Osteoartritis Lutut: Apa Yang Anda Perlu Tahu ??

Osteoartritis Lutut: Apa Yang Anda Perlu Tahu 





Sumber artikel : - http://www.mmgazette.com/

Pernahkah anda bangun pagi dan mendapati kedua-dua lutut anda keras dan kaku, terutamanya apabila cuaca sejuk? Pernah mendengar bunyi klik (juga dikenali sebagai krepitus) atau merasa seperti sendi lutut anda bergesel setiap kali anda menggerakkannya? Kemungkinan besar anda mengalami sejenis penyakit degeneratif yang dikenali sebagai osteoartritis yang tidak hanya terhad kepada sendi lutut tetapi mungkin menyerang mana-mana sendi di badan anda. Artikel ini akan mengupas punca, simptom dan rawatan bagi osteoartritis lutut.

Mungkin anda tertanya-tanya, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan osteoartritis? Mari kita leraikan perkataan yang panjang ini kepada dua perkataan yang mudah. Pertamanya, perkataan osteon yang berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud tulang. Kedua, perkataan artritis yang bermaksud radang sendi. Dalam bahasa mudah, osteoartritis merupakan artritis yang berlaku akibat penggunaan sendi yang menyebabkan lapisan selaput sendi (dikenali sebagai rawan) terhakis akibat perubahan struktur di dalam sendi. Keadaan ini berlaku akibat geseran berlebihan dua tulang seperti tulang femur (tulang peha) dan tibia (tulang kering) yang disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Pesakit osteoartritis akan merasa lega apabila sendi terbabit direhatkan dan sakit apabila sendi itu digunakan secara berlebihan. Keadaan yang sebaliknya berlaku bagi pesakit ‘Rheumatoid Arthritis’.

Tinjauan ‘Community Oriented Program for Control of Rheumatic Diseases’ (COPCORD) yang dijalankan di Malaysia pada tahun 2007 mendapati kebanyakan pesakit osteoartritis di Malaysia mengalami osteoartritis lutut, hasil yang sama didapati pada kajian yang dijalankan di Hong Kong. Kajian itu turut mendapati bahawa kebanyakan rakyat Malaysia berumur 55 tahun merasakan peningkatan  kadar kesakitan hingga 23% manakala kadar kesakitan meningkat sebanyak 39% bagi mereka yang berusia lebih 65 tahun.

Setiap orang mempunyai risiko mendapat osteoartritis tetapi menurut kajian yang dijalankan di Pakistan, China, Korea dan Jepun, golongan wanita, orang berumur dan orang obes mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat osteoartritis lutut. Bagaimana pula dengan pendapat bahawa melutut dan mencangkung mampu menyababkan osteoartritis lutut? Para pengkaji di Jepun mendapati bahawa mencangkung dan melutut secara berlebihan terutamanya ketika berkebun mampu mengakibatkan kecederaan kekal kepada lutut.

Maka apakah langkah-langkah pencegahan untuk menghindari osteoartritis lutut? Cara yang paling berkesan untuk mempunyai sepasang lutut yang sihat adalah dengan mengawal berat badan. Ini memerlukan senaman secara konsisten. Berjalan-jalan di pagi hari atau lebih elok lagi adalah dengan menghabiskan masa selama 30 minit di dalam kolam renang berhampiran anda merupakan senaman yang bagus. Menguatkan otot-otot di sekeliling lutut adalah amat penting kerana sendi ini adalah salah satu sendi yang menampung berat badan kita dan dapat mengelakkan terlalu banyak bebanan terhadap lutut tersebut. Sekiranya anda obes dan tidak pasti jenis senaman yang sesuai bagi anda, atau sering mengalami kesakitan di lutut setiap kali bersenam, sila rujuk profesional perubatan secepat mungkin. Osteoartritis merupakan penyakit degeneratif, sekiranya anda mendapatnya keadaan hanya akan beransur sakit. Maka adalah penting untuk bertindak awal, jangan biarkan osteoartritis menewaskan anda.

Encik Jonathan Goh seorang ahli fisioterapi yang bekerja di Sarawak. Beliau sangat mementingkan usaha meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu-isu seperti osteoartritis. Artikel ini diterjemah oleh Dr Hidayatul Radziah Ismawi. 

Puding Karamel Buah Koktel

Assalamualaikum..

Buat apa semua? Moga apa pun yang kita lakukan hari mendapat keberkatan dari ILAHI..

Ni nak cerita yang hari yang saya buat puding ni pada hari raya Aidiladha yang lepas. Resepi ni saya belajar masa duk umah sewa dengan kawan kawan masa kat UITM dungun sekitar tahun 1999.Tak mo citer panjang panjang jom kita tengok resepinya dan cara cara membuatnya.. Tapi ada step yang saya terlepas untuk ambil gambar..

PUDING KARAMEL BUAH KOKTEL

Bahan bahan :-

1 tin buah koktel
1 tin susu cair
1 peket agar agar strip
gula (ikut suka kita nak tebal ke nak nipis ke caramel dia tu)
air
dan yang penting.. dapur untuk memasak!!! :)

Cara cara memasak:-


1. Toskan buah koktel dari airnya. Simpan airnya untuk dimasak bersama agar agar.Kemudian potong kecil kecil buah koktel tersebut. Dan susun dalam loyang.


potong kecil2 dan susun

2. Kemudian masak gula hangus. Pastikan api perlahan dan sentiasa dikacau selalu. 


3. Masak gula tersebut hingga warna agak keemasan. Jgn biar sampai gelap dan hangus. Nanti rasa pahit.


4. Kemudian, tuangkan gula hangus tersebut ke atas buah koktel yang telah disusun tadi. Perlahan lahan kerana gula hangus tersebut panas. Jaga keselamatan diri ya. Biarkan sejuk dan gula hangus mengeras ya.



5. Potong agar agar pendek dan basuh kemudian toskan.



6. Masak agar agar hingga hancur. Boleh tuang air buah koktel tadi ya. Sukatan agar agar dan air - selalunya saya baca di label. Dia akan inform cara memasak dan berapa kapasiti air yang diperlukan.


7. Lepas agar agar dah hancur dan mengelegak, kecilkan api dan tuangkan susu cair tadi ke dalam masakan agar agar tadi. Kacau selalu dan biar sampai sedikit mengelegak.

8. Boleh tuangkan masakan agar agar tadi ke atas buah koktel yang dah mengeras tadi. Seeloknya tapis dahulu masakan agar agar tersebut. Dan cedok sedikit demi sedikit.

9. Biarkan sejuk dan mengeras.
10. Kalau dah mengeras, boleh diterbalikan begini. Kalau tak nak terbalik pon tak apa.. 




Apa lagi.. jom cuba!!!
Kalau ada apa apa pertanyaan boleh tanya saya.. :)

Set Kecantikan Enfuselle

Assalamualaikum.. Selamat Pagi!

Jom baca pasal butiran jelas mengenai set ini..


Set Kecantikan Enfuselle ini terdiri daripada:-

Hydrating Cleansing Gel
  • Menjadikan kulit halus, seimbang, dan berseri
  • Mencerahkan tona kulit
  • Membantu menyeimbangkan pH kulit

Hydrating Toner 
  • Menyeimbangkan pH kulit
  • Rumusan tanpa alkohol menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit
  • Melindungi lapisan minyak semulajadi kulit
  • Melembutkan kulit dengan ekstrak witch hazel dan kamomil


Hydrating Moisturiser
  • Meningkatkan keanjalan kulit
  • Mengurangkan garis-garis halus
  • Mengurangkan kedutan


Eye Treatment 
  • Meningkatkan kekenyalan dan keanjalan kulit
  • Mengurangkan kedutan pada kulit
  • Melembapkan kulit pada tempoh yang lama
  • Mengembalikan tona kulit

Purifying Toner 
  • Meminimumkan kemunculan liang-liang yang besar pada kulit 
  • Membantu mengawal kulit yang berminyak 
  • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit  


Purifying Cleansing Gel 
  • Mencerahkan tona kulit 
  • Menjadikan kulit segar dan lembut 


Balancing Moisturizer
  • Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit 
  • Membantu mengurangkan garis-garis halus 
Tapi, set ini terbahagi kepada dua pula ya.. bersambung di entry akan datang. Kalau berminat nak order boleh pm saya ya.. Rundingan percuma!


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Your Shaklee Independent Distributor
Azira Abu Bakar
- SMS/ Wassup/ WeChat/Call @ 0133639553

Kebun Mini Abah

Assalamualaikum..

Entry yang ni kita tengok tengok gambar je lah ya..

Abah saya suka bercucuk tanam. Dulu masa duk rumah flat kat Wangsa Maju, dia bercucuk tanam dah dalam pasu. Tapi dia tak berapa nak suka tanam pokok bunga. Katanya baik tanam sesuatu yang boleh dimakan dan digunakan.. hehehhe..

Sekarang bila dah pindah rumah bawah, belakang rumah dah jadi kebun mini dia... Jom tengok apa yang dia tanam.. 



Terung!!!.. Yang ni dah puas makan dek kami anak beranak dan jiran tetangga. Petik je berbuah lagi.. So memang tak putus2 lah buah terung di kebun mini abah ni.. :)

Ada pokok daun kari, pokok kunyit

Abah ni, dalam tin pun jadi juga benda yang di tanamnya.. Alhamdullilah!


Pokok kari ni, masa mula mula pindah kecik je.. tapi laa ni dah besar panjang!

Terung lagi!

Ni abah dok semai pokok daun misai kucing, sebab abah minum air rebusan misai kucing ni. Caranya, dia keringkan dulu daun ni sekering2nya dan simpan dalam bekas. Bila dah habis bekalan dia akan rebus lagi dan letak dalam peti ais..

Ni pokok petola.. belum membuahkan hasil lagi..

Daun pandan semestinya.. sebab abah suka makan kuih2 tradisional





The end.. ada yang nak dapatkan benih daun misai kucing?
Meh pm saya ya..

Performance Drink, kegemaran si dia!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Semoga semuanya sihat dan diberkati oleh Ilahi.. 

Rancangan asal nak cerita pasal Vitamin E Complex yang terkenal tu ..
Tapi plan dah bertukar kepada Performance Drink pula.. Kenapa dan mengapa? Sebab saya tak sabar sabar nak cerita yang En Suami, sangat suka pada Performance Drink ni. Inilah supplement pertama yang kekal dia guna semenjak mencubanya pada bulan Ramadhan yang lalu.. Alhamdulillah.. 

Ini adalah kerana Performance Drink sangat sangat membantu beliau dalam mengatasi masalah tidak gemar minum air putih.. Tapi sekarang dah banyak berubah. Dulu tiap tiap bulan mesti demam, sakit tekak, selsema dan batuk. Warna urine pun selalu kuning pekat saja. Kini tidak lagi.. Performance Drink betul betul menyelesaikan dilema mesti demam tiap tiap bulan. Dan saya yang jauh dari dia ni, tidak lagi risau dengan masalah itu! Syukur sangat pada Ilahi.


Performance Drink, sekarang mesti sentiasa ada di rumah!

Jom tengok apa itu Performance Drink ni:-

  1. Ia adalah minuman ahli sukan yg mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna utk membantu mencegah dehidrasi seperti fungsi minuman elektrolit. Tetapi, ianya tidak bergas! 
  2. Ia membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan
  3. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yg memberikan kita tenaga berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dlm darah.
  4. Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya ia membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
  5. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua golongan terutama yang kerja di tengah panas. Sesuai untuk budak budak yang sedang demam atau baru nak demam.
Meh baca sikit pasa Elektrolit..

Fungsi elektrolit adalah untuk mengawal keseimbangan air dalam badan dan menghasilkan impuls elektrik yang digunakan oleh saraf saraf dan otot otot badan. Antara elektrolit yang utama dalam badan adalah Sodium ion, Chloride Ion, Magnesium ion Calcium Ion, Potassium ion.. 

Mengapa Performance Drink menjadi pilihan suami saya? 

Kerana ia berbeza dengan jenama yang lain..bukan sahaja rasanya yang lazat, tetapi yang paling penting ianya tidak bergas dan juga atas atas sebab berikut :-

Kelebihan Performance Drink Shaklee:-
  • Ia terbukti secara klinikal dapat menyokong tahap hidrasi lebih cepat berbanding air. 
  • Performance Drink juga mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi lain.
  • Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.
  • Terbukti secara klinikal:Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi, memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.
  • Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.
Jadi, tunggu apa lagi? Jom dapatkan dari saya.. rundingan percuma.. :)



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Your Shaklee Independent Distributor
Azira Abu Bakar
- SMS/ Wassup/ WeChat/Call @ 0133639553
With Love,
Azira AB

Cinta Hati .., kesayangan hamba!

Assalamualaikum...
Semoga semuanya baik baik sahaja ya!. Dilimpahi rahmat dari Ilahi..

Wajah wajah kesayangan hamba.. :)


En suami- gambar lama di ambil masa bertunang, 2006.
Cinta cyber, yang memakan masa selama 6 tahun lamanya termeterai dengan ikatan perkahwinan pada November 2006. Terima kasih, kerana terima saya seadanya. Terima kasih kerana masih setia dan terus setia dan utuh dengan perhubungan jarak jauh yang kita lalui ini. Terima kasih Allah!!


Emak, gambar lama di ambil masa hari perkahwinan saya, 2006.
Emak, sentiasa nampak muda walaupun usia telah mencecah 64 tahun pada April yang lalu...
Emak, apa sahaja yang saya lakukan adalah kerana dia... Maafkan adik, jika ada perkataan dan perbuatan atau apa sahaja yang menyakitkan hati emak!!! I love u so much emak!



Abah, gambar lama diambil masa hari perkahwinan saya, 2006.
Abah, sebenarnya bukan abah kepada saya dan abang. Tetapi lebih dari itu. Abah adalah teman dan sahabat baik pada aku dan abang. Sembang abah pada kami seperti teman2 tanpa ada batasan...

Suami, Emak, Abah.. Cinta hati saya .. segalanya untuk mereka kerana Allah.


Terhangat di pasaran... ESP Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum & Salam Sejahtera!!!

Bertemu lagi kita tatkala malam masih muda dan makin menginjakkan dirinya ke dinihari.. Semoga semuanya yang baik baik sahaja untuk anda dan saya!

Untuk makluman semua, ENERGIZING SOY PROTEIN adalah nama penuh bagi ESP! Gambar di bawah menerangkan apakan itu ESP!



Saya pasti ramai yang dah tahu yang ESP ini adalah salah satu sumber PROTEIN terbaik di abad ini. Bercerita tentang protein, tahukah anda tentang kepentingan protein terhadap tubuh badan manusia?

Jom sama sama baca kepentingan protein ini dan apa akan jadi jika kita kekurangannya:-

  • Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia.
  • Dalam masa yang sama, ia juga merangsang fungsi psikologi.
  • Kekurangan protein juga boleh menyebabkan:-
             - kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit
             - masalah lebihan air yg tinggi dalam badan
             - kehilangan pepejalan otot
             - perubahan warna rambut
             - bantut pertumbuhan
             - masalah penghadaman
             - masalah penghasilan darah dan hormon,
             - juga boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ
       
Jelas tak? Kalau tak jelas boleh hubungi saya untuk penjelasan lebih lanjut! Sekarang mari kita tengok pula apa dia ESP ni... jom sama sama menyelusurinya!!

Perbezaan Protein ESP Shaklee berbanding yang lain!

Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. Energizing Soy Protein dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavon genistin dan daidzin yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

Shaklee Menggunakan Protein Soya Bukan-GMO

Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Program ini memastikan kacang soya kita bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya, anda boleh yakin dengan komitmen kami dalam penggunaan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti.

Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi

Kandungan rendah lemak bukan GMO (Genetically Modified Organism) iaitu tidak merubah kandungan genetik organismanya, dan lengkap dengan protein yang mengandungi sembilan asid amino penting ini sesuai untuk seisi keluarga. 

Bagi setiap satu hidangan Energizing Soy Protein Shaklee memberikan kandungan14 gram soya protein yang diperlukan oleh hati yang sihat.

Dah baca mengenai kepentingan dan perbezaan ESP Shaklee, jom kita sama sama tengok pula manfaat utama ESP Shaklee ini?

Antara MANFAAT ESP Shaklee

  • ESP meningkatkan penyerapan protein, mengatasi masalah angin dan ketidakselesaan perut.
  • ESP membantu mengurangkan paras kolesterol dalam darah sebanyak 23%
  • ESP menghalang pembentukan batu karang yang biasa dialami oleh lelaki.
  • ESP mengelakkan kerosakan buah pinggang. Protein haiwan boleh rosakkan buah pinggang tapi protein dari soya akan melindungi buah pinggang
  • ESP mengandungi kandungan protein lengkap dan isoflavene mencukupi di mana isoflavene adalah bahan semulajadi yang diperlukan badan untuk melawan kanser
  • Protein dan isoflavene dalam ESP bertindak serentak untuk menghalang sel tidak normal untuk terus membiak menjadi sel kanser
  • Protein soya menghalang sel kanser dari merosakkan arteri dan menyerap nutrisi dari badan
  • Protein soya meningkatkan aktiviti sel darah putih yang merupakan sistem pertahanan badan kita dalam melawan serangan, penyakit dan jangkitan bacteria/virus
  • ESP jika diamalkan dengan Vitamin C mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 90%
  • ESP jika diamalkan dengan flavanoids mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 10x ganda
  • ESP jika diamalkan bersama Shaklee Carotomax dan Ostematrix mengurangkan pembiakan sel kansersebanyak 10x ganda
  • ESP menggalakkan proses pemulihan sel rosak kepada sel sihatuntuk fungsi badan yang sempurna. 
  • ESP terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam lamanya
  • ESP membina sel otot, kulit dan hormone yang seimbang, menyokong sistem imunisasi badan, dan menyokong kesihatan jantung dan prostat(lelaki)
  • ESP mengawal ‘mood swing’ pada wanita ketika PMS dan wanita menopause
Jadi, apakah kesimpulannya?

Nak KURUS cari ESP...
Nak GANTI BREAKFAST cari ESP...
Nak TAMBAH SUSU cari ESP...
Nak GEBU cari ESP...
Nak ANJAL cari ESP...
Nak KULIT CUN muda remaja cari ESP!!!
Nak SIHATcari ESP!!!
Nak KENYANG cari ESP!!!
Nak BERTENAGA cari ESP!!!
Nak BERI MAK AYAH cari ESP !!!
Semuanya boleh dengan ESP!!!



antara manfaat ESP Shaklee

Rajah menunjukan kepentingan Protein kepada wanita mengandung

Banyak manfaat dan istimewanyakan ESP Shaklee ni?
Jadi tunggu apa lagi? 
Sementelah ada promosi ni - Beli 6 percuma 1, harga sangat cantik!
Hubungi saya untuk dapatkan sekarang!


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Your Shaklee Independent Distributor
Azira Abu Bakar
- SMS/ Wassup/ WeChat/Call @ 0133639553
With Love,
Azira AB

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.





DOA ARAFAH, Masih tercari cari?

Doa Arafah - Hari Arafah sudah hampir tiba. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah? Atau masih mencari2? Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam saya dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindingi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27 Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji pada tahun 2015.

28 Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31 Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Semoga manafaat.

Sumber, Group Wassup
posted from Bloggeroid

Shaklee Double Promo

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum, Salam Sejahtera..

Apa khabar semua? Semoga semuanya dalam keadaan yang baik, cemerlang hendaknya. Dah tengah pagi baru nak post entry ya saya ni... Tak pa semangat tu yang pentingkan...

Tak mo cerita panjang pagi ni. Cuma nak beritahu dan warwarkan yang bulan October ni ada DOUBLE PROMO dari Shaklee. Seperti bulan September lepas yang juga ada DOUBLE PROMO. 

DOUBLE PROMO OCTOBER 2014

Kesinambungan dari yang bulan lepas, MEAL SHAKES masih ada promo juga ya. Iaitu BELI 3 PERCUMA 1... Jadi pada sesiapa yang tak sempat nak beli MEAL SHAKES ni, boleh meneruskan niat anda pada bulan ni ya!!! Cepat cepat hubungi saya untuk harga yang best!

Yeay.. ada satu lagi promo yang sangat mengujakan bagi sesiapa yang sedang dan memang pengguna tegar ESP. ESP promo BUY 6 FREE 1.. !!! Teruja tak? Pada pengguna tegar ESP inilah bulannya untuk anda mendapatkan ESP dengan harga yang menarik dan tertarik.

Pada yang baru nak berjinak jinak dan belajar untuk mengamalkan ESP, ini lah juga peluang yang anda boleh gunakan untuk dapatkannya walaupun sekadar dengan satu tub! Dapatkan harga promo dari saya ya. Rundingan percuma juga di berikan kepada anda!!!


DOUBLE PROMO yang mengujakan!

Untuk edisi kali ini, biar gambar yang berbicara untuk anda. Boleh juga hubungi saya untuk keterangannya (kalau malas membaca), tapi saya percaya ramai yang rajin membacakan sebab kalau wassup tu rajin ja baca. Pantang ada notification sikit kan.. :) cepat ja lah jari jemari kita membukanya. Tak gitu?

TENTANG ESP

Ni antara kebaikan kebaikan ESP yang bakal anda perolehi!


Dan ini pula adalah antara set cadangan untuk ESP. Anda pilih sahaja dan maklumkan pada saya. Tapi tidak terhad pada gambar ini sahaja ya! Ada lagi cadangan mengikut keperluan kesihatan anda!

TENTANG MEAL SHAKES

Tentang MEAL SHAKES yang lengkap, anda boleh klik DISINI

Ini antara manfaat yang kita dapat jika menggunakan MEAL SHAKES

Manakala ini pula adalah antara vitamin yang ada dalam MEAL SHAKES

 
Manakala ini pula, siapa yang boleh gunakan MEAL SHAKES


Maklumat mengenai ESP akan saya ceritara pada entry yang akan datang. Insyallah! Jom rebut peluang ini.. 

Ps:- Kalau anda dah beli apa sahaja supplements, janganlah tak makan. Bukankan itu satu kerugian dan pembaziran. Tapi lainlah jika supplements itu memudaratkan anda!. Jadi pilihlah yang selamat, mesra alam sahaja ya! Tentulah SHAKLEE!


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Your Shaklee Independent Distributor
Azira Abu Bakar
- SMS/ Wassup/ WeChat/Call @ 0133639553
With Love,
Azira AB