Set Cantik Shaklee - Anda Akan Kelihatan Awet Muda

Vitamin C dan Vitamin E untuk penjagaan kulit.

Tahukah anda? Sekiranya Vitamin C Shaklee dan Vitamin E Shaklee diambil secara konsisten setiap hari, ia sangat membantu anda untuk mendapat kulit muka yang kelihatan lebih muda dan menawan serta mendapat tekstur kulit yang cantik. 

Ini kerana Vitamin E Shaklee membantu dalam melambatkan proses penuaan. Manakala Vitamin C Shaklee pula merangsang pengeluaran kolagen di samping mengurangkan garis garis halus yang tidak diingini.. 


Ini adalah cerita benar saya sendiri! Ada orang cakap saya kelihatan muda mcm 20+++. Padahal dah saya dah berusia 38 tahun... 



Meh tengok lebih lengkap sedikit bagaimana Vitamin C Shaklee dan Vitamin E Complex Shaklee ini membantu anda untuk kelihatan muda!

Vitamin C Shaklee : 

Penting untuk pembentukan kolagen. Pengambilan vitamin C konsisten membantu anda dapatkan kulit yang tampak lebih cerah, ianya juga melambatkan proses penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi dan ini membantu mengurangkan kejadian jeragat.

Vitamin E Shaklee: 

Juga terkenal sebagai vitamin awet muda sebab ianya dapat membantu keseimbangan hormon dan dapat mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Justeru itu penting untuk mereka yang bermasalah kulit berminyak dan berjeragat.


Segera hubungi saya di 0133639553 untuk mendapatkan Vitamin E dan Vitamin C ini! Terhangat di pasaran!

GOUT, BAGAIMANA MENGURANGI KESAN SERANGAN?


gambar-carian di google


BAGAIMANA MENGURANGI KESAN SERANGAN?



Gout iaitu sejenis penyakit sendi, sering dianggap penyakit biasa yang tidak serius dan mengancam nyawa. Golongan berisiko tinggi menghidap penyakit itu ialah mereka yang berusia lebih 40 tahun.

Pengumpulan asid urik, gemuk, tekanan dan kerosakan buah pinggang antara penyebab gout yang lazimnya lebih ramai dihidapi lelaki berbanding wanita.

Bagi mengurangkan kesan serangan gout dan menikmati kehidupan lebih baik, berikut disertakan tujuh panduan yang boleh diamalkan bagi mengelakkan masalah gout.

1) Kekalkan hidrasi


Mengekalkan hidrasi dalam tubuh amat penting bagi semua orang dan bukan hanya tertumpu kepada mereka yang mempunyai penyakit gout. Badan manusia kebanyakannya terdiri daripada air dan air yang diperlukan bertanggungjawab mengepam toksin dalam badan dan membawa nutrien kepada sel tubuh. Dalam kes berkaitan gout, asid urik yang berlebihan akan membina sendi yang menyebabkan serangan penyakit itu dikumuhkan dalam air kencing. Jadi, apabila tubuh terhidrat, ia mampu mengusir asid urik dengan kerap kencing supaya ia tidak akan terkumpul di dalam sendi

2) Elak minuman keras

Alkohol akan menyumbang kepada masalah dehidrasi dalam badan. Apabila protein daripada yis di dalam bir dipecahkan ia akan tercipta asid urik. Serangan gout akan semakin serius jika berlaku dehidrasi. Banyak alkohol diperbuat daripada yis. 

3) Elak beli ubat gout di kaunter

Ada beberapa jenis ubat-ubatan gout yang perlu dielakkan. Paling lazim dijual ialah aspirin dan diuretik iaitu ubat membantu membuang air daripada badan.

Aspirin dikesan boleh menyebabkan paras asid urik dalam badan menjadi tinggi dan boleh menyebabkan lebih banyak serangan gout. Diuretik pula berfungsi membuang air daripada badan. Cuma air yang sama bagaimanapun diperlukan untuk melupuskan asid urik yang berlebihan. Jika doktor menasihatkan supaya pesakit mengambil aspirin dalam dos rendah setiap hari atau diuretik untuk masalah jantung, orang itu perlu terus mengambil ubat berkenaan kecuali mereka dinasihatkan untuk berhenti. Pesakit gout dinasihatkan menghapuskan penyebab gout untuk mengurangkan serangan. 

4) Makan secara sihat

Makan dengan betul. Minum banyak air kerana ia sangat penting untuk pesakit gout. Ada diet khas untuk pesakit gout yang boleh mengurangkan beberapa jenis makanan yang mengandungi purine kerana bahan itu dipecahkan oleh badan sekali gus menyebabkan tahap asid urik meningkat. 
Cara terbaik mengurangkan pengambilan daging merah, mengelakkan alkohol dan memakan banyak tenusu rendah lemak, buah-buahan dan sayu-sayuran. Apabila seseorang itu diserang gout, doktor akan memberikan diet gout lengkap untuk membantu mengelakkan ia semakin meningkat. 


5) Mengekalkan berat badan 

Satu perkara penting bagi pesakit gout ialah mengekalkan berat badan. Jika gagal menyebabkan jumlah asid urik dalam badan juga meningkat.Mengekalkan berat badan yang sihat tidaklah sukar seperti yang difikirkan. Jika seseorang itu mengikuti semua panduan dan nasihat dalam senarai pemakanan sihat dengan betul, maka berat badan akan datang secara semula jadi. Cukup sekadar mengamalkan senaman sederhana, iaitu sesuatu yang juga baik untuk semua orang. 

6) Rehat Tidur

Cara pemulihan yang terbaik untuk tubuh. Mendapatkan rehat yang cukup adalah penting bagi penyakit gout kerana apabila tekanan meningkat ia akan membawa kepada lebih banyak serangan penyakit itu. Pengamal kesihatan juga bersetuju walaupun kita tidak menguap atau mengantuk tetapi jika perlu tidur, mereka patut lakukannya bagi merehatkan dan meredakan tekanan lebih cepat. 

7) Halia


Halia digunakan beribu-ribu tahun yang lalu untuk masalah sendi dan gangguan gastrousus. Penyelidikan menunjukkan ia berkesan mengurangkan kesakitan dan keradangan apabila digunakan dari masa ke masa kerana ada banyak ubat-ubatan disediakan di kaunter perubatan. Ubat-ubatan berasaskan halia boleh didapati dalam bentuk akar asli, serbuk mahupun dalam bentuk kapsul.


MINIMAKAN MASALAH ANDA DENGAN SET GOUT SHAKLEE!!!




Boleh dapatkan dari saya bila bila masa bersama dengan khidmat nasihat yang percuma!!!

Azira Abu Bakar
- SMS/ Wassup/ WeChat/Call @ 0133639553


Ayam Masak Masam Manis & Pedas



Ayam Masak Masam Manis & Pedas

Requested by En Suami. Untuk makan tengahari Ahad yang lalu. Saya masak sweet n sour mmg berkuah. Sebab En Suami kalau x berkuah mcm tak lalu hendak ditelan.. Hahahaa

Jom tgk resepi..

Bahan2

Ayam - 8 ketul besar
Bawang Besar - 2 biji potong bulat
Bawang Besar - 2 biji kecil didadu
Bawang Putih - satu labu di hiris
Halia - 3 inci, dihiris
Tomato -4 biji dibelah 4
Nenas Tin 2 gelung- di dadu besar
Lobak Merah 1 biji- dipotong memanjang
Cili Masak Hijau 5 biji- dibelah
Cili kering mesin - 5 susu besar (saya suka pedas)
Sos Tiram 2 sudu besar
Sos Tomato 2 sudu besar
Sos Cili 2 sudu besar
Minyak Masak
Tepung Jagung
Serbuk Kunyit
Garam
Air Panas

Cara2

Ayam digaul kunyit dan garam juga tepung jagung dan di goreng hingga masak. Ketepikan.

Tumis bawang potong bulat, bawang dadu, bawang putih, halia dan lobak merah hingga naik bau.

Masukkan cili kering mesin dan masak hingga naik minyak.

Kemudian masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato. Kacau sebentar. Kemudian tuang air panas untuk dijadikan kuah.

Masukkan nenas. Masak hingga mendidih dan kemudian masukkan tomato dan cili masak, biar dlm 5 minit.

Perasakan dengan gula dan garam.
Jika hendak pekat kuat, boleh diletak 1 sudu besar tepung jagung yg dibancuh dgn satu sudu air.

Setelah masak, tuang kuah masam manis ke atas ayam yg digoreng.

Sedia dimakan!!







posted from Bloggeroid

Manfaat Minyak Ikan - OMEGA GUARD SHAKLEE

17 Sebab Mengapa Anda Mungkin Perlu Lebih Omega-3  dalam Diet Anda


Omega-3 meredakan keradangan, memperbaiki otak dan juga untuk kesihatan jantung, mengekalkan kesihatan mata yang sihat, membantu anda untuk kurus, mengawal berat badan dan juga membantu anda hidup lebih lama (dengan izin Allah). 

Tiga jenis utama Omega-3 adalah asid alfa-linolenik (ALA), asid eicosapentaenoic (EPA) dan asid docosahexaenoic (DHA). Lemak ikan adalah sumber terbaik Omega-3 (Omega Guard Shaklee). Jika anda bukan jenis orang yang makan ikan, maka amat sukar untuk anda mendapatkan sumber Omega 3 melainkan dari makanan tambahan. Bagi golongan vegetarian, minyak flaxseed, minyak hempseed, alga dan benih chia adalah sebahagian daripada sumber-sumber alternatif terbaik Omega-3. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang manfaat termasuk Omega-3 (Omega Guard Shaklee) dalam diet anda.

1. Omega-3 Keep You Sharp

Ada sebab tertentu mengapa ikan yang disebut sebagai "makanan minda atau otak." Meningkatkan pengambilan Omega-3 (Omega Guard Shaklee) telah terbukti dapat meningkatkan kesihatan otak daripada semuda bayi hingga ke usia tua. Omega-3 (Omega Guard Shaklee) juga meningkatkan kesihatan otak dengan membantu untuk mengekalkan aliran darah yang baik (aliran darah ke otak) dan menyediakan struktur dan integriti untuk membran sel-sel di dalam otak anda.

2. Omega-3 Membantu Anda Kekal Kurus

Kajian menunjukkan hubungkait antara obesiti dan tahap rendah dalam pengambilan Omega-3 (Omega Guard Shaklee). Dalam satu kajian daripada 124 orang dewasa, mereka yang mempunyai tahap darah rendah kandungan Omega-3 (Omega Guard Shaklee) mempunyai BMIs lebih tinggi, ukuran pinggang dan pinggul juga tinggi  berbanding dengan orang dewasa yang mempunyai kandungan Omega-3 (Omega Guard Shaklee) yang lebih tinggi. Omega-3 (Omega Guard Shaklee) juga memberi kelebihan metabolime dan merangsang hormon yang membantu anda mengawal jumlah makanan yang dimakan dan membolehkan badan membakar lemak sebagai bahan api. Omega-3 (Omega Guard Shaklee) juga mampu menolak hormon kelaparan dan membantu meningkatkan hormon yang berkaitan dengan perasaan kenyang.

3. Omega-3 Boleh Mengurangkan Risiko Kanser tertentu 

Walaupun kajian masih di peringkat awal dan terdapat keputusan yang bercanggah, terdapat beberapa kajian yang mencadangkan Omega-3 (Omega Guard Shaklee) yang boleh membantu mencegah kanser tertentu - termasuk payudara dan kanser kolon. Dalam beberapa kajian, Omega-3 (Omega Guard Shaklee) membantu menghalang pertumbuhan garis sel kanser. Satu analisis baru-baru ini, mendapati kajian payudara mendapati wanita yang mengambil pemakanan yang paling tinggi Omega-3 (Omega Guard Shaklee) asid lemak mempunyai risiko 14% kurang untuk mendapat kanser payudara. 

4. Omega-3 Membantu Anda Hidup Lebih Lama (dengan izin Allah) 

Strok adalah punca keempat utama kematian di Amerika Syarikat, dan 80% daripadanya boleh dielakkan (dengan izin Alla). Selain daripada beratus-ratus kajian yang menunjukkan bahawa Omega-3 (Omega Guard Shaklee) membantu jantung anda sihat, beberapa kajian menunjukkan bahawa Omega-3 (Omega Guard Shaklee) boleh memainkan peranan dalam mencegah strok. Strok dianggap sebagai "serangan otak," yang bermaksud bahawa saluran darah ke otak tersumbat atau pecah, kedua-duanya bakal membawa kepada kerosakan otak. Omega-3 (Omega Guard Shaklee) membantu mengurangkan beberapa risiko penyakit yang boleh menyerang seperti strok, kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, kencing manis dan aterosklerosis. Menurut kajian Kesihatan orang dewasa yang lebih tua dengan tahap kandungan darah tinggi Omega-3 (Omega Guard Shaklee) mempunyai risiko yang lebih rendah untuk  mati kerana masalah koronari, seperti serangan jantung atau strok.

5. Omega-3 Meningkatkan Kesihatan Kulit 

Kajian menunjukkan bahawa makanan yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran boleh membantu melindungi kulit daripada sinaran matahari yang memudaratkan dan dari tanda-tanda penuaan dan kerosakan kulit. Omega-3 (Omega Guard Shaklee) juga memberi beberapa manfaat yang sama. Kerosakan kulit berlaku paling sering akibat pendedahan cahaya matahari. Satu kajian baru-baru ini mendapati bahawa asid lemak Omega-3 (Omega Guard Shaklee) membantu melindungi sel-sel kulit daripada kerosakan UV dari terdedah kepada cahaya matahari. Penyelidikan yang diterbitkan dalam Experimental Dermatology pada tahun 2011 melaporkan bahawa Omega-3 (Omega Guard Shaklee) dapat membantu dalam mengurangkan photosensitivity, mengurangkan tindak balas imun berikut pendedahan matahari, serta pengurangan photoaging dan tekanan oksidatif akibat daripada pendedahan cahaya matahari. Omega-3 (Omega Guard Shaklee) juga memainkan peranan dalam membantu mencegah kanser kulit. 

6. Omega-3 Meningkatkan Kolestrol Baik dan Merendahkan Kolesterol Jahat

Diet dengan mengambil lebih Omega-3 (Omega Guard Shaklee) juga dengan mengurangkan pengambilan lemak tepu baik untuk menjaga (HDL) kolesterol baik manakala boleh mengekalkan tahap rendah (LDL) kolesterol rendah. Oleh itu adalah disarankan orang dewasa yang sihat makan sekurang-kurangnya 2 hidangan ikan (ikan sebaik-baiknya berminyak dari perairan sejuk) setiap minggu untuk mendapatkan kira-kira 500mg untuk 1g Omega-3 (Omega Guard Shaklee) sehari. Cara yang hebat untuk memenuhi cadangan ini adalah dengan menikmati sumber liar ikan salmon atau ikan kod. 

7. Omega-3 Meningkatkan Mood Anda 

Bukti menunjukkan bahawa Omega-3 (Omega Guard Shaklee) juga boleh membantu mengurangkan kemurungan dan lain-lain gangguan kesihatan mental. Kajian berasaskan populasi menunjukkan bahawa orang yang makan lebih banyak ikan dan makanan laut dan mempunyai diet yang tinggi dalam Omega-3 (Omega Guard Shaklee) telah mengurangkan risiko untuk mendapat kemurungan dan selepas bersalin. Dalam beberapa ujian klinikal,  telah mendapati bahawa suplemen Omega-3 (Omega Guard Shaklee) asid lemak boleh membantu mengurangkan risiko untuk beberapa episod psikotik di kalangan mereka yang mengalami skizofrenia. Satu kajian 2013 yang disiarkan dalam Farmakologi Manusia juga menunjukkan bahawa DHA mempunyai kesan positif terhadap tingkah laku agresif dan bertindak untuk membantu meningkatkan dan menstabilkan mood apabila individu adalah dalam keadaan terpaksa.

8. Omega-3 Mengurangkan Tekanan Darah 

Terdapat persetujuan saintifik penting bahawa Omega-3 (Omega Guard Shaklee) membantu mengurangkan tekanan darah anda. Kajian menunjukkan bahawa orang yang makan lebih banyak ikan mempunyai tekanan darah yang lebih rendah, berbanding dengan mereka yang tidak makan ikan. Omega-3 (Omega Guard Shaklee) membantu pembuluh darah lebih sihat dan juga lebih fleksibel untuk membantu mengawal tekanan darah. Keputusan percubaan kawalan secara rawak telah menunjukkan bukti yang tidak dapat dinafikan bahawa pengambilan Omega-3 (Omega Guard Shaklee) boleh menurunkan tekanan darah. Perubahan ini adalah yang paling berkesan dan paling ketara dikalangan orang-orang yang mengalami tekanan darah tinggi. Walau bagaimanapun mereka yang tidak mempunyai tekanan darah tinggi masih akan mendapat manfaat daripada pengambilan Omega-3 (Omega Guard Shaklee). Satu kajian baru-baru ini juga mendapati bahawa mengambil dos yang tinggi dari makanan tambahan minyak ikan membantu melindungi jantung daripada tekanan yang berkaitan dengan kerja.



9. Omega-3 Bertindak sebagai Pelega Kesakitan 

Omega-3 (Omega Guard Shaklee) mempunyai keupayaan untuk menurunkan keradangan yang dikaitkan dengan sakit sendi dan otot dengan tidak mengambil ubat-ubatan steroid anti-radang (NSAID), seperti ibuprofen. Dalam satu kajian, 250 pesakit mengalami kesakitan kronik mengambil 1.2g DHA / EPA setiap hari. Keputusan mendapati bahawa 60% daripada peserta berkata bahawa kesakitan mereka bertambah baik, dan 80% berpuas hati dengan tahap peningkatan yang diterima daripada mengambil minyak ikan. Penulis itu merumuskan bahawa mengambil makanan tambahan EPA / DHA mungkin lebih selamat daripada NSAID untuk merawat kesakitan..

10. Omega-3 Meningkatkan Kesihatan Mata DHA 

Omega-3 (Omega Guard Shaklee) tertumpu di retina, makula dan kawasan-kawasan lain di mata, kajian menunjukkan bahawa DHA memainkan peranan penting dalam menjaga penglihatan supaya kekal sihat. Malah, DHA mewakili 93% daripada lemak Omega-3 (Omega Guard Shaklee) dalam tisu mata. Beberapa kajian menunjukkan bahawa suplemen DHA boleh meningkatkan kadar keberkesanan visual di kalangan bayi pra matang. Kajian dikalangan orang dewasa yang lebih tua telah mendapati bahawa DHA bersama-sama dengan karotenoid, lutein dan zeaxathin, boleh memainkan peranan dalam melindungi  degenerasi makula yang berkaitan dengan usia, yang merupakan punca utama kebutaan warga emas. 

11. Omega-3 Melawan Kedutan dan Keradangan Kronik, 

Keradangan sistemik dikaitkan dengan pelbagai penyakit dan syarat, mulai dari penyakit jantung, arthiritis, isu-isu bronkial, penyakit keradangan usus dan tanda-tanda penuaan yang cepat, seperti kedutan. Kajian menunjukkan bahawa apabila mengambil Omega-3 (Omega Guard Shaklee) yang tinggi, badan akan mempunyai pengeluaran yang meningkat daripada agen anti-radang yang membantu untuk menolak tindak balas radang badan. Omega-3 (Omega Guard Shaklee) menghalang pengeluaran hormon pro-radang. 

12. Memudaratkan  Trigliserida Tinggi 

Kandungan Omega-3 (Omega Guard Shaklee) yang lebih rendah boleh membawa kepada gangguan metabolik, pankreas dan penyakit jantung. Persatuan Jantung Amerika menyarankan 2-4 g EPA / DHA yang diambil setiap hari, di bawah penyeliaan perubatan, untuk menurunkan trigliserida tinggi. Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam Annals Pemakanan dan Metabolisme, dos yang tinggi DHA (dan trigliserida rantaian sederhana) mengurangkan trigliserida darah sehingga 50%. Jumlah kolesterol dan glukosa semasa berpuasa juga menurun. Untuk mendapatkan lebih daripada 1 g Omega-3 (Omega Guard Shaklee) setiap hari, makanan tambahan atau makanan diperkaya Omega-3 (Omega Guard Shaklee) umumnya perlu diambil. Apabila memilih makanan tambahan minyak ikan, carilah jenama yang terkenal untuk memberikan produk berkualiti tinggi. Apabila menambah makanan tambahan kepada diet anda, berundinglah dengan doktor anda!

13. Omega-3 Meminimakan Masalah Asma 

Penyakit asma telah dikaitkan dengan pelbagai faktor alam sekitar dan pemakanan yang boleh bertindak sebagai pencetus masalah. Beberapa kajian menunjukkan bahawa orang yang menderita asma mempunyai tahap yang lebih rendah Omega-3 (Omega Guard Shaklee) berbanding dengan mereka yang tinggi kandunagn Omega-3 (Omega Guard Shaklee). Beberapa kajian menunjukkan bahawa diet yang kaya dengan Omega-3 (Omega Guard Shaklee) (dan lebih rendah dalam omega-6 asid lemak) meningkatkan kesihatan di kalangan mereka yang mempunyai asma. Omega-3 (Omega Guard Shaklee) juga boleh memberikan kelegaan untuk senaman yang disebabkan asma, keadaan di mana orang mengalami bronchoconstriction semasa latihan. Satu kajian baru-baru ini yang disiarkan dalam Perubatan Respiratori, melaporkan peningkatan 59% pada fungsi paru-paru dan mengurangkan keradangan saluran udara dalam peserta selepas mereka mengambil Omega-3 (Omega Guard Shaklee).


14. Omega-3 Meminimakan Sakit Sendi dan Kekakuan Artritis 

Artritis adalah "radang sendi," dan terdapat banyak bentuk dalam keadaan yang berbeza. Berita baik adalah bahawa artritis tidak lagi dianggap sebahagian daripada penuaan. Kajian menunjukkan bahawa menjaga sendi bergerak melalui aktiviti fizikal dan makan makanan yang kaya dengan antioksidan dan Omega-3 (Omega Guard Shaklee) boleh membantu mengurangkan radang sendi. Satu kajian yang diterbitkan dalam Artritis dan Reumatik, katanya pengurangan 20-25% daripada gejala artritis dalam peserta mengambil sekurang-kurangnya 2.6 g / hari daripada Omega-3 (Omega Guard Shaklee), berbanding dengan mereka yang mengambil plasebo. Dengan itu peserta dapat mengurangkan pengambilan ubat-ubatan tradisional, seperti NSAID (ibuprofen).

15. Omega-3 Meningkatkan Kesihatan Tulang 

Kajian, menunjukkan bahawa Omega-3 (Omega Guard Shaklee) boleh meningkatkan kepadatan tulang dan boleh membantu mengurangkan keretakan. Kesan-kesan anti-radang Omega-3 (Omega Guard Shaklee) yang telah ditunjukkan, merangsang aras penanda untuk sel-sel tulang membentuk manakala menolak sel-sel yang menggalakkan kehilangan tulang . Untuk meningkatkan kesihatan tulang anda, dengan meningkatkan pengambilan Omega-3 (Omega Guard Shaklee) dalam diet anda.

16. Omega-3 Mengurangkan Risiko Serangan Jantung 

Omega-3 (Omega Guard Shaklee) mengurangkan risiko untuk masalah seperti serangan jantung dan strok. Omega-3 (Omega Guard Shaklee) juga terlibat dengan mengekalkan denyutan jantung yang sihat dan irama untuk mengurangkan risiko aritmia jantung. Dalam satu kajian yang dilaporkan, lelaki yang mengamalkan pengambilan ikan salmon 1 kali atau lebih seminggu mengalami penurunan 50-70% dalam risiko mendapat serangan jantung. Selain itu, Kajian Kesihatan Pakar menunjukkan bahawa makan ikan sekali seminggu telah dikaitkan dengan risiko yang 52% lebih rendah daripada kematian jantung secara tiba-tiba berbanding dengan peserta yang makan kurang atau tidak ikan.


17. Omega-3 untuk Vegetarian 

Vegetarian yang tidak makan ikan atau makanan laut mempunyai masalah yang sukar untuk memenuhi kuota Omega-3 (Omega Guard Shaklee) mereka daripada sumber berasaskan tumbuhan sahaja. Berita baik untuk mereka adalah bahawa terdapat beberapa makanan tambahan yang boleh anda dapati yang berasaskan alga (bagaimana ikan dan makanan laut di bahagian bawah rantai makanan mendapatkan EPA dan DHA mereka). Minyak flaxseed, minyak hempseed dan benih chia adalah beberapa yang terbaik berasaskan tumbuhan.

==============================================

Walaupun promosi Omega Guard Shaklee sudah berakhir, anda masih boleh mendapatkannya dari saya dengan harga super special! Just pm saya di mana mana sahaja anda suka seperti alamat yang tertera di bawah !!!


Azira Abu Bakar
- SMS/ Wassup/ WeChat/Call @ 0133639553

Cara Mengurangkan Berat Badan Tanpa Diet!

Cara Mengurangkan Berat Badan Tanpa Diet!




Boleh ke mengurangkan berat badan tanpa diet?
Apakah itu diet sebenarnya??? Boleh baca DISINI YA!

Pada saya, untuk mengurangkan berat badan kena betul betul beriltizam dan istiqamah. Perlu juga mendapat sokongan dari ahli keluarga, kawan kawan dan sesiapa sahaja di sekeliling kita. 

Jom kita baca baca tips yang mungkin anda boleh guna pakai untuk menurunkan berat badan.

Memperlahankan Kunyahan Makanan

Melambatkan masa makan anda adalah satu tabiat yang hebat untuk mereka yang mengambil berat tentang makan secara  berlebihan. Amalan ini membantu mencetuskan pengeluaran hormon yang memberitahu badan anda bahawa anda telah kenyang. Dalam masa yang sama, anda juga boleh belajar untuk merasa dan menikmati rasa makanan tersebut dengan penuh bererti dan mengelakkan pembaziran!

Tidur Membantu Anda

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa tidur boleh memberi manfaat untuk menurunkan berat badan. Satu kajian dari University of Michigan menunjukkan bahawa hanya dengan melebihkan waktu tidur anda selama satu jam untuk satu malam tidur boleh mengurangkan 14 pound berat badan anda sepanjang setahun. Kajian lain menunjukkan bahawa kurang tidur boleh meningkatkan selera makan dan membuat anda lebih cenderung untuk makan terlalu banyak dan berlebihan pada waktu malam.

Pengalaman saya – yang ini memang membantu saya masa zaman menguruskan berat badan dahulu. Tidur selepas menunaikan solat isyak, mengurangkan keinginan untuk makan pada waktu malam. Berbanding jika kita berjaga hingga ke lewat malam. Tapi, boleh je kita makan makanan yang berkhasiat pada waktu malam. Seperti makan buahan, sayuran, cereal dan minum jus buahan. Janganlah makan burger pula!

Makan Lebih Sayuran

Pelbagaikan jenis sayur dalam hidangan anda. Mempunyai pelbagai pilihan bermakna anda lebih cenderung untuk makan lebih banyak sayuran ia adalah satu langkah ke arah penurunan berat badan yang berkesan. Sayur-sayuran mengandungi air dan serat yang mengisi keperluan kalori anda. Tapi, pastikan sayuran yang anda makan tidak disertakan dengan mayonis, santan, sos mentega atau apa sahaja yang menambahkan lagi kalori anda!

Pengalaman saya – Ini memang sangat berkesan. Pelbagaikan jenis sayuran terutama yang berwarna warni. Seperti kobis unggu, lobak, lada benggala tiga warna dan seangkatan dengannya. Sayur yang berwarna warni sangat berkhasiat!

Mulakan dengan Sup

Sup merupakan pilihan makanan permulaan yang terbaik sebagai pembuka selera dan hidangan utama. Dengan menikmati sup pada permulaan makan, membantu anda untuk berasa sedikit penuh dan akan ada rasa kenyang dengan lebih cepat selepas menikmati makanan lain. Tapi awas! Janganlah ambil sup yang berlemak, berkrim dan bersantan.  Anda boleh membuat atau menikmati sup seperti sup sayur yang dicampur dengan protein.

Pilih Seluruh Grains

Makan bijirin penuh pada sesuatu masa adalah satu lagi strategi yang boleh anda guna untuk menurunkan berat badan. Bijirin penuh termasuk beras perang, oat, barli, gandum hitam, dan gandum sangat baik untuk kesihatan dan juga mengenyangkan anda.

Memaparkan Pakaian Saiz Pilihan

Gantunglah pakaian idaman anda di depan anda.. Supaya ianya menaikkan semangat anda untuk menurunkan berat badan.

Pengalaman saya – ini sangat berkesan. Bagi yang betul betul berkeinginan untuk menurunkan berat badan. Dok aim nak pakai saiz s, akhirnya tercapai juga satu ketika dulu!

Membuat Pizza Sihat

Pizza bukanlah alasan untuk kita tidak berjaya menurunkan berat badan. Ianya bukanlah satu bencana alam kepada pemakanan kita. Apa yang perlu anda buat adalah menggantikan topping daging dengan sayur-sayuran dan dapat menjimatkan 100 kalori setiap hidangan. Anda juga boleh memesan bahagian yang lebih ringan keju atau keju kurang lemak atau tiada keju langsung. Kerak nipis dan kerak gandum adalah alternatif kepada pizza yang sihat.

Kurangkan Minuman Bergula

Sila jauhkan diri anda dari minuman berkarbonat. Anda akan dapat mengelakkan sekurang kurangnya 10 sudu teh gula jika anda menukar daripada air berkarbonat kepada air yang sifar kalori. Anda boleh menambah buah-buahan sitrus seperti lemon dan pudina untuk  menggalakkan rasa hendak minum air dan dalam masa yang sama boleh menjalani proses detox untuk badan anda.

Pengalaman saya- ini sangat berkesan masa saya dalam proses menguruskan berat badan dahulu. Setahun saya tidak mengambil langsung gula dan makanan bergula juga nasi, berjaya mengurangkan berat badan dari 110kg kepada 55kg.

Minum Teh Hijau

Amalkanlah penhambilan  teh hijau. Beberapa kajian menunjukkan bahawa teh hijau boleh meningkatkan metabolisme, mungkin melalui tindakan fitokimia dipanggil catechin. Teh hijau (tanpa gula) adalah minuman yang sihat dan menyegarkan yang mana sangat rendah kandungan kalorinya.

Makan Makanan Homemade

Orang yang berjaya dalam menurunkan berat badan mereka adalah mereka yang kerap makan. Cubalah untuk masak dan makan makanan tidak berlemak dan berminyak. Seperti ikan atau ayam panggang.  Sayuran yang direbus, di kukus atau di tumis tanpa minyak dan dimasak cuma dalam masa 2-3 minit.

Pengalaman saya- ini juga sangat berkesan. Makan malam saya biasanya sup sayur yang dimasak sekejap semasa dalam proses penurunan berat badan dahulu.

Kunyah Gula Gula Getah

Memasak makan malam selepas kerja, menghadiri satu pihak, menonton TV, atau melayari Internet adalah kali risiko berbahaya untuk anda kerap makan snek yang tidak wajar. Gula-gula getah tanpa gula dengan rasa yang kuat boleh membantu mengatasi kehebatan rasa makanan lain dan menyebabkan anda merasa kurang selera untuk makan makanan lain. Ini boleh menjadi satu strategi yang membantu untuk mengelakkan anda makan berlebihan..

Gunakan Hidangan kecil

Pilih pinggan yang lebih kecil. Kajian menunjukkan bahawa orang-orang makan lebih banyak apabila mereka menggunakan pinggan yang lebih besar. Cuba makan dari pinggan salad untuk menjimatkan sehingga 100-200 kalori sehari. Ini bersamaan dengan kehilangan berat 10-20 paun setahun!

Know Your Food Portions

Orang yang telah kurus sangat bagus dalam kawalan pengambilan saiz makanan. Sentiasalah  berhasrat untuk mengambil bahagian sederhana dalam apa jua makanan yang anda makan. Jika anda mula mengukur saiz bahagian makanan anda.

Gunakan Peraturan 80-20

Penduduk Okinawa mempunyai peraturan yang menarik dipanggil Hara Hachi Bu. Ini bermakna mereka makan sehingga mereka 80% penuh dan kemudian berhenti. Sebaliknya, orang Amerika cenderung makan sehingga mereka berasa disumbat dengan penuh baru berhenti dari makan. Anda boleh mengamalkan kaedah ini dengan menyajikan makanan daripada 20% kurang seperti biasa.

Tips untuk Makan Luar

a.       Kongsi  satu hidangan yang besar dengan orang lain. Penuhkan pinggan anda dengan sayur sayuran.
b.      Makan saiz hidangan untuk kanak kanak.
c.       Minta untuk diasingkan makanan untuk dibawa makan di rumah.

Memilih Sos Tomato Berasaskan

Pastikan pilihan sos pasta anda adalah dari Marinara dan bukan sos yang lemak dan berkrim. Secara umum, sos tomato mempunyai kurang kalori dan lemak daripada sos krim.

Bakar 100 kalori sehari.

Walaupun tabiat makan anda tidak berubah, membakar tambahan 100 kalori sehari boleh mengurangkan berat anda sebanyak 10 paun untuk jangkamasa setahun.
Aktiviti yang dapat anda lakukan untuk membakar 100 kalori adalah:-

20 minit berjalan kaki atau kerja rumput
30 minit membersih rumah
10 minit berjoging secara ringan

Raikan!

Raikan perubahan yang berjaya anda lakukan. Apabila anda telah melaksanakan langkah baru dalam pelan kawalan berat badan hadiahkan diri anda sendiri! Seperti membeli aksesori baru, keluar dengan kawan kawan atau apa sahaja yang tiada kaitan dengan makanan!

-----------------------------------------
Walaubagaimana pun, anda boleh mendapatkan Set Kurus Shaklee dari saya yang terdapat dalam pelbagai pilihan. Saya akan sesuaikan dengan keadaan budget anda! Saya boleh dihubungi seperti butiran di bawah:-





Your Shaklee Independent Distributor
Azira Abu Bakar
- SMS/ Wassup/ WeChat/Call @ 0133639553
With Love,
Azira AB

BADAK BERENDAM MODEN with love!



Badak berendam ni buat hari Khamis lepas.. Buat untuk orang demam. Sementelah ada inti kelapa lebihan ambil dari rumah mak masa Ramadhan hari tu. Letak dlm freezer tahan lama. Alhamdullilah.

Resepi? Sangat simple ya.. Tapi saya memasak biasanya guna apa sahaja yang ada di rumah. Tidaklah sampai kena cari barang wajib mcm santan dan sebagainya.

Tepung pulut, dalam 300gm
Air
Vanila
Pewarna. (Saya sukakan badak berendam yang bewarna!)
Inti kelapa

Bancuh tepung pulut bersama air dan vanila juga pewarna. Uli doh tersebut sampai boleh dibentuk dan digentel.
Ambil satu sudu kecil dan dilobangkan kemudian letakkan inti kelapa tersebut. Sebaiknya di gentelkan dulu inti kelapa tersebut.

Sementara menggentel panaskan air hingga mendidih dan kemudia rebuskan badak berendam tadi sehingga timbul ke permukaan. Maksudnya telah dimasaklah tu.

Oh ya.. Sebelum menggentel tadi, saya dah masak kuah badak berendam.

Susu cair satu tin
Tepung kastad 2 sudu besar
Gula satu sudu besar
Vanilla 1 sudu kecil

Kacau dengan api perlahan sehingga susu mendidih. Kena kacau ya dan tak boleh terlalu panas. Nanti susu pecah!

Lepas dah rebus badak berendam letakkan kedalam susu cair tersebut dan sedia dimakan! Enak dimakan ketika sejuk!

Masakan boleh dipelbagaikan ikut kreativiti kita. Kalau resepi asal badak berendam kena ada santan, daun pandan and etc. Kalau mak saya dia suka kukus gentelan badak berendam tersebut bersama santan. Tapi saya prefer rebus dan masak santan dan di gaul bersama!!














posted from Bloggeroid

PEROKOK & OMEGA GUARD SHAKLEE

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni nak cerita mengenai rokok. Suami saya juga perokok. Dulu agak tegar. Tapi sudah semakin berkurang. Alhamdullilah.. Ada kesedaran juga akhirnya setelah puas di ceramah.. hahahahha.. Jom baca!

PEROKOK & OMEGA GUARD SHAKLEE


                       OMEGA GUARD SHAKLEE boleh membantu anda secara semula jadi untuk berhenti merokok!


Sebelum membaca mengenai kajian Omega 3 dan perokok jom kita tgk dalam kategori manakah anda!

Setiap individu yang merokok mempunyai pelbagai jenis alasan kepada asap: seperti keseronokan, melegakan tekanan, mengawal berat badan, tekanan rakan sebaya.
Perokok mungkin mempunyai sebab-sebab yang berbeza untuk menyalakan api dan menghisap rokok, tetapi mereka ini semuanya  mempunyai satu persamaan; MEREKA HARUS BERHENTI. Anda mungkin boleh bermula dengan mencari punca mengapa dan bagaimana anda terjebak dalam kerjaya merokok! Jom kita tinjau yang mana satu adalah anda!

Credit info to http://www.health.com/health/

1. Merokok Untuk Kurus

Anda bimbang tentang berat badan anda. (Ketahuilah, anda tidak bersendirian: Lima puluh peratus daripada perokok wanita dan 25% lelaki perokok merasa pekara yang sama.)
Motivasi anda kepada asap terikat dengan imej badan anda, sifat itu terutamanya biasa di kalangan wanita. Anda biasanya seperti wanita yang diperingkat belajar di kolej dan university atau baru memulakan kerjaya..
Kenapa anda perlu berhenti merokok? Walaupun berat badan purata selepas berhenti adalah 4 hingga 10 pound, bekas perokok biasanya kembali ke berat badan yang normal.  Sebaiknya gunakanlah cara yang betul untuk menjaga dan mengawal berat badan anda.

2. Merokok Secara Mencuri Curi

Anda tidak boleh atau tidak akan meninggalkan tabiat merokok, tetapi anda malu, jadi anda mencuri curi merokok apabila keluarga dan rakan-rakan anda tidak berada di sekeliling.
Kenapa anda perlu berhenti merokok? Rokok mempunyai kesan yang besar terhadap kesihatan. Menurut satu kajian 2008, walau hanya dengan sebatang dua  rokok boleh menjejaskan fungsi arteri anda selama lebih dari seminggu.

3. Merokok Kerana Memberontak

Tidak seperti perokok yang licik, anda merokok kerana ia adalah tidak sihat dan bertentangan dengan peraturan. Seperti remaja yang memberontak dengan karenah ibu bapa atau pekerja yang tidak bersetuju dengan penyelia atasan mereka.
Kenapa anda perlu berhenti merokok? Menghisap rokok bagi anda umpama menunggang motor tanpa henti dan memungkinkan ada untuk berakhir dengan kemalangan dan kecederaan parah.

4. Perokok sosial

Anda hanya merokok dalam keadaan tertentu: di majlis social,  pada waktu malam, pada hujung minggu. Mungkin anda jenis yang agak keterlaluan dalam merokok pada waktu waktu begini, tetapi anda tidak menganggap diri anda seorang perokok sebenar. Anda tidak semestinya ketagih kepada nikotin, walaupun anda mungkin menjadi ketagih untuk merokok!
Kenapa anda perlu berhenti merokok? Merokok sosial adalah tidak baik untuk kesihatan anda, dan anda mungkin akan mendapat ketagih kepada nikotin. Dalam satu kajian 2005 yang diikuti pelajar kolej merokok secara social selama empat tahun mendapati bahawa 1/5 daripada mereka menjadi perokok harian.

5. Merokok kerana Tekanan

Anda salah seorang daripada 47% perokok yang mengatakan mereka menyalakan asap rokok untuk melegakan tekanan. Apabila anda berlumba-lumba untuk memenuhi tarikh akhir di tempat kerja, atau selepas anda telah bergaduh dengan pasangan anda, anda mencapai rokok dengan alasan ia dapat member anda ketenangan.
Kenapa anda perlu berhenti merokok? Anda mungkin berasa lebih tenang selepas rokok, tetapi tidak benar-benar tenang, menyebabkan petanda yang fizikal anda dalam keadaan stress. Yoga, meditasi, pernafasan dan senaman adalah cara-cara yang lebih sihat dan lebih berkesan untuk berehat, dan mereka boleh membantu anda dalam proses berhenti merokok.

6. Yang Berusaha untuk Berhenti Merokok.

Anda memberitahu diri sendiri bahawa setiap rokok yang anda hisap akan menjadi yang terakhir buat anda. Berhenti merokok dan gagal bagai sudah menjadi kebiasaan dalam diri anda. Anda telah mencuba segala-galanya tapi tidak juga Berjaya.  Anda salah seorang daripada 16% perokok yang, dalam satu kaji selidik, berkata mereka telah cuba untuk berhenti enam kali atau lebih.
Kenapa anda perlu berhenti merokok? Jangan sekali-kali berputus asa! Dalam pungutan suara, beberapa bekas perokok berhenti dan gagal lapan kali sebelum mereka akhirnya berjaya berhenti merokok!

7. Perokok Komited

Anda salah satu dari 16% di dalam pungutan suara yang berkata bahawa mereka tidak pernah cuba untuk berhenti. Anda tidak peduli jika anda merosakkan kesihatan anda, dan anda tidak peduli apa yang orang fikirkan mengenai anda. Anda suka merokok atau hanya semata-mata tidak boleh membayangkan hidup tanpa rokok.
Kenapa anda perlu berhenti merokok? Tabiat anda telah memakan belanja yang  beribu-ribu ringgit setahun, dan setiap rokok yang anda hisap mengurangkan jangka hayat anda sebanyak 11 minit. 

-------------------------------------------

APAKAH PUNCA ANDA MEROKOK &BAGAIMANA MENGATASINYA

Gejala-gejala pengeluaran fizikal nikotin adalah sangat sukar untuk diatasi, tetapi keinginan psikologi untuk merokok boleh menjadi lebih buruk lagi. Untuk anda berjaya berhenti merokok, adalah sangat penting untuk mengetahui punca pencetus kepada keinginan anda untuk sentiasa mencari rokok dan lalu memikirkan cara untuk meredakan keinginan merokok tersebut.
Menurut pakar perubatan ketagihan rokok, Michael Miller; merokok adalah satu tabiat yang  sukar untuk diberhentikan secara mengejut dan serta merta kerana ia telah menjadi satu kebiasaan yang berulang ulang. Mari kita tengok punca anda merokok dan bagaimana mengatasinya?

1.Makanan

Bagi kebanyakan perokok, merokok selepas makan adalah salah satu nikmat  yang tidak dapat diungkapkan dengan kata kata. Keinginan untuk merokok serta merta selepas makan adalah sangat membuak buak dan melonjak lonjak sebaik sahaja menghabiskan makanan mereka.
Untuk menahan nafsu merokok selepas makan, bangun dan tinggalkan serta merta dari meja makan dengan segera dan melakukan sesuatu aktiviti yang boleh menghilangkan keinginan merokok tesebut. Pekara ini disyorkan oleh pakar pakar dan juga bekas perokok tegar sebelah saya ini (encik suamilah… )

2.Kopi/Nescafe

Rokok dan kopi adalah sahabat baik yang mana kombinasi mereka telah memberi inspirasi kepada penggubah filem dan lagu-lagu. Dalam satu kajian, mendapati bahawa aroma kopi juga boleh membawa kepada ketagihan untuk merokok.
Untuk mengatasi masalah ini kopi yang berkaitan, cuba tukar rutin minuman anda seperti lebih kepada mengamalkan jus buahan atau pun air kosong!

3.Alkohol

Seperti kopi, kebanyakan perokok gemar menikmati rokok bersama segelas wain atau bir. Rokok dan alcohol. Sangat tidak elok. Teruatama untuk orang Islam yang kategorinya jatuh haram. Kepada yang bukan beragama Islam, saya percaya yang kedua dua pekara ini juga amat bercanggah dengan nilai nilai murni dan norma kehidupan kita..

4.Tekanan

Walaupun rokok sebenarnya adalah penanda yang anda sebenarnya berada dalam keadaan fizikal yang tekanan, perokok cenderung untuk berasa lebih tenang selepas menyalakan dan menyedut asap yang berbahaya itu. Jadi, adalah  tidak menghairankan bahawa tekanan emosi adalah salah satu pencetus terbesar untuk anda merokok dengan lebih banyak.
Cubalah untuk cari pelbagai alternatif untuk anda menghilangkan tekanan. Solat, Al Quran dan Zikir adalah penawar yang paling mujarab bagi orang Islam. Anda juga mungkin boleh pergi ke taman melihat pemandangan untuk menghilangkan tekanan. Pergi bersembang santai dengan teman teman yang sesuai untuk meluahkan rasa tekanan tersebut. Merokok bukanlah caranya!!!

5. Memandu

Perokok sangat gemar merokok sambil memandu. Terutama jika perjalanan anda itu mengambil masa yang agak lama.
Apa kata jgn letak sebarang rokok di dalam kereta anda. Gantikannya dengan gula gula, gula gula getah, air dan iringilah perjalanan anda dengan bacaan ayat Al Quran dan juga zikir zikir yang sebenarnya lebih membuat anda akan rasa sangat tenang.

6. Perokok

Elakkan diri anda untuk bersama dengan perokok perokok lain.. Kerana saya pasti anda akan rasa lebih teruja untuk merokok jika rakan sekeliling anda semuanya menyalakan dan menyedut asap!


-----------------------------------------------
Sebuah Kajian, bagaimana OMEGA 3 membantu anda untuk berhenti merokok!

Bagaimanakah minyak ikan yang terbaik ini boleh membantu anda untuk berhenti merokok secara tidak mengejut? Jom kita baca kajian di bawah.. 

Omega 3 (OMEGA GUARD SHAKLEE) adalah sejenis makanan tambahan yang dapat membantu mengurangkan bilangan perokok yang tegar dan ketagih padanya.

Dalam kajian tersebut, perokok yang mengambil minyak ikan (OMEGA GUARD SHAKLEE) akan berkurang keinginan terhadap nikotin dan akan membantu mengurangkan penggunaan rokok sekurang kurangnya sebanyak 11%.

Menurut penyelidik tersebut juga, ubat-ubatan yang sering digunakan untuk membantu berhenti merokok buat masa ini tidak berkesan dan membawa kesan buruk.

"Omega-3 (OMEGA GUARD SHAKLEE), adalah supplemen tambahan yang murah dan mudah didapati  dengan hampir tiada kesan sampingan dan tidak mengurangkan dengan mendadak" 

Bahan toksik asap yang diperolehi sangat mengurangkan tahap asid lemak di dalam otak, terutamanya omega-3, kawasan otak yang terlibat dengan keseronokan dan kepuasan merosakkan.

Kerosakan di kawasan-kawasan otak yang secara langsung berkaitan dengan ketidakupayaan untuk berhenti merokok.

"Kajian awal telah membuktikan bahawa ketidakseimbangan dalam omega-3(OMEGA GUARD SHAKLEE) juga berkaitan dengan kesihatan mental, kemurungan dan keupayaan untuk menangani tekanan dan tekanan, seterusnya, dikaitkan dengan keinginan untuk merokok,"

"Ia juga dikenali bahawa tekanan dan ketegangan tahap meningkat di kalangan orang-orang yang berhenti merokok,"

Empat puluh lapan perokok yang berumur 18 hingga 45 yang merokok purata 14 batang rokok sehari mengambil bahagian dalam kajian ini.

Mereka telah dibahagikan kepada dua kumpulan, satu diberikan omega-3 kapsul yang mengandungi omega-3 950, dan yang seorang lagi menerima placebo.

Para peserta diminta untuk mengambil 5 biji sehari selama 30 hari, dan tanpa sebarang titik ialah mereka diminta untuk berhenti merokok.

Selepas 30 hari, perokok yang menerima omega-3 kapsul didapati telah mengurangkan pengambilan rokok mereka oleh purata dua hari (lebih kurang 115 dalam jumlah), juga memaparkan penurunan ketara dalam keinginan nikotin.

Sebaliknya, kumpulan yang menerima placebo tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara dalam tahap keinginan mereka, dan tidak mengurangkan bilangan rokok mereka merokok sehari.
-----------------------------------------------------




Anda berkeinginan untuk berhenti merokok? Jom kita cuba secara semula jadi dengan  mengamalkan pengambilan supplement seperti :-

OMEGA GUARD SHAKLEE
VITAMIN E COMPLEX SHAKLEE
SUSTAINED RELEASE VITAMIN C SHAKLEE 
B COMPLEX SHAKLEE!

Di entry yang akan datang saya akan menerangkan fungsi dan kepentingan vitamin di dalam proses anda berhenti merokok...
------------------------------------
Majlis Fatwa Malaysia, telah pun mengeluarkan Fatwa bahawa merokok adalah haram kerana ia memudaratkan kesihatan anda dan juga orang orang di sekeliling anda!

Berusahalah, kami sedia membantu! Tidakkah anda menyayangi diri anda juga orang di sekeliling?

Azira @ 013 363 9553



Apa yang anda dapat dengan merokok???? Fikir fikir sambil berzikir..:)


posted from Bloggeroid

Simple Dish Prepare with Love

Bismillahirrahmanirrahim...

Memegang tittle sebagai weekend wife, bukanlah menjadi halangan untuk tidak memasak. Tetapi kebiasaannya menu yang dimasak adalah yang mudah mudah sahaja seperti Ayam Masak Kicap dan Salad Kentang ini!

Tak mau celoteh panjang berjeda, jom kita tengok resepinya!





Ayam Masak Kicap

Bahan2:-

(Ini adalah resepi mengikut apa sahaja bahan yang ada di rumah saya. Anda boleh mempelbagaikannya !)

Beberapa ketul ayam (dipotong sederhana)
Cili masak (3)
Cili kering blender (3-4  sudu besar ikut tahap kepedasan yang anda suka)
Bawang besar 1 biji (potong bulat)
Bawang besar 1 biji sederhana (di mayang sedikit )
Bawang putih 7-10 ulas (di mayang sedikit tebal juga) - saya suka banyak bawang putih
Halia 2 inci (dimayang juga)
Kicap Pekat Manis ( 4-5 sudu besar)
Garam
Asam Keping 1 keping
Minyak untuk menumis
Air panas (ikut kepekatan kuah yang anda mahu)

Cara2:-

1. Ayam digoreng seperti di resepi Ayam Goreng Masala
2. Tumis bawang besar potong bulat, bawang besar, bawang putih, halia dan asam keping.
3. Setelah agak layu dan berbau wangi, masukan pula cili kering blender tadi. 
4. Masak sehingga naik minyak. 
5. Kemudian, masukan pula kicap dan masak sehingga masak. 
6. Kemudian masukkan ayam tadi dan digaul rata. 
7. Kemudian boleh dituang air panas tadi dan di kacau rata.
8. Kemudian perasakan dengan garam dan akhir sekali letak cili masak. 

Jika tak nak berkuah, tidak perlu diletak air panas!





Salad Kentang

Bahan2:-

3 biji kentang dipotong dadu dan direbus hingga empuk
2 biji cili masak dihiris halus
1/2 biji lobak merah 
1 sudu kecil daun sup
1 sudu besar Salad Cream Heinz
1 sudu besar Thousand Island
Garam

Gaul semua bahan dan sedia dimakan! Enak dimakan ketika sejuk!



posted from Bloggeroid

OMEGA GUARD SHAKLEE membantu menurunkan berat badan?

OMEGA GUARD SHAKLEE membantu menurunkan berat badan!

Sebahagian daripada fungsi OMEGA GUARD SHAKLEE


Adakah anda ingin menurunkan berat badan ? Tahukah anda ? Pengambilan OMEGA GUARD SHAKLEE boleh membantu anda menurunkan beberapa kilo setiap bulan. Tidak seperti kebanyakan produk atau pemakanan tambahan yang lain yang biasanya mengandungi kafein dan perangsang, OMEGA GUARD SHAKLEE tidak menjadikan anda berasa gelisah dan gugup. Tahap tenaga anda tidak akan turun beberapa jam selepas mengambil OMEGA GUARD SHAKLEE ini.
Dengan pengambilan OMEGA GUARD SHAKLEE, anda akan mendapat manfaat yang lain juga! Antaranya ia dapat membantu kesihatan otak, jantung, dan juga sendi.

Bagaimana OMEGA GUARD SHAKLEE membantu anda?

Membolehkan Anda Megurangkan Lemak dan Membina otot .

Hanya dengan mengambil beberapa kapsul OMEGA GUARD setiap hari boleh membantu anda kehilangan lemak dan membina otot. Apa yang perlu anda lakukan adalah mengambilnya secara konsisten dan dengan kadar yang disarankan setiap hari. Satu kajian menunjukkan individu yang mengambil kira-kira 2 gram Omega 3 asid lemak (EPA dan DHA ) setiap hari selama 6 minggu telah mengalami penurunan berat badan lebih daripada 2 lbs. Apa yang menariknya, individu ini tidak bersenam, mengubah diet mereka, atau melakukan apa-apa aktiviti untuk mengurangkan berat badan . 

Mengurangkan Selera Makan Anda .

Jika anda mahu kekal kenyang lebih lama antara waktu makan ambillah beberapa kapsul OMEGA GUARD selepas makan. Dalam satu kajian, wanita yang mengamalkan pengambilan minyak ikan selepas makan akan merasa kenyang lebih lama dan ini akan mengurangkan pengambilan makanan secara keseluruhan. Ini akan membantu anda mengurangkan berat badan tanpa menderita rasa lapar apabila kita mengawal pengambilan makanan seharian. Minyak ikan membantu anda kekal kenyang kerana ia mampu mengatur pelepasan  sejenis bahan kimia dipanggil serotonin. Serotonin membantu mengawal nafsu makan dan perasaan anda. Minyak ikan juga membantu anda untuk mengawal masalah depresi dan ketagihan dalam pengambilan gula!

Menjadikan Program Diet Anda Lebih Berkesan.

Mengambil beberapa kapsul minyak ikan boleh membuat diet anda dan program latihan yang lebih berkesan juga. Dalam satu kajian, individu yang mengambil minyak ikan kehilangan lebih berat daripada mereka yang mengambil supplemen selain minyak ikan.

Membantu Mengurangkan Penyimpanan Lemak .

Satu kajian menunjukkan bahawa makanan tambahan minyak ikan boleh mengurangkan risiko di mana makanan yang anda makan akan disimpan sebagai lemak. Ini adalah kerana ia meningkatkan sesuatu yang di panggil sebagai  sensitiviti insulin. Menjaga sel-sel tubuh anda sensitif terhadap insulin, adalah kunci untuk mengurangkan berat badan dan kekal sihat. Ini  sangat penting kerana lebih sensitif sel anda terhadap insulin, semakin kurang kemungkinan makanan yang anda makan akan disimpan sebagai lemak.!

credit to : - LIFEHACK
----------------------
OMEGA GUARD SHAKLEE bukan sekadar membantu menurunkan berat badan.  Antara kelebihan lain OMEGA GUARD SHAKLEE ini adalah :-

1. Mencegah penyakit LELAH/ASMA
2. Mencegah GOUT
3. Meminimakan risiko STROK
4. Meningkatkan sistem IMUN tubuh
5. Melicinkan KULIT
6. Mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS
7. Mecegah salur darah tersumbat
8. Merendahkan kolestrol
9. Mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Memperbaiki masalah alahan kulit/eczema
11. Membantu menyihatkan paru paru
12. Menentang kanser
13. Meningkatkan kesihatan hati
14. Mengurangkan sakit kepala
15. Mengekalkan tekanan darah normal/ minimakan masalah darah tinggi
16. Mengawal masalah obesiti
17. Mengurangkan risiko penyakit jantung
18. Mengurangkan ketegangan urat leher
19. Membantu perkembangan tumbesaran dan perkembangan otak janin
20. Membantu penyakit buah pinggang
21. Memelihara fungsi fungsi sendi
22. Meningkatkan memori


PROMOSI OMEGA GUARD SHAKLEE

Nak kuruskan badan?
Atau nak mengekalkan berat badan anda yang sedia cantik?
OMEGA GUARD SHAKLEE boleh membantu!

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan OMEGA GUARD melalui Promo November!

Beli 6 percuma 1 , anda akan mendapat keahlian percuma!
Beli 2 pada harga diskaun 5 %..

Lumayankan?
Jom sembang sembang dengan saya..:)

Azira, 0133639553





Kacang Panjang Ungu - Penuh Khasiat

Assalamualaikum...

Abah memang suka bercucuk tanam. Dua bulan yang lepas abah dok bercerita dia tanam kacang panjang. Saya tidak terfikirlah pulang kacang panjang itu berwarna ungu.

Sudah pun dituai hasilnya malah telah abah berikan secekak kacang panjang ini pada pemberi benih kacang panjang berwarna ungu ini.

Cara masakan sama seperti kacang panjang bewarna hijau. Boleh di gulaikan, digorengkan juga diulamkan..












Sambil sambil tu jom kita tengok apa manfaat kacang panjang warna ungu ini?

Di petik dari SINI YA

Mencegah penuaan dini

Sayuran dan buah berwarna ungu memiliki zat pigmen yang disebut antosianin, sebuah antioksidan yang kuat dan menjadi pelindung untuk mengurangi risiko kanser, meningkatkan daya ingat dan mencegah penuaan dini.

Melindungi jantung

Buah dan sayuran berwarna ungu juga mengandung komponen flavonoid, yang bernama resveratol (salah satu bahan yang terdapat dalam VIVIX SHAKLEE). Kandungan ini terbukti menghambat endothelin-1 yang merupakan salah satu penyebab penyakit jantung, bermanfaat bagi sistem kardiovaskular dan dapat menyehatkan jantung. Juga memperlancar aliran darah ke otak, mengurangi risiko stroke, mencegah kanser dan sebagai anti peradangan.

Mencegah kanser payudara

Mengonsumsi makanan berwarna ungu juga mengandung ellagic acid atau asam elagik. Penelitian Dr. Daniel Nixon dari Medical University of South Carolina (1993) menunjukkan bahwa asam elagik dapat melawan dan menghambat pertumbuhan sel kanker sekaligus menghentikan proses mitosis (pertumbuhan sel).

Buah berwarna ungu juga sebaiknya banyak dikonsumsi oleh wanita, kerana asam elagik dapat mengurangi efek dari estrogen dalam memengaruhi pertumbuhan sel kanker payudara.
posted from Bloggeroid

Abah saya...

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...

Abah saya!

Pagi ni nak cerita pasal abah. Hari ni hari lahir abah. 14/11. Abah lahir tahun 1953, muda tiga tahun dari mak. Sapa2 yang muda dari isteri tu, tak payah lah gusar. Itukan jodoh yang tersurat dan tersirat dari Ilahi. Jatuh bangun perkahwinan itu kita yang perlu usahakan.. berserah pada Allah selepas berusaha.. :)

SELAMAT HARI LAHIR ABAH.. yang ke 61! Semoga abah terus diberikan kesihatan yang baik dan dipermudah serba serbinya urusan abah dunia dan akhirat oleh Allah swt. Adik sayang abah sangat sangat dan sangat merindui abah!


Abah bersekolah hingga darjah enam dan berhenti kerana keadaan kewangan yang tidak mengizikan satu ketika dulu, abah anak yatim piatu.. aku pun tak pernah jumpa tok dan nenek sebelah abah. Gambar pun tak ada... :(

Abah bukanlah jenis orang yang mengingati tarikh tarikh penting dalam kehidupannya. Kalau tak kerana nak renew roadtax kereta, aku pasti abah tak akan ingat pun tarikh hari lahirnya sendiri.. :)
Hari ulangtahun perkahwinan, malah hari lahir anak anak pun tidak dalam ingatannya. Tapi aku tahu, walau di mana dan bagaimana pun keadaan abah sentiasa mengingati anak anaknya aku dan abang!

Seusai sekolah, abah meneruskan kehidupan dengan melakukan kerja kerja kampung sehinggalah abah berhijrah ke Pahang untuk bekerja di ladang kelapa sawit/getah. Abah melangsungkan perkahwinan dengan emak pada 29 Mac 1974, kalau tak silap. Mereka berkenalan semasa sambutan hari lahir Sultan Perak ketika itu di Bandar Di Raja Kuala Kangsar. 

Sedikit krisis keluarga berlaku di kampung halaman, memaksa abah untuk mencari rezeki di bandar Kuala Lumpur. Bermulalah kehidupan baru abah dan mak di Kuala Lumpur dan tinggal di setinggan Jalan Ipoh. Sewaktu tinggal disetinggan kerap juga rumah ditenggelami air banjir. Kadang2 bangun je pagi bila sentuh lantai dah berair.. Tapi itu bukan alasan untuk aku dan abang tidak ke sekolah.. Sekolah tetap sekolah!

Seingat aku, abah bekerja sebagai kelindan lori masa tiba di Kuala Lumpur. Abah bermula berdikit dikit, belajar memandu dan memohon kerja di Jabatan Telekom (masih kerajaan) ketika itu. Rezeki berpihak pada abah. Alhamdullilah. Dari aku kecil, abah dan mak mengusahakan jualan kuih muih dengan menghantar ke gerai gerai. Untuk tak banyak. Sebiji kuih abah dan mak cuma dapat 5 sen sahaja. Tapi, 5 sen masih rezeki dari Allah. Dengan jualan hasil kuih abah dan mak menyara aku dan abang. 

Balik dari kerja sebelah petang abah dan mak akan membuat kuih karipap. Kebiasaannya ubi keledek tersebut disiang oleh aku dan abang. Manakala emak memasak intinya. Dari sini juga aku belajar mengelim kuih karipap..:). Abah akan menguli doh dan juga menggelek doh tersebut menjadi nipis dan mak akan mengelimnya sehinggalah jadi dua talam besar dan kadang kadang lebih. Oleh sebab itu juga aku tak pernah jemu makan karipap. Sebelah malam mak akan buat kuih basah, kuih talam, sagu dan sebagainya.. ada juga kuih kasturi, kuih bom dan juga cekodok pisang yang besar dan bulat. Seawal pagi jam 4 abah dah bangun untuk menggoreng karipap dan menyiapkan persediaan untuk membungkus kuih. Kemudian baru dikejutkan mak. Sedang aku dan abang masih diulit lena.. :(. Jam 6 abah dah keluar untuk hantar kuih kuih tersebut. Dan abah akan terus ke tempat kerja. Abah dan mak berhenti berjualan semasa abang dah habis belajar dan mula bekerja, dan dpt menampung serba sedikit perbelanjaan aku di UITM. Terima kasih abang!

Rutin ini berlangsung begitu lama sehingga abah memang dah terbiasa untuk bangun seawal pagi jam 4.30 untuk solat malam. Malah, setiap kali Ramadhan, abah yang akan bangkit untuk memanaskan lauk dan memasak air untuk sekeluarga. Kemudian baru dikejutkan kami. Abah terlalu baik! 

Kerumitan hidup menjadikan aku untuk tidak meminta minta dari mak dan abah. Terutamanya sewaktu di kolej. Apa yang ada, itu lah yang dihadap. Pandai pandai lah untuk berjimat.

Abah bekerja sebagai pemandu di Telekom Malaysia sehingga usia 56 dengan gaji terakhir sebanyak RM 1300/1500. Tapi mampu membeli sebuah rumah flat di Wangsa Maju dan sebuah rumah di Kuala Kangsar. Mampu memakai kereta walau hanya sekadar sebuah Kancil!

Teringat semasa aku terlantar di HKL satu ketika dulu hampir 3 minggu lamanya. Abah akan menjenguk aku sebelum dia ketempat kerja, tengahari dia akan menampakkan wajah, petang pula datang lagi mengambil emak yang datang menaiki bas menjenguk aku. Tiga minggu rutin abah tidak berubah sehinggalah aku keluar dari wad. Abah lah yang menunggu di katil saat aku muntah muntah ketika baru keluar dari wad.

Kalau di kampung, abahlah orang pertama akan ku tanya.. "mana abah??" saat terjaga dari lena. 

Abah yang tidak pernah menjentik sedikit pun aku dan abang apatah lagi memukul kami.
Abah yang sangat disenangi oleh kanak kanak disekeliling walau di mana sahaja dia berada
Abah yang sangat peramah dan mudah sahaja melemparkan bicara dengan sesiapa
Abah yang boleh menjadi orang tengah untuk menyelesaikan masalah kejiranan
Abah yang berusaha supaya kawannya menunaikan solat 5 waktu
Abah yang asik selalu tersalah dail nombor kengkawan dan anak anak
Abah yang masih menggunakan buku telefon, walau telah ada tefom bimbit
Abah yang kadang2 tidak ada reaksi perasaan, tapi melontarkannya melalui perbuatan.. 
Abah yang tatkala bersama anak anak bagai bersama rakan dan teman

Abah yang aku rindui laungan azannya setiap Maghrib dan Isyak... :(
Abah yang bekorban apa sahaja demi aku dan abang

I miss everything about abah!

Sayang abah sangat2!!!