Kebanggaan Keluarga...

Wajah wajah yang menjadi kebanggaan keluarga both for aku dan suami...,
Congratulations.. Keep up the excellent job!!!


Aishah.. anak buah hubby yang pakai kebaya. Scored 5A in UPSR tahun... tak ingat lah
Scored 8A in PMR this year...


Fatin Nurul Fahira - sepupu aku .. anak adik mak yang bongsu.. Same goes as Aishah
Scored 5A in UPSR.. tahun tak ingat
Scored 8A in PMR this year.. dear, congratulation on the good job....

Norshazwani Omar - sepupu aku , nak adik mak yang nombor 3... (arwah ayahtak)
Will be a teacher next year at SBP.. caunselling teacher to be more specific after the graduated from UPSI..
Mesti ayah awak bangga kan.. kalau ayah ada lagi ...

Mohd Saufi - gambar tak ku jumpai...
Skarang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sambil berkerja..

Dear all of u .. I'll will pray for ur succesfull...


Buku Baru




Dek kerana kekalutan hati yang melanda jiwa kebelakangan ini aku telah pergi ke MPH di Jusco Wangsa Maju... Mencuci mata (bukan cuci hati ekk?).. Apalagi kalau dah ke MPH dan ada duit yang di kira cukup untuk perbelanjaan bulan ini aku telah membeli buku dua buku ini... Tapi memang buku yang aku cari..

Nota Hati Seorang Lelaki - Nota Untuk Anak ( Pahrol Mohd Juoi)

Aku coretkan petikan dari muka surat 10 untuk renungan

"Kini aku benar benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih lebih lagi untuk kehidupan di akhirat. Mereka bukan liabiliti tetapi sebenarnya adalah aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau pun tidak tepat, kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya"

"Memberi kepada ibubapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri, walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. Doa mereka mustajab. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah SAW, keredhaan Allah itu terletak kepada keredhaan ibubapa'

Cenderahati

Memang dah jadi tradisi di office bila sesiapa pergi bercuti akan memberi cenderahati kepada teman teman di pejabat. Baru baru ini kan musim haji malah ada yang belum balik dari sana .. dan ada officemate yang dah kembali telah memberi cenderahati ini kepada aku dan teman teman... Ok here are the photo..
Tempat letak pen di beri oleh Kak Dah...
Tasbih yang kecik dari GM
Tasbih warna Pink dari En Shahril
Dan yang besar dari ex bos - suami dia balik dari umrah
Tasbih dah banyak rasanya tapi tah bila nak rajin berwirid

This one yang paling aku suka... di tengah tengah piring ada kalimah Allah. Cantik kan?

Ini bukan dari Mekah... key chain dari member yang pergi cameron highlands..
dan tempat pen pulak dari junior yang ke bercuti ke Sabah


Mencari Tuhan di Istana

www.iluvislam.com
Dihantar oleh: syabab33
Editor: RosNiza Abdullah

Petikan daripada kisah Aulia' Allah. Kisah ini telah masyur tetapi disebutkan semula sebagai peringatan kepada kita semua. Juga sebagai mengambil barakah kemuliaan para kekasih Allah.


Beliau adalah seorang Raja yang hebat yang hidup dalam penuh kemewahan. Istananya megah berhias permata, emas, dan perak. Makanan, minuman, kenderaan dan apa saja kemahuan semua tersedia.

Suatu malam, ketika sedang beradu, beliau terdengar bunyi seperti orang berjalan diatas bumbung istana.

Raja bingkas bangun lalu bersuara, "Siapa kamu diatas bumbung istanaku?"
Ada suara orang dari atas menjawab, "Aku sedang mencari untaku yang hilang?" "
Bodohnya kamu mencari unta kamu di istanaku," ujar si Raja.
"Betapa pula tidak bodohnya kamu mencari Tuhan di dalam istana kamu," jawab suara orang itu penuh ketegasan.

Raja terkejut dan tersentak mendengar jawapan itu.....!
Beliau termenung jauh dan gelisah sepanjang malam........!

MUSAFIR INGIN MENUMPANG DI ISTANA

Beliau adalah Raja negeri Balkan (Bosnia sekarang). Peristiwa semalam sangat menyentuh hati beliau. Dalam beberapa hari kemudiannya beliau dalam kegelisahan....tidak dapat tidur nyenyak dan kurang selera mengahadapi urusan harian. Dalam keadaan termenung itu, tiba-tiba datang pengawal maklumkan ada seseorang ingin berjumpa beliau.

Raja: Siapa kamu? Dan apa hajat kamu?
Tetamu : Saya musafir, ingin berteduh sebentar di rumah tumpangan ini!
Raja : (serta merta merah padam mukanya) Apa kamu kata? Ini adalah istanaku. Bukan rumah tumpangan..kamu buta ke?
Tetamu : Bukan saya yang buta tetapi tuan.
Raja : Apa maksud kamu?
Tetamu : (setelah tengok kiri kanan) Siapa tuan?
Raja: Aku Raja yang bersemayam disinggahsana istana ini.
Tetamu : Sebelum tuan siapa yang duduk di istana ini?
Raja : Bapaku.
Tetamu : Sebelum bapa tuan, siapa pula?
Raja : Tentulah datuk aku.
Tetamu : Ya saya faham....sebelum datuk tuan tentulah moyang tuan. (senyum) Apakah nama bagi suatu tempat yang padanya ada orang datang, singgah dan pergi.?
Raja : Tersentak dan termenung.....!

Dengan hati yang penuh kegelisahan, Raja berangkat menuju ke hutan untuk memburu! Ramai hulubalangnya mengikut daripada belakang. Apabila terjumpa buruannya, beliau terus mengejarnya dengan kuda beliau yang pantas.

Tiba-tiba beliau terdengar suara, "Apakah untuk ini engkau dijadikan" Beliau hentikan kudanya, menoleh kekiri kanan untuk melihat dari mana datangnya suara! Tetapi tiada seorang pun disitu. Raja teruskan buruannya!

Sekali lagi terdengar suara yang sama, "Apakah untuk ini engkau dijadikan" Keadaannya sama.

Tiada seorang pun disitu. Kali ketiga Raja mendengar suara yang sama. Tetapi masih tidak menemui seorang pun disitu. Akhirnya Raja pulang ke istana dalam keadaan sugul. Hatinya mencari-cari jawapan kepada beberapa peristiwa aneh yang berlaku keatas beliau!

Raja termenung jauh lagi.....
Hatinya gelisah...
Jiwa tidak tenteram.

Selera makan minum makin kurang, mata tak dapat lelap seperti dulu lagi.Dalam kegelisahan Raja duduk ditepi tingkap istananya yang menghadap jalan. Matanya jauh memandang, ke kiri ke kanan. Ditepi jalan ada suatu yang menarik perhatian beliau. Seorang faqir miskin sedang membuka bungkusan makanannya. Sekeping roti kering.

Raja terus memerhatikan kearah faqir miskin itu. Kelihatan wajah faqir itu tenang. Tiada sedikitpun terlihat kebimbangan atau kesedihan. Dia terus menikmati sedikit demi sedikit roti keringnya. Kemudian minum sedikit air sejuk. Selesai makan kelihatan faqir miskin itu terus baring dan tertidur.

Raja terus memerhatikannya, ingin sekali bertemu faqir miskin itu. Raja perintahkan pengawalnya menjemput faqir miskin itu ke istananya setelah dia bangun dari tidurnya. Faqir miskin mengdadap Raja.

Raja: Aku perhatikan kamu dari tadi.
Faqir : Hamba faqir miskin, tiada apa-apa harta.
Raja : Ya...aku perhatikan kamu makan roti kering dan air sejuk. Kamu rasa puas?
Faqir : Alhamdulillah, hamba rasa sangat puas dengan kurnia Allah Ta'ala itu, tuanku!
Raja : Aku perhatikan kamu tidur dengan lena ditepi jalan sana...kamu rasa puas?
Faqir : Alhamdulillah, hamba tertidur sangat lena sehinggalah terjaga lalu dijemput ke sini. Allah Ta'ala telah mengurniakan tempat tidur yang sangat indah untuk hamba!
Raja : Daripada raut wajah kamu tidak sedikitpun kelihatan kesedihan atau kebimbangan. Betul kamu puas hati dengan apa ada pada kamu?
Faqir : Alhamdulillah! Allah Ta'ala telah cukupkan segalanya untuk hamba ini.

Raja musykil dalam hati dengan seribu persoalan. Mengapa hati beliau tidak tenteram. Tinggal di istana kemewahan. Dan dipenuhi makanan yang lazat. Namun jiwanya penuh kegelisahan.....!

Pelayan wanita Istana, sedang menyediakan tempat tidur Raja. Seperti biasa tempat tidurnya diatas tilam empuk yang dihiasi aneka sulaman. Setelah siap mengemas, timbul keinginan dihati wanita itu untuk merasai ni'mat tidur diatas tilam empuk itu.

"Bagaimana rasanya tidur diatas tilam empuk ini. Tentu seronok", fikirnya dalam hati. Sambil duduk ditepi, dia pun cuba letakkan kepalanya ditepi tempat peraduan Raja.

Baru letakkan kepala, dia pun terus tertidur lena. Raja pulang dari perjalanan. Masuk ke tempat peraduan ingin beristirehat. Sebaik saja masuk bilik, alangkah marahnya melihat pelayan sedang tidur diatas tempat peraduannya.

Hatinya menggelegak....berani pelayan ini tidur di kamarku? Raja terus mencapai cemeti lalu dipukulnya wanita malang itu dengan sekuat hatinya dengan penuh kemarahan. Pelayan wanita itu terjaga, menjerit kesakitan. Dia sedar kesilapannya lalu memohon ampun.

"Ampuan tuanku, patik cuma ingin meletak kepala patik saja...tetapi terus tertidur. Ampunkanlah patik tuanku"

Permohonan pelayan wanita itu tidak dilayan. Kemarahan Raja tak dapat dikawal lagi. Pukulan demi pukulan cemeti terus singgah dibadan wanita itu, mengoyak kulitnya yang lembut. Wanita malang itu terus menangis, meraung dan menjerit kesakitan. Darah mula memancut keluar daripada tubuh halusnya. Kesakitan tak tertahan lagi. Dia terus merayu agar di ampunkan tetapi Raja tiada belas kasihan malah disambung pukulannya.

Tiba-tiba satu diluar dugaan berlaku! Pelayan wanita yang menangis dan menjerit kesakitan itu tiba-tiba ketawa! Sehingga ketawanya memenuhi ruang istana! Ketawanya memenuhi ruang hati Raja! Sehingga tangan Raja terhenti dari memukulnya.

Allahu Akbar!

Suasana jeritan wanita itu bertukar rupa!

Raja kehairanan! Mengapa tiba-tiba pelayan wanita itu ketawa....!

Raja : Apa yang menyebabkan kamu ketawa?
Pelayan wanita: (Tubuhnya berlumuhan darah.....sambil menahan kesakitan dia bersuara perlahan) Tuanku! Sewaktu Tuanku memukul tadi, terasa amat sakit.....tak dapat patik tahan. Tetapi tiba-tiba patik teringatkan hukuman Allah Ta'ala diakhirat nanti.
Raja : Apa yang kamu ingat? Kamu mengaku salah?
Pelayan wanita: Ya! Tuanku! Patik menerima hukuman tadi kerana terlelap sebentar diatas tilam empuk ini. Jadi patik terfikir kalaulah begini hukumannya kerana terlelap sebentar diatas tilam ini, bagaimana pula hukuman yang akan diterima oleh orang yang tidur diatas tilam ini tiap-tiap hari selama hidupnya!

Raja tergamam, mulut terkunci, tangan dan kaki menjadi kaku...tubuhnya berpeluh ketakutan...!
"Benar kata wanita itu. Aku telah sekian lama menderhaka kepada Allah Ta'ala. Aku telah lalai dalam kemewahan dan keseronokan dunia. Aku telah lupa kepada Allah Ta'ala"

Tanpa sepatah kata beliau melangkah keluar dari istana beliau, membawa diri sehelai sepinggang. Kerajaan, harta kekayaan, kemewahan istana semuanya ditinggalkan.!

Tiada bekal makanan, tiada wang dalam saku.! Beliau menuju ke suatu destinasi yang beliau sendiri tak pasti! Berapa lama berjalan, beliau tak pasti, badan mula terasa letih, rasa lapar menggigit perutnya! Dahulu, sewaktu bertahta di istana, apa yang dihajat segera sampai. Makanan, minuman, buah-buahan yang lazat-lazat. Perutnya sentiasa dapat di isi. Kini Raja jauh dari istananya, jauh dari manusia lain....dimanakah dapat beliau mencari sesuap makanan bagi mententeramkan perutnya?.

Raja terlihat sebuah kebun anggur di hujung belantara. Beliau menghampiri pagar kebun. Tak ada orang kelihatan....beliau petik sebiji anggur dan makan. Alangkah ni'matnya memakan sebiji buah anggur ketika didalam kelaparan! Malangnya belum sempat beralih, tiba-tiba datang pemilik kebun itu dan kemudian mula memukul beliau.

"Kamu pencuri!" Bentaknya kuat-kuat.
Si miskin (Raja) bersuara lemah, " Pukullah lagi! .....Aku, Ibrahim bin Adham telah sekian lama derhaka kepada Allah!"
"Ibrahim bin Adham? Raja yang memerintah!", tuan punya kebun macam tak percaya! Bagaimana? Kenapa? Tuan punya kebun menangis minta maaf.
Ya....Ibrahim Ibnu Adham, pemerintah negeri Balkan yang hebat meninggalkan istana dan singgahsana kemegahannya mencari Tuhannya yang abadi! Akhirnya diangkat oleh Allah Ta'ala menjadi kekasihNya!

Sama-samalah kita memberi peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang beriman. Cuma kita perlu pastikan apabila memberi peringatan wajib kita mengikut Al-Qur'an, Hadis Nabi dan panduan Ulama' Mu'tabar.

Jika tidak mahir dan belum menguasai Al-Qur'an dan Hadis Nabi maka memadailah dengan merujuk kepada Ulama-ulama Mu'tabar kerana mereka adalah manusia-manusia terpilih yang di zahirkan oleh Allah Ta'ala untuk memimpin manusia kepada kebenaran Ilahi. Mereka telah mengkaji Al-Qur'an dan Hadis-hadis Nabi serta melalui Mukhatabah dengan Allah Ta'ala dan Mushafahah dengan Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam untuk mengijtihadkan segala hukum sebelum menghimpun dan menjadikannya Ilmu-ilmu Islam yang ada dihadapan kita.

Banyak pengajaran dapat dinukil daripda kisah Shaikh Ibrahim ibnu Adham!

PENGAJARAN PERTAMA:
Allah Ta'ala sangat kasih kepada hamba-hambaNya yang sentiasa berusaha mencari jalan ketuhanannya. Ibrahim Adham cuba mencari Tuhan di istananya, dalam keadaan tenggelam dengan kemewahan dan kesedapan nafsu! Tetapi akhirnya beliau dikejutkan oleh Allah Ta'ala bahwa tidak mungkin seseorang menemui Tuhannya jika jiwa dan perasaannya dikuasai nafsu keduniaan, kemegahan dan kesedapan nafsu.!

Di sini mungkin ada yang bertanya, " Adakah seseorang perlu membuang seluruh kehidupan dunianya untuk mencari Tuhan."
Jawapan kepada pertanyaan ini bergantung kepada kekuatan seruan dan panggilan yang datang daripada Ilahi.
Jika Allah Ta'ala bermaksud mengangkat seseorang itu ke HadratNya kepada maqam yang tinggi maka disitu tiada siapa yang dapat menghalang seperti halnya yang berlaku keatas Ibrahim Ibnu Adham.

Bagi kita sebagai orang awam, langkah paling bijak ialah mengambil sikap sederhana. Tidak terlalu terkejar-kejar mencari keuntungan dunia sehingga segala kewajipan sebagai hamba Allah terjejas. Tidak pula terlalu miskin sehingga tidak dapat menyara diri dan keluarga Kerana membiarkan diri dalam kemiskinan adalah ditegah oleh Nabi Salla-Allahu 'Alaihi Wasallam.

Inilah kedaaan sebaik-baiknya seperti yang dinasihatkan oleh Imam Al-Ghazali Radhiallahu 'Anhu dan para ulama lain.

PENGAJARAN KEDUA:

Apabila Allah Ta'ala berkehendak memberi kebaikan kepada seseorang hambaNya, maka sentiasa diperingatkannya dengan berbagai cubaan, ujian dan peringatan. Peringatan-peringatan ini seringkali didatangkan tanpa diduga yang tanpa disangka bahwa itu adalah peringatan Allah Ta'ala keatas dirinya. Kecuali orang yang sentiasa ingat bahawa dia sentiasa di awasi oleh Allah Ta'ala.

Hartanya, kekayaannya, keluarganya, dunianya menjadi pinjaman dan amanah yang akan ditanya di hari perhitungan nanti. Jika hati kita suci dan sentiasa mengharapkan yang terbaik daripada Kurnia Allah Ta'ala ke atas agama kita, maka di situ akan terlihat segala bentuk peringatan, baik peringatan itu daripada dalam diri kita atau peringatan daripada makhluk Allah yang lain sebagai muhasabah diri.

Sebaliknya jika seseorang menganggap dirinya sudah baik dan cemerlang, maka segala peringatan Allah akan dilihat sebagai perkara biasa dalam hidup insan atau pun dia akan mencari kesalahan orang, bahawa orang lain menyebabkan kecelakaan pada dirinya.

Dipersimpangan ini memang sukar untuk mempastikan apakah ianya seruan Allah Ta'ala atau gangguan makhluk Allah yang lain.

Ibrahim Ibnu Adham tidak menyangka bahwa peristiwa-peristiwa awal yang dialaminya itu adalah peringatan Allah keatas dirinya. Dan apa yang patut dibuatnya. Tetapi timbul dalam diri beliau, beberapa kemusykilan apakah maksud daripada kejadian-kejadian tersebut. Beliau terus mencari jawapan.

PENGAJARAN KETIGA

Manusia yang diberi oleh Allah Ta'ala dengan kelebihan harta dan kekayaan duniawi ; samada mereka bergelar Raja atau Sultan atau Orang kenamaan yang kaya-raya jangan sesekali menganggap bahawa dia telah berada dalam kebaikan dan kemuliaan di sisi Allah Ta'ala.

Sebaliknya dia hendaklah sentiasa bimbangkan diri dengan keadaan demikian. Sifat kebanyakan manusia awam akan merasa selesa, tenteram dan berpuas hati dengan agamanya apabila dia telah berada dalam keadaan kemewahan dan kesenangan.

Pada anggapannya dia telah mendapat Rahmat Allah dan keredhaanNya. Kesenangan dan kemewahan yang menyelubunginya menyebabkan dia lupa diri, lalai dan tenggelam didalam kemewahan tersebut. Bahkan berdasarkan sejarah kemanusiaan, kebanyakan manusia yang diberi kekayaan oleh Allah Ta'ala menjadi sombong, takabbur membesarkan diri dan seringkali menghina orang miskin. Mereka selalu mendabik dada mengangkat diri sendiri bahwa mereka mendapat kekayaan itu dengan usaha mereka sendiri. Tidak kurang pula yang menjadi kejam dan zalim dan kafir.

Sejarah Fir'aun, Qarun, para sultan dan para raja yang memerintah di zaman lampau sudah cukup menjadi pengajaran kepada manusia. Menyedari hal yang demikian, sebaik-baik orang yang diberi kekayaan oleh Allah Ta'ala adalah orang yang tetap dalam keimanannya dan takut dan taqwanya kepada Allah Ta'ala dengan mencontohi Nabi Sulaiman Alaihis-Salam atau mencontohi Sahabat Nabi Abdur-Rahman bin 'Auf dan lain-lain yang telah menjadi contoh gemilang bagi kita.

Kesimpulannya, kita seharusnya:

1) Sentiasa menginsafi diri bahwa segala pemberian Allah Ta'ala itu adalah amanah Allah Ta'ala keatasnya bukan untuk menghabiskan masanya dan hartanya berfoya-foya.

2) Banyak mendirikan Ibadah malam mensyukuri ni'mat Allah Ta'ala ke atasnya. Pada hakikatnya walaubagaimana banyak pun dia beribadat tidak akan dapat membalas segala pemberian Allah Ta'ala. Tetapi ini wajib dilakukan sebagai perhambaan dirinya kepada Allah Ta'ala.

3) Banyak bersedekah kepada Faqir miskin dan menjamu mereka. Jangan jadi seperti kebanyakan orang-orang kenamaan dan kaya-raya mengadakan jamuan besar-besaran, tetapi tetamunya orang-orang kaya juga. Faqir miskin dipinggirkan kononnya tiada 'standard'.

4) Banyak membuat amal jariah seperti mendirikan masjid dan tempat istirehat orang-orang faqir miskin.

Dengan cara ini mudah-mudahan akan tertebus dirinya dengan segala pemberian Allah Ta'ala itu kerana dia telah melakukan yang terbaik bagi dirinya dan agamanya.

Dipetik: musafir kk, Bicara Muslim
I luv islam.com

Tuhan sahaja yang mengetahui segalanya....!

Tafsir Qur'an Per Kata

Satu lagi kitab aku beli .. kali ini Al Quran yang memberi tafsir pada tiap patah perkataan di dalamnya. Di terjemah oleh Dr Ahmad Hata, MA. Kitab ini juga dilengkapi dengan asbabun (menurut kawan aku maknnya adalah kisah atau sebab ayat itu di turunkan oleh Allah S.W.T. Aku beli untuk kegunaan bersama mak dan abah kerana mereka memang suka bahan bahan ilmiah sebegini terutama emak.
Apa kata anda juga membelinya.. tidak mahal malah berpatutan cuma RM 130.00. Ok jum tengok gambarnya yang aku amibil dari Google.




Aku beli yang cover warna hijau nie..


Ok ini adalah kandungan di dalam Quran tersebut


dan ini adalah beg yang aku dapat semasa membeli Quran tersebut..
Ok jum sama sama membaca Al Quran ..

Buku Baru

Ok... Jum tengok buku baru yang aku beli last week. Semua gambar adalah ihsan dari google ekk

Aku memang peminat Aisya Sofea. Semua koleksinya aku ada except for Jendela Hati dan Jauh. Review? Tak pandai lah pulak. Pandai baca aje. Ceritanya menarik dan sentiasa ada kelainan. Tapi apa yang aku perhatikan jalan cerita macam ada sedikit persamaan dengan novel yang terdahulu tak tak sure yang mana. Dialog pun hampir sama... Kepada peminat Aisya Sofea.. sila dapatkan novel terhangat ini di pasaran...!

Aku letakan cover yang ada sinopsis.. Masih dalam pembacaan dan hampir ke titik akhir. Sebenarnya dah lama aku berkeinginan untuk membeli buku nie. Tapi dek kerana kekurangan bajet aku tangguhkan dulu. So skarang dan ada bajet. Cerita dia best sangat.. Islamic method. Kalau lah aku mampu jadi setabah seperti watak utamanya alangkah bagus kan. Siri novel ini pernah di siarkan di Utusan Malaysia sekitar 2005-2006 dulu. Padanlah serasa pernah membacanya cuma tidak sampai ke kesudahannya. Dan telah pun di bukukan...Tak rugi pun membelinya apatah lagi membelinya..




Dua buku di atas bukanlah membaca sekadar untuk berhibur.. Tetapi menambahkan pengetahuan dan memotivasikan diri. Bercinta Sampai Syurga adalah sambungan dari buku yang pernah aku beli iaitu Aku Terima Nikahnya. Belum lagi dibaca.. Tunggu habis Salju Sakinah dulu. Aku tak pandailah nak ulas buku buku sebegini tapi memanh sesuai untuk yang dah berumahtangga atau pun belum.
Indahnya Hidup Bersyariat.. sebenarnya sekali pandang buku ini aku dah cinta.. Belum lagi membeleknya. Jarang kita jumpa buku agama yang berwarna warni dan sangat mudah di fahami walaupun begitu masih perlu menuntut dari seorang guru. Dapatkan lah buku ini untuk kita jadikan panduan dalam meniti kehidupan di dunia ini. Jadikanlah kehidupan kita penuh dengan syariat...

Salam EidulAdha..

Agak terlambat update pasal raya haji nie. Aku beraya di kampung mak masa raya haji ari tu 27/11/09 hari Jumaat. Lupa nak snap gambar food.. aku cuma buat sebiji kek oren untuk di beri kepada emak. Abah masak keutiaw goreng, mak masak pulut jagung tanak.. rendang ayam. Wan chik bawa nasi impit ..Ada sejenis dua biskut raya yang di beli oleh beliau. Tengahari aku dan hubby pergi beraya ke rumah mak saudara aku kat taiping. Kat situ makan laksa dan ketupat palas.. pas tu gie lak umah mak mentua dia makan mihun sup ngan nasi impit... Ampun.. kuahnya masin sangat... Then, balik semula ke kampung sebab berjanji dengan bapa saudara hubby beraya di kampung aku. Dalam kul 6 gerak gie rumah mak saudara hubby pulak. Makan pula putu mayam ngan kari ayam. Tak lalu dah aku.. makan setengah keping aje share dengan sepupu hubby. Then gie pulak ke rumah arwah nana hubby .. kat sana memang tak makan apa apa dah.. Rasa nak terkeluar semua benda yang di makan.. makan sampai tak ingat diri.. Dalam kul 8.30 gerak balik ke Batu Gajah... Raya haji kali nie bagai raya puasa.. sepaptutnya lebih meriah kan sebab hari ni lah umat islam meraikan kemenangan..
Ok.. jum tengok gambar gambar yang sempat di ambil

Aku lah nie.. sapa lagi
ok.. ini sepupu sebelah emak dari kiri saufi, wani and amirul
hubby with our beloved myvi...
hubby yang dah keletihan dan kekenyangan.


this is my hometown.. i was borned here!!!


ini area rumah mak saudara aku di taiping

Kek Warna Warni















Kek Warna Warni? Dah lama tak memasak di rumah sendiri semenjak berkampung di rumah emak mentua. So, hari sabtu hari tu aku balik rumah disamping mengemas sedikit, aku pun membuat sebiji kek. Dah lama tak memasak apa apa n risau gak kalau skill ku itu hilang secara tiba tiba...
Resepi asas kek butter yang aku tak sure ambil dari mana. Kek butter biasa saja sebenarnya. Tapi disebabkan kerajinan yang lebih aku menambahkan warna warna nye... konon nak buat marble tapi tak reti ekk.. So ini ajelah yang jadi... Ok gak eekkk?

Secara asasnya resepi nye adalah begini

250gm butter - seketulah tu kan
200gm gula castor
210gm tepung gandum
5 biji telur ayam
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh serbuk penaik

so.. kalau nak warna warni tu buh lah apa yang patut.. serbuk coklat ke, warna oren ke .. hijau ke macam yang aku buat nie..

Butter+gula+esen vanila di pukul sehingga berkrim dan ringan. Jgn lama sangat nanti kek berdorai..
Pastu masukan telur satu persatu, pas dah sebati masukan tepung + serbuk penaik (aku tak ayang pun..)pula dan gaul sebati..Pastu bagi adunan kepada beberapa bahagian.. Ikut warna yang suka lah..

Bakar selama 50-60 minit suhu 180 ( aku nye 160.. kalau panas sangat nanti merekah)

Komen dari mereka yang makan
Hubby - sedap sangat sampai berkocai dietnya
Mak mentua - sedap.. lembut aje

Kekawan ofis ( aku bawa opis sikit n bawa untuk emak aku juga)
Macam beli punya kek aje..
Cantik warna dia...tambah warna merah pun ok ..

Okies chow dulu...

Its Our Day ( 3rd Annivessary)

10th November 2006 - 10th November 2009 till the end... Insyallah

Luv u so much my dearest hubby!!!

Here is the gift given by hubby....bracelet...






TQ so much dear...

Pergi Tak Kembali - 2

25th of October 2009 at the age of 55 - Bapa saudara ( adik emak yang ke-tiga)

Sekadar sebuah gambar ihsan dari Yahoo

Al Fatihah buat ayahanda yang disayangi..

Pergi Tak Kembali - 1

My father in law at the age of 70 - 27th of August 2009

Sekadar sebuah gambar ihsan dari Yahoo

Al Fatihah buat ayahanda yang di sayangi.

Buat suami tersayang, setiap yang bernyawa pasti akan pergi jua akhirnya.
Tiada siapa dan apa sahaja yang boleh menghalang ketentuan Ilahi ini.
Semoga tabah menghadapi permergian bapak tercinta.
Doakan sahaja semoga dia ditempatkan di kalangan orang orang yang soleh dan beriman.

Masjid, Azan n Ceramah/Tazkirah/Kuliah Subuh

Aku kebelakangan nie dah perasan terutama selepas balik dari beraya lama di kampung hari tu. Apa yang aku perasan yea? Aku perasan yang azan dari masjid besar atas bukit di kawasan rumah aku dah tak boleh didengari. Padahal rumah aku dekat aje ngan masjid tu. Ceramah lepas maghrib dan doa membaca alquran setiap pagi yang biasa aku dengar pun dah tak dengar. Hairan.. dulu laungan azan dari masjid besar tu boleh didengari oleh sepelusuk seksyen 1. Sampai sri rampai pun yea aku rasa. Tapi skarang dah tak ada... mmmm sedih memikirkan ke manakah azan nie dah menghilang. Dulu masa laungan azan nie masih di dengari abah ada cerita yang ada seorang lelaki nie pergi ke masjid untuk memberi sedekah. Sambil memberi sedekah dia meminta supaya azan yang kuat tu diperlahankan. Tak perlu pakai pembesar suara... Sedih tu lah dengar benda nie. Kalau bangsa asing yang minta macam tu logiklah juga tapi ini orang melayu kita dan orang islam kita. Masjid dah tak boleh menguatkan suara untuk memanggil jemaahnya berkumpul.. Apa nak jadi dengan orang islam sekarang aku tak pasti.. Takut pun ada dengan situasi ini. Takut Allah murka dan turunkan bencana yang tak akan tertanggung dek manusia seperti bencana di Padang, Indonesia.

Tuhan saja yang mengetahui...
Fikir fikir lah sendiri segalanya.

Senyum





:-) or :)
mmmmmm susahkan sangat ke nak senyum ekkk?
Bukan kata orang senyum itu adalah satu sedekah yang paling murah tanpa perlu mengeluarkan sesen pun dari poket duit? Atau senyuman itu adalah untuk orang tertentu sahaja. Tapi aku tengok iklan senyum dalam TV, semua orang senyum.. eventhough orang yang tak ada gigi pun senyum akhirnya. Apa yang susah sangat nak senyum yea? Atau memang dah di takdirkan orang tu tak boleh senyum kut... :)

Tak sure lah .. Tapi kat ofis aku nie ada a few staff yang tak boleh nak senyum. Tu lah pasal kalau aku bertembung dengan org org yang tak boleh nak senyum nie aku akan tunduk. Sebab aku dah jenuh memberi senyuman pada mereka sampai rasa dah malu alah pula sebab syok sendiri aje senyum sendiri sendiri..

Hehehehe.. tak tahu lah ekkk. Lain orang lain caranya. Mungkin aje mereka senyum pada orang tertentu atau memang mereka ada penyakit yang tak boleh senyum. Tapi kan baby kecik yang di agah pun mampu tersenyum apatah lagi kita orang dewasa nie... Fikir fikirkan lah.

Allah penentu segala kan... kita cuma boleh merancang.

Ramadhan 3 ( Kek Hari Lahir )


Kek Hari Lahir yang di beli hubby pada puasa ke tiga. Aku tahu dia lupa dan terasa menyesal pulak mengingatkan dia yang hari tersebut adalah hari lahirku. Terasa mcm terpaksa dia membelikan kek ini. Di beli kebetulan dia berada di Kuala Lumpur untuk membawa arwah bapa mertuaku menjalani pembedahan jantung di IJN pada 25/08/09. Mak dan abah pun tak ingat...tak apalah .. tak penting pun. Perasaan aku mana ada pernah penting pada sesiapa??? Betulkah?  Ahhhh sudah terlalu tua aku untuk di ingati hari lahir..

Pada hari nie aku berbuka puasa  bersama keluarga kakak ipar di Kajang. Di restoran Lemon Grass milik David Teoh (penerbit filem). Macam macam menu ada. Berbuka puasa di sana kerana hubby perlu menghantar emaknya untuk bermalam di rumah kakak iparku. Letih betul kerana balik pun lambat dalam jam 10.30 baru sampai rumah. Sampai sana pun lambat sebab hubby dah tersilap jalan (macam tahu tapi tanya tak nak)... Dah namanya LELAKI.. rasa ego tak pernah berkurang agaknya.

Buku Baru


Jum tengok buku baru aku beli hari hari Rabu yang lepas dan telah selesai di baca pada hari Jumaat yang lepas juga semasa aku dalam perjalanan dari KL ke Batu Gajah ... Agak terlewat untuk aku membaca sebenarnya.. buku ni sesuai untuk para remaja dan sesiapa sahaja yang akan melangsungkan perkahwinan.. Tapi tak bermakna pasangan yang sudah berkahwin tidak boleh membacanya.. Tetap sesuai dan boleh di ambil banyak pengajaran, pengalaman, iktibar dari ...

Back Dated Update ( Puding Roti ) - Ramadhan 2

Puding roti kosong ku sebelum di masak.. tunggu kembang dan selepas di masak...
Resepi ambil di sini eekkk.


Back Dated Update - Ramadhan 2

Ok.. jum tengok apa menu berbuka puasa pada Ramadhan ke 2 di BG. Pagi penat mengemas umah yang masih tak selesai.. Petang memulakan aktiviti memasak pada pukul 3 kerana bercadang untuk ke pasar ramadhan bersama hubby mencari kuih muih pedas sebab dah masak puding roti untuk manisan.

Nasi Goreng udang.. ( guna minyak udang )
Sambal tumis udang
Kacang buncis goreng kunyit dan
Puding Roti ( di buat sebelum operasi mengemas rumah )

d end.... :-)

Terima Kasih Tuhanku

Ya Allah,
Aku bersyukur dengan nikmat kehidupan yang telah kau kurniakan kepada aku dan keluargaku. Terima kasih kerana membantu aku di saat kesukaran mengelilingi diri. Terima kasih. Rasa syukur itu hanya mampu ku lafazkan dalam setiap sujudku kepadaMU.

New Blog

This new blog created due to the some reason which cannot be explained here.

Sekadar sebuah catatan untuk di kenang sepanjang hayat.