Aidilfitri 2011 - 1432 Hijrah


Pic Credit to : http://eeqbalz.wordpress.com/

Aildilfitri 2011.

Segalanya berjalan lancar, walaupun tidak sempurna tetapi penuh dengan kesederhanaan yang aku dambakan. Walaupun ada bezanya Aildilfitri tahun ini. Empat tahun yang lalu.. tidak seperti Aidilfitri tahun ini. Kalau nak kata aku gembira .. tidak juga, kerana aku adalah seseorang yang sering memandang dan memerhati hikmah disebalik terjadinya krisis keluarga ini. It is not to say 'kalau', tapi memang itu yang telah diatur oleh Allah. Maka, kita sebagai hambanya perlu melihat yang tersurat dan tersirat disebalik  semua krisis yang terjadi. Banyak hikmahnya, cuma yang pandai menilai dapat melihat yang tersurat dan tersirat itu. Tapi, kalau dipandang dari mata kasar memang segalanya nampak buruk dan tiada nilai.

Sebenarnya jauh di sudut hati, aku tidak mahu krisis keluarga ini berpanjangan. Tetapi aku sendiri tidak tahu dan tidak mampu utk menyelesaikan segala kesulitan dalam krisis ini. Selalunya juga aku rasa tidak wajar aku bersikap tidak ambil tahu dengan beliau, tapi rasa sedih, pedih, kalut dan sukar utk aku melupakan segalanya yang telah berlaku mengatasi segalanya. Aku tahu tidak wajar aku menjadi kaku, tidak berperasaan dan sekadar tunggu dan lihat apa yang akan terjadi seterusnya.

Adakalanya berdiam diri adalah cara terbaik, kerana diam tidak bermakna kita kalah atau salah. Tapi terlalu berdiam diri, mungkin juga menjadikan orang lain bersangka dengan kita.

Sewajarnya Aildifitri ini aku jadikan medan utk saling bermaafan dan melupakan juga memaafkan..
Tapi, berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul.

Sesukar masa yang lepas yang aku dan suami lalui, sesukar itu juga utk kami melupakan dan melepaskan beban dan hasil krisis ini dengan mudah. Masa memang tidak boleh diundur, dan patah kata yang terlepas juga sukar untuk dimaafkan.

Tidak pasti sempat atau tidak bertemu Ramadhan yang akan datang, dan tidak pasti bilakah krisis ini akan berakhir.

Semoga dipermudahkan segala olehNYa dalam segala urusan.

No comments:

Post a Comment