Salam EidulAdha..

Agak terlambat update pasal raya haji nie. Aku beraya di kampung mak masa raya haji ari tu 27/11/09 hari Jumaat. Lupa nak snap gambar food.. aku cuma buat sebiji kek oren untuk di beri kepada emak. Abah masak keutiaw goreng, mak masak pulut jagung tanak.. rendang ayam. Wan chik bawa nasi impit ..Ada sejenis dua biskut raya yang di beli oleh beliau. Tengahari aku dan hubby pergi beraya ke rumah mak saudara aku kat taiping. Kat situ makan laksa dan ketupat palas.. pas tu gie lak umah mak mentua dia makan mihun sup ngan nasi impit... Ampun.. kuahnya masin sangat... Then, balik semula ke kampung sebab berjanji dengan bapa saudara hubby beraya di kampung aku. Dalam kul 6 gerak gie rumah mak saudara hubby pulak. Makan pula putu mayam ngan kari ayam. Tak lalu dah aku.. makan setengah keping aje share dengan sepupu hubby. Then gie pulak ke rumah arwah nana hubby .. kat sana memang tak makan apa apa dah.. Rasa nak terkeluar semua benda yang di makan.. makan sampai tak ingat diri.. Dalam kul 8.30 gerak balik ke Batu Gajah... Raya haji kali nie bagai raya puasa.. sepaptutnya lebih meriah kan sebab hari ni lah umat islam meraikan kemenangan..
Ok.. jum tengok gambar gambar yang sempat di ambil

Aku lah nie.. sapa lagi
ok.. ini sepupu sebelah emak dari kiri saufi, wani and amirul
hubby with our beloved myvi...
hubby yang dah keletihan dan kekenyangan.


this is my hometown.. i was borned here!!!


ini area rumah mak saudara aku di taiping

No comments:

Post a Comment