Chocolate Moist Cake

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua!!! Semoga baik baik sahaja semuanya!

Ini cerita masak masak minggu lepas di rumah BG. Sebenarnya kek coklat moist ni adalag request dari En Suami semenjak 2 minggu lepas. Tetapi memandangkan tangan saya sakit, normal problem with my arthiritis, tidak dapatlah memenuhi permintaan beliau.

Minggu lepas ada sedikit kelapangan, maka terciptalah Kek Coklat Lembab yang super moist ini. Resepi saya ambil dari blog YATIE MEMORIES, antara blog kegemaran saya untuk mencari idea untuk memasak.. Terima kasih pada Kak YATIE MEMORIES.

Saya salinkan resepi di sini ya.. copy paste dari blog beliau.

KEK COKLAT MOIST KUKUS


resipi : chef zubaidah
sumber : alongroz@myresipi 
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan ( 8-9 inchi  )

100gm Serbuk Koko*
250gm Gula Kastor *
1 tin Susu Isian Cair*
200gm Minyak Masak Sayuran*
250gm Susu Pekat*

4 biji Telur - pukul sehingga berbuih

150gm Tepung Gandum
1 sudu kecil Soda Bicarbonat
1sudu kecil Baking Powder

Cara-cara:-


  • Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Sentiasalah di kacau guna whisk, tak payah sampai menggelegak. (saya masak dengan induction cooker set timer untuk milk).
  • Satukan dgn telur yg di pukul dgn mixer tadi (saya pakai whisk sahaja, kes malas nak keluarkan mixer).
  • Masukkan tepung gandum yg di ayak bersama baking soda dan baking powder sedikit demi sedikit sehingga sebati. Gaul rata guna whisk je.
  • Masukkan ke dlm loyang yg di lapik dngn kertas minyak. 
  • Loyang hendaklah di lenser dngn sedikit minyak di sekelilingnya terlebih dahulu. (saya tak buat)
  • Tutup loyang dngn aluminium foil (saya balut tutup pengukus dengan tuala)
  • Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. 
  • Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing/ ganache/ topping.

TOPPING

Tak ingat ambil resepi ni dari mana.. tapi beginilah resepinya

100gm coklat masakan
125ml susu cair/segar
50gm butter
saya tambah 1 sudu kecil nescafe

Campur semua bahan dan masak dengan kaedah double boiler. Sejukkan dalam peti ais untuk proses penyejukan dan pembekuan.
Apabila kek telah sejuk dan topping telah sejuk, boleh tuang di atas kek coklat dan hiaskan mengikut citarasa sendiri! Saya pakai coklat urai warna warni.


masih dalam pengukus

ready to be ate

super duper yummy and moist yeaaa!!

Semenjak saya berjumpa dengan resepi ini, tak pernah beralih arah dah . Setia pada yang satu. Kerana ramai yang menggemarinya. Cubalah!!

Gambar lama lama

Potret lama lama yang di dalamnya tersimpan 1001 cerita.

Di hari pertunangan abang yang seorang itu... tahun 2003

Sewaktu menghantar abah dan mak ke mekah pada tahun 2005. Insyallah saya akan menyusul jika di izinkan Allah pada  tahun 2016. Doakan ya!

Di hari pertunangan saya tahun 2006. Banyak2 tempat, bawah pokok pisang juga jadi pilihan.

Sewaktu meraikan hari lahir beramai ramai di pejabat, tidak pasti bila ianya berlaku. Bersama Kak Rohani Omar

Sewaktu meraikan hari lahir beramai ramai di pejabat, tidak pasti bila ianya berlaku. Bersama Kak Hasnah.

Dengan Kak Nida, masa ni pinjam baju Kak Nida, sebab tak ada baju warna merun. Thank akak! Pun tak ingat tahun bila

Raya di kampung pada 2002-2003, tidak pasti yang mana

Dinner at Restoran Asam Pedas, Jelatek. Tahun 2004 rasanya.

PENGUMUMAN

Pengumuman

Promo Buy 6 free 1 utk Collagen
Dan
Promo Buy 3 free 1 utk Meal Shakes

Akan berakhir pada hari ni..
Pada yg belum ambil peluang ni, cepat2 grab!
Double promo jrg2 berlaku.

Dan ianya sangat menjimatkan!

Azira@0133639553
#sayajualshaklee



posted from Bloggeroid

Masker ESP, bukan sekadar diminum

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalam n Salam Sejahtera!!!

Hari ni punya story adalah adalahhhhh.... jeng jeng MASKER!
Untuk apa kita berMASKER ni? Tentulah untuk penjagaan kesihatan kulit wajah kita. Jom baca serba sedikit tentang MASKER. Sedikit maklumat yang dapat dari web MASKER WAJAH

Istilah masker wajah tidak asing bagi kita. sering sekali istilah masker wajah kita dengar dan lihat melalui iklan, cetak, radio, dan TV. masker wajah banyak digunakan untuk memperhalus dan memperindah wajah. karena banyak dari kita terkadang mengalami masalah dengan kulit wajah baik itu berminyak, jerawat, dan kusam.'

Sebahagian besar kita menggunakan masker wajah untuk : -

  • membersihkan dan memperbaiki pori-pori kulit
  • membersihkan kotoran dan minyak pada lapisan kulit yang lebih dalam, serta mengangkat sel-sel kulit mati
  • mengurangi iritasi kulit
  • menimbulkan perasaan sejuk dan nyaman pada kulit
  • menghaluskan lapisan luar kulit
  • sebagai pelembap dan penyegar kulit

Secara sistematik, masker wajah bertindak merangsang sirkulasi aliran darah maupun limpa, merangsang dan memperbaiki kulit melalui percepatan proses regenerasi dan memberikan nutrisi pada jaringan kulit. Masker wajah dapat juga berfungsi sebagai pembawa bahan-bahan aktif yang berguna bagi kesehatan kulit, seperti ekstrak tumbuhan, minyak esensial, atau rumput laut yang dapat diserap oleh permukaan kulit untuk dibawa ke dalam sirkulasi darah.


Sekarang, jom tengok pula langkah langkah dan bahan bahan untuk pembikinan MASKER ESP, masker asli dan semulajadi dari vitamin vitamin Shaklee. Jom sihat dan cantik!!!


Bahan bahannya.. macam memasak plak ya.. :).. hehehe

1 sudu besar serbuk ESP
1 susu kecil serbuk MEAL SHAKES
I biji Sustained Release Vitamin C (hancurkan)
1 biji Vitamin E Complex(ambil isi dalamnya)
Air untuk membancuh semua bahan di atas.
Boleh juga dicampur dengan VIVIX, lagi bagus sebenarnya.



Bancuh semua bahan di atas tadi dan gaul rata


Ok. Dah jadi bancuhan seperti ini, bolehlah disapu ke muka dan biarkan untuk seketika. Kemudia bilas dengan air sebersih bersihnya.. Rasa sedap tak muka???? Sejuk dan nyaman je kan??? Buatlah dalam 3 kali dalam seminggu dan nantikan hasilnya!!! 

Mengapa masker ESP? Sebab protein sangat penting untuk membaiki dan membina sel dan juga tisu dalam badan kita. Ianya juga melembapkan kulit kita dan Insyallah akan memberi kesan tona sekata pada kulit. Manakala Vitamin E dan Vitamin C pula membantu dalam membaiki masalah jerawat, jeragat dan kulit kering.



Ini pula, bancuhan Meal Shakes dan ESP. Sediakan awal awal dan letak dalam peti sejuk. Esok pepagi sebelum ke pejabat boleh minum dulu untuk buat alas perut anda yang kosong!!! Juga membekalkan tenaga buat anda seharian!

Agak agak nak beli SET MASKER ni, boleh klik klik klik tetikus anda di link di bawah.

Selamat bermasker semua.. Tak perlu dah bermaskerkan telur, sambil masker sambil boleh minum sihat luar dan dalam!

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Your Shaklee Independent Distributor
Azira Abu Bakar
- SMS/ Wassup/ WeChat/Call @ 0133639553

With love,
Azira AB

Masak masak di hujung minggu


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalam n Salam Sejahtera semua..

Apa khabar semua? Semoga semuanya baik baik sahaja ya. Jom kita tinjau tinjau aktiviti memasak saya dihujung minggu berlokasi di rumah Batu Gajah, Perak. Tema masakan minggu lepas ala ala western gitu.. Ada waffle, ada pasta dan juga ala ala chinese, mee sanggul goreng.

Black Pepper Sauce, bahan bahan nya adalah Serbuk Black Pepper (saya blender sendiri), sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap pekat, tepung gandum dan air stok ayam campur sebiji kiub pati ayam knor, bawang holland, bawang putih, dan garam. Buat banyak sebag hendak difrozenkan supaya boleh guna lain kali.

Breaded Fried Chicken, ini pun simple juga caranya, Cuma salut ayam dengan telur dan kemudian gaul rata dengan bread crumb. Goreng sehingga masak. Saya guna api sederhana besar.

Fettuccine Bolognese, pasta Fettucine yang digaul dengan Sos Bolognese

Sos yang saya guna - homemade beli dari kawan saya. Boleh call kawan saya di 016 247 7669, Juanna Rahman

Simple salad, kobis, lobak merah, tomato, salad cream dan thousand island. Sedikit serbuk lada hitam dan garam untuk perasa

Sos Bolognese, Sos pasta homemade tadi, minced chicken, cendawan butang dlm tin, serbuk lada hitam. Masak sehingga menggelegak. 

Set Lengkap Makan Malam, sekali sekala jadi Mat Salleh celup.

Waffle dengan Toping Pes Roselle dan Kurma

Waffle dalam proses pembikinan
Untuk resepi waffle, saya ambil resepi dari SINI

Mee Sanggul/Siput Goreng, yang ni lebih kepada resepi campak2.. 

Enjoy the picture ya.. :)