KARI IKAN MANGGA
Alkisah, ada orang tu request untuk makan Kari Ikan Mangga. Ok. Dalam peti ais ada ikan nyok nyok dan balik dari rumah mak dapat mangga muda yang kecil kecil.. Aku amik 5 biji.
Sebelum tengok resepi, jom tengok cerita di sebalik Kari Ikan Mangga ni. Sambil menjamah makanan En Suami cerita, di negara India susah untuk dapat asam jawa. Maka mangga di gunakan dalam resepi masakan kari ikan bagi menggantikan asam jawa atau asam keping. Kata En Suami, boleh dikatakan setiap rumah di India ada pokok mangga. Dalam masakan India, mangga digunakan untuk masak acar, chutney dan pelbagai lagi..
Katanya cerita ini datang dari arwah bapanya yang mana keturunan beliau adalah dari India (daerah paling ramai Islam).. Tak pasti kesahihan cerita ini sebab belum sempat di Google.
Jom tengok resepi.. Kalau dah guna mangga dalam kari ikan, tak perlulah lagi letak asam. Kalau suka boleh letak tomato. Tapi saya tak letak!
rempah, mangga, cili merah
proses menumis
Bahan2 nya..
Ikan nyok nyok seekor di kerat 4
Serbuk kari - 5/6 sudu besar
Serbuk jintan manis - 1/2 sudu kecil
Serbuk jintan putih - 1/2 sudu kecil
Bawang Besar - 1 labu
Bawang Putih - 6 ulas
Halba - satu sudu kecil
Biji Sawi - 1/2 sudu kecil
Daun Kari - 3 tangkai
Cili Masak - 3 biji
Minyak untuk menumis
Sedikit air
Dan caranya...
Tumis bawang besar, bawang putih, halba, biji sawi, daun kari sehingga naik bau dan agak kelayuan.
Masukkan rempah dan perlahankan api, masak hingga garing.
Kemudian tuang sedikit air, gaul rata dan masukkan mangga.
Kemudian tambahkan sedikit air lagi dan masukkan pula ikan.
Didihkan hingga ikan masak dan mangga agak layu.
Perasakan dengan garam dan jika perlu garam
Siap untuk dimakan! Enak dihidang bersama dengan nasi yang agak lembik.. Dihidang bersama dengan bendi masak hijau!
Nyum2 sungguh.
No comments:
Post a Comment