Enbrel 50mg - Suatu Keterpaksaan!

Kalau diberi pilihan memang aku tak nak ambil injection Enbrel 50mg ni. Tapi mengenangkan jerihnya sakit yang aku tanggung ketika penyakit RA ni datang, buat aku untuk tidak lagi berfikir. Ambil saja untuk kesihatan diri dan tidak perlu menyusahkan orang lain.

Cucukan terakhir untuk kotak yang kedua setelah aku discharge dari wad bulan April yang lalu. Untuk ambil lagi, kena tengok result keputusan darah Jan 2016 nanti. Cucuk sendiri ni. Kotak pertama pergi klinik minta doktor cucuk. Tapi aku buat keputusan untuk cucuk sendiri. Lagipun payah nak bawa jalan jalan. Ubat ni kena letak suhu sejuk peti ais. Jom tengok gambar!



Dah tengok gambar? Jom tengok sikit pasal Enbrel ni. Artikel dipetik dari sini ya.

---------

How ENBREL works

ENBREL is a medicine your rheumatologist can prescribe to help relieve joint pain and stiffness, and can help you get back to many of the everyday activities you love. It also helps protect joints from further damage. To learn how ENBREL works, click through the slideshow below.

Bagaimana Enbrel berfungsi untuk Rheumatoid Arthiritis






What can I expect from ENBREL?

ENBREL has helped improve symptoms for thousands of people with moderate to severe rheumatoid arthritis. It can help relieve joint pain and stiffness. It can also help to reduce fatigue (tiredness). It can also help stop joint damage from getting worse.

Side Effect of Enbrel.

Because ENBREL works on your immune system, it can make it harder to fight infections. Serious infections, like tuberculosis (TB) and infections caused by viruses, fungi, or bacteria, have happened in patients taking ENBREL. If you start to get an infection while you are taking ENBREL, tell your doctor right away. ENBREL can also raise other safety concerns, like lymphoma and other cancers.

Coretan - Arwah Opah



Lewat dinihari tempohari ketika mata sudah hendak melabuhkan tirai, aku tiba tiba teringat pada arwah OPAH yang disayangi. Rasa rindu tiba tiba menghinggap hati yang tatkala itu terasa sunyi.

Teringat saat aku menyisir rambutnya usai memandikan dia. Aku yang agak kasar ini menyisir rambutnya dengan kuat. Perlahan dia bersuara..

"Sakit.. pelan pelan sikat" aku sedikit terkedu. 

Rasa bersalah merajai ruang hati. Setelah memohon maaf perlahan aku kembali menyisir rambutnya dan kemudian membedakkan wajahnya. Luluh hati tatkala itu kerana setiap inci badannya penuh rasa sakit yang tidak mampu aku kurangi.

Lewat beberapa hari sebelum perginya insan yg aku rindui ini dia teringin untuk makan nasi berlaukkan ikan masin tepung. Alhamdulillah berjaya emak tunaikan. 

Teringat saat aku membacakan satu juzuk ayat Al Quran dimalam opah tidak lagi memandangkan aku dengan redup matanya. Pilu. Teringat saat aku membantu memandikan jenazahnya.. air mata tidak mampu gugur tatkala itu. Tidak tahu dari mana datangnya kekuatan itu sambil memandang emak yang tidak berdaya berbuat apa... ahh emak, hatinya yang sangat rapuh meruntun emosi aku.

Tatkala jenazah mula dibawa melangkah keluar dari rumah baru air mata yang aku tahan dan empangi gugur jua... 

Arwah yang penuh cerita duka dan juga diwarnai warna warna pelangi dalam hidupnya.. arwah yang amat suka melihat aku menggayakan tudung ketika di sekolah rendah.

Ada 1001 cerita tentang arwah Opah yang tak mungkin aku rungkaikan satu demi satu.. arwah yang sangat lembut dan mendamaikan resah di hati..



NIKMAT SIHAT SEBELUM SAKIT

CORETAN - VIVIX SHAKLEE & AKU

VIVIX SHAKLEE - Kesayangan hamba!

Dulu dulu walaupon ada rezeki selalu berkira untuk dapatkan supplement... Kalau beli supplement atau vitamin selalu tidak habis dan ambil mahu tak mahu malah sering juga dibakul sampahkan. 

Membazir! Sekarang baru sedar, terjaga dari kisah kisah indah. Bila dah ada masalah kesihatan, baru tahu langit itu tinggi atau rendah. Kalau dikumpul kumpul pembaziran yang dah berlaku boleh beli VIVIX berbotol botol gamaknya.

Bila dah ada sakit, mahalnya harga supplement tidak lagi diambil kisah. Asal kembali sihat. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Pengambilan VIVIX membantu saya meminimakan masalah Rheumatoid Arthiritis saya. 

Ikhtiar selagi mampu, semoga Allah memberi nikmat sihat yang berpanjangan untuk saya.

Cerita saya mengenai VIVIX SHAKLEE di sini juga di sana.


___________________

Hubungi saya :-

Azira @0133639553
FB Azira Abu Bakar
masuri24@gmail.com

Hadiah




Pagi Selasa yang indah di pejabat, ada seorang staff (that I call Kak Ani) datang secara tiba tiba dan memberi hadiah ni! Ini sangat mengejut dan aku terkejut. 

Tak tahu pasal apa dia bagi hadiah. Pias aku pikir. Sepatutnya aku yg bagi dia sebab dia bakal bersara dengan mengambil Skim Mesra tawaran syarikat. Bila aku tanya dia saja saja bagi. Addoiii..

Puas fikir baru aku ingat sebab apa. Sebab dia pakai kerusi solat aku di surau kecil di pejabat (aku solat pakai kerusi disebabkan penyakit RA yg attack lutut).

Moral of the story, buat baik dibalas baik! And i love this gift. Dalam dia adalah sehelai tudung bewarna hijau. Warna kegemaran aku nih. Terima kasih kak!

VITAMIN C SHAKLEE & SET PENJIMATAN SERENDAH RM 150

VITAMIN C SHAKLEE &

SET PENJIMATAN VITAMIN C SERENDAH RM 150




Tak ada budget bukan alasan untuk tidak ambil vitamin! Saya sedia bantu untuk sesuaikan vitamin dengan budget anda.


Kepada semua pembaca blog saya yang dikasihi.. 

Saya nak bagitahu bulan ni ada promo Vitamin C Shaklee. Haaa.. untung sangat ya kalau beli bulan ni.. hingga 30/11/2015 sahaja.

Harga Retail adalah RM 90+++, tapi dengan adanya promo ni, harga jadi lebih ISTIMEWA UNTUK ANDA! UNTUK ANDA SAHAJA!

HARI TERAKHIR UTK PESANAN ADALAH PADA 30/11/2015



SET PENJIMATAN VITAMIN C SERENDAH RM 150 SAHAJA!!! 

Maklumat mengenai VITAMIN C boleh anda dapati dari sini!


KULIT CANTIK/GLOWING
     Vitamin C & B Complex

MASALAH ECZEMA
     Vitamin C,Herbal Blend &Basic H

RESDUNG
      Vitamin C, B Complex &Zinc or
      Vitamin C & Alfalfa Complex

JERAWAT
      Vitamin C & Alfalfa Complex or
      Vitamin C & B Complex or
      Vitamin C & Zinc Complex 

PEROKOK
     Vitamin  C & Alfalfa Complex or
     Vitamin  C & Herblax

LENGUH2/SENDI
     Vitamin C & Ostematrix or
     Vitamin C & B Complex

GUSI BERDARAH
      Vitamin C & B Complex

ULSER MULUT
     Vitamin C & Zinc Complex or
     Vitamin C & Carotomax

STRETCHMARK @ PERUT
     Vitamin C,Herbal Blend & B Complex

========

Boleh hubungi saya di wassup, sms, telegram dan we chat, 

0133639553, Azira Abu Bakar atau 
Email di masuri24@gmail.com atau
Boleh juga tinggalkan no telefon anda di ruangan komen.  Saya akan hubungi anda secepat mungkin.



KEK PISANG LEMBUT

KEK PISANG LEMBUT & LEMBAP


Kek pisang ni buat dua minggu lepas. Abah ada bagi pisang yang dia tanam sendiri. Pisang apa aku pon tak ingat namanya. Huhu tak tahu nak buat apa sebenarnya. Mak kata pisang ni tak boleh digoreng. Dia tak boleh tahan pada suhu kepanasan melampau sebab akan cair... so mak kata boleh buat lempeng, jemput jemput saja. So aku godek2 resepi di internet maka inilah hasilnya. Tapi mcm kurang rasa pisang, mungkin sebab bukan pisang emas kot..


Resepi ni aku ambil dari blog Kak Azlita Masam Manis dan Sunah Sakura. Jom terjah resepinya! Sangat sedap dimaksn bersama teh o kosong!

Bahan-bahan:

4 biji telur gred A
8 biji pisang emas (7 biji dilecek, sebiji untuk hiasan)
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan butter (cairkan) @ minyak jagung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen pisang
sedikit garam

Cara-cara membuatnya:

1. Panaskan oven pada suhu 170 C.
2. Griskan loyang 8” dengan sedikit mentega dan alas guna baking paper.
3. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan.
4. 7 biji pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam.
5. Pukul telur bersama gula dan esen pisang, masukkan mentega cair/minyak jagung.
6. Kemudian masukkan tepung, gaul rata dan tuangkan ke dalam loyang.
7. Baki sebiji pisang dihiris dan dihias di atas kek sebelum dimasukkan ke dalam oven.
8. Bakar selama 45 minit atau sehingga masak menggunakan api atas dan bawah.


Cara Menyimpan Vitamin - Kaedah 1

Kaedah 1 - Elakan Kelembapan


Vitamin dan makanan tambahan telah menjadi satu kompenen penting dalam rejimen kesihatan dan juga dalam diet sebahagian orang ramai masakini. Anda bagaimana? Ramai orang menggunakan vitamin dan makanan tambahan untuk mengisi lompang lompang  dalam diet seharian mereka. Tambahan lagi amat sukar untuk mendapatkan produk segar yang bebas bahan kimia dewasa ini. Walau bagaimanapun, vitamin dan makanan tambahan boleh jadi mahal harganya, jadi adalah amat penting untuk memastikan bahawa anda menyimpan dengan cara dan kaedah yang betul bagi mengelakkan pembelian anda menjadi pembaziran.

1. Elakan Menyimpan Di Dalam Peti Sejuk

Untuk mengekalkan potensi optimum vitamin dan makanan tambahan, perlu disimpan di tempat yang sejuk dan kering. Walaupun peti sejuk adalah tempat yang sejuk dan gelap, ia penuh dengan kelembapan yang mana boleh mengurangkan jangka hayat dan keberkesanan vitamin atau makanan tambahan tersebut. Ianya disebut sebagai satu proses dikenali sebagai deliquescence.

Keadaan yang terlalu lembap boleh membuat kapsul melekat diantara satu sama lain dan boleh mengurangkan keberkesanan vitamin. Oleh yang demikian, peti sejuk hanya boleh digunakan untuk menyimpan makanan tambahan atau vitamin yang secara khusus memerlukan penyejukan seperti yang tertera dilabel.





2. Elakan Menyimpan Di Bilik Mandi.

Menyimpan vitamin dalam bilik mandi akan mendedahkan mereka kepada haba dan kelembapan secara kerap, walaupun ianya di simpan dalam kabinet ubat. Ini boleh dan akan mengurangkan kualiti dan jangkahayat vitamin dan makanan tambahan tersebut. Ini bermakna anda mungkin tidak akan mendapat semua nutrisi yang anda telah bayar! Di samping itu, membuka dan menutup vitamin juga makanan tambahan di kawasan lembap akan memerangkap sedikit kelembapan ke dalam botol atau bekas tersebut.




3. Elakan Menyimpan Di Dapur 

Kebanyakan vitamin dan makanan tambahan diambil bersama dengan makanan. Jadi pilihan untuk menyimpan di dapur dan ruang makan mungkin kelihatan logik kerana memudahkan anda mengingatkan diri anda untuk mengambilnya.

Walau bagaimanapun, permasalahan dengan menyimpan vitamin di dapur adalah, suhu dan kelembapan di dapur naik dan turun ketika anda menggunakan ketuhar dan dapur memasak.

Tambahan pula, banyak kelembapan dan lemak berwap di dapur, yang cenderung untuk terkumpul pada tablet dan kapsul anda.

Sebaiknya simpan vitamin dan makanan tambahan anda di bahagian dapur kering.




4. Penyimpanan Di Bilik Tidur

Pastikan vitamin dan makanan tambahan yang di simpan di dalam bilik tidur adalah jauh dari cahaya matahari. Bilik tidur ini mungkin adalah tempat yang terbaik untuk menyimpan vitamin dan makanan tambahan kerana terdapat beberapa perubahan dalam kelembapan, dan bilik tidur yang biasanya sejuk dan kering.

Pastikan untuk tidak mendedahkan vitamin dan makanan tambahan dari tingkap terbuka dan cahaya matahari, yang akan merendahkan potensi dan kualiti produk tersebut. Dalam masa yang sama, jauhkan dari capaian kanak-kanak.




Artikel ini diterjemah dari Wiki How. Sila rujuk di sana jika terdapat kekeliruan atau kita boleh berdiskusi bersama! 

Nak order vitamin? Hubungi saya, 
Azira 0133639553



How to rename photo for - Samsung Note 5

How to rename photo for - Samsung Note 5.

Pernah tak mengalami kesulitan ni? Atau sedang mengalami kesulitan ini? It happened to me for past few days. Huhu jenuh juga nak godek. Tanya en suami pon dia tak tahu. And finaly I found it! Alhamdullilah. 

Jadi saya tepek kat sini supaya memudahkan sesiapa yang menghadapi masalah ini. 

Pergi pilih gambar yg nak di rename. Tengok di sudut atas kanan telefon. Klik button 'MORE' tersebut.

Lepas tu akan keluar butiran seperti di gambar. Pilih 'DETAILS'

Lepas tu keluar skrin ni dan tekan EDIT

So, tulislah nama apa yg anda hendak letak. Seperti yg saya highlight dlm bulatan warna kuning. Lepas tu tekan butang SAVE di sudut kanan atas (lupa nak highlight)

Ok dah siap!





Semoga ini membantu anda!
Ps:- saya jual Shaklee tau.. 0133639553


Potret Persahabatan

Tiada coretan untuk entry kali ini. Sekadar gambar yang mewarnai cerita semalam. Sayang korang semua ya!

Unexpected friendship - perkenalan sebagai rakan sideline SID since 2013










Coretan - Wangsa Maju Menara TM




Semalam sibuk berjimba.. ok. Berjimbalah sgt. Meraikan hari lahir teman Sideline SID. Berkaraoke tak ingat apa dunia dah.

Hari ni pagi pagi dah keletihan nak ke tempat kerja. Jadi aku buat keputusan untuk naik teksi dari Wangsa Maju ke Menara TM Kerinchi. 

Sebelum ke tempat kerja sempat minum sesudu VIVIX untuk mengembalikan kecergasan!

Sambil sambil sempat tgk sekeliling. Semua orang sibuk dengan telefon pintar masing masing. Termasuk aku dalam teksi ni. 

Dunia sekarang, telefon pintar adalah segalanya! Sampai kita lupa siapa disekeliling kita. Adakah ini adalah alasannya aku deactivate akaun FB??? Aku je tahu ... 

No plat teksi yg aku naik

Coretan Ringkas -LRT GOMBAK




Sibuk PM pelanggan Shaklee, aku jadi leka dan ralit sampai terlepas destinasi yang dituju... hehehehhe..

ALLAH. ALLAH. ALLAH.
Alpanya, sampai lewat tiba di rumah.

Matahari hampir melabuhkan tirainya...
Malam kian menyapa...

Apa ada dengan hari ini?

Breakfast Today

PORTUGESE EGG TART

Had this for my breakfast today. Delicious Portugese Egg Tart from Aleya Bakery. You can find Aleya Bakeri at Plaza Pantai ( LRT Kerinchi)

This will cost you RM 2.00 for a piece og Portugese Egg Tart

So yummy!




You can get the recipe of this tart from here and here








Coretan - Batu Gajah KL Sentral

BATU GAJAH KL SENTRAL

5.02 pagi





Dinihari pagi... Ramai juga makhluk Allah bernama manusia di stesen keretapi Batu Gajah ni. Isnin, memang agak ramai penumpang yg menaiki ETS untuk ke Kuala Lumpur. Tiket jika tidak dibeli awal, maka tidak berpeluanglah untuk kembali ke Kuala Lumpur.

Ada pelajar yang perlu memberesi ilmu yang dipelajari. Demi segulung Sijil, Diploma atau Ijazah!

Ada pekerja yang gigih melangsaikan tanggungjawab mencari rezeki. 

Ada pesakit yang perlu menemui doktor untuk penawar kesakitan.

Ada pelbagai jenis manusia di sini. Berbagai bangsa dan agama. Yang pastinya dengan tujuan untuk sampai ke destinasi. Aku? Sebahagian dari mereka.  Perlu melunasi tanggungjawab walau harus berjauhan dengan kekasih hati.
Hari ini, satu lagi episod hidup bakal berlalu walau ianya baru sahaja hendak melorek langkah. 

Masih bernafaskah? Masih mampu tersenyumkah? Masih berupaya melukis tawakah? 

Tiada kepastian apa yang akan berlaku lewat beberapa minit akan datang. 

ALLAH . ALLAH. ALLAH.
Semoga hidup hari ini ada ertinya untuk dibawa bekalan ke dunia yang pasti itu. 

Semoga hari ini tidak berlalu sesaat pon tanpa kita mengingati DIA!

Biar kaki melangkah, biar lena diulit mimpi, biar apa pun terjadi, moga kita terus mengingati DIA dalam sedar atau tidak.

FAMILY GATHERING @ MANJOI

Istilah rehat tidak ada dlm kamus hidup aku bila hari menginjak ke hujung minggu. Lelah rasanya. Mula mula buat keputusan tak nak pergi ke majlis gathering keluarga sebelah suami. Tapi mengenangkan dia tak pernah berkata tidak pada apa jua majlis sebelah keluarga aku, maka aku turutkan jua. Rasa lelah itu ku lemparkan jauh. Bila kita telah berkahwin banyak hati yg perlu di jaga. Dan perkahwinan itu pula sebenarnya antara dua keluarga besar!

Lokasi, kedai makan milik sepupu en suami di Manjoi. Menu pelbagai hasil dari pot luck.

Biar gambar berbicara....







Rizq n grandpa (en suami)

VITAMIN C SHAKLEE - PROMO NOV 2015

VITAMIN C SHAKLEE


PROMO VITAMIN C SHAKLEE

Kenali Sustained Released Vita-C

Semua sudah mengenali Vitamin C, tapi apakah yang terkandung dan keistimewaan Sustained Release Vitamin C shaklee berbanding vitamin C lain yang berada di pasaran? 

Ya, sudah tentu  Sustained Release Vita-C  adalah 100% semulajadi, halal, selamat dan berkesan kerana semua produk shaklee menjalani ujian-ujian klinikal (ujian ke atas manusia) sebelum dipasarkan. 

Jika diambil 2 kali sehari (2 biji sehari), Sustained Release Vita-C dapat mengekalkan paras Vitamin C plasma selama lebih 24 jam. Selain itu, Sustained Release Vita-C merupakan vita-C semulajadi pertama didunia yang bertindak secara "Sustained Release". Iaitu pelepasan vitaminc secara perlahan-lahan dan berterusan setiap 5 jam dalam tempoh 24 jam. 

Di mana setiap 5 jam sebanyak 100mg daripada 1 bij tablet (mengandungi 500mg Vitamin C) yang bersamaan 7 1/2 biji oren dilepaskan ke dalam badan.

Kelebihan Sustained Release Vita-C Shaklee

Membentuk kologen
Vitamin C merangsang pembentukan kolagen. Kolagen merupakan sebatian asas otot, tisu,gusi, rangka dan tulang rawan. Sekiranya kekurangan vitamin C kawasan ini akan cepat hilang elastik yang menyebabkan proses penuaan.

Kecantikan kulit
Kulit akan lebih cerah dan kurang berlaku masalah kulit kering dengan pengambilan vitamin C secara berterusan.

Sebagai anti oksidan yang kuat
vitamin merupakan antioksidan atau salah satu cara untuk melawan penyakit.

Membantu mencegah kanser
mampu meningkatkan interferon semulajadi atau daya ketahanan yang tinggi serta mampu merangsang pengeluaran T-cell untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dengan berkesan.

Meningkatkan sistem imun badan 
membantu membina sel darah merah dalam tubuh untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, mengukuhkan sistem imun.

Membantu meningkatkan kesan pemulihan
membantu dalam penghasilan kulit baru, alergi dan memudarkan parut.

Memperbaiki Simpton pendarahan 
Kekurangan vitamin C menyebabkan masalah gusi berdarah, kulit kasar, kulit ruam dan kulit kering.

Mengelakkan terjadinya insomnia 
membantu fikiran lebih tenang, kurang stress dan masalah mental seperti keresahan.

Mengekalkan kolestrol sihat
membantu megurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengahalang pendarah dalam hidung dan kapilari dari darah.

25 manfaat vitamin c Shaklee

Kau Aku Kita


OST

Kau Aku Kita

Bahrain - Kau Bagai Udara


Jantung berdegup laju
Menangkis semua jawapan
Jika betul kau jemu
Terus teranglah dan berdepan
Susah untuk terima
Keputusan dari bicara
Cuma satu ku pinta
Cubalah fikirkan semula

Kau bagai udara bagiku
Dirimu ku perlu di dada
Sentiasa untuk bernafas
Pudar kiranya kau jauh di mata
Sesatlah di jiwa kerana kau yang ku cinta

Semua kesalahan tak berertinya sedemikian
Bila marah menjelma yang benar pun menjadi salah
Ini baru sekali kesilapanku sebegini
Aku layak terima diberi peluang berubah

Aku berjanji tak akan sia-siakan dirimu
Bukannya ingin mendedah kelemahan
Jauh di hatimu ku tahu masih tersimpan
Segala kenangan terindah
Segala perasaan cinta

Rezeki dari ILAHI

REZEKI DARI ILAHI

Nampak tak pekerja tersebut???


Gambar seribu erti! Gambar yang mewarnai bicara hati. 

Gambar yang aku snap lewat pagi tadi semasa sarapan pagi. Sarapan pagi pon pukul 1030.. itu pun En Suami pergi beli. Sambil bersarapan aku bersembang dgn En Suami. Aku kata, kasihankan berjemur di tengah panas demi sesuap nasi. 

Tak kisahlah gaji mahal ke atau murah. Rezeki yg Allah bagi dengan harus menjemurkan diri di bawah terik mentari. Gigih sungguh. Aku kagum. Aku yang bekerja di bawah dingin aircond pun sering merungut kebosanan dan keletihan. Maka bagaimana dengan org yg terpaksa bekerja mengangkat batu membina bangunan? 

Kasihan kasihan. Kasihan pada diri aku sendiri kerana kurangnya rasa bersyukur atas nikmat kurniaan ILAHI yang. Pandang ke bawah Azira! Jangan asyik memandang ke atas.

En Suami menyuruh aku membancuh Performance Drink. Aku kata, abang pergi hantarlah ya. En Suami kata seganlah.. 

Ok. Biar ayg hantar. Baru berkira kira hendak membancuhkan minuman, pekerja itu telah pon berlalu kerana tugasan yg telah selesai. 

Aku? Bukan rezeki utk belanja pekerja tersebut minum PD!

BAHAGIA - REDHA & SYUKUR

BAHAGIA - REDHA & SYUKUR

Bersembang dengan teman sideline SID. Bercadang untuk meraikan hari lahir 2 orang teman sideline SID yang lain..

Manusia, perangainya bermacam macam. Makhluk Allah yg sangat sempurna , tapi berbeza dari segi segalanya.

Tidak berpuas hati dengan yang lain? Itu lumrah dan fitrah. Apa yg penting bagaimana penerimaan kita. Positif atau negative. Aku? Selalu juga berprasangka negative.. 😏😏

Manusia, jarang yg mahu bersyukur. Tapi terus menerus mengecam dan tidak pernah tidak untuk komplen!

Coretan Ekpress Rakyat - 20/11/2015

Ekpress Rakyat 02

Koc yg sgt selesa!

Gerimis mengundang

Kurniaan ILAHI

Destinasi , Batu Gajah Perak

Gerimis menemani tatkala keretapi ini memulakan perjalanan..

Dingin, sedingin aku yang masih mencari cari erti dan destinasi hidup

Mata telah seakan akan letih, seolah olah meminta aku supaya membawa diri ke alam lena. Tapi diri belum puas rasanya untuk terus menikmati indahnya langit dan rimbunan hijau ciptaan ILAHI

Hati berkata kata minda bermain main.. Sampai bila harus leka begini, kadang kadang lupa untuk membaca tinta dari ILAHI.. Majlis ilmu masih belum mampu dijejaki.. berat untuk melangkah. Hanya kerana sebuah alasan KEMALASAN yg merajai perjalanan hidup ini..

Bersyukur dengan rezeki dari ILAHI. Walau ada rasa iri pada mereka yang mempunyai zuriat pewaris keturunan.

Aku adalah aku, semoga hidup ini berada di bawah keberkatan dan lindungan dariNYA walau aku selalu lupa aka DIA


GLA COMPLEX SHAKLEE - 5 SEBAB UTAMA

GLA COMPLEX SHAKLEE

atau lebih juga dikenali sebagai EPO iaitu Evening Primprose Oil sangat bagus untuk membantu minimakan masalah wanita wanita seperti PMS, kesuburan dan juga bagus untuk lelaki. Jom kita tengok apakah manfaat GLA Complex Shaklee ini selain untuk wanita. Jom terjah..

Promo Oct 2015 - beli 6 dpt 7 ya!

5 Sebab Utama GLA Complex Shaklee 

patut diamalkan adalah kerana kebaikan untuk:-

1. HORMON LELAKI DAN PEREMPUAN serta KESUBURAN

GLA Complex Shaklee membentuk prostaglandin yang mengawal selia hormon lelaki dan wanita termasuk estrogen dan testosteron. Jadi, lelaki memang tak ada masalah untuk amalkan GLA COMPLEX Shaklee juga. Antara kesan baiknya terhadap wanita adalah memperbaiki simpton PMS seperti sakit semasa period, mood swing, retensi air dan sakit payudara.

GLA COMPLEX SHAKLEE membantu wanita membetulkan kitaran haid sekaligus mengurangkan risiko ketidaksuburan dan memudahkan perancangan untuk hamil. Yang lebih menarik, GLA COMPLEX SHAKLEE dikatakan boleh menyediakan persekitaran yang baik untuk sperma hidup dan membuatkan jangka hayatnya lebih lama jadi waktu subur dipanjangkan.

2. KECANTIKAN & KESIHATAN KULIT

GLA yang bermutu dan berkonsentrasi tinggi seperti GLA Complex Shaklee dari borage oil dan biji bunga matahari ni turut diperkaya dengan Vitamin E. Jadi ia memberi kebaikan pada kulit juga iaitu mengurangkan inflamasi kulit, memperbaiki bintik penuaan / pigmentasi, memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur.

3. ALERGIK

Gamma linolenik acid @ GLA COMPLEX SHAKLEE membantu mengurangkana ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, kurap.

4. KURUS dan MAINTAIN

GLA COMPLEX SHAKLEE turut membantu merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, membentuk kulit dan otot wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik dan menghalang pertambahan berat badan.. tanpa sedar dengan amalan yang konsisten..badan pun terbentuk dan cantik.

5. TEKANAN DARAH TINGGI + KENCING MANIS

GLA COMPLEX SHAKLEE menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah yang baik, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi serta mengelak masalah jantung.

Untuk pesakit kencing manis, GLA COMPLEX SHAKLEE membantu merendahkan gula darah, mengurangkan kebas dan kesakitan disebabkan gula darah yang tinggi.

Antara manfaat lain GLA COMPLEX SHAKLEE

Antara manfaat GLA COMPLEX SHAKLEE
Memandangkan ada promo bulan ini, maka harganya menjadi sangat sangat special jika anda turut serta menjadi ahli. Tunggu apa lagi? Jom hubungi saya!

Azira Abu Bakar,
Pengedar Shaklee Anda 
0133639553

COD 
Wangsa Maju Sek 1, Ipoh, Batu Gajah, Tanjung Tualang, 
Penghantaran Seluruh Malaysia, Brunei, Indonesia 

Email at
masuri24@gmail.com 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit