Penghujung Ramadhan

Terasa macam baru sahaja arwah FIl meninggal Ramadhan 2 tahun yang lepas..
Terasa macam baru sahaja balik berbuka puasa di kampung bersama emak dan abah pada Ramadhan tahun lepas, dan Ramadhan tahun ini hampir juga ke penghujung..

Masa terlalu cepat berlalu.. dan kadang kadang rasa tidak berbuat apa apa untuk menambah amalan bagi menampung hidup sesudah mati nanti..

Penghujung Ramadhan sepatutnya masa kita mencari dan menambah amalan kerana ganjaran yang berlipat ganda.
Tapi seringkali masa yang ada cuma terbiar kosong tanpa ada apa apa pengertian yang pasti.
Selalu hanyut dan tenggelam dengan karenah dunia yang tak pernah pasti ini.. dan dunia yang pasti akan berakhir suatu masa nanti.

Ramadhan yang mendatang tidak pasti sempat merasa atau tidak.... Allah sahaja yang mengetahuinya..

No comments:

Post a Comment