Osteoartritis Lutut: Apa Yang Anda Perlu Tahu ??

Osteoartritis Lutut: Apa Yang Anda Perlu Tahu 





Sumber artikel : - http://www.mmgazette.com/

Pernahkah anda bangun pagi dan mendapati kedua-dua lutut anda keras dan kaku, terutamanya apabila cuaca sejuk? Pernah mendengar bunyi klik (juga dikenali sebagai krepitus) atau merasa seperti sendi lutut anda bergesel setiap kali anda menggerakkannya? Kemungkinan besar anda mengalami sejenis penyakit degeneratif yang dikenali sebagai osteoartritis yang tidak hanya terhad kepada sendi lutut tetapi mungkin menyerang mana-mana sendi di badan anda. Artikel ini akan mengupas punca, simptom dan rawatan bagi osteoartritis lutut.

Mungkin anda tertanya-tanya, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan osteoartritis? Mari kita leraikan perkataan yang panjang ini kepada dua perkataan yang mudah. Pertamanya, perkataan osteon yang berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud tulang. Kedua, perkataan artritis yang bermaksud radang sendi. Dalam bahasa mudah, osteoartritis merupakan artritis yang berlaku akibat penggunaan sendi yang menyebabkan lapisan selaput sendi (dikenali sebagai rawan) terhakis akibat perubahan struktur di dalam sendi. Keadaan ini berlaku akibat geseran berlebihan dua tulang seperti tulang femur (tulang peha) dan tibia (tulang kering) yang disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Pesakit osteoartritis akan merasa lega apabila sendi terbabit direhatkan dan sakit apabila sendi itu digunakan secara berlebihan. Keadaan yang sebaliknya berlaku bagi pesakit ‘Rheumatoid Arthritis’.

Tinjauan ‘Community Oriented Program for Control of Rheumatic Diseases’ (COPCORD) yang dijalankan di Malaysia pada tahun 2007 mendapati kebanyakan pesakit osteoartritis di Malaysia mengalami osteoartritis lutut, hasil yang sama didapati pada kajian yang dijalankan di Hong Kong. Kajian itu turut mendapati bahawa kebanyakan rakyat Malaysia berumur 55 tahun merasakan peningkatan  kadar kesakitan hingga 23% manakala kadar kesakitan meningkat sebanyak 39% bagi mereka yang berusia lebih 65 tahun.

Setiap orang mempunyai risiko mendapat osteoartritis tetapi menurut kajian yang dijalankan di Pakistan, China, Korea dan Jepun, golongan wanita, orang berumur dan orang obes mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat osteoartritis lutut. Bagaimana pula dengan pendapat bahawa melutut dan mencangkung mampu menyababkan osteoartritis lutut? Para pengkaji di Jepun mendapati bahawa mencangkung dan melutut secara berlebihan terutamanya ketika berkebun mampu mengakibatkan kecederaan kekal kepada lutut.

Maka apakah langkah-langkah pencegahan untuk menghindari osteoartritis lutut? Cara yang paling berkesan untuk mempunyai sepasang lutut yang sihat adalah dengan mengawal berat badan. Ini memerlukan senaman secara konsisten. Berjalan-jalan di pagi hari atau lebih elok lagi adalah dengan menghabiskan masa selama 30 minit di dalam kolam renang berhampiran anda merupakan senaman yang bagus. Menguatkan otot-otot di sekeliling lutut adalah amat penting kerana sendi ini adalah salah satu sendi yang menampung berat badan kita dan dapat mengelakkan terlalu banyak bebanan terhadap lutut tersebut. Sekiranya anda obes dan tidak pasti jenis senaman yang sesuai bagi anda, atau sering mengalami kesakitan di lutut setiap kali bersenam, sila rujuk profesional perubatan secepat mungkin. Osteoartritis merupakan penyakit degeneratif, sekiranya anda mendapatnya keadaan hanya akan beransur sakit. Maka adalah penting untuk bertindak awal, jangan biarkan osteoartritis menewaskan anda.

Encik Jonathan Goh seorang ahli fisioterapi yang bekerja di Sarawak. Beliau sangat mementingkan usaha meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu-isu seperti osteoartritis. Artikel ini diterjemah oleh Dr Hidayatul Radziah Ismawi. 

Puding Karamel Buah Koktel

Assalamualaikum..

Buat apa semua? Moga apa pun yang kita lakukan hari mendapat keberkatan dari ILAHI..

Ni nak cerita yang hari yang saya buat puding ni pada hari raya Aidiladha yang lepas. Resepi ni saya belajar masa duk umah sewa dengan kawan kawan masa kat UITM dungun sekitar tahun 1999.Tak mo citer panjang panjang jom kita tengok resepinya dan cara cara membuatnya.. Tapi ada step yang saya terlepas untuk ambil gambar..

PUDING KARAMEL BUAH KOKTEL

Bahan bahan :-

1 tin buah koktel
1 tin susu cair
1 peket agar agar strip
gula (ikut suka kita nak tebal ke nak nipis ke caramel dia tu)
air
dan yang penting.. dapur untuk memasak!!! :)

Cara cara memasak:-


1. Toskan buah koktel dari airnya. Simpan airnya untuk dimasak bersama agar agar.Kemudian potong kecil kecil buah koktel tersebut. Dan susun dalam loyang.


potong kecil2 dan susun

2. Kemudian masak gula hangus. Pastikan api perlahan dan sentiasa dikacau selalu. 


3. Masak gula tersebut hingga warna agak keemasan. Jgn biar sampai gelap dan hangus. Nanti rasa pahit.


4. Kemudian, tuangkan gula hangus tersebut ke atas buah koktel yang telah disusun tadi. Perlahan lahan kerana gula hangus tersebut panas. Jaga keselamatan diri ya. Biarkan sejuk dan gula hangus mengeras ya.



5. Potong agar agar pendek dan basuh kemudian toskan.



6. Masak agar agar hingga hancur. Boleh tuang air buah koktel tadi ya. Sukatan agar agar dan air - selalunya saya baca di label. Dia akan inform cara memasak dan berapa kapasiti air yang diperlukan.


7. Lepas agar agar dah hancur dan mengelegak, kecilkan api dan tuangkan susu cair tadi ke dalam masakan agar agar tadi. Kacau selalu dan biar sampai sedikit mengelegak.

8. Boleh tuangkan masakan agar agar tadi ke atas buah koktel yang dah mengeras tadi. Seeloknya tapis dahulu masakan agar agar tersebut. Dan cedok sedikit demi sedikit.

9. Biarkan sejuk dan mengeras.
10. Kalau dah mengeras, boleh diterbalikan begini. Kalau tak nak terbalik pon tak apa.. 




Apa lagi.. jom cuba!!!
Kalau ada apa apa pertanyaan boleh tanya saya.. :)

Set Kecantikan Enfuselle

Assalamualaikum.. Selamat Pagi!

Jom baca pasal butiran jelas mengenai set ini..


Set Kecantikan Enfuselle ini terdiri daripada:-

Hydrating Cleansing Gel
  • Menjadikan kulit halus, seimbang, dan berseri
  • Mencerahkan tona kulit
  • Membantu menyeimbangkan pH kulit

Hydrating Toner 
  • Menyeimbangkan pH kulit
  • Rumusan tanpa alkohol menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit
  • Melindungi lapisan minyak semulajadi kulit
  • Melembutkan kulit dengan ekstrak witch hazel dan kamomil


Hydrating Moisturiser
  • Meningkatkan keanjalan kulit
  • Mengurangkan garis-garis halus
  • Mengurangkan kedutan


Eye Treatment 
  • Meningkatkan kekenyalan dan keanjalan kulit
  • Mengurangkan kedutan pada kulit
  • Melembapkan kulit pada tempoh yang lama
  • Mengembalikan tona kulit

Purifying Toner 
  • Meminimumkan kemunculan liang-liang yang besar pada kulit 
  • Membantu mengawal kulit yang berminyak 
  • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit  


Purifying Cleansing Gel 
  • Mencerahkan tona kulit 
  • Menjadikan kulit segar dan lembut 


Balancing Moisturizer
  • Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit 
  • Membantu mengurangkan garis-garis halus 
Tapi, set ini terbahagi kepada dua pula ya.. bersambung di entry akan datang. Kalau berminat nak order boleh pm saya ya.. Rundingan percuma!


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Your Shaklee Independent Distributor
Azira Abu Bakar
- SMS/ Wassup/ WeChat/Call @ 0133639553

Kebun Mini Abah

Assalamualaikum..

Entry yang ni kita tengok tengok gambar je lah ya..

Abah saya suka bercucuk tanam. Dulu masa duk rumah flat kat Wangsa Maju, dia bercucuk tanam dah dalam pasu. Tapi dia tak berapa nak suka tanam pokok bunga. Katanya baik tanam sesuatu yang boleh dimakan dan digunakan.. hehehhe..

Sekarang bila dah pindah rumah bawah, belakang rumah dah jadi kebun mini dia... Jom tengok apa yang dia tanam.. 



Terung!!!.. Yang ni dah puas makan dek kami anak beranak dan jiran tetangga. Petik je berbuah lagi.. So memang tak putus2 lah buah terung di kebun mini abah ni.. :)

Ada pokok daun kari, pokok kunyit

Abah ni, dalam tin pun jadi juga benda yang di tanamnya.. Alhamdullilah!


Pokok kari ni, masa mula mula pindah kecik je.. tapi laa ni dah besar panjang!

Terung lagi!

Ni abah dok semai pokok daun misai kucing, sebab abah minum air rebusan misai kucing ni. Caranya, dia keringkan dulu daun ni sekering2nya dan simpan dalam bekas. Bila dah habis bekalan dia akan rebus lagi dan letak dalam peti ais..

Ni pokok petola.. belum membuahkan hasil lagi..

Daun pandan semestinya.. sebab abah suka makan kuih2 tradisional





The end.. ada yang nak dapatkan benih daun misai kucing?
Meh pm saya ya..

Performance Drink, kegemaran si dia!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Semoga semuanya sihat dan diberkati oleh Ilahi.. 

Rancangan asal nak cerita pasal Vitamin E Complex yang terkenal tu ..
Tapi plan dah bertukar kepada Performance Drink pula.. Kenapa dan mengapa? Sebab saya tak sabar sabar nak cerita yang En Suami, sangat suka pada Performance Drink ni. Inilah supplement pertama yang kekal dia guna semenjak mencubanya pada bulan Ramadhan yang lalu.. Alhamdulillah.. 

Ini adalah kerana Performance Drink sangat sangat membantu beliau dalam mengatasi masalah tidak gemar minum air putih.. Tapi sekarang dah banyak berubah. Dulu tiap tiap bulan mesti demam, sakit tekak, selsema dan batuk. Warna urine pun selalu kuning pekat saja. Kini tidak lagi.. Performance Drink betul betul menyelesaikan dilema mesti demam tiap tiap bulan. Dan saya yang jauh dari dia ni, tidak lagi risau dengan masalah itu! Syukur sangat pada Ilahi.


Performance Drink, sekarang mesti sentiasa ada di rumah!

Jom tengok apa itu Performance Drink ni:-

  1. Ia adalah minuman ahli sukan yg mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna utk membantu mencegah dehidrasi seperti fungsi minuman elektrolit. Tetapi, ianya tidak bergas! 
  2. Ia membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan
  3. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yg memberikan kita tenaga berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dlm darah.
  4. Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya ia membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
  5. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua golongan terutama yang kerja di tengah panas. Sesuai untuk budak budak yang sedang demam atau baru nak demam.
Meh baca sikit pasa Elektrolit..

Fungsi elektrolit adalah untuk mengawal keseimbangan air dalam badan dan menghasilkan impuls elektrik yang digunakan oleh saraf saraf dan otot otot badan. Antara elektrolit yang utama dalam badan adalah Sodium ion, Chloride Ion, Magnesium ion Calcium Ion, Potassium ion.. 

Mengapa Performance Drink menjadi pilihan suami saya? 

Kerana ia berbeza dengan jenama yang lain..bukan sahaja rasanya yang lazat, tetapi yang paling penting ianya tidak bergas dan juga atas atas sebab berikut :-

Kelebihan Performance Drink Shaklee:-
  • Ia terbukti secara klinikal dapat menyokong tahap hidrasi lebih cepat berbanding air. 
  • Performance Drink juga mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi lain.
  • Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.
  • Terbukti secara klinikal:Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi, memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.
  • Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.
Jadi, tunggu apa lagi? Jom dapatkan dari saya.. rundingan percuma.. :)



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Your Shaklee Independent Distributor
Azira Abu Bakar
- SMS/ Wassup/ WeChat/Call @ 0133639553
With Love,
Azira AB