Puding Karamel Buah Koktel

Assalamualaikum..

Buat apa semua? Moga apa pun yang kita lakukan hari mendapat keberkatan dari ILAHI..

Ni nak cerita yang hari yang saya buat puding ni pada hari raya Aidiladha yang lepas. Resepi ni saya belajar masa duk umah sewa dengan kawan kawan masa kat UITM dungun sekitar tahun 1999.Tak mo citer panjang panjang jom kita tengok resepinya dan cara cara membuatnya.. Tapi ada step yang saya terlepas untuk ambil gambar..

PUDING KARAMEL BUAH KOKTEL

Bahan bahan :-

1 tin buah koktel
1 tin susu cair
1 peket agar agar strip
gula (ikut suka kita nak tebal ke nak nipis ke caramel dia tu)
air
dan yang penting.. dapur untuk memasak!!! :)

Cara cara memasak:-


1. Toskan buah koktel dari airnya. Simpan airnya untuk dimasak bersama agar agar.Kemudian potong kecil kecil buah koktel tersebut. Dan susun dalam loyang.


potong kecil2 dan susun

2. Kemudian masak gula hangus. Pastikan api perlahan dan sentiasa dikacau selalu. 


3. Masak gula tersebut hingga warna agak keemasan. Jgn biar sampai gelap dan hangus. Nanti rasa pahit.


4. Kemudian, tuangkan gula hangus tersebut ke atas buah koktel yang telah disusun tadi. Perlahan lahan kerana gula hangus tersebut panas. Jaga keselamatan diri ya. Biarkan sejuk dan gula hangus mengeras ya.



5. Potong agar agar pendek dan basuh kemudian toskan.



6. Masak agar agar hingga hancur. Boleh tuang air buah koktel tadi ya. Sukatan agar agar dan air - selalunya saya baca di label. Dia akan inform cara memasak dan berapa kapasiti air yang diperlukan.


7. Lepas agar agar dah hancur dan mengelegak, kecilkan api dan tuangkan susu cair tadi ke dalam masakan agar agar tadi. Kacau selalu dan biar sampai sedikit mengelegak.

8. Boleh tuangkan masakan agar agar tadi ke atas buah koktel yang dah mengeras tadi. Seeloknya tapis dahulu masakan agar agar tersebut. Dan cedok sedikit demi sedikit.

9. Biarkan sejuk dan mengeras.
10. Kalau dah mengeras, boleh diterbalikan begini. Kalau tak nak terbalik pon tak apa.. 




Apa lagi.. jom cuba!!!
Kalau ada apa apa pertanyaan boleh tanya saya.. :)

2 comments: