Daniel - 31012010

Nie gambar si budak comel bernama daniel.. sapa ni ekkk? Kira pangkat anak saudara dengan aku dan hubby. Sebab babah dia adalah sepupu hubby sebelah arwah bapa mertua ku..



Gambar gambar sedikit blur.. tapi hati terhibur dengan telatah manjanya.. Aku boleh main dam ular dengan dia..

Makan makan @ 20022010

Kakak, Yaya and girl2 with their mom and dad also mak tok came to my mertua house.
I had prepared a simple dinner for them which only mee goreng and nugget. Mak mertua ku suh masak banyak.. dah lah tangan memang tengah sakit masa tu.. aku sampai kena guna dua dua belah tangan untuk membalikan mee tersebut. Di sebab mee terlalu banyak maka aku bekalkan untuk abang abang girl2 mee goreng tersebut dan balancenya aku panaskan semula dan makan masa breakfast esoknya. Alhamdullilah habis juga walau pun sedikit pedas..

Mee Goreng.. sekuali ... tapi sodap.. (puji diri sendiri ekk)
dolu dolu masa belum kahwin mee pun tak pernah goreng sendiri.. sume abah n mak yang masak. aku tukang makan aje..

Ok.. ada hirisan daun sup, telur dadar goreng and nuugget tempura..
Sume habis di makan...

Breakfast 16022010


Hubby bawa maknya pergi dressing n dia siap breakfast kat kedai sebelah klinik. Aku dirumah yang kepenatan duk membuat sandwich telur.. my favorite.. tapi aku makan sorang je...

Majlis Tahlil - 15022010

Majlis Tahlil dedikasi kepada arwah bapa saudara (ayah tak). Juga kepada arwah opah dan atuk. Chief kepada Chef sudah tentu lah bonda ku yang tersayang... Mari kita tengok gambar sambil bercerita..
Menu utama .. kari ayam, rendang daging perak, ikan masin bulu ayam


Rendang daging.. merah giler cilinya..


Ikan masin bulu ayam.. tak baper rangup lah


kari ayam yang cukup kow.. kata my hubby


ini adalah ketua tukang masak.. bonda terchenta lah

adik mak tengah buat air kopi kut tu..

my beloved adik sepupu (kenduri untuk arwah ayahnya)

ipan.. semenjak masuk sekolah tahfiz makin kurus lah aku tengok adik yang sorang nie

amsyar.. setakat ini dialah yang adik sepupu yang paling bongsu..

sweet izati... macam muka kak yong lak lelama tengok

abah tersayang...

Majlis telah berjalan dengan lancarnya.. moga roh arwah di cucuri rahmatnya..

Breakfast 12022010

Okeh... cerita dah lama baru nak update ekk.. Ok dari tak update baik update at least jadi hari dalam sejarah.. Breakfast di taja oleh SCM unit (unit aku lah tu). Menu yang dipilih.. (kami cuma menyediakan duit) dan selebihnya di uruskan oleh senior senior di sekitar tempat kami. Mee Goreng basah sikit, nasi goreng ikan masin, kuih cucr badak and kosui. Kuih sagu di taja oleh Kak Rahimah. Manakala pie kentang di bawa oleh junior ku.. Pica comel.. sedap ekkk. Makan sampai tak ingat dunia.

Saat ini...

At this moment... what I feel?
Rasa mcm menderita sangat sebab.. sebab all the joints in my body currently sakit semula.
All the joints.. not only the knee.. mmmmm

I think the paint come again due to the untaken of the tablet call Plaquanil.

Almost a month the tablet is not taken. As a result .. I have  to take the Celebrex (pain killer) every nite before go to sleep..

Hubby asked me to go to the hospital.. but he did not know about the untaken of the tablet... ;)

Tapi aku yang tanggung derita kan.. so aku fikir fikirkan lah sendiri..!!!

Obses Terhadap Pancake?

Hari Rabu last week aku mencuba resepi pancake di bawah untuk di bawa ke pejabat..

3 sudu besar butter di cairkan (aku guna dua sudu aje untuk dua bancuhan)
1 biji telur
1cwn tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula
1 cawan susu segar
1 sudu besar jus lemon (aku tak buh pun)
secubit garam
campur sume n bancuh.. aku bancuh pakai senduk aje n tapis kemudianya..
kalau ikur resepi dia suh blender.. aku malas nak mengeluarkan blender..

pas tu aku tambah soda sikit..

dan hasilnya adalah seperti di bawah..
.
.
.
.
.
.
.
.
Ini adalah bancuhan pankek ku itu... dah nak habis di masak

sedang dimasak di atas kuali...

pancake yang sudah siap dimasak.. dapat dalam 14 biji untuk dua adunan..

pancake yang di salut dengan peanut butter...memang kenyang giler makan

pancake yang telah di lipat dua.. macam apam balik ekk?

Aku bawak 6 biji.. 3 biji di perabis kawan kawan n tiga biji lagi aku lah yang perabis..
memang gebus..

Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru.. semoga bahagia hingga ke akhir hayat..
Dia ni officemate aku.. Wedding on 06/02/2010..di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, Dewan Melawati Tingkat 2.. Kebetulan di tempat yang sama ada satu lagi majlis yang menggunakan tema warna yang sama.. Tapi di Ground Floor. Aku dah hubby datang dari Batu Gajah.. bertolak jam 10.30 dan sampai dalam kul 12.30 tengahari... Selesai makan dan jumpa pengantin.. aku beredar ke rumah abang hubby di Shah Alam.. Sembahyang dan beredar dalam kul 2.30 petang .. dalam perjalanan balik singgah di Sekolah Menengah Sains Tapah ( skolah baru).. tempat sepupu aku mengajar. Sekolah tak ada student lagi. Intake in March.. Bawa dia kuar makan di pekan Tapah.. Lupa nak snap gambar daa...

Kuetiaw Goreng Diet/Sihat?

Menu makan malam yang aku masak untuk hubby, mak mentua dan aku sendiri. Telah dikurangkan minyak dan telah di basuh sebersih bersihnya keutiaw itu sebelum di campak ke dalam kuali.
Ada sawi pendek, fishball ( mak mentua tak suka tapi hubby suka), ikan bilis, cili kering, kicap dan sedikit sos cili.. garam rasanya? Memang untuk orang diet lah..

Breakfast and Lunch - 08/02/2010

Hari ini tak perlu mengeluarkan duit belanja kerana hari yang penuh dengan rezeki.. Sarapan pagi di taja oleh Kak Mai - alhamdullilah... Thanks Kak Mai..
Okeh..nasi lemak berlaukan sambal ikan bilis, ikan bilis goreng dan kacang tanah, telur rebus bersama timun dan disertakan dengan kuih karipap dan cream puff... Syukur Alhamdullilah dengan rezeki yang ada hari ini.

Makan tengahari sebenarnya menu untuk acara morning talk.. so aku reserve food ini untuk makan tengahari.

Menunya..? Ada nasi goreng berlaukan ayam goreng masala. Ada keropok goreng, timun dan ada juga kuih donat dan karipap.. So.. hari ni kalori rasanya mencanak canak naik tapi tak turun turun juga..

Malam ni ada acara makan makan lagi .. abang ku mahu belanja makan sempena mendapat bonus untuk tahun 2009.. semoga murah rezeki ko yea..

February 2010

Februari dah masuk ke minggu ke-2. Januari dah berlalu dan rasanya belum ada sebarang pencapaian yang menarik untuk di lakarkan dan dikongsi bersama. Hari hari berlalu dengan perjalanan cerita yang sama....

Selamat Menyambut Maulidur Rasul pada 26/02/2010
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina... kepada yang berkenaan..