Novel Sendiri

this two aku beli sendiri..
dua novelis yang memang aku admire
so every novel memang aku beli..
memang berbaloi baloi


masih novel pinjam

pinjam dengan office mate..
yes boss, mcm ada kureng buku ni.
cerita yang flat dan tidak ada sumber informasi



Cerita ni aku suka, sedih dan ada informasi. Jadi tidaklah sekadar membaca novel semata tanpa menambah apa apa pengetahuan kan..

Novel Pinjam

aku suka semua buku buku di bawah yang aku pinjam dari bos . Suka sebab bos mempunyai minat yang lebih kurang sama dengan aku. Thanks to boss.



Quote -Kerana Mereka adalah Suami Isteri

"uniknya cinta antara seorang suami dan isteri ialah, seburuk mana pun kelakuan suami kepada isteri, dan seteruk mana pun perangai isteri kepada suami, akhirnya mereka kembali kepada sebuah damai, kerana mereka adalah SUAMI ISTERI."


credit to: ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com/

pic : credit to Google

hapiness




Pokok yang dibela telah memberi kegembiraan dengan izin Allah.. Pokok buloh yang dibeli 3 tahun yang lalu telah membuahkan anak buloh yang comel.. Setelah sekian lama. Pokok ni ada 3 btg dulu, satu mati setelah diberi minum air ECPI. Baru sedar kewujudan anak baru ini pada Jumaat lepas, 11/11/11. Alhamdullillah... Patah tumbuh hilang berganti..

akur

ada benda yang kita rasa sukar untuk dilakukan
tetapi perlu dilakukan juga demi orang lain
demi memenuhi kehendak orang lain
walhal itu bukanlah kehendak kita
walhal itu bukanlah yang kita mahukan
walhal sebenarnya kita tidak mampu untuk melakukannya
tapi apakan daya...

apa yang kita mahu pula sukar untuk dilaksanakan orang lain..
kita perlu membekukan hasrat itu
dan lupakan sahaja
anggap sahaja tidak pernah ada permintaan itu
kdg kdg kecewa juga
tapi kecewa yang tidak ke mana dan
tidak ada kesudahannya kalau terus dengan rasa kecewa itu

akur sahaja ..
walaupun berlawanan dengan tuntutan hati, kemahuan fikiran, keinginan minda dan keperluan jiwa
apakan daya kerana tidak terdaya..

abah

hari tu kereta abah rosak.. habis RM 500++
wira lama tahun 1996, masa aku mula mula mendaftarkan diri ke uitm
itu pun kereta abang long.. sebab dia nak beli waja

tapi abah tak pernah bersungut..
tak pernah pula aku tengok abah rasa terbeban
walaupun aku tahu dia tak berduit

abah tak pernah tahu susah hati,
rasa susah yang tak pernah terpamer di riak wajah

kadang kadang aku rasa aku tak boleh baca apa yang abah fikirkan di minda
abah yang suka makan
abah yang suka memasak - bubur, cucur pisang dan bilis, mee, meehon, nasi dan keutiaw goreng
abah yang suka bercucuk tanam walau pun di dalam pasu di laman yang bersimen
abah yang disukai ramai kanak kanak yang dtg mengaji dengan emak
abah yang selalu berlawak jenaka walau dengan sesiapa
abah yang boleh bersembang dengan sesiapa sambil menanti aku dan emak
abah yang dalam diam mempengaruhi kawannya untuk bersolat berjemaah bersama
abah yang senang dikerah tenaganya sewaktu bekerja dahulu
abah yang selalu tersenyum
abah yang tersenyum bila emak membuka mulut
abah yang menerima apa sahaja ketentuan Allah dengan redhanya..

aku mahu jadi seperti abah...!!!
tapi masih tidak mampu
aku meminjam kekuatan dari abah..
aku meminjam semangatnya
untuk kelangsungan hidup yang akan datang..

pic credit to: kojie.blogspot.com


survival

meneruskan kelangsungan hidup tanpa ada apa apa...
kalau dulu resah memikirkan segalanya...
yang semakin menipis, yang semakin menebal...
apa untuk dimakan.. apa untuk di buat ..
apa untuk segalanya

sekarang...
walau sekadar ada 2 ringgit
dah tak kisah.. tak kisah..?
yea kalau ada.. rezekinya lebih, lebihlah dan akan diagih agihkan juga pada yang memerlukan
kalau tak ada, tak ada lah.. bukan pekara yang menyesakkan fikiran lagi
bukan pekara besar untuk ditangiskan lagi

untuk meminta? malu rasanya untuk membuka mulut dan meminta
bukan begitu rasanya.. biarlah lapar, biarlah tak makan
biarlah tak dapat beli apa apa yang aku inginkan
biarlah orang ada aku tak ada..
sebab ada orang yang sukar kehidupannya dari aku

sebab aku selalu berfikir, Allah jadikan sesuatu tentu ada sebabnya...
dan bukanlah masanya dan ketikanya untuk terus beremosi
memikirkan benda yang tidak ada

untuk apa memikirkan apa yang tidak ada dan apa yang tidak dapat...
kalau sekadar menambah sesak di dada
kalau sekadar menghadirkan perang dingin
kalau sekadar memikirkan diri sendiri..
bila memikirkan yang lain..

Allah yang mengetahui segalanya.. yang tersurat dan tersirat..

Aurat - yang mana satu pilihan kita?


Source and credit to:  - http://www.facebook.com/faizur.ridha

Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita te...ngok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.?


1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?
-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

Sakit mata

Sakit mata bila tengok wanita bertudung tapi mcm ada yang tak kena sahaja dengan cara berpakaian. Tudung bukan lagi jadi perisai mempertahankan maruah dan harga diri. Cara berpakaian dan cara bertudung yang tak kena bagi aku bagai memijak mijak nilai aurat yang sudah tidak perlu dipertikaikan keperluannya dalam agama. Tudung bukan lagi alat utk menutup aurat, tapi sebagai satu medium untuk berfesyen dan memperagakan nilai diri .. aahhh dunia semakin pantas dan manusia manusia yang berlakon di pentas dunia ini semakin menakutkan ... takut dengan segala kemungkinan yang akan berlaku...

Hairan kenapa bertudung tetapi masih begitu...?
Si pemakai lebih mengerti... mungkin!!