Nota Hati Seorang Lelaki - Nota Untuk Anak ( Pahrol Mohd Juoi)

Aku coretkan petikan dari muka surat 10 untuk renungan

"Kini aku benar benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih lebih lagi untuk kehidupan di akhirat. Mereka bukan liabiliti tetapi sebenarnya adalah aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau pun tidak tepat, kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya"

"Memberi kepada ibubapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri, walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. Doa mereka mustajab. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah SAW, keredhaan Allah itu terletak kepada keredhaan ibubapa'

No comments:

Post a Comment