Selama ini

Selama ini aku tak pernah kisah bila dia sering memperkecilkan pendapatan suami aku, kereta suami aku, dan harta benda suami. Aku redha dan anggap ia satu cabaran untuk memajukan kehidupan kami.


Selama ini juga aku tak pernah peduli bila anak perempuan dia mengatakan aku tak cantik dan bagaimana adik dia boleh memilih aku sebagai suri. Sebab aku tahu, cantik tu hilang juga bila mati nanti, cantik tu akan berkedut juga bila usia semakin bertambah.

Selama ini bila dia selalu melebihkan anak anak dan menantu yang lain bila semua berkumpul, pun aku tak ambil hati sebab aku tahu bawa diri dan aku tahu erti tanggungjawab.

Selama ini bila dia selalu mempersoalkan ketidakbolehan aku membawa kereta, aku diamkan juga. Sebab walaupun aku tidak boleh memandu, aku masih boleh menemani dia ke hospital bila suami tak ada. Aku masih boleh membawa bapak mertua aku mengambil ubat di IJN disaat anak menantu kesayangan dia entah kemana. Itu semua bagi aku satu cabaran. Tidak boleh memandu bukan bererti aku harus lari dari tanggungjawab.

Selama ini bila dia tidak memakai barang pemberian aku pun aku tak kisah. Mungkin dia tak suka dan tak sesuai dengan dia. Yang penting Tuhan tahu aku ikhlas.

Selama ini bila dia tak menjamah makanan yang aku masak walau sedikit pun, aku tak heran. Sebab aku tahu mungkin tak sedap, mungkin tak masuk dengan rasa lidah dia. Yang penting aku laksanakan tanggungjawab aku. Tak makan atau sebarang komplen mengenainya aku terima dengan hati terbuka. Sebab memang aku bukan pakar dalam memasak.

Selama ini bila dia mengadu rasa hati mengenai sikap biras biras yang lain aku sekadar mendengar sahaja. Tidak pula aku menyampaikan pada yang empunya diri. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Yang buruk jadikan sempadan yang baik jadikan tauladan.

Selama ini bila dia membeza bezakan cucu cucunya (bukan anak aku sebab aku belum bercahaya mata), aku sekadar memerhatikan sahaja. Kerana aku sedar aku tak ada hak utk menyedarkan dia.

Selama aku tinggal dengan dia.. Hampir setahun enam bulan. Banyak yang aku diamkan sahaja apa yang terbuku dihati. Selepas suami dia meninggal dunia, suami aku kata kita pindah rumah masuk rumah dia sebab tak mahu biar dia tinggal seorang. Aku turutkan sahaja. Aku tahu tanggungjawab anak lelaki kepada emaknya lebih dari tanggungjawab pada isteri.

Selama aku tinggal dengan dia, aku tak pernah berkira untuk membersihkan rumah dia. Aku tak pernah kenal penat balik dari KL hari Jumaat bangkit subuh dan terus membuat kerja rumah. Sebab aku sedar bila aku tinggal dirumah orang aku harus pandai membawa diri walaupun kadang kadang menyakitkan diri.

Selama tinggal bersama sebumbung, tiada lagi istilah privasi dalam hidup aku dan suami. Ke mana sahaja mesti dia ada bersama. Suami aku tidak pernah mahu meninggalkan dia. Pun aku tak kisah. Aku redha. Aku jadi pasrah pada apa yang tersurat utk aku olehNYA.

Selama ini bila aku ajak suami bercuti berdua mesti dia menolak. Dengan alasan tak mahu meninggalkan dia sendirian di rumah. Aku masih mampu terima dengan hati terbuka. Malah tiada lagi dalam kotak impian untuk pergi bercuti berdua bersama. Apalah erti perkahwinan jika hidup yang aku lalui tidak mendapat redha suami.

Selama aku tinggal dengan dia, privasi dan keselesaan tidak ada lagi dalam kamus hidup aku. Tinggal menumpang di rumah orang, aku tahu aku perlu menjaga tingkah laku, menjaga kata dari terkasar. Menjaga nama baik emak dan abah yang aku bawa sebagai anak mereka. Pun aku terima segalanya dengan hati terbuka.

Selama aku ber Ramadhan bersama dia, aku tak pernah kisah bangkit seawal pagi utk memasak dan memanaskan lauk. Malah aku suka, sebab aku memang suka kerana itu impian aku dari dulu untuk berbakti pada suami dan dia. Malah aku berterima kasih sebab dia pernah masakan aku makanan selepas aku menjalani pembedahan.

Selama ini bila dia ajak suami aku berjalan jalan aku turutkan sahaja. Seronok juga sebab aku boleh tumpang berjalan walau bukan ke tempat yang aku impikan.

Banyak lagi penyataan selama ini kalau hendak aku coretkan.. Tapi makin aku kenangkan makin menyeksa fikiran dan menyakitkan hati.

Perasaan tak pernah kisah, tak pernah ambil kira, tak pernah ambil hati rupanya banyak makan diri sendiri. Bila semua yang aku tak kisah itu telah diterjemahkan kepada pekara pekara yang dusta saat dia dan anak dia yang sulung datang dan melemparkan tuduhan tuduhan yang tidak berasas hanya kerana duit.

Aku rasa terluka.
Aku rasa terkilan.
Aku rasa kecewa.
Aku rasa segalanya belum terlepas dari sudut hati.

Segalanya masih berputar di minda saat dan ketika ini.

Aku tahu Tuhan tahu apa yang aku rasa. Aku bukan mengungkit atau berkira. Segalanya yang pernah aku lakukan ikhlas dari sudut hati demi mencari redha Ilahi. Tapi…tapi..

Semalam aku dan emak bersembang. Kata emak biarlah apa yang orang nak buat pada kita. Kita berilah apa sahaja yang terbaik walaupun kita tidak mendapat balasan dari orang tersebut. Sebab mak kata mungkin balasan itu datang dalam bentuk lain dan datang dari orang lain.

Aku kata pada mak, selama ini aku letak dia sama dengan taraf emak. Malah kadang kadang memang aku selalunya melebihkan dia dari emak. Tapi selepas apa yang terjadi tempohari, hati aku jadi sekeras kerasnya. Aku boleh memaafkan (tapi dia tak rasa bersalah pun) tapi sukar untuk aku melupakan apa yang terjadi. Aku jadi seperti tidak suka dan sukar untuk kembali berbuat baik seperti dahulu. Ya.. kalaupun segalanya kembali normal seperti dahulu aku tahu aku tak akan pernah ikhlas lagi dalam melaksanakan segalanya.

Kalau pun aku kembali berbaik dengan dia seperti dahulu, mungkin kerana itu adalah satu tanggungjawab aku sebagai anak dia, sebagai menantu dia, sebagai isteri kepada anak dia. Selebihnya demi tidak menjadi anak, menantu derhaka. Juga demi mencari redha Ilahi dan damai di hati..

Pemakaian menutup aurat bagi lelaki dan perempuan

moga moga dapat dijadikan panduan .. jgn sekadar bertudung sekadar untuk mengikut perubahan fesyen yang melanda..

credit to : Buku Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab Hamid





air wudhu

I'm just wondering why people always wipe away their face and hand after taking the wudhu.. I have read somewhere which I'm already forget, that said, its better to leave the wudhu water dry while we performing the pray..

So.. what do you think about it? I dont think that the wudhu water is disturbing...
Its only my point of view... Think about it!

Pergerakan Solat Duduk Di Kerusi

For guidance... Credit to book 'Indahnya Hidup Bersyariat' by Dato Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab Hamid

A DOCTOR IN THE HOUSE

I bought this book on 11/03/2011 and have gone through until chapter 3. Its not that I admire and like Dr Mahathir.. but it is only the feeling that I want to own and read this book on my own. Further more .. I'm the one who love books..





Picture credit to : http://bengelina.blogspot.com/2011/03/doctor-in-house-memoirs-of-mahathir.html