Coretan - Batu Gajah KL Sentral

BATU GAJAH KL SENTRAL

5.02 pagi





Dinihari pagi... Ramai juga makhluk Allah bernama manusia di stesen keretapi Batu Gajah ni. Isnin, memang agak ramai penumpang yg menaiki ETS untuk ke Kuala Lumpur. Tiket jika tidak dibeli awal, maka tidak berpeluanglah untuk kembali ke Kuala Lumpur.

Ada pelajar yang perlu memberesi ilmu yang dipelajari. Demi segulung Sijil, Diploma atau Ijazah!

Ada pekerja yang gigih melangsaikan tanggungjawab mencari rezeki. 

Ada pesakit yang perlu menemui doktor untuk penawar kesakitan.

Ada pelbagai jenis manusia di sini. Berbagai bangsa dan agama. Yang pastinya dengan tujuan untuk sampai ke destinasi. Aku? Sebahagian dari mereka.  Perlu melunasi tanggungjawab walau harus berjauhan dengan kekasih hati.
Hari ini, satu lagi episod hidup bakal berlalu walau ianya baru sahaja hendak melorek langkah. 

Masih bernafaskah? Masih mampu tersenyumkah? Masih berupaya melukis tawakah? 

Tiada kepastian apa yang akan berlaku lewat beberapa minit akan datang. 

ALLAH . ALLAH. ALLAH.
Semoga hidup hari ini ada ertinya untuk dibawa bekalan ke dunia yang pasti itu. 

Semoga hari ini tidak berlalu sesaat pon tanpa kita mengingati DIA!

Biar kaki melangkah, biar lena diulit mimpi, biar apa pun terjadi, moga kita terus mengingati DIA dalam sedar atau tidak.

No comments:

Post a Comment