Keikhlasan... ?

Aku tidak ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab? Tanggungjawabkah ini namanya? Terlalu banyak yang aku korbankan setakat ini, kebelakangan ini dan sepanjang masa ini. Berkirakah namanya ini? Entah.. entah dan entah. Bila rasa tak puas hati bermain di fikiran, hati jadi resah. Seperti mahu mempersoalkan semua rasa ketidakpuasan hati ini. Tapi pada siapa? Ahhhh.. Masa, tenaga apatah lagi perasaan dan rasa hati semua ini terkorban dan berkorban begitu sahaja.. Rasa tidak berbaloi segalanya yang telah aku sumbangkan.

Ahhh mungkin segalanya telah tercipta, telah tersurat dan telah tertulis untuk aku lalui. Rasa menyesal tidak ada pun kerana aku yang telah memilih untuk melalui segalanya begini. Mahu dipersalahkan kepada siapa? Kepada diri sendirilah.. Kepada orang lain? Tidak sama sekali dan untuk apa?

Aku tidak rasa dihargai..? Mungkin itu yang bermain di fikiran sehingga kadang kadang aku rasa aku tidak pernah ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab. Kenapa harus aku dan aku? Bukan mereka yang bernama mereka dan bukan mereka yang juga mempunyai hak malah perlu untuk melaksanakan tanggungjawab itu. Aku ini apa agaknya? Sekadar tempat menumpang kasih waktu tiada siapa untuk ditumpangkan.. dan tatkala mereka mereka itu ada aku sekadar satu makhluk yang tidak bernyawa dan tidak bernilai?

Ahhhhhh... menangis pun tiada gunanya...

Ya Allah... kurniakanlah aku .. limpahilah aku dengan kesabaran yang tiada batasan...

No comments:

Post a Comment