan dan perkataan yang terluah dari ibu bapa kita? Rasanya semua orang pernah berperasaan begitu walau pun hanya ada sekecil anak kuman di sudut hati. Kalau di ikutkan emosi rasa seperti mahu membantah setiap kata tersebut atau pun memberontak dengan pelbagai cara. Kita akan rasa seperti tidak adil di perlakukan begitu...

Tapi cubalah fikirkan.. sekali kita terasa hati dengan ibu bapa kita, berapa ratus kali yang mereka berkecil hati dengan perangai, perbuatan, perkataan kita dan entah  apa apa lagi semenjak kita kecil? Perasan atau tidak? Sesetengah orang perasan tetapi tetap akan mengatakan itu tanggungjawab ibu bapa membesarkan kita dan harus berhadapan dengan pekara ini.  Kalau ini yang kita fikirkan, generasi kita di masa hadapan akan memperkatakan perkara yang serupa terhadap kita sebagai ibubapa.

Jadi, kalau baru sekali kita terasa hati dengan apa yang di perkatakan oleh ibubapa kita. Diamkan sahaja. Fikirkan rasional di sebalik kata kata dan perbuatan yang menyakitkan hati tersebut. Fikirkan, selama ini kita telah terlalu kerap menyakitkan hati mereka tanpa kita sengaja atau dengan sengaja tapi adakah mereka membalasnya?

Fikir fikirkan...