Muka buku a.k.a Facebook

Sekarang musim Facebook.. aku rasa kebanyakan orang ada muka buku nie.. Tapi antara aktif dan tidak sahaja.. dan tidak terkecuali lah aku.. kat ofis aku ni boleh buka facebook time rehat, lepas ofis hour, pepagi sebelum kul 8.30 pagi.. Dan aku dapati pepagi lagi memasing dah buka muka buku nie..

yang aku selalu tertanya..

kenapa setiap aktiviti kita perlu dilaporkan di muka buku ni?
rasa seperti kita memberitahu semua orang apa jua .. macam kita nak kongsikan apa sahaja yang kita rasa dengan kekawan dan sesiapa dalam muka buku tu lah..

kadang kadang aku rasa hidup seperti tidak ada privacy... begitukan..
mmm bebudak kecik pun dah ada facebook.. banyak kebaikan ke dari keburukan? aku tak pastilah..

apa aku merepek pasal facebook nie.. suka hati depalah nak buat apa kan..

-------------------

No comments:

Post a Comment