Potret Aidilfitri 2014

Moments to be remembered always..




















































Masalah Sembelit - Bagaimana mengatasinya?

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua.. 
Semoga anda semuanya dalam keadaan yang baik baik sahaja!
Gejala
Sembelit ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Setiap orang pernah mengalami sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya ia disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak baik.
Tanda dan Gejala
Biasanya gejala-gejala sembelit adalah seperti berikut. Walau bagaimanapun, setiap orang mungkin akan mengalami gelaja-gejala yang berlainan. Gejala-gejala tersebut:
  • Tidak membuang air besar beberapa hari, atau membuang najis yang keras dan kering.
  • Perut kembung, kejang atau sakit.
  • Kurang selera makan.
  • Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk elakkan ketidakselesaan.
  • Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak-kanak.
Sebab-Sebab
Ketika makanan bergerak menerusi kolon, kolon akan menyerap air daripada makanan semasa ia membentuk bahan buangan atau najis. Pengecutan otot pada kolon kemudiannya akan menolak najis ke rektum (bahagian akhir pada usus besar). Setelah najis sampai ke rektum, ia telah menjadi keras kerana kebanyakan air telah diserap.
Sembelit berlaku apabila kolon menyerap telalu banyak air atau jika otot kolon mengecut secara perlahan atau lembab menyebabkan najis bergerak ke arah kolon secara terlalu perlahan. Akibatnya, najis akan menjadi keras dan kering. Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:
  • Kurang serat dalam diet.
  • Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
  • Pengubatan.
  • Susu.
  • Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
  • Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan.
  • Penyalahgunaan julap.
  • Menahan untuk membuang air besar.
  • Kekurangan air.
  • Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
  • Masalah dengan kolon dan rektum.
  • Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.
Komplikasi
Sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan oleh menahan untuk membuang air besar atau Anal Fissures (koyakan pada kulit di sekeliling anus). Ia berlaku disebabkan oleh najis yang keras meregangkan otot Sphincter. Kesannya, pendarahan rektum mungkin berlaku, di mana darah kelihatan di permukaan najis.
Kadang kala, regangan menyebabkan rektum terkeluar (terjatuh) dan ini boleh menjurus kepada pengeluaran mukus dari dubur. Rektum yang terkeluar dengan teruk dan kronik memerlukan pembedahan untuk menahan usus dari terkeluar atau untuk membaiki lapisan yang terkeluar (terjatuh).
Sembelit juga boleh disebabkan oleh najis yang keras memenuhi ruang usus dan rektum secara amat ketat yang mana penolakan najis keluar secara normal tidak mampu membawa najis keluar. Ini merupakan Fecal Impaction yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Impak ini boleh dilembutkan dengan penggunaan minyak mineral yang diminum atau disuntik menerusi dubur. Selepas melembutkan impaksi, doktor mungkin akan memecahkan dan membuang bahagian najis yang keras dengan memasukkan jari.
Rawatan
Perkara utama dalam merawat sembelit ialah untuk memastikan kita memakan serat dan meminum air dengan cukup. Ini akan membantu najis bergerak menerusi usus dengan meningkatkan ketebalan najis dan menjadikannya lebih lembut.
Berbincang dengan doktor keluarga anda sekiranya:
  • Sembelit masih baru dan jarang berlaku kepada anda.
  • Anda mengalami sembelit selama 3 minggu atau lebih.
  • Anda dalam kesakitan.
  • Anda mendapati najis anda berdarah.
Pencegahan
Dalam banyak kes, tips mudah berikut akan membantu:
  • Makan pelbagai jenis makanan. Makan banyak kekacang, bijirin penuh, buahan segar dan sayuran.
  • Minum banyak air.
  • Lakukan senaman secara berkala.
  • Jangan menahan untuk membuang air besar.
  • Ketahuilah yang tabiat membuang air besar yang normal adalah berbeza mengikut individu.
  • Sekiranya tabiat membuang air besar anda berubah, dapatkan pemeriksaan doktor anda.
-------------------------------------------
Ada tak supplement yang sesuai untuk mengatasi masalah sembelit ini? Sudah pasti ada... :)

MEAL SHAKES antara supplement yang dicadangkan untuk meminimakan masalah sembelit yang dialami oleh anda. Mengapa? Ini adalah kerana ianya adalah multivitamin yang lengkap dengan sumber Fiber, Vitamin C, Vitamin D, Calcium yang diperlukan untuk meminimakan masalah sembelit ini. MEAL SHAKES boleh membantu semua golongan yang mengalami masalah sembelit. Insyallah.

Anda boleh juga mencuba Set Sembelit seperti di dalam poster berikut.


Secara ringkasnya :-

Kaya dengan serat yang diperlukan untuk melancarkan pelawasan. Memandangkan orang ramai dewasa ini jarang mengamalkan pemakanan sihat yang seimbang seperti pengambilan buah buahan dan sayuran sayuran yang tinggi kandungan seratnya. Maka, Alfalfa boleh membantu sebagai salah satu sumber fiber anda! Insyallah

Lecithin :- 
Bertindak sebagai pemecah lemak, melembutkan najis, melembabkan usus dan meleraikan toksin yang telah terkumpul di usus. 

Mengandungi Magnesium iaitu mineral yang bersifat laksatif. Magnesium melembutkan najis sekaligus memudahkan pembuangan.

Jika anda adalah seorang pesakit tegar masalah sembelit ini, adalah dicadangkan untuk bermula dengan pengambilan Herb Lax. Herb Lax mengandungi herba-herba termasuk senna yang digunakan zaman berzaman sebagai bahan laksatif yang sesuai untuk detox usus. Ianya akan membantu anda mencuci usus yang sekian lama telah bertepek dengan najis najis lama yang tidak di buang dengan sempurna. Dalam masa yang sama boleh membantu anda mengatasi masalah perut buncit!




Jangan biarkan masalah ini menghantui hidup anda. Deritanya hanya anda sahaja yang tahu dan mengalaminya. Berjumpalah dengan doktor anda untuk membincangkan masalah ini. Ia bukanlah satu masalah yang perlu disimpan sehingga menjadi racun dalam badan kita.

With love, 

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Your Shaklee Independent Distributor
Azira Abu Bakar
- SMS/ Wassup/ WeChat/Call @ 0133639553
- FB Page @ https://www.facebook.com/JomBuyVitaShoppe
- Email @ masuri24@gmail.com

Meal Shakes Shaklee - terbaik untuk anda!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum & Salam Sejahtera ...

Blog sudah bersawang hampir 1 1/2 tahun lamanya... Tapi kini mood untuk berblogging sudah kembali kerana saya mahu berkongsi khasiat- khasiat makanan tambahan (vitamins dan supplements) yang berjenama Shaklee ini. Hampir setahun mengamalkannya, kini saya telah merasai keberkesanannya dalam kehidupan seharian saya!! Alhamdullilah. Kita berikhtiar tetapi segalanya dengan izin Allah kan? Jom rasai bersama saya... 

Okay okay.. memandangkan bulan ini adalah bulan promosi MEAL SHAKES, saya nak berceritara tentang keistimewaan MEAL SHAKES ini... Jom belek belek dan baca!

Pernah dengar atau makan sebarang multivitamin tak? Multivitamin adalah gabungan pelbagai vitamin yang berbeza dan biasanya ditemui dlm makanan dan lain lain sumber semulajadi. Ianya berfungsi untuk membekalkan vitamin kepada tubuh badan yg mana kita  tidak ambil dari diet seharian.

MEAL SHAKES adalah sejenis multivitamin dalam bentuk serbuk.  Ianya menyediakan hidangan lengkap dan asid amino yang mana nutrisinya sangat mudah dihadam dan diserap untuk kegunaan seharian. Diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu buah buahan, sayur sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain lain lagi. Sangat enak di minum kerana rasa vanillanya yang semerbak dan boleh di gunakan dari bayi berusia setahun hingga ke warga emas!

Mari kita semak 6 fakta menarik dan kebaikan MEAL SHAKES.

Nutrisi Lengkap
Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
> Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.
Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
> Badan lebih sihat. Malah Proten juga penting untuk penghasilan susu badan. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.
Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
> Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.
Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
> Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.
Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
> Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.
Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
> Sesuai untuk kanak-kanak serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.
Bagaimana? Sudah tertarik dengan fakta fakta yang di senaraikan? Mari kita tengok pula siapa yang perlu ambil MEAL SHAKES ini..
  • Bayi berusia setahun ke atas bagi melengkapkan kandungan nutrisi di dalam badan.
  • Anak anak mahupun orang dewasa yang kerap mengalami masalah sembelit.
  • Anak anak yang kerap selsema dan demam. MEAL SHAKES memberikan tenaga dan menguatkan sistem imunisasi anak anak.
  • Anak anak yang tidak berselera untuk makan dan sangat memilih makanan harian mereka. Kerana MEAL SHAKES menyediakan 24 jenis vitamin dan mineral yang sangat diperlukan dalam proses tumbesaran anak anak. Berperanan juga untuk meningkatkan selera makan anak anak.
  • Anak anak yang mengalami masalah asma dan bronkitis
  • Anak anak dan orang dewasa yang mengalami masalah eczema.
  • Ibu ibu di awal proses kehamilan yang mengalami masalah kemualan dan loya yang teruk.
  • Ibu ibu yang sedang dalam proses menyusukan bayi
  • Mereka yang ingin kekal bertenaga semasa berpuasa
  • Mereka yang ingin menambahkan berat badan, juga untuk yang mengurangkan berat badan.
  • Warga emas, orang dewasa atau anak anak yang menolak supplement berbentuk tablet mahupun kapsul.
  • Mereka yang selalu tidak sempat mengambil sarapan. Sesuai dijadikan sumber sarapan pagi seisi keluarga
Bagaimanakah cara pengambilan MEAL SHAKES ini? Secara ringkasnya ia boleh diminum begitu sahaja bersama air kosong. Tetapi boleh juga dicampur dengan susu segar, susu rendah lemak. Sesuai juga digandingkan bersama ESP dan Performance Drink ketika sahur dan berbuka puasa. Sangat elok dan enak jika digandingkan bersama jus buah buahan segar. Rasa yang enak dan menyamankan jika di ambil sewaktu sejuk!

Bulan ni ada PROMO MEAL SHAKES. BELI 3 TUB ANDA AKAN DAPAT 4 TUB MEAL SHAKES. PENJIMATAN YANG AMAT BERGANDA KERANA DENGAN HANYA HARGA 3 TUB MEAL SHAKES , ANDA MENDAPAT SATU LAGI MEAL SHAKES DENGAN PERCUMA!!! SANGAT BERBALOI.. GRAB SEGERA KERANA PROMO INI JARANG JARANG BERLAKU!

Jom tinjau tinjau testimoni MEAL SHAKES!





Nak beli MEAL SHAKES terus tanpa perlu melalui saya?

Click je di sini... BELI MEAL SHAKES ONLINE


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Your Shaklee Independent Distributor
Azira Abu Bakar
- SMS/ Wassup/ WeChat/Call @ 0133639553
- FB Page @ https://www.facebook.com/JomBuyVitaShoppe
- Email @ masuri24@gmail.com





Siapa yang sesuai ambil MEAL SHAKES & Antara kandungan nutrisi di dalam MEAL SHAKES




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit