Chocolate Moist Cake

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua!!! Semoga baik baik sahaja semuanya!

Ini cerita masak masak minggu lepas di rumah BG. Sebenarnya kek coklat moist ni adalag request dari En Suami semenjak 2 minggu lepas. Tetapi memandangkan tangan saya sakit, normal problem with my arthiritis, tidak dapatlah memenuhi permintaan beliau.

Minggu lepas ada sedikit kelapangan, maka terciptalah Kek Coklat Lembab yang super moist ini. Resepi saya ambil dari blog YATIE MEMORIES, antara blog kegemaran saya untuk mencari idea untuk memasak.. Terima kasih pada Kak YATIE MEMORIES.

Saya salinkan resepi di sini ya.. copy paste dari blog beliau.

KEK COKLAT MOIST KUKUS


resipi : chef zubaidah
sumber : alongroz@myresipi 
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan ( 8-9 inchi  )

100gm Serbuk Koko*
250gm Gula Kastor *
1 tin Susu Isian Cair*
200gm Minyak Masak Sayuran*
250gm Susu Pekat*

4 biji Telur - pukul sehingga berbuih

150gm Tepung Gandum
1 sudu kecil Soda Bicarbonat
1sudu kecil Baking Powder

Cara-cara:-


  • Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Sentiasalah di kacau guna whisk, tak payah sampai menggelegak. (saya masak dengan induction cooker set timer untuk milk).
  • Satukan dgn telur yg di pukul dgn mixer tadi (saya pakai whisk sahaja, kes malas nak keluarkan mixer).
  • Masukkan tepung gandum yg di ayak bersama baking soda dan baking powder sedikit demi sedikit sehingga sebati. Gaul rata guna whisk je.
  • Masukkan ke dlm loyang yg di lapik dngn kertas minyak. 
  • Loyang hendaklah di lenser dngn sedikit minyak di sekelilingnya terlebih dahulu. (saya tak buat)
  • Tutup loyang dngn aluminium foil (saya balut tutup pengukus dengan tuala)
  • Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. 
  • Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing/ ganache/ topping.

TOPPING

Tak ingat ambil resepi ni dari mana.. tapi beginilah resepinya

100gm coklat masakan
125ml susu cair/segar
50gm butter
saya tambah 1 sudu kecil nescafe

Campur semua bahan dan masak dengan kaedah double boiler. Sejukkan dalam peti ais untuk proses penyejukan dan pembekuan.
Apabila kek telah sejuk dan topping telah sejuk, boleh tuang di atas kek coklat dan hiaskan mengikut citarasa sendiri! Saya pakai coklat urai warna warni.


masih dalam pengukus

ready to be ate

super duper yummy and moist yeaaa!!

Semenjak saya berjumpa dengan resepi ini, tak pernah beralih arah dah . Setia pada yang satu. Kerana ramai yang menggemarinya. Cubalah!!

Gambar lama lama

Potret lama lama yang di dalamnya tersimpan 1001 cerita.

Di hari pertunangan abang yang seorang itu... tahun 2003

Sewaktu menghantar abah dan mak ke mekah pada tahun 2005. Insyallah saya akan menyusul jika di izinkan Allah pada  tahun 2016. Doakan ya!

Di hari pertunangan saya tahun 2006. Banyak2 tempat, bawah pokok pisang juga jadi pilihan.

Sewaktu meraikan hari lahir beramai ramai di pejabat, tidak pasti bila ianya berlaku. Bersama Kak Rohani Omar

Sewaktu meraikan hari lahir beramai ramai di pejabat, tidak pasti bila ianya berlaku. Bersama Kak Hasnah.

Dengan Kak Nida, masa ni pinjam baju Kak Nida, sebab tak ada baju warna merun. Thank akak! Pun tak ingat tahun bila

Raya di kampung pada 2002-2003, tidak pasti yang mana

Dinner at Restoran Asam Pedas, Jelatek. Tahun 2004 rasanya.

PENGUMUMAN

Pengumuman

Promo Buy 6 free 1 utk Collagen
Dan
Promo Buy 3 free 1 utk Meal Shakes

Akan berakhir pada hari ni..
Pada yg belum ambil peluang ni, cepat2 grab!
Double promo jrg2 berlaku.

Dan ianya sangat menjimatkan!

Azira@0133639553
#sayajualshaklee



posted from Bloggeroid

Masker ESP, bukan sekadar diminum

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalam n Salam Sejahtera!!!

Hari ni punya story adalah adalahhhhh.... jeng jeng MASKER!
Untuk apa kita berMASKER ni? Tentulah untuk penjagaan kesihatan kulit wajah kita. Jom baca serba sedikit tentang MASKER. Sedikit maklumat yang dapat dari web MASKER WAJAH

Istilah masker wajah tidak asing bagi kita. sering sekali istilah masker wajah kita dengar dan lihat melalui iklan, cetak, radio, dan TV. masker wajah banyak digunakan untuk memperhalus dan memperindah wajah. karena banyak dari kita terkadang mengalami masalah dengan kulit wajah baik itu berminyak, jerawat, dan kusam.'

Sebahagian besar kita menggunakan masker wajah untuk : -

  • membersihkan dan memperbaiki pori-pori kulit
  • membersihkan kotoran dan minyak pada lapisan kulit yang lebih dalam, serta mengangkat sel-sel kulit mati
  • mengurangi iritasi kulit
  • menimbulkan perasaan sejuk dan nyaman pada kulit
  • menghaluskan lapisan luar kulit
  • sebagai pelembap dan penyegar kulit

Secara sistematik, masker wajah bertindak merangsang sirkulasi aliran darah maupun limpa, merangsang dan memperbaiki kulit melalui percepatan proses regenerasi dan memberikan nutrisi pada jaringan kulit. Masker wajah dapat juga berfungsi sebagai pembawa bahan-bahan aktif yang berguna bagi kesehatan kulit, seperti ekstrak tumbuhan, minyak esensial, atau rumput laut yang dapat diserap oleh permukaan kulit untuk dibawa ke dalam sirkulasi darah.


Sekarang, jom tengok pula langkah langkah dan bahan bahan untuk pembikinan MASKER ESP, masker asli dan semulajadi dari vitamin vitamin Shaklee. Jom sihat dan cantik!!!


Bahan bahannya.. macam memasak plak ya.. :).. hehehe

1 sudu besar serbuk ESP
1 susu kecil serbuk MEAL SHAKES
I biji Sustained Release Vitamin C (hancurkan)
1 biji Vitamin E Complex(ambil isi dalamnya)
Air untuk membancuh semua bahan di atas.
Boleh juga dicampur dengan VIVIX, lagi bagus sebenarnya.



Bancuh semua bahan di atas tadi dan gaul rata


Ok. Dah jadi bancuhan seperti ini, bolehlah disapu ke muka dan biarkan untuk seketika. Kemudia bilas dengan air sebersih bersihnya.. Rasa sedap tak muka???? Sejuk dan nyaman je kan??? Buatlah dalam 3 kali dalam seminggu dan nantikan hasilnya!!! 

Mengapa masker ESP? Sebab protein sangat penting untuk membaiki dan membina sel dan juga tisu dalam badan kita. Ianya juga melembapkan kulit kita dan Insyallah akan memberi kesan tona sekata pada kulit. Manakala Vitamin E dan Vitamin C pula membantu dalam membaiki masalah jerawat, jeragat dan kulit kering.



Ini pula, bancuhan Meal Shakes dan ESP. Sediakan awal awal dan letak dalam peti sejuk. Esok pepagi sebelum ke pejabat boleh minum dulu untuk buat alas perut anda yang kosong!!! Juga membekalkan tenaga buat anda seharian!

Agak agak nak beli SET MASKER ni, boleh klik klik klik tetikus anda di link di bawah.

Selamat bermasker semua.. Tak perlu dah bermaskerkan telur, sambil masker sambil boleh minum sihat luar dan dalam!

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Your Shaklee Independent Distributor
Azira Abu Bakar
- SMS/ Wassup/ WeChat/Call @ 0133639553

With love,
Azira AB

Masak masak di hujung minggu


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalam n Salam Sejahtera semua..

Apa khabar semua? Semoga semuanya baik baik sahaja ya. Jom kita tinjau tinjau aktiviti memasak saya dihujung minggu berlokasi di rumah Batu Gajah, Perak. Tema masakan minggu lepas ala ala western gitu.. Ada waffle, ada pasta dan juga ala ala chinese, mee sanggul goreng.

Black Pepper Sauce, bahan bahan nya adalah Serbuk Black Pepper (saya blender sendiri), sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap pekat, tepung gandum dan air stok ayam campur sebiji kiub pati ayam knor, bawang holland, bawang putih, dan garam. Buat banyak sebag hendak difrozenkan supaya boleh guna lain kali.

Breaded Fried Chicken, ini pun simple juga caranya, Cuma salut ayam dengan telur dan kemudian gaul rata dengan bread crumb. Goreng sehingga masak. Saya guna api sederhana besar.

Fettuccine Bolognese, pasta Fettucine yang digaul dengan Sos Bolognese

Sos yang saya guna - homemade beli dari kawan saya. Boleh call kawan saya di 016 247 7669, Juanna Rahman

Simple salad, kobis, lobak merah, tomato, salad cream dan thousand island. Sedikit serbuk lada hitam dan garam untuk perasa

Sos Bolognese, Sos pasta homemade tadi, minced chicken, cendawan butang dlm tin, serbuk lada hitam. Masak sehingga menggelegak. 

Set Lengkap Makan Malam, sekali sekala jadi Mat Salleh celup.

Waffle dengan Toping Pes Roselle dan Kurma

Waffle dalam proses pembikinan
Untuk resepi waffle, saya ambil resepi dari SINI

Mee Sanggul/Siput Goreng, yang ni lebih kepada resepi campak2.. 

Enjoy the picture ya.. :)


Produk Shaklee tidak berkesan??.. Ini cerita saya - Part 1

Bismillahirrahmanirrahim

Assalam dan Salam Sejahtera semua..!!!

Ini adalah cerita saya dan Shaklee. Rasanya semua orang dah kenal Shaklee kan? Merata rata orang dok sebut pasal Shaklee ni dan antaranya adalah saya. Tapi saya pasti, masih ada yang belum kenal mahupun tahu mengenai Shaklee dan produknya.. Kalau nak kenal hubungilah saya..:)

Bila saya selalu beritahu yang saya jual barangan Shaklee, orang akan ingat dan tanya yang saya menjual ubat. Mak dan abah saya sendiri pun kadang kadang macam tu. Dia akan cakap, "adik nanti belikan mak ubat B Complex ya". 

Untuk makluman, UBAT dan VITAMIN adalah dua benda yang berbeza. Perbezaan tentang ini saya akan jelaskan kemudian di entri kemudian hari. Insyallah.

Saya adalah orangnya yang sangat berkira untuk membeli vitamin atau apa sahaja makanan tambahan, kecuali untuk mak dan abah saya. Mungkin kerana bekalan ubat percuma (syarikat tanggung biaya perubatan) dari hospital menyebabkan saya begini.. Di tambah lagi dengan perangai saya yang tidak konsisten dengan sesuatu vitamin, cepat bosan. Baru makan sehari dua sudah di tinggalkan. Entah berapa banyak yang saya sudah bazirkan dengan di bakul sampahkan sahaja semua vitamin yang penah saya beli. Jenama K. Jenama C. Jenama A.. dan banyak lagi. Membazirkan? Jadi janganlah jadi seperti saya... Jom baca cerita saya dan Shaklee

June 2013

Back to the story, saya berkenalan dengan Shaklee pada June 2013. Dari seorang kenalan sekolah yang sekarang telah menjadi Coordinator! Memandangkan saya ada masalah Arthiritis, saya telah mencuba tiga produk seperti di dalam gambar, SET SENDI. Jadual pemakanan dan kuantiti semuanya telah di beritahu oleh SID dengan baik. Hari pertama, hari kedua, hari ketiga makan dengan baik. Masuk hari ke empat dan seterusnya saya sudah culas. Kerana tidak nampak langsung keberkesanannya. Terus saya celap celup memakannya. Gagahkan diri juga untuk menghabiskannya. Ambil masa hampir tiga bulan untuk menghabiskan semua vitamin tersebut. Tapi tidak nampak juga hasilnya. Masih kabur.. rasa rugi dan membazir.. mmmm. Dan saya tidak teruskan pengambilannya. Rugi sangat rasanya...

TETAPI, emak saya yang tercinta telah mencuba AJHT kerana dia ada masalah dengan lutut. Maklumlah, warga emaskan. Badan pun agak sedikit berisi. Dua bulan pertama emak mencuba dah nampak kesan katanya. Alhamdullilah. Mak kata memang dah tak ada sakit sakit sangat macam dulu dulu. Nak berjalan jauh pun dah mudah. Ini adalah kerana emak telah mengambilnya dengan begitu KONSISTEN dan ISTIQAMAH berbanding anaknya ini!!!.. adoiiyyaii



Tiga supplemen ajaib yang sebenarnya amat membantu jika di ambil dengan konsisten untuk masalah tulang dan sendi.

Saya pun sekarang sedang mengambil kembali AJHT untuk merawat dan membaik pulih dan juga meminimakan masalah Arthiritis yang saya hadapi sekarang ini. Moga dipermudahkan segalanya utk saya dari ALLAH swt.

Nak cerita pula pasal Ostematrix, sumber kalsium terbaik abad ini. Masa mula mula beli tak nampak kesan sebab tak istiqamah. Tapi laa ni dah nampak sangat kesannya. Alhamdulillah. Apa kesannya? Sebagai menjalankan tugas weekend wife, saya perlu travel balik ke Batu Gajah. Oleh kerana saiz badan yang berisi, duduk lama di dalam ETS telah menjadikan kaki saya membengkak (water retention). Alhamdullilah. Sejak konsisten ambil Ostematrix, masalah saya sangat minima. Jarang sekali dah kena masalah ni. Begitu juga dengan masalah cramping. Kalau dulu, selalu sangat kena. Sampai tak lena tidur. Sekejap sekejap terjaga.. Ada lagi ada lagi, masalah mood swing ketika musim PMS datang menjelma pun dah tak ada lagi dah. Miracle rasanya. Dulu tak rasa ada apa perubahan, tetapi bila ambil dengan konsisten dan istiqamah, segalanya berubah dengan sekelip mata. Alhamdullilah. Ada perubahan dan banyak perubahan yang membantu saya untuk sihat demi suami dan juga terutamanya mak dan abah saya!!!

Omega Guard pun saya ambil juga untuk mengimbangkan pemakanan tidak sihat yang kadang kadang terambil atau sengaja ambil juga?? Hehehhe. 

Kesimpulannya? Kalau dah beli sesuatu ubat atau vitamin makanlah dengan konsisten dan istiqamah. Dengarlah nasihat SID anda dengan betul. Jgn dia kata makan macam A, anda makan macam Z. Carilah SID yang benar benar dapat membantu dan membimbing anda seperti saya!! Pilihlah sumber yang diluluskan oleh KKM sahaja dan halal.

Ini cerita saya akan bersambung lagi di masa akan datang. Insyallah..


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Your Shaklee Independent Distributor
Azira Abu Bakar
- SMS/ Wassup/ WeChat/Call @ 0133639553

With love,
Azira AB





Sedekah - Inisiatif & Kreativiti

Sedekah..

Apa itu sedekah? Boleh baca di SINI.

Berilah berapa pun yang kita mampu. Sedekah yang paling bagus adalah sedekah di saat kita sendiri berada dlm kesusahan kesempitan.

Seringkali, wang kertas RM 1 dan RM 5 menjadi popular di mana mana tabung yang kelihatan di depan mata. Tak begitu? Tapi sekurang kurangnya hati kita masih mulia untuk bersedekah walaupun kita selalu berkira kira samaada baki yang ada cukup untuk kita dan keluarga atau tidak. Saya pun begitu.. :(

Sedekah yang paling baik adalah terhadap ahli keluarga sendiri (rasa saya). Tapi sedekah tidak semestinya dlm bentuk wang ringgit sahajakan? Apa sahaja asal memberi manfaat pada penerimanya..

Jom tengok, sedekah dan kreativiti yang boleh kita lakukan bila bila masa dan di mana sahaja kita berada! Sumber di perolehi dari Group Wassup 


1. Belilah beberapa buah kerusi atau bangku dan letakkan d dalam masjid. Supaya dapat diguna orang yg ingin memakainya disaat solat (amalan biasa di masjid masjid negara arab & mekah dan juga madinah).

2. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air di luar rumah utk kucing kucing yg datang..

3. Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji atau upah jerih payahmu, untuk disumbangkan kpd anak yatim dan orang miskin.

4. Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet utk diberikan kpd mereka yg memerlukan

5. Letakkanlah di kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil ke dalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu dan sedekahkan wang tersebut. Lakukanlah ini pada setiap bulan.

6. Jika engkau hadir dlm acara keramaian (keluarga dan kerabat atau sahabat), belilah 1 atau 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kpd orang-orang yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak kanak dsb).

7. Jika kamu membeli barang dari peniaga peniaga kecil, kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah)

8. Belilah mushaf (AL QURAN ) letakkan disalah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya.

9. Berikanlah perasaan gembira kpd setiap orang, khususnya kpd mereka mereka yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.

10. Lemparkanlah senyuman kepada orang yg kamu temui, berilah salam kpd orang yg duduk,  dan bertuturlah dgn ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.

11. Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yg telah berbuat jelek kepadamu dari menghibahi, mengadu domba dan menzalimimu.

12. Sedekahkan Al -Fatihah kpd kedua ibubapa kita, sahabat sahabat dan kenalan kenalan kita yg telah meninggal

13. Kirimkan pesanan ini ke semua kenalanmu

gambar - carian di google, myblogsantai.blogspot.com

Mudahkan? Jom jadikan amalan kita seharian! Sedekahlah apa sahaja yang kita mampu asal memberi manfaat kepada penerimanya. Sedekahlah walau hanya dengan sekuntum senyuman

With love,
Azira AB
posted from Bloggeroid

Work Station @ Home

My work station at home sweet home...

Jangan jadikan halangan sebagai alasan untuk tidak mencuba.
Jangan jadikan halangan sebagai alasan untuk terus berangan angan
Jangan jadikan halangan sebagai alasan untuk berkata tidak
Jangan jadikan halangan sebagai alasan untuk gagal meneruskan langkah
Jangan jadikan halangan sebagai alasan untuk berhenti dari berusaha

Jadikanlah halangan sebagai pemangkin semangat untuk terus bangkit dan berjaya!
Halangan bukanlah alasan.
Halangan bukan juga satu kegagalan!

Halangan adalah titik mula suatu cerita untuk kaki terus melangkah mencapai cita cita.

mana mana pun boleh buat kerja..



Promo Shaklee September 2014


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalam dan Salam Sejahtera semua.. !!!

Just nak story yang bulan ni bulan promo berganda dari Shaklee iaitu untuk MEAL SHAKES dan COLLAGEN POWDER . Jom tinjau tinjau ..

COLLAGEN POWDER SHAKLEE - BUY 6 FREE 1

Dengan pembelian 6 kotak Collagen Powder Shaklee yang mengandungi 15 sachet di dalamnya anda akan dapat :-
  • Percuma Satu Kotak Collgen Powder Shaklee yang bernilan RM 200+++
  • Percuma Postage bernilai RM 10
  • Percuma keahlian seumur hidup yang bernilan RM 65
  • Bonus menanti pada bulan hadapannya bernilai RM 100+++
  • Dan yang pastinya, anda akan kelihatan lebih muda dari usia dan Insyallah dikurniakan kesihatan yang baik... 
Promo buy 6 free 1 Collagen Powder Shaklee

Yang ni promo dari saya sendiri.
Dengan pembelian 3 kotak Collagen Powder Shaklee, anda akan dapat keahlian percuma dari saya bersama pengeposan percuma dan hadiah misteri dari saya untuk anda!!!
Tunggu apa lagi.. meh contact saya cepat ya. Promo berakhir hingga 30 September 2014.

Promo dari saya


MEAL SHAKES SHAKLEE - BUY 3 FREE 1

Okay, yang ini gabungan Promo Shaklee dan saya sendiri. 
Dengan pembelian 3 MEAL SHAKES SHAKLEE, anda akan dapat percuma satu tub lagi bersama dengan hadiah misteri!!!


Jangan lepaskan dua dua peluang promo berganda ini. Jarang jarang ada tawaran sebegini. Promo berganda, penjimatan pun berganda ya.. Boleh hubungi saya dengan segera!. Konsultasi adalah percuma ya..


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Your Shaklee Independent Distributor
Azira Abu Bakar
- SMS/ Wassup/ WeChat/Call @ 0133639553

With love,
Azira AB

Testimoni Meal Shakes Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalam & Salam Sejahtera semua... 

Hari ni punya cerita masih mengenai MEAL SHAKES.. Nak tunjuk tertimoni satu pelanggan saya yang bermula dengan mencuba cuba sahaja untuk beri anak dia makan MEAL SHAKES. Tup tup dah jadi pelanggan setia kepada MEAL SHAKES. Sebab dah nampak khasiatnya pada kesihatan anak tersayang. Anaknya tidak berselera makan dan memilih milih makanan. Jadi dengan mengamalkan MEAL SHAKES ni, nutrisi dalam badan anak dia Alhamdullillah lengkap dan membesar bagai johan! Gambar kat bawah ni testimoni dari dia. Dia ambil peluang untuk ambil satu set sempena buy 3 free 1 promo ni. Tak rugi sebab penjimatan harga yang berganda2.. Nak tahu apa penjimatannya? Bolehlah hubungi saya ya.


Testimoni Meal Shakes

Pastu nak cerita pasal Manna atau dalam nama sains dia adalah Accacia Gum. Untuk maklumat lanjut boleh ke link ni ya .. CUKAKURMA. Manna ni adalah sejenis makanan yang ada di sebut dalam AL Quran. Ianya mengandungi kandungan fiber yang sangat tinggi. Fiber yang tinggi membantu kita dalam masalah kekurangan pengambilan serat dalam diet seharian kita. Manna ni adalah salah satu bahan yang terkandung dalam MEAL SHAKES SHAKLEE. Nampak tak khasiatnya? Sebab tu yang ada masalah sembelit digalakkan mengambil MEAL SHAKES SHAKLEE ni.

manna, bahan yang terkandung dlm MEAL SHAKES SHAKLEE

Set untuk anak anak anda! Bekalkan nutrisi lengkap dalam diet seharian mereka dengan MEAL SHAKES SHAKLEE. Bina perkembangan minda mereka dengan OMEGA GUARD SHAKLEE!!! Untuk belian terus set di bawah tanpa melalui saya  boleh beli di sini ya.. 
Click -> SET ANAK ANDA


Cerita tentang promo pula, PROMO SEPTEMBER 2014. Setiap belian 3 tub MEAL SHAKES anda akan dapat satu tub MEAL SHAKES secara percuma dan juga hadiah misteri menanti anda!!


Jom.. jgn nanti nanti lagi.. Nanti habis promo ni rugi tau. Melepas penjimatan berganda. Tambahan lagi ianya sangat sesuai untuk anak anak anda, golongan remaja dan dewasa mahupun warga emas!




Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Your Shaklee Independent Distributor
Azira Abu Bakar
- SMS/ Wassup/ WeChat/Call @ 0133639553

With love alwiz.. 
Azira AB


Cinta Buat Kali Kedua

Bismillahirrahmanirrahim..
Agak agak bosan tak baca pasal Shaklee je? Kalau tak bosan boleh teruskan membaca mengenainya. Jika ada sebarang pertanyaan mengenai Shaklee boleh tanya saya..:)

Kalau agak agak boring meh baca karya kreatif saya ni. 

Dulu cita cita nak jadi novelis. Tapi masih belum tertunai hasrat di hati nampaknya.. Ya lah, nak menulis ni bukannya semudah menaip ABC di papan kekunci. Perlu ada pengetahuan, perlu ada idea dan juga mood. Malah perancangan juga perlukan? Kerja tanpa perancangan maka jadilah karya kreatif seperti ini yang entah ke mana plot juga arah dan tujuannya...

Ada sebarang idea untuk saya? Let me know yea.. :)
Jom baca..

------------------------------------------
QASDINA IZZATI melangkah perlahan menuruni anak tangga di Gate B menuju ke platform dua untuk menaiki ETS (Electric Train Services). Perjalanan yang destinasi terakhirnya adalah Ipoh ini akan memulakan perjalanan pada jam 5.35 petang nanti. Sambil melangkah, anak matanya mencari-cari label Koc D seperti yang tertera pada tiket yang berada di pegangan tangannya. Tiketnya memberitahu yang tempat duduknya adalah di 10A, berlokasi di sebelah tingkap. Dia terus meletakkan beg di tempat yang disediakan setelah mengeluarkan novel yang dirancang akan dibaca sewaktu dalam perjalanan nanti berserta dengan sebotol air mineral.
“Aggghhh!!! Leganya dapat duduk dan bersandar ... Alhamdullillah” Qasdina berkata kata dengan dirinya usai melabuhkan punggung di tempat duduk yang disediakan.
          “Alhamdullillah. Semoga perjalanan aku hari ini di permudahkan olehNYA”. Qasdina berbisik di dalam hati. Setelah merasa selesa dengan tempat duduknya dia mula membuka novel yang berada di tangan. Bacaan demi bacaan sehingga terasa letih di mata dan tegang urat leher dia menutup novel dan matanya terarah pula kepada pemandangan di luar tingkap. Pemandangan hijau dan langit yang cerah cukup mendamaikan hati hatinya. Tempat duduk sebelah yang kosong direnung. Seronok sebenarnya apabila tiada penghuni di tempat duduk sebelahnya sehinggalah pengumuman dibuat oleh petugas ETS yang menyatakan stesen berikutnya adalah Tanjung Malim. Tempat duduk di sebelahnya telah dihuni. Sekilas dia menjeling ke arah pemuda tersebut.
“Uhhh comelnya”.. Hatinya berbisik sendiri. Comel pada Qasdina adalah seorang yang kacak dan sedap mata memandang. Mata seakan akan mahu terus membelek wajah lelaki itu tetapi tetap dia sedari yang pandangan mata perlu dijaga daripada melihat sesuatu yang tidak elok di pandang.  
“Macam gaya student je”. Dia mengomel sendirian dan kembali mengalihkan pandangan semula ke luar tingkap kerana rasa tidak berminat untuk menegur dan berbual dengan teman di sebelah.  
Sebaik sahaja Qayyim Irfan melangkah ke tempat duduknya yang bernombor 10B, matanya tertancap pada wajah penghuni di sebelah tempat duduknya dan ada debar yang tidak ketara di pandangan. Namun beg galas yang disandang terus diletakkan di tempat yang telah disediakan oleh pihak ETS.
“Ahhh.. kenapa sama pula beg aku dengan minah sebelah ni”, katanya di dalam hati tapi tetap meletakkan beg tersebut dengan yakin yang dia tidak akan terlupa yang mana satu beg kepunyaanya. Begnya terasa berat utk dipegang sepanjang perjalanannya ke Ipoh kerana ada komputer riba dan buku buku rujukan yang di pinjam dari perpustakaan universiti. Dia terus duduk dan menyandarkan tubuh di kerusi yang sedikit empuk itu lantas memejamkan mata. Di dalam lena dia seakan akan bercakap dengan seseorang. Tidak terlalu kuat dan tidak juga terlalu perlahan. Namun masih mampu didengari oleh Qasdina dengan jelas butir bicaranya.
Kenapa macam ni Nurul? Apa lagi yang Nurul nak Irfan buat?”
“Apa lagi yang tak kena? Kenapa kita kena berpisah?”
“Bukan lama lagi kita kena tunggu. Sampai Irfan habis belajar je. Dua tahun bukan lama sayang. Pejam celik sampailah masanya”.
“Tolonglah jangan macam ni.. kita bukan kenal setahun dua.. sejak sekolah lagikan”
“Please Nurul... Please... Don’t do this to me. Please!!!”
“Please don’t go Nurul...” Irfan terasa sebak. Ada titisan air mata yang menuruni perlahan dari matanya.
“Awak, awak... bangun” dia terdengar suara Qasdina menegur sambil menggoyangkan bahunya. Irfan bangkit dari lena bila terasa ada tangan yang mengoyangkan bahunya. Sebaik sahaja mata terbuka dia terus melemparkan pandangan pada Qasdina dengan sedikit senyuman.
            “Sorry sebab menganggu awak. Thanks ya sebab kejutkan saya”.
         “Tak apa.. awak mengigau dalam tidur tadi. Nah tisu.. lap air mata awak tu”. Qasdina menghulurkan sehelai tisu berjenama Royal Gold kepada Irfan.
            “Thanks. Saya Irfan.. Qayyim Irfan” Irfan memperkenalkan diri sambil mengambil tisu yang dihulur oleh Qasdina. Dia terus mengeringkan air mata yang membasahi pipinya. Dalam diam Irfan berasa malu dengan Qasdina. 
            “Qasdina” Qasdina memperkenalkan diri tanpa menyebut nama penuhnya. Terus masing masing mendiamkan diri. Lidah kelu seribu bahasa. Bagaikan ada debar di dalam diri masing masing yang seakan mengunci bibir dari terus berkata kata. Lalu Qasdina melemparkan kembali pandangan ke luar tingkap. Irfan pula kembali memejamkan mata sambil bibirnya mengalunkan bacaan tasbih secara perlahan. Mencari damai di hati setelah mimpi yang sama kembali berulang walau puas dia membuang jauh nama dan wajah Nurul dari hati dan juga ingatan. Nurul yang pernah menjadi penghuni di ruang hatinya dan mereka telah berkasih sayang dalam tempoh yang agak lama.
        “Stesen berikutnya Batu Gajah. Stesen berikutnya Batu Gajah”. Pengumuman di sampaikan oleh petugas yang bertugas di dalam ETS. Qasdina lantas bangkit dan meminta laluan dari Irfan untuk keluar dan mendapatkan beg. Setelah mencapai beg yang diyakini miliknya dia terus berlalu tanpa menoleh. Dia sedikit gusar dengan beg yang diambil kerana beg dia dan Irfan sama. Tapi ditetapkan hati dan terus dibawa pergi tanpa menoleh lagi. Dia bimbang untuk menoleh ke arah Irfan. Bimbang sekiranya jatuh cinta kali kedua.
“Ah.. Hati wanita memang mudah tertarik pada yang sedap mata memandang” desisnya di dalam hati sambil terus berlalu keluar dari tren.
Irfan berjalan mundar mandir di lobi stesen keretapi Ipoh sambil menunggu abangnya untuk datang menjemput. Sedikit gelisah kerana telah menunggu agak lama. Tidak lama kemudian kedengaran lagu Ya Allah nyanyian kumpulan Wali berkumandang dari telefon bimbitnya. Terus dia menarik alat itu dari kocek seluar.
            “Assamualaikum Ifan, abang ngah ada kat luar ni” suara abangnya kedengaran di hujung talian dan talian tiba tiba di letakkan terus tanpa sempat dia menjawab salam.
            “Perangai tak pernah berubah abang aku ni” dia mengomel sendiri sambil berjalan keluar dari stesen dan mencari cari kereta milik abangnya. Kadang kadang dia balik ke rumah ibubapanya dengan memandu sendirian dari Tanjung Malim ke Ipoh. Kalau terasa malas dia akan naik keretapi saja dan meminta tolong sesiapa dari kalangan ahli keluarganya mengambilnya dari stesen keretapi. Selalu yang menjadi mangsa adalah abang ngahnya, Saufi.
“Lama Ifan balik kali ni?” Saufi bertanya sebaik sahaja Irfan menutup pintu kereta Honda Accord miliknya itu. Irfan tersenyum sambil memandang abangnya.
“Macam biasalah .. Isnin Ifan balik lah. Ada kelas petang. Kenapa bang ngah?”

“Tak ada apa.. saja tanya”. Saufi terus memacu kereta ke arah jalan besar menuju ke rumah keluarga mereka di Gunung Rapat, Ipoh. Sebaik sahaja sampai di rumah dia terus mendapatkan mak dan ayahnya. Bertanya khabar dan berbual dengan mereka mengenai apa sahaja isu sambil menjamah masakan yang emak masak khas untuknya. Itu adalah rutin hidupnya walaupun dia balik ke rumah hampir setiap minggu. Irfan kemudian memohon untuk membersihkan diri. Setelah selesai semua urusan dia merebahkan diri di atas tilam empuk yang sentiasa dirindui bila berada di UPSI. Mulutnya terkumat kamit melafazkan ayat ayat suci Al-Quran. Irfan cuba memejamkan mata. Namun ada raut wajah Qasdina yang sedang tersenyum menghiasi mindanya. Wajah Qasdina dan Nurul datang silih berganti. Dia cuba mengusir wajah wajah tersebut dengan membasahkan bibir dengan tasbih dan zikir juga selawat. Kelopak mata kian letih dan Irfan membawa diri ke alam mimpi...  
bersambung di lain episode
nama nama watak, meminjam nama adik adik saya yang sentiasa di dalam ingatan setiap masa..

Ada apa dengan Collagen?

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum & Salam Sejahtera!!

Bulan ini bulan cinta.. bulan hebat... :) 
Promo MEAL SHAKES,BELI 3 PERCUMA SATU
Promo COLLAGEN POWDER SHAKLEE, BELI 6 PERCUMA SATU
Promo berganda umpama rindu awak 200%.. hehehe

Hari tu dah terangkan mengenai MEAL SHAKES.
Sat ni meh kita sembang sembang pasai Collagen pula ya! 
Apa itu Collagen?

Collagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protein di dalam badan.. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.

Sebelum kita tengok lebih lanjut mengenai Collagen Powder Shaklee ni, mari kita tengok apakah kesan kehilangan Collagen terhadap tubuh badan kita. Jadi baru kita tahu betapa peri pentingnya Collagen ini!!!

kesan kehilangan kolagen dalam badan

Jom baca sepintas lalu kesan kehilangan kolagen ini..


RAMBUT menjadi kering dan bercabang bercabang di hujungnya
WAJAH akan hadir garis2 halus dan kedutan di muka
KULIT muka, lubang pori pori akan menjadi besar, hadir jeragat hitam dan bintik2 di wajah
RISIKO untuk mendapat Osteoporosis
MATA akan mula kabur, lingkaran gelap di mata semakin menjadi jadi
GIGI, segala macam penyakit gigi seperti gusi berdarah, ulser mulut dsbg
PAYUDARA hilang keanjalan
ORGAN dalaman kurang berfungsi
KUKU mudah pecah dan pudar
MENYUKARKAN pergerakan sendi anda

Macam macamkan kesan kehilangan kolagen ni? Jadi, sebab itulah perlunya mengambil Collagen Powder Shaklee sebagai makanan tambahan kita. Apa hebatnya? Apa bezanya dengan kolagen yang lain yg ada dipasaran. 

Ianya adalah kerana bahan bahan segar, semulajadi dan berkhasiat di dalamnya:-

  1. Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen,kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
  2. Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.
  3. Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja. [1box mengandungi 15 uncang]

Manakala ianya terbukti dapat :-

  • Meningkatkan kelembapan kulit ~ 90%
  • Mengurangkan kekasaran & kekeringan ~ 75%
  • Meningkatkan dalam penampilan keseluruhan ~ 71%
  • Meningkatkan kelembutan & kelicinan ~ 69%
  • Meningkatkan pemakaian kekal mekap ~ 60%
  • Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti ~ 55%
  • Meningkatkan ketebalan rambut ~ 54%
  • Meningkatkan keserian, tona & warna kulit ~ 50%
  • Mengurangkan garis-garis halus & kedut-kedutan


Ada pula faedah tambahan ya.. dapat menyokong kesihatan sendi dan juga menguatkan tulang. Di samping membantu mengekalkan otot di dlm mata supaya lembut.

Bulan istimewa September 2014, Promo belian 6 kotak COLLAGEN POWDER SHAKLEE akan mendapat manfaat seperti berikut

  • KESIHATAN DAN NAMPAK LEBIH MUDA PASTINYA 
  • KEAHLIAN PERCUMA SEUMUR HIDUP 
  • BONUS TUNAI PADA BULAN HADAPAN 
  • PERKHIDMATAN POS PERCUMA
  • SATU LAGI KOTAK PERCUMA BERNILAI RM 200+++

Tertarik dan menarik? Tunggu apa lagi? Jom cari saya.. ada yang menarik menanti anda!!!

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Your Shaklee Independent Distributor
Azira Abu Bakar
- SMS/ Wassup/ WeChat/Call @ 0133639553

With love,
Azira AB