Tajuk ada kena mengena dengan cerita? Tak berapa ada sangat lah.. hahahhaah. Semalam belek belek dokumen lama.. Zaman suka suki tulis cerpen... dari zaman sekolah sampai zaman belajar di UITM Dungun.
Dulu dulu masa zaman sekolah dan masa di kolej cita cita nak jadi cerpenis dan novelis.. Tapi tak tahu kenapa cita cita tu dah terkubur begitu sahaja.. Mungkin sebab jarang berjalan maka pengalaman tiada dan tiada langsung ilham dan idea cerita apa yang nak ditulis..
Masa kerja ada juga cuba cuba menulis semula, tapi semuanya serba tak kena dan tak menjadi. Mungkin tidak belajar macam mana hendak jadi penulis pun puncanya.. Apa pun kerja kalau tanpa ilmu mungkin tak berapa nak menjadikan.. Kalau menjadi pon, semua itu adalah ketentuan ILAHI.
Jadi, semuanya adalah salah sendiri.. tiada salah sesiapa tidak juga aku salahkan kekangan masa. Semuanya adalah pada diri sendiri.. Betul tak?
Ini puisi aku ilhamkan untuk si dia.. alah zaman cinta monyet.. simpan sini sebagai kenangan. Puisi ini tersiar di majalah remaja tahun 2000/2001, aku tak ingat dah..
Ini aku jumpa dalam majalah D'Bankers batch 1995-1998. Diploma in Banking di UITM Dungun Terengganu. Dungun di hati!!! Aku digelar paling jiwang? Sebab aku suka menulis? Mungkin lah kot. Kelakar tengok senarai ni..
Ini cerpen yang aku tulis.. Juga ada dalam dalam majalah D'Bankers batch 1995-1998
sambungan.. tajuknya? CINTA INI
Aku dalam proses mencari majalah remaja tahun 2000/2001 cover Wardina. Masa ni dia join program Dewi Remaja. Sebab ada cerpen karya aku di dalamnya. Aku tak simpan soft copy cerpen tu tak tahu kenapa.. Dalam masa yang sama majalah yang ada pada aku dulu dah hilang semasa kerja di PUSAT RAWATAN ISLAM MAIS PJ... So sad.. Kalau kalau anda terjumpa let me know ya.. Cerpen tu aku tulis masa admitted di Hospital Kuala Lumpur selama tiga minggu semasa cuti semester kedua semasa buat Ijazah juga di UITM DUNGUN!
No comments:
Post a Comment